Kontraksi Awal Kaki Dah Terkeluar Doktor Tak Jangka Bertahan Tapi Dayyan Kuat


Kontraksi awal memang menjadi punca kelahiran pramatang. Apa yang mencemaskan ialah bukaan serviks hingga menyebabkan kaki si kecil terkeluar. Pengalaman yang diceritakan oleh ibu ini cukup mendebarkan.
Tindakan pantas Puan Shazwani Nasuha terus ke hopsital apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena menyelamatkan nyawa anak sulung, Zafri Dayyan bin Zafri Danish yang kini berusia 6 bulan.

Kelahiran pramatang bermaksud kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 37. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka.
TAHAP-TAHAP KELAHIRAN PRAMATANG   
Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke sebelum minggu 37
Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 31 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Terdapat perbezaan di antara keguguran dan kelahiran pramatang. Keguguran berlaku di bawah usia 22 minggu manakala kelahiran pramatang pula lahir di bawah 37 minggu.
3 TANDA BERLAKUNYA KELAHIRAN PRAMATANG
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu sebelum 37 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda  yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan.
Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
#1 Berlakunya pendarahan atau turun darah secara tiba-tiba (show).
#2 Rasa kekejangan atau cramp pada bahagian perut  atau abdomen.
#3 Berlaku kontraksi secara berpanjangan.

TIDAK PERNAH MENGALAMI ALAHAN & MENGIDAM
Shazwani berkongsi tentang kehamilannya. Dayyan anak yang baik, sepanjang dalam kandungan ibunya tidak pernah mengalami kesukaran.
“Semasa saya mengandung , saya tak mengalami alahan. Mengidam pun kurang. Hingga kadangkala saya tertanya-tanya betul ke mengandung. Dan macam tu lah selama 6 bulan , sangat sangat senang.
Ibu ini juga turut berkongsi yang dia mengalami kencing manis semasa hamil dan menggunakan kaedah kawalan diet.

MINGGU KE-26 KELUAR TANDA
Mengimbas kembali detik cemas bersalinkan Dayyan, Shazwani menyelak kembali kenangan 6 bulan yang lalu. Menjadi ibu kali pertama, dia tidak tahu tanda-tanda  bersalin tetapi tindakan pantas ke hospital menyelamatkan nyawa si kecil.
“Pada malam 23 Disember 2018 dalam pukul 11 malam, saya ada keluar tanda macam nak beranak , tapi anak first saya tak tahu sangat. Saya ke hospital dalam pukul 2 pagi dan terus ke emergency dewan bersalin.
“Hasil pemeriksaan jalan dah terbuka 5cm. Doktor pada mulanya mengatakan saya mengalami keguguran tetapi bila dibuat pemeriksaan jantung bayi, denyutan jantung Dayyan normal.
“Cuma kakinya ketika itu sudah keluar pada laluan kelahiran.  Saya terus ditolak ke wad menunggu dan diberi dua suntikan dexa untuk mematangkan paru paru baby. And prosess contraction tu pun bermula dengan hebat.
“Dalam pukul 11 pagi saya ditolak ke labour room and pukul 11.17 pagi lahirlah Dayyan seberat 870gram,” kata ibu muda ini.
Shazwani yang masih lemah selepas melahirkan ketika itu tidak dapat menatap Dayyan kerana si kecil ini terus dikejarkan ke sebuah hospital besar.

DAYYAN & MOMMY KUAT SEMANGAT
Walau pun lemah dan bimbang, Shazwani kental. Tatkala melihat Dayyan buat kali pertama, dia menjadi kuat dan cekal membesarkan anak kecil ini.
“Semangat saya datang bila saya tengok anak saya tapi bila tatap dia , saya tahu dia kuat , jadi saya pun kena kuat . And banyak membantu saya , suami dan keluarga saya,” katanya.

“PERTAMBAHAN INCI & GRAM DAYYAN ADALAH KEBAHAGIAN KAMI”
Tidak dinafikan banyak air sudah tumpah dalam tempoh membesarkan si kecil ini. Menjadi ibu kepada bayi pramatang banyak cabaran yang perlu dihadapi. Kekuatan dari suami dan keluarga amat membantu. Shazwani juga menyertai kumpulan sokongan yang menyalurkan pelbagai maklumat dan dorongan.
“Group Baby Premature Malaysia pun banyak bagi tunjuk ajar macam mane nak handle baby pramatang . And saya tak henti berdoa.
Cuma bila ada bayi pramatang memang banyak keluar air mata lah kan. Haha . Setiap inci, dan gram tu memang kebahgiaan untuk kami suami isteri.

139 HARI DALAM WAD
Ibu ini juga turut menceritakan Dayyan melalui kehidupan awalnya di wad selama 139 hari  bagi dipantau. Sehingga beratnya mencecah 3.51kg, barulah Dayyan dibenarkan pulang ke rumah.
Katanya dia puas melihat Dayyan membesar di depan mata. Membesar dengan khasiat susu ibu, si kecil ini sudah pun mencecah 5.1kg!
Kata Shazwani paling penting bagi ibu bapa untuk tidak berputus asa. Anak perlukan kekuatan daripada ibu bapa. Jangan putus asa dan teruskan bersemangat demi anak.
“Jadi sesiapa yang anak ada masalah, jangan risau. Berdoalah , kuatkan semangat , jangan sesekali down,” katanya ketika mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.
Sumber: Dhaka Teh Ais Kemaman
The post Kontraksi Awal & Kaki Dah Terkeluar, Doktor Tak Jangka Bertahan Tapi Dayyan Kuat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kontraksi-awal-kaki-dah-terkeluar-doktor-tak-jangka-bertahan-tapi-dayyan-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelahiran 18 20 Jam Poor Progress Labour Ketuban Pecah Awal Kontraksi Tak Kuat Antara Punca

Kelahiran 18 20 Jam Poor Progress Labour Ketuban Pecah Awal Kontraksi Tak Kuat Antara Punca

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 322 hits
Proses kelahiran yang menunjukkan kemajuan yang lemah atau poor progress labour boleh menimbulkan beberapa komplikasi kepada ibu dan bayi Ikuti perkongsian pakar O G ini Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan ...
Ayah Pensyarah Emak Doktor Tapi Anak Gelandangan

Ayah Pensyarah Emak Doktor Tapi Anak Gelandangan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 274 hits
PETALING JAYA Akibat terjebak dalam kancah dadah dirinya kini menjadi salah seorang dari ribuan gelandangan di tengah ibu kota yang masing masing menyimpan pelbagai kisah suka dan duka Tidak diduga kehidupannya perlu dihabiskan di kaki lima...
Terkini Jepun Digegar Gempa Bumi Kuat Amaran Tsunami Setinggi 3 Kaki Dikeluarkan

Terkini Jepun Digegar Gempa Bumi Kuat Amaran Tsunami Setinggi 3 Kaki Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 331 hits
Amaran tsunami telah dikeluarkan setelah gegaran dengan magnitud 6 8 skala richter telah menggegar semenanjung Jepun pada 10 22 pm waktu tempatan Gegaran tersebut berlaku di Yamagata barat laut Jepun kira kira 50 kilometer selatan banda Sak...
Ibu Minta Maaf Doktor Dah Pesan Tapi Ibu Degil Fasha Sandha Keguguran

Ibu Minta Maaf Doktor Dah Pesan Tapi Ibu Degil Fasha Sandha Keguguran

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 379 hits
Pelakon Fasha Sandha mengalami keguguran dan berita ini di maklumkan olehnya menerusi akaun instagram pagi ini Dia yang hamil pada bulan lalu redha dengan ketentuan Illahi walaupun masih bersedih Ibu mintak maaf suamiku tercinta Rayfal dan ...
Kita Jaga Suami Kita Sebaik Mungkin Tapi Nora Ariffin

Kita Jaga Suami Kita Sebaik Mungkin Tapi Nora Ariffin

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 362 hits
View this post on Instagram Kebelakangan ini ramai yg kehilangan suami tercinta Takziah saya ucapkan Rasa simpati amp sedih dpt saya rasakan Kita sayang suami kita Tapi Allah lebihh sayang dia lagi Tiada siapa yg minta
6 Fashion Mahal Selangit Tapi Malah Kayak Barang Murah Yang Terbaru Anting Anting Tutup Botol Ini

6 Fashion Mahal Selangit Tapi Malah Kayak Barang Murah Yang Terbaru Anting Anting Tutup Botol Ini

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 402 hits
Lagi lagi brand ternama bikin produk yang mirip banget sama barang murahan Sengaja trolling kita apa ya Siapa coba yang mau beli
Tak Rugi Suami Dahulukan Anak Isteri Rasa Tak Cukup Tapi Duit Sentiasa Ada

Tak Rugi Suami Dahulukan Anak Isteri Rasa Tak Cukup Tapi Duit Sentiasa Ada

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 780 hits
Anak dan isteri adalah tanggungjawab suami Senang hati kedua duanya maka makin murahlah rezeki suami bak air sungai mengalir deras Tidak dinafikan tugas seorang suami memang berat Menyediakan keperluan hidup dan semampunya untuk insan insan...
Ikut Bajet Masing Masing Majlis Kahwin Ringkas Tapi Style Wanita Ini Tarik Perhatian Warga Maya

Ikut Bajet Masing Masing Majlis Kahwin Ringkas Tapi Style Wanita Ini Tarik Perhatian Warga Maya

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 821 hits
Perkahwinan adalah antara momen terindah dalam hidup setiap insan yang sudah mendirikan rumah tangga Disaat akad selesai dilafazkan bersatulah hati dua insan yang saling menyayangi antara satu sama lain Walaubagaimanapun kadangkala ada di a...
Saya Maafkan Erra Fazira Tapi

Saya Maafkan Erra Fazira Tapi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 617 hits
Dikala peminat menyangkakan hubungan diantara Umie Aida dan Erra Fazira sudah kembali pulih namun sebaliknya yang berlaku Jelas Umie beliau sudah memaafkan The post appeared first on
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization