Konstabel Polis Cedera Ditembak Ditikam Ketika Rondaan Cegah Jenayah


Konstabel Polis Cedera Ditembak, Ditikam Ketika Rondaan Cegah Jenayah
IPOH, 7 Sept (Bernama) — Seorang anggota polis berusia 26 tahun cedera selepas ditembak dan ditikam ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Simpang Pulai, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata susulan kejadian itu, polis kini giat memburu suspek yang masih bebas dan dipercayai turut terbabit dengan penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di lokasi sama.
Beliau berkata dalam kejadian pada 1.15 pagi itu, sepasukan anggota Balai Polis Simpang Pulai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang menjalankan rondaan cegah jenayah mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di Taman Desa Pakatan.
“Ketika pasukan rondaan cuba menahan kenderaan tersebut, suspek bertindak melarikan diri sebelum berlaku insiden kejar-mengejar hingga kenderaan itu berhenti di kawasan kebun kelapa sawit.
“Dalam usaha membuat tangkapan, berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis. Suspek kemudian merampas pistol milik anggota polis berkenaan lalu menembak mangsa di bahagian perut serta menikamnya sebelum melarikan diri bersama pistol tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Hisam berkata anggota polis berpangkat konstabel itu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta suspek menemukan mayat seorang wanita yang identitinya masih belum dikenal pasti di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut. “Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HRPB bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian wanita berkenaan,” katanya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
“Polis sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Fadli Ahmad di talian 012-2500019 bagi membantu siasatan,” katanya.
BACA: Pakar Patologi Buat Laporan Polis Setelah Terima Ugutan
Sumber: BERNAMA
The post Konstabel Polis Cedera Ditembak, Ditikam Ketika Rondaan Cegah Jenayah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/07/konstabel-polis-cedera-ditembak-ditikam-ketika-rondaan-cegah-jenayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Cedera Ketika Operasi Di Kampung Sungai Baru

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Cedera Ketika Operasi Di Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 7673 hits
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Cedera Ketika Operasi Di Kampung Sungai Baru KUALA LUMPUR 11 Sept Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketik...
Imam Cedera Ditikam Ketika Solat Subuh

Imam Cedera Ditikam Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1209 hits
Astro AwaniRakaman CCTV menunjukkan detik seorang lelaki yang berpura pura menjadi jemaah mengancam imam masjid dengan senjata tajam sebelum menikam mangsa hingga cedera parah Foto video tularMOROWALI UTARA Seorang imam masjid cedera parah ...
Anggota Polis Dipukul Ketika Leraikan Pergaduhan Di Hospital

Anggota Polis Dipukul Ketika Leraikan Pergaduhan Di Hospital

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1411 hits
MOHD FAHMI ISMAILSUNGAI BULOH Seorang anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Hospital Sungai Buloh cedera pada bahagian muka selepas dipukul seorang lelaki tempatan ketika cuba meleraikan pergaduhan di wad kecemasan hospital berkenaan ...
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2691 hits
Lelaki Maut Digilis Kenderaan Perisai Polis Ketika Demonstrasi Di Indonesia Demonstrasi pekerja dan kesatuan pekerja di hadapan bangunan Dewan Rakyat di Indonesia bertukar tragedi apabila seorang dilaporkan maut lapor Tempo Penunjuk perasaa...
Kelantan Terjun Tingkat Dua Ppr 3 Penagih Cedera Cuba Melarikan Diri Dari Serbuan Polis

Kelantan Terjun Tingkat Dua Ppr 3 Penagih Cedera Cuba Melarikan Diri Dari Serbuan Polis

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1835 hits
AIMUNI TUAN LAHGUA MUSANG Dua daripada tiga penagih dadah cedera selepas mereka terjun dari tingkat dua bangunan Program Perumahan Rakyat Gua Musang di sini semalam semasa melarikan diri daripada serbuan polis Kejadian berlaku kira kira puk...
Mimifly Cedera Tangan Hingga Berdarah

Mimifly Cedera Tangan Hingga Berdarah

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1736 hits
Mimifly Cedera Tangan Hingga Berdarah Penyanyi berbakat Mimifly berkongsi pengalaman mencemaskan apabila tangannya cedera hingga berdarah semasa menjalani penggambaran video muzik terbaharunya berjudul Nara dua minggu lalu Menurut Mimi atau...
Letupan Di Perhimpunan Awam Di Selatan Pakistan 9 Terbunuh 29 Cedera

Letupan Di Perhimpunan Awam Di Selatan Pakistan 9 Terbunuh 29 Cedera

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1100 hits
BernamaSeorang lelaki yang cedera selepas letupan bom ketika perhimpunan awam menerima rawatan di sebuah hospital di Quetta Pakistan pada Selasa Gambar ReutersKARACHI ISTANBUL Sekurang kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 29 lagi cede...
Tiada Lebam Tiada Luka Tapi Zara Qairina Cedera Parah Pendarahan Dalaman

Tiada Lebam Tiada Luka Tapi Zara Qairina Cedera Parah Pendarahan Dalaman

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 6460 hits
Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir memasuki hari keempat hari ini dengan pendedahan mengejutkan daripada saksi ketiga Dr Janefer Voo Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth...
Gempa Bumi Afghanistan Angka Korban Meningkat Kepada 622 1 500 Cedera

Gempa Bumi Afghanistan Angka Korban Meningkat Kepada 622 1 500 Cedera

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1377 hits
Gempa Bumi Afghanistan Angka Korban Meningkat Kepada 622 1 500 Cedera Jurucakap Kementerian Dalam Negeri pada Isnin melaporkan bahawa gempa bumi berskala 6 0 yang melanda timur Afghanistan telah mengorbankan sebanyak 622 nyawa manakala lebi...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik