Gempa Bumi Afghanistan Angka Korban Meningkat Kepada 622 1 500 Cedera


Gempa Bumi Afghanistan: Angka Korban Meningkat Kepada 622 & 1,500 Cedera
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri pada Isnin melaporkan bahawa gempa bumi berskala 6.0 yang melanda timur Afghanistan telah mengorbankan sebanyak 622 nyawa, manakala lebih 1,500 lagi cedera.
Menurut AFP, gempa bumi yang berlaku sebelum tengah malam Ahad itu mengakibatkan seramai 610 orang terkorban dan 1,300 lagi cedera di wilayah Kunar.
Jurucakap Abdul Mateen Qani berkata, 12 orang dilaporkan maut dan 255 lagi cedera di wilayah Nangarhar.
Pegawai tempatan dan penduduk sedang giat menjalankan operasi menyelamat Bernama melaporkan pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat di wilayah Kunar, timur Afghanistan, selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda kawasan itu lewat Ahad dan mengorbankan lebih 250 nyawa.
Seorang pegawai Kementerian Penerangan memberitahu Anadolu Ajansi (AA) bahawa helikopter telah dikerah bagi membawa keluar mangsa yang cedera, ekoran kejadian tanah runtuh yang menghalang pasukan penyelamat daripada memasuki beberapa kawasan terjejas.
Menurutnya, lebih 250 orang disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 500 lagi cedera, dengan jumlah korban dijangka terus meningkat.
Penduduk tempatan menyifatkan gempa itu sebagai antara yang terkuat pernah melanda negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan (1917GMT), 27 kilometer timur laut Jalalabad pada kedalaman lapan kilometer.
Kematian dilaporkan di daerah Nur Gal, Sawki, Watpur, Manogi dan Chapa Dara di wilayah Kunar.
Angka korban dan mangsa yang cedera masih belum muktamad kerana komunikasi dengan penduduk di kawasan pedalaman masih dijalankan, manakala pasukan bantuan masih dalam perjalanan.
Beberapa jalan menuju ke Dewa Gul di daerah Sawki dan Mazar Dara di daerah Nur Gul turut terhalang akibat tanah runtuh.
Jurucakap pentadbiran sementara Afghanistan, Zabihullah Mujahid mengesahkan gempa bumi itu telah menyebabkan korban jiwa dan kerosakan harta benda.
“Dukacita dimaklumkan, gempa bumi malam ini telah mengakibatkan kematian dan kerosakan harta benda di beberapa wilayah timur,” tulisnya di platform media sosial X.
Beliau berkata pegawai tempatan dan penduduk sedang giat menjalankan operasi menyelamat, manakala pasukan sokongan dari wilayah pusat dan berdekatan telah digerakkan ke kawasan terjejas.
“Segala sumber yang ada akan digunakan untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.
USGS turut melaporkan sekurang-kurangnya dua lagi gempa bumi susulan, masing-masing berukuran 5.2 pada skala Richter melanda kawasan sama selepas gegaran utama.
BACA: Israel Umum Jurucakap Hamas, Abu Obeida Dipercayai Maut Dalam Serangan Israel Sumber: AFP
The post Gempa Bumi Afghanistan: Angka Korban Meningkat Kepada 622 & 1,500 Cedera appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/01/gempa-bumi-afghanistan-angka-korban-meningkat-kepada-622-1500-cedera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Petronas Sahkan Tiada Kesan Ke Atas Operasi Paip Gas

Gempa Bumi Petronas Sahkan Tiada Kesan Ke Atas Operasi Paip Gas

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 705 hits
Tiada sebarang kelainan atau gangguan dikesan susulan gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4 1 di Segamat Petronas Gas Bhd aktif berkomunikasi dengan PBT dan MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat secara berterusan susulan gegaran di Segamat...
Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2014 hits
SEGAMAT Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau retakan s...
Sejarah Gempa Bumi Malaysia Ini 5 Peristiwa Terburuk Pernah Direkodkan

Sejarah Gempa Bumi Malaysia Ini 5 Peristiwa Terburuk Pernah Direkodkan

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1372 hits
Sejarah Gempa Bumi Malaysia Ini 5 Peristiwa Terburuk Pernah Direkodkan Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor Malaysia kira kira jam 9 00 pagi pada Ahad lalu Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2 2 Utara dan 103 1 Timu...
Gempa Bumi Datang Tanpa Amaran Ini Tip Untuk Kekal Selamat

Gempa Bumi Datang Tanpa Amaran Ini Tip Untuk Kekal Selamat

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1237 hits
Gempa Bumi Datang Tanpa Amaran Ini Tip Untuk Kekal Selamat Gempa bumi merupakan antara bencana alam yang paling menakutkan kerana ia berlaku secara tiba tiba tanpa sebarang tanda yang jelas Dalam sekelip mata bumi yang kita pijak boleh berg...
Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor Malaysia

Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1659 hits
Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor Malaysia Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor Malaysia pada jam 6 13 pagi hari ini Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2 5 Utara dan 102 8 Timur dengan magnitud 4 1 pada skal...
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1845 hits
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh JOHOR BAHRU 24 Ogos Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa susula...
Korban Serangan Masjid Di Nigeria Meningkat Kepada 50 Mangsa Berita Harian

Korban Serangan Masjid Di Nigeria Meningkat Kepada 50 Mangsa Berita Harian

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 515 hits
Berita Harian Jabatan Penyiaran Malaysia Buletin TV3 Jabatan Penyiaran Malaysia Buletin TV3
Gempa Bumi Apa Barang Patut Ada Dalam Beg Kecemasan

Gempa Bumi Apa Barang Patut Ada Dalam Beg Kecemasan

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1090 hits
Gempa Bumi Apa Barang Patut Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana alam seperti gempa bumi sering berlaku tanpa sebarang amaran awal Dalam sekelip mata sahaja rumah yang selesa boleh bergoncang hebat elektrik terputus dan bekalan air bersih tidak ...
Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia

Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1589 hits
Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor Malaysia pada jam 9 00 pagi hari ini Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2 2 Utara dan 103 1 Timur dengan magnitud 2 8 pada skala R...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025