Konspirasi Songlap Dana 1mdb Roger Ng Didapati Bersalah




 Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng didapati bersalah oleh Mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh Mahkamah di Brooklyn.
Pihak pendakwa raya mengenakan tuduhan berkonspirasi untuk melanggar undang-undang antirasuah dan pengubahan wang terhadap Ng, yang juga satu-satunya pegawai bank syarikat berkenaan dihadapkan ke mahkamah susulan terbongkarnya skandal kewangan terbesar dalam sejarah. 
Beliau didakwa membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang 1MDB, mengubah wang dan merasuah pegawai berkaitan untuk mendapatkan perniagaan untuk Goldman.

Ng, 49, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Peguamnya mendakwa Leissner, yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama pada 2018 dan bersetuju membantu siasatan pendakwa raya, secara salah mengaitkan Ng dengan harapan menerima hukuman lebih ringan.
Bagaimanapun, juri mendapati Ng bersalah bagi dua tuduhan berkonspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Luar Negara (FCPA) dengan merasuah dan memintas kawalan akaun dalaman Goldman, serta satu tuduhan berkonspirasi untuk melaksanakan pengubahan wang.
Pendakwa Raya AS bagi Daerah Timur New York, Breon Peace, menyifatkan keputusan itu sebagai satu kemenangan untuk kedaulatan undang-undang dan rakyat Malaysia.
“Defendan dan kroninya tidak melihat 1MDB sebagai satu entiti yang baik untuk rakyat Malaysia, sebaliknya sebagai sebuah ‘bank’ untuk memperkayakan diri mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. 
Ketika keputusan itu dibacakan ketua juri, Ng yang memakai sut jaket dan tali leher hitam, tidak menunjukkan emosi, sebaliknya hanya sesekali memandang juri dan mejanya.
Peguam Ng, Marc Agnifilo memandang ke bawah dengan kekecewaan selepas keputusan bersalah bagi pertuduhan pertama dibacakan.
Hakim Daerah AS, Margo Brodie, kemudian mengarahkan Ng dikenakan perintah berkurung sementara menunggu hukuman dijatuhkan, namun tidak mengkategorikan lelaki itu sebagai berisiko melarikan diri. 
Perbincangan berhubung keputusan itu bermula sejak Selasa lalu selepas proses perbicaraan berlangsung di mahkamah persekutuan di Brooklyn selama dua bulan.
Agnifilo memaklumkan Ng mungkin akan membuat rayuan terhadap keputusan itu, bergantung pada hasil usul pasca perbicaraan dan hukumannya. 
Peguam itu turut bertegas dengan keputusannya sebelum ini yang meyakinkan Ng untuk menolak ekstradisi untuk berdepan perbicaraan, atas alasan lelaki itu memiliki peluang lebih cerah berdepan perbicaraan adil di AS berbanding Malaysia.
“Kes besar sebegini adalah berat dan amat sukar untuk menang,” katanya.
Pendakwa raya sebelum ini memaklumkan Goldman membantu 1MDB meraih AS6.5 bilion (RM27.4 bilion) menerusi tiga jualan bon, namun AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) daripadanya dialihkan kepada pegawai kerajaan, pengurus bank dan sekutunya menerusi rasuah dan sogokan antara 2009 hingga 2015.
Ng adalah yang pertama, dan mungkin satu-satunya individu berdepan perbicaraan di AS akibat skim itu. Pada 2020, Goldman membayar denda hampir AS$3 bilion (RM12.6 bilion), manakala cawangannya di Malaysia bersetuju untuk mengaku bersalah.
Juri mendengar testimoni daripada Leissner selama sembilan hari, yang mengaku memberi sogokan berjumlah AS$35 juta (RM147 juta) kepada Ng, selain mendakwa Ng setuju membuat cerita mengatakan wang itu adalah hasil perniagaan sah antara isteri mereka.
Isteri Ng, Hwee Bin Lim kemudian membuat pengakuan mengatakan perniagaan itu adalah sah, memaklumkan melabur AS$6 juta (RM25 juta) dalam sebuah syarikat China milik keluarga bekas isteri Leissner, Judy Chan, pada pertengahan 2000, dan wang AS$35 juta itu adalah pulangan daripada pelaburan berkenaan.
Sementara itu, ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, yang masih dalam buruan dipercayai sebagai dalang utama di sebalik skim itu, dituduh bersama-sama Ng pada 2018. – REUTERS.
Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/dunia/amerika/2022/04/943908/kes-1mdb-roger-ng-didapati-bersalah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/konspirasi-songlap-dana-1mdb-roger-ng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Roger Ng Didapati Bersalah Kita Mahu Keadilan Juga Untuk Rakyat Malaysia Anwar

Selepas Roger Ng Didapati Bersalah Kita Mahu Keadilan Juga Untuk Rakyat Malaysia Anwar

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 168 hits
Sesi perbicaraan di New York telah tamat dalam tempoh yang singkat Pihak defendan tidak dibenarkan atau tidak dikurniakan layanan VIP dari pihak mahkamah untuk mengurus hal peribadi mahupun diberikan akses kepada pasport untuk ke mana mana ...
Hukuman Bersalah Roger Ng Satu Lagi Bukti Skandal 1mdb Bukan Fatamorgana

Hukuman Bersalah Roger Ng Satu Lagi Bukti Skandal 1mdb Bukan Fatamorgana

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 168 hits
Berikutan hukuman bersalah yang dijatuhkan oleh sebuah mahkamah di AS terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng atas kesalahan melakukan konspirasi menyeleweng ribuan juta ringgit dana IMDB yang paling mudah difahami ialah ini meru...
Dalang 1mdb Mula Mengaku Curi Puluhan Juta Dolar Dana

Dalang 1mdb Mula Mengaku Curi Puluhan Juta Dolar Dana

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 144 hits
TIM Leissner FOTO fail AFP Leissner mengaku curi puluhan juta dolar dana 1MDB New York Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner yang mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1 Malaysia Development Berhad memberi keterang...
Muhyiddin Segerakan Perbicaraan Kes 1mdb Susulan Keputusan Bersalah Di Mahkamah As

Muhyiddin Segerakan Perbicaraan Kes 1mdb Susulan Keputusan Bersalah Di Mahkamah As

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Perbicaraan kes 1MDB di Malaysia mesti disegerakan selepas mahkamah di Amerika Syarikat menjatuhi hukuman bersalah terhadap bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarika...
Ex Pm Muhyiddin Dap Mp Urge Ag To Get Ex Goldman Banker Roger Ng Back To Malaysia For 1mdb Trial After Us Conviction

Ex Pm Muhyiddin Dap Mp Urge Ag To Get Ex Goldman Banker Roger Ng Back To Malaysia For 1mdb Trial After Us Conviction

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 242 hits
Ex Goldman Sachs banker Roger Ng arrives for his criminal trial at the United States Courthouse in Brooklyn New York February 22 2022 Reuters picKUALA LUMPUR April 10 Attorney General Tan Sri Idrus Harun should hurry and get Roger Ng back t...
Ex Goldman Banker Roger Ng Found Guilty In 1mdb Fraud Scheme

Ex Goldman Banker Roger Ng Found Guilty In 1mdb Fraud Scheme

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 326 hits
Roger Ng the only Goldman Sachs banker to go to trial over the global 1MDB scandal was found guilty for his role in the epic looting of the Malaysian fund Ng 49 was convicted of all three counts in the case including conspiring to violate U...
Wanita Dihukum Penjara 6 Tahun Selepas Didapati Bersalah Sebabkan Kematian 8 Remaja Basikal Lajak

Wanita Dihukum Penjara 6 Tahun Selepas Didapati Bersalah Sebabkan Kematian 8 Remaja Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 266 hits
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6 000 kerana kesalahan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu Ia sekali gus mengenepikan keputu...
Us 1mdb Trial Who Is Lying Roger Ng Or Tim Leissner

Us 1mdb Trial Who Is Lying Roger Ng Or Tim Leissner

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 238 hits
Is Tim Leissner escaping punishment by lying and by setting Roger Ng up to be the fall guy in a star witness deal with US prosecutors A US prosecutor on Monday urged jurors to convict a former senior Goldman Sachs GS N banker for helping lo...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa