Anwar Akui Audio 2 Puak Bertelagah Dalam Mesyuarat Terakhir Ph Tulen


Faiz Zainudin
-May 21, 2020 1:55 PM
Presiden PKR Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengesahkan ketulenan rakaman audio mesyuarat Pakatan Harapan pada minggu terakhir ia berkuasa Februari lalu, menyaksikan menteri dan pemimpin parti Pakatan Harapan bertelagah secara terbuka berhubung tempoh Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Presiden PKR itu berkata, segala perdebatan dalam mesyuarat itu juga betul kerana beliau sendiri hadir dalam mesyuarat tersebut sambil mendakwa ketegangan tersebut dirancang dan terdapat dalangnya.

“Memang tepat apa yang disuarakan itu bukan palsu, memang berlaku begitu dan saya tidak fikir ia berlaku tanpa perancagan baru, tanpa dalang besarnya kerana seperimana kita tahu yang dibangkitkan itu soal kedudukan Tun Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya menerusi penjelasan di Facebooknya, hari ini.

Anwar berkata perkara itu dibangkitkan dengan menyingkap kembali janji yang dibuat PH bahawa jawatan perdana menteri hanya digalas sementara oleh Mahathir dan diserahkan kepada beliau, malah perkara itu dipersetujui semua parti gabungan.

“Disebut mulanya setahun, 2 tahun, kemudian lepas Apec, saya setuju semua, itupun tidak memuaskan hati golongan ini, ada kakak itu sebut kalau boleh biarlah (Mahathir) selamanya, ini putar belit politik, paling rendah dan jijik dalam sejarah,” katanya dipercayai merujuk kepada bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Menerusi penjelasanya, Anwar mengakui beliau pada awalnya tidak bersetuju Mahathir diangkat sebagai perdana menteri, bagaimanapun akur dengan muafakat yang dibuat PH dan bersetuju walaupun ada pihak yang menyifatnya sebagai tidak tegas dalam menyatakan pendirian.

Anwar berkata, kekecohan dalam mesyuarat tersebut dirancang apabila beberapa pemimpin PPBM dan bekas PKR membuat bantahan jika isu peralihan kuasa dibangkitkan.

“Bila dalam mesyuarat itu, beberapa orang PPBM dan pengkhianat dalam PKR merancang membuat gesaan yang keras membantah apa-apa pandangan tentang transisi menyebabkan beberapa teman kita dari Amanah, PKR dan DAP bersuara.

“Ye kita sokong Tun Mahathir sebagai perdana menteri, tapi kita ada perjanjian, ini dari 1 tahun, ke 2 tahun, lepas Apec, lepas itu 3 tahun kemudian sampai bila-bila, jadi ia bertentangan dengan perjanjian, itu mengkhianati perjanjian, bukan sahaja kepada kertas PH tapi kepada rakyat,” katanya.

Anwar berkata, selepas perbalahan begitu panjang menerusi mesyuarat itu, beliau akhirnya mengambil jalan tengah dan menyerahkan kepada Mahathir bila beliau mahu menyerahkan jawatan.

“Saya dengar panjang lebar, bertelagah dan sebagainya waktu itu dan saya tahu sandiwara politik itu, saya lama dalam politik saya dapat baca ini orang nak cari alasan terutamanya dalam PPBM dan kumpulan pengkhianat untuk kata mereka tak setuju dan keluar (PH), saya dapat baca maka saya konsisten dengan sikap saya, saya kata tak perlu berebut, kita runding, jadi saya ambil keputusan serah kepada Mahathir.

“Kemudian saya disergah termasukk dari teman-teman dari PH termasuk DAP, Amanah dan PKR, mereka kata Anwar apa ini kita sudah putus selepas Apec tapi kenapa pilih lepas begitu.

“Saya kata kalau kita buat kenyataan tegas ia akan menyebabkan perpecahan dan saya nak elak daripada golongan pengkhianat guna alasan ini nak keluar (PH), tapi namanya pengkhianatan, buat cara baik macam mana dia khianat juga, kerana rencana mereka bukan nak selamatkan Mahathir tapi menyelamatkan mereka dengan khianat kepada PH untuk dapat tempat,” katanya.

Sebelum ini tersebar rakaman audio selama 2 mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Feb lalu menunjukkan 2 puak, 1 bertegas tempoh jelas untuk Mahathir memberi laluan kepada Anwar dan 1 lagi kumpulan berpendapat perbincangan peralihan kuasa menjejaskan kredibiliti PH.

Dua pemimpin yang paling lantang membantah sebarang tindakan mengehadkan tempoh jawatan Mahathir ialah Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Presiden PKR ketika itu, Mohamed Azmin Ali.

Kedua-duanya memberi amaran kepada Mahathir yang beliau akan menjadi perdana menteri “lame-duck” jika beliau bersetuju dengan garis masa itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/anwar-akui-audio-2-puak-bertelagah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akui Tidak Suka Dap Anwar Lagi Audio Mesyuarat Bersatu Tersebar

Akui Tidak Suka Dap Anwar Lagi Audio Mesyuarat Bersatu Tersebar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 307 hits
Sebahagian lagi rakaman audio Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu pada jam 11 pagi 23 Februari lalu yang berdurasi 56 saat tersebar lagi hari ini Dipercayai suara Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mesyuarat ketika itu membincangkan...
Anwar Sahkan Audio Tersebar Mesyuarat Ph 21 Feb Lalu

Anwar Sahkan Audio Tersebar Mesyuarat Ph 21 Feb Lalu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan rakaman audio mesyuarat gabungan itu pada 21 Februari lalu yang ditularkan baru baru ini adalah sah Anwar turut berkata semua pertikaman lidah dalam mesyuarat itu j...
Video Audio Rakaman Mirip Suara Muhyiddin Matlamat Utama Ialah Halang Anwar Dari Menjadi Pm

Video Audio Rakaman Mirip Suara Muhyiddin Matlamat Utama Ialah Halang Anwar Dari Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 329 hits
Rakaman suara mirip Muhyiddin beredar di Internet13 Mei 2020Rakaman suara yang dikatakan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan kini beredar di Internet Dalam rakaman itu suara yang mirip dengan presiden...
Putuskan Keluar Ph Lagi Audio Mesyuarat Mpt Bersatu Tular

Putuskan Keluar Ph Lagi Audio Mesyuarat Mpt Bersatu Tular

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Dua hari selepas tersebarnya audio Mesyuarat Pimpinan Tertinggi 23 Februari hari ini tular lagi sebahagian lagi audio mesyuarat berkenaan Audio berdurasi 56 saat itu memaparkan bahawa dalam mesyuarat itu jelas menunjukkan bahaw...
Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 332 hits
Saifuddin Nasution and Xavier Jayakumar among PH leaders who said it would be up to the coalition not the Dewan Rakyat to choose the prime minister PETALING JAYA Pakatan Harapan leaders gunning for Anwar Ibrahim to replace Dr Mahathir Moham...
Konspirasi Kata Dua Dan Konsensus Dalam Mesyuarat Terakhir Ph

Konspirasi Kata Dua Dan Konsensus Dalam Mesyuarat Terakhir Ph

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 383 hits
MALAYSIAKINIKrisis perpecahan dalam Bersatu kian meruncing apabila pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin masing masing mempertahankan gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional Bagi kem Mahathir langkah Muhyidd...
Audio Bocor Mesyuarat Ph Sah Tegang Kerana Rancangan Pengkhianat

Audio Bocor Mesyuarat Ph Sah Tegang Kerana Rancangan Pengkhianat

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 374 hits
Pengerusi PKR Anwar Ibrahim mengesahkan rakaman suara mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari yang tersebar di media sosial beberapa hari lalu sebagai asli Saya dengar klip yang agak panjang Dan sebagai orang yang hadir dan merenung d...
Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Selepas Beratur 30 Minit Di Damascus Bukit Bintang

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala