Konsert Jiwa Kacau Satukan Kumpulan Hujan Bunkface Insomniacks Masdo 17 Jun Ini


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tidak pernah mendengar lagu-lagu seperti 'Bila Aku Sudah Tiada', 'Aku Scandal', 'Pagi Yang Gelap' daripada kumpulan Hujan? Bagaimana pula dengan lagu-lagu seperti 'Situasi', 'Revolusi', 'Malam Ini Kita Punya', 'Darah Muda' dari kumpulan Bunkface? Aku percaya ramai yang pernah dengar dan mengikuti perkembangn kedua-dua kumpulan ini

Buat peminat kumpulan Hujan dan kumpulan Bunkface, berita baik buat anda kerana  mereka akan bersama-sama dengan dua lagi kumpulan junior mereka yang merupakan antara kugiran terbaik di Malaysia buat masa kini iaitu Masdo dan Imsoniacks! 
Satu Malam, Empat Kugiran Terbaik Malaysia Di Atas Satu Panggung Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Buat Jiwa Anda Kacau! 
JIWA KACAU! Tidak ada yang lebih kacau bilau apabila mendengar empat kugiran dengan pengaruh mereka masing-masing akan bermain di atas satu panggung! 
Empat kugiran, Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo akan bersatu “memecahkan panggung', mendidihkan adrenalin sekali gus membuat jiwa-jiwa kalian kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd. 
Masakan tidak kacau, baru mendengar empat nama kugiran ini akan bergabung di atas sebuah panggung pun sudah teruja, bagaimana pula kelak menyaksikan mereka menyampaikan rendisi lagu-lagu yang bukan asing menjadi halwa telinga. 
Maka MND Sport & Event Sdn Bhd buat julung kalinya dengan berbesar hati menganjurkan Konsert Jiwa Kacau yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam Selangor. 
PENGANJURAN KONSERT JIWA KACAU
Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, idea penganjuran Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej Industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan. 
“Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap femonena yang dicetuskan kugiran ini dalam genre masing-masing, “Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik lokal kerana kualiti yang ada pada mereka. “Marilah kita menjiwai seni muzik yang dihasilkan oleh keempat-empat kugiran ini menerusi Konsert Jiwa Kacau yang akan dilaksanakan pada 17 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam,” 
ujar Harith Daniel selaku Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event. 
Menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan membuat peminat mereka 'gila'. 
“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie yang memecah tembok komersial dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia. “Insomniacks dan Masdo pula merupakan salah satu kugiran pop dan rock yang meraih pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang dimainkan. “Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita tersendiri ini bergabung, pihak kami percaya peminat akan 'naik gila. Dan harapan kami agar konsert ini memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru untuk industri muzik Malaysia,” 
katanya lagi


Sementara itu Bunkface menyifatkan Konsert Jiwa Kacau sebagai sebuah lamaran 'gila' yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan. 
Pemilik hit-hit seperti Malam Ini Kita Punya, Situasi, Dunia Baru dan Masih Di Sini itu sangat teruja untuk melihat projek empat kugiran tersebut menjadi realisasi pada 17 Jun nanti. 
“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang “berperang' dan berpesta dengan Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua 'gila'! “Dan Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi sebuah penghormatan buat kami bagaimana karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri muzik kita,” ujar Youk selaku wakil Bunkface. 
Bagi Insomniacks yang membuat peminat 'kacau' lewat lagu mereka seperti Kepala Batu, Langgar dan Pulang, berkongsi panggung dengan tiga legenda muzik tempatan adalah mimpi yang menjadi realiti. 
“Sebagai pemuzik paling junior dalam kelompok konsert ini, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri,”
 kata Insomniacks. 
HARGA DAN PENJUALAN TIKET
Tiket Konsert Jiwa Kacau bermula dengan CAT 3 (RM 75), CAT 2 & General (RM 165), CAT 1 (RM 235), VIP (RM 255) dan Meet & Greet Pass (RM 488) mula dijual pada 24 Mac 2023 melalui www.myticket.asia. 
Untuk itu buat semua peminat, ini adalah sebuah pesta yang tidak wajib dilepaskan kerana kalian akan menyesal seumur hidup! Bila lagi mahu melihat Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo satu pentas. Hanya ada pada Konsert Jiwa Kacau. Jumpa anda semua di sana! 


Konsert Jiwa Kacau 
Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam Tarikh: 17 Jun 2023 
Harga Tiket: 
1. General Admission - RM165 2. VIP seating - RM255 3. CAT 1-235 4. CAT 2 - 165 5. CAT 3-75 6. Meet & Greet Pass - RM488 
Platform pembelian: www.myticket.asia 
Tiket mula dijual:
Jumaat, 24 Mac 2023, 2.30petang

Jom ramai-ramai memeriahkan Konsert Jiwa Kacau, empat kugiran terbaik Malaysia dalam satu pentas

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/03/konsert-jiwa-kacau-satukan-kumpulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Kugiran Dalam Satu Pentas Pasti Jiwa Kacau

4 Kugiran Dalam Satu Pentas Pasti Jiwa Kacau

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 228 hits
Tidak ada yang lebih kacau bilau apabila mendengar empat kugiran dengan pengaruh mereka masing masing akan bermain di atas satu panggung EMPAT KUGIRAN ITU HUJAN BUNKFACE INSOMNIACKS MASDO akan bersatu memecahkan panggung mendidihkan adrenal...
Misteri Hujan Ikan Di Ethiopia

Misteri Hujan Ikan Di Ethiopia

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 210 hits
Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta juta ikan tiba tiba jatuh dari langit Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak siput malah bua...
Telefilem Menunggu Hujan Teduh Sempena Hari Seniman Negara

Telefilem Menunggu Hujan Teduh Sempena Hari Seniman Negara

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 285 hits
Menunggu Hujan Teduh telemovie khas sempena Hari Seniman Negara bersiaran pada hari Rabu 22 Mac 2023 pukul 9 00 malam di saluran TV2 Telefilem Menunggu Hujan Teduh dibintangi pelakon Zaidi Omar Fatimah Abu Bakar Azhan Rani Zarynn Min Nadia ...
Jom Makan Nasi Hujan Di Sds Buka Puasa Nanti

Jom Makan Nasi Hujan Di Sds Buka Puasa Nanti

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 212 hits
Korang tau tak Tahun ni SDS bawakan menu yang menarik untuk korang berbuka di bulan puasa nanti Kalau tahun lepas SDS bawakan menu nasi tomato Tahun ni SDS memperkenalkan menu nasi hujan yang datang 4 jenis lauk Ada lauk daging masak lada h...
Mcu Fasa 6 Akan Menampilkan Kumpulan Avengers Yang Berbeza

Mcu Fasa 6 Akan Menampilkan Kumpulan Avengers Yang Berbeza

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 124 hits
CEO Disney Bob Iger mendedahkan bahawa pasukan Avengers akan tampil berbeza dalam Fasa 6 MCU yang akan datang Iger mendedahkan pekara tersebut semasa bercakap di Persidangan Media dan Telekom Teknologi Morgan Stanley 2023 pada hari The post...
Jelang Berbuka Puasa Hujan Es Guyur Kota Pekanbaru

Jelang Berbuka Puasa Hujan Es Guyur Kota Pekanbaru

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 207 hits
Kejadian itu diabadikan sejumlah warga Pekanbaru dengan merekam menggunakan kamera handphone Beberapa videonya juga tersebar di sejumlah grup WhatsApp
Curhatan Warga Padang Setiap Musim Hujan Selalu Kebanjiran

Curhatan Warga Padang Setiap Musim Hujan Selalu Kebanjiran

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 188 hits
Banjir mendatangi rumah warga di kompleks Jondul Rawang Kecamatan Padang Selatan Kota Padang Sumatera Barat Hingga Sabtu siang banjir masih menggenangi sebagian rumah warga dengan air setinggi lutut
Ternyata Begini Cara Anggota Brimob Tidur Di Hutan Saat Hujan Tanpa Tempat Berteduh

Ternyata Begini Cara Anggota Brimob Tidur Di Hutan Saat Hujan Tanpa Tempat Berteduh

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 312 hits
Tak banyak yang tahu ternyata begini cara anggota Brigade Mobile Polri tidur di hutan saat dalam keadaan hujan Tak punya tempat berteduh hanya menggunakan jas hujan dan matras seadanya Simak potretnya
More Than One Reason To Dump Blackrock

Pengambilan Jawatan Kosong Kwsp Jun 2024

Mahb Blckrock Serah Nyawa Negara Pada Israel

Why Regular Roof Maintenance Lowers Insurance Costs

Stadium Sultan Ibrahim Rekabentuk Kapasiti Lawatan

Terungkap Penyebab Kebakaran Gudang Elpiji Tewaskan 18 Orang Di Bali

Penjadualan Penstrukturan Semula Ptptn

Parti Keadilan Rakyat Pahang Bentuk Satu Jawatankuasa Kepimpinan Baharu Pada Sabtu



Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies

8 Fakta Biodata Aisyah Hijanah Azhari Penulis Buku Isteri Kepada Alif Teega

5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan


Makan Sedap Masakan Hainan Di Restoran Chuen 1954 Wangsa Walk

Basmalah Tulisan Arab Arti Tafsir Keutamaan

Boleh Ke Beli Frame Tempat Lain Tukar Cermin Tempat Lain

Anak Pokok Moringa Kelor

Bila Maknya Tak Sihat

Beyond The Boardroom Second City Livery Your Chicagoland Transportation Concierge