Konsert Exists Reunion Tour Singapore


KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE | EXISTS merupakan sebuah kumpulan Pop rock terkenal Malaysia yang juga popular di Brunei, Singapura dan Indonesia. Penubuhan kumpulan ini bermula di Johor Bahru pada tahun 1991, anggota pertama adalah Along @ G-nola @ Azhrul Nasir iaitu pemain gitar kumpulan tersebut. 
Dalam kumpulan EXISTS ni, Ruby suka semua ahli mereka sebab sangat suka low profile. Cuma dalam kumpulan EXISTS ni ada seorang ahli yang Ruby suka iaitu Along sebab masa dia goreng gitar elektrik tu syok dengar dan kalau ada persembahan pentas, stail dia dengan rambut kerintingnya tu depan kipas terbang-terbang. Memang rockstar sejati. Hahaha. Sekarang kalau nak dengar Along goreng, boleh buka Spotify Along Exists. 
EXISTS mula mencipta nama pada usia remaja belasan tahun sekitar akhir 1991 menerusi album sulung mereka yang diberi Nama 'EXIST', lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pepohon Cemara, Langkah Seiringan, Janji Bidadari, Kerana Cinta, Sebelum Terlewat, Kuman HIV & Hidupan Fantasi. 
Kumpulan EXISTS telah menerima pelbagai anugerah sepanjang berkarya. Walau melalui zaman jatuh bangun, EXISTS kekal di hati para peminatnya. Suara vokalis Mamat, Ezad dan tenaga para pemain muzik kumpulan ini sering mendapat respon positif kerana masih sama seperti zaman 90-an. 
Malah lagu-lagu menggamit nostalgia dari EXISTS sering menjadi pilihan ketika karaoke. Jom kita sing-along ramai-ramai di Konsert Exists Reunion Tour Singapore. Lokasi pertama jelajah EXISTS REUNION di sana akan berlangsung pada 14 Januari 2023. 
KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE

KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORETarikh: 14 Januari 2023Hari: SabtuLokasi : The Theatre at Mediacorp, Singapura #KonsertJelajahExistsReunion
Jadi lokasi petama untuk siri konsert jelajah Exists Reunion. Terakhir Exists Reunion meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat para peminat di Singapura adalah pada 5 Oktober 2019. Berawal dari tiket konsert yang terjual habis dalam masa dua hari, sambutan hangat ini dapat dirasakan ketika konsert tersebut berlangsung di The Theatre at Mediacorp

Kemunculan Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang memberikan kenangan yang bukan sedikit buat para peminat tegar Exists Reunion. Menyanyi bersama-sama pada setiap lagu membuatkan lokasi konsert menjadi tempat karaoke berskala besar antara Exists Reunion dan para peminat mereka

Tahun hadapan, momen dan keindahan itu akan dibawakan lagi oleh Shiraz Projects. Di tempat yang sama, mereka bakal menggandakan lagi memori indah tersebut pada 14 Januari 2023

Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, “Menyaksikan para penonton menyanyi bersama-sama di Konsert Exists Reunion di Singapura adalah antara kenangan terindah kami, sama seperti di Stadium Malawati sebelumnya. Kami bawakan konsert ini kembali kerana mengerti dengan kerinduan peminat yang sudah menunggu kehadiran Exists Reunion usai pandemik melanda dunia.”
Tambahannya lagi, pihak Shiraz Projects sering mendapat pertanyaan bilakah lagi Exists Reunion akan kembali lagi ke Kota Singa dan menyemai momen indah bersama peminat dengan lagu-lagu malar segar mereka. 
“Memahami kerinduan yang mereka rasakan, kami bawakan Exists Reunion ke The Theatre at Mediacorp, Singapura sebagai lokasi pertama dalam rangkaian siri jelajah Exists Reunion pada tahun 2023. Lokasi yang seterusnya akan diumumkan kelak. Buat masa sekarang kami ingin memberikan berita baik ini kepada peminat di Singapura dahulu,” tambah Shiraz yang juga teruja dengan sambutan terdahulu yang diberikan oleh peminat Exists Reunion di Singapura.
Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan

“Kami sentiasa teruja dan menghargai sokongan yang diberikan oleh para peminat di Singapura. Ketika kali pertama kami muncul di Singapura atas nama Konsert Exists Reunion, sambutan yang diberikan sangat membuatkan kami terharu. Oleh itu, kami ingin kembali lagi untuk sama-sama membina momen-momen indah bersama para peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanan karier. Jadi jangan lupa dapatkan tiket segera,” ujar Ajai mewakili kumpulan Exists Reunion.
Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Theatre at Mediacorp

Dijadualkan berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada 14 Januari 2023, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ini merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023

Pastinya, untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vokal 'belum pecahnya' akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun

Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak

HARGA TIKET KONSERT EXISTS REUNION TOUR SINGAPORE
Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka


Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects. Sekali lagi, jangan lepaskan momen ini dan nantikan infomasi seterusnya tentang jelajah Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung tahun hadapan

Konsert Exists Reunion Tour Singapore merupakan konsert satu malam sahaja dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/10/konsert-exists-reunion-tour-singapore.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Boleh Tanya Dia Kenapa Saya Keluar Shuib Enggan Dedah Sebab Keluar Sepahtu Reunion Kenapa Tu

Hiburan Boleh Tanya Dia Kenapa Saya Keluar Shuib Enggan Dedah Sebab Keluar Sepahtu Reunion Kenapa Tu

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 266 hits
Sebelum ini pelawak Rahim menjelaskan bahawa tiada timbul isu bermasam muka dengan pelawak dan penyamai radio walaupun kini mereka tidak lagi bersama dalam program Sepahtu Reunion Malah Rahim turut memaklumkan yang mana pihaknya terbuka sek...
Vide0 Air Mata Zamani Di Konsert Terakhir Sebelum Dibed4h

Vide0 Air Mata Zamani Di Konsert Terakhir Sebelum Dibed4h

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 227 hits
Saya minta maaf kerana tidak dapat kawal perasaan ini Demikian ungkapan penyanyi Zamani yang tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu berjudul Namun Ku Punya Hati pada penghujung konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang berlangsung...
Hiburan Pendakwah Bukan Anti Anda Baby Shima Perli Isu Konsert Di Kelantan Ini Respon Ustazah Asma Harun

Hiburan Pendakwah Bukan Anti Anda Baby Shima Perli Isu Konsert Di Kelantan Ini Respon Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 163 hits
Baru baru ini penyanyi dangdut penuh kontroversi ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pendakwah di Malaysia yang didakwanya tidak berbunyi ketika sebuah konsert nyanyian diadakan di negeri Kelantan Tak aci konsert kita sahaja b...
9 Tahun Selepas The Heirs Kim Woobin Krystal Reunion Kembali Di Pameran Fesyen

9 Tahun Selepas The Heirs Kim Woobin Krystal Reunion Kembali Di Pameran Fesyen

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 169 hits
Siapa pernah layan drama The Heirs yang ditayangkan pada 2013 dahulu ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 14 Oktober Kim Woo bin dan Krystal telah menghadiri pertunjukan fesyen untuk jenama Ralph Lauren yang diadakan di San Marino California Seju...
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Pet Expo Midvalley 2024

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


A First Date With Onew At Guess Onew Fanmeeting 2024

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation