Konsert Di Rusia Bermula Kisah Perisikan 007




Perwakilan ke Mesyuarat Kesalamatan PBB di New York City pada 22 Mac 2024 ( dari kiri), Linda Thomas-Greenfield, Vasily Nebenzy. dan Zhang Jun.‘Konsert’ perang kuasa dunia bermula…ENTAH suatu kebetulan atau plot yang sudah dirancang rapi, seolah-olah menonton filem perisikan tersohor James Bond 007 atau Mission: Impossible.

Tiba-tiba sahaja dunia dikejutkan dengan kejadian serangan hendap di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow, Rusia ketika konsert kumpulan rock terkenal negara itu, Picnic sedang berlangsung pada malam tadi.Tragedi yang telah mengorbankan kira-kira 133 nyawa dan 187 yang lain mengalami kecederaan itu berlaku pada tarikh 22 Mac 2024, sejurus duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzya ketika itu berada di ibu pejabat PBB di New York City, untuk mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
Apa yang ada di situ? 
Walaupun berada di bumi Amerika Syarikat (AS), Nebenzya dengan berani dan lantangnya telah mendedahkan kepada dunia bahawa kandungan draf resolusi PBB yang digubal AS sebenarnya, mengandungi muslihat untuk memberi ‘lampu hijau’ (kebenaran) buat Israel untuk menyerang Rafah di Semenanjung Gaza.
Justeru, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York City itu, Rusia dan China, serta Algeria telah mengundi menentang resolusi yang digubal AS itu, manakala 11 negara daripada 15 anggota pertubuhan tersebut menyokong resolusi berkenaan; dan hanya satu negara, Guyana mengambil pendekatan berkecuali.
Rafah misi terakhir Zionis di Gaza?
Namun, apabila Rusia dan China bersatu memveto resolusi tersebut dan Majlis Keselamatan PBB tidak meluluskan draf resolusi AS itu, AS melalui dutanya ke PBB, Linda Thomas-Greenfield yang auranya kelihatan seperti seorang ‘ibu atau nenek yang baik hati’ sebaliknya menunjukkan taring ‘Amerika’ dirinya dengan menyelar sambil melabelkan Rusia dan China sebagai ‘keterlaluan’.
Apakah ‘keterlaluan’ yang dimaksudkannya itu?
Ohhh… hujah Thomas-Greenfield, kedua-dua Rusia dan China dilabelkan sebagai keterlaluan kerana ‘enggan mengutuk pejuang Islam Hamas kerana membakar orang hidup-hidup, kerana menembak mati orang awam yang tidak bersalah di konsert dan kerana memperkosa wanita dan gadis’.
“Ini adalah serangan paling teruk ke atas orang Yahudi sejak Holocaust,” tegas Thomas-Greenfield merujuk kepada serangan pejuang Islam-Palestin Gaza, Hamas ke atas Israel tanggal 7 Oktober 2023 – tarikh bermulanya serangan balas Israel ke atas Gaza yang kini berlarutan sudah lebih enam bulan.
Hamas telah berulang kali menafikan dakwaan pejuangnya telah melakukan tindakan keganasan seksual ketika serangan 7 Oktober 2023 ke atas Israel itu.
Belum pernah bukti kukuh dan nyata dikemukakan atas dakwaan itu, tetapi apa yang seluruh dunia lihat sekarang ini dan jelas bukti nyata terpampang ialah genosid Israel terhadap lebih 30,000 nyawa orang awam penduduk Gaza.
Benar sepertimana hujah Duta Besar China ke PBB, Zhang Jun yang hadir dalam mesyuarat Majlis Keselamatan pertubuhan dunia itu, bahawa PBB telah ‘mengheret kakinya’ (dan seluruh dunia) terlalu lama dalam isu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Malah penegasan Zhang bahawa draf resolusi AS itu ‘sebenarnya mengelak isu gencatan senjata, kekal samar-samar dan mengelak daripada gesaan gencatan senjata segera di Gaza’ ternyata telah menyokong padu pendedahan yang diutarakan Nebenzya.
Umum mengetahui bahawa Rafah kini menjadi tempat perlindungan lebih satu juta ‘pelarian di negara sendiri’ penduduk Palestin di Gaza, dan jika Rafah pun diserang, maka akan bertambahlah korban nyawa genosid Israel, atau itukah niat Israel (yang disokong padu AS) mahu menghapuskan sekalian umat Palestin di bumi Gaza?
Kita baru sahaja dihidangkan dengan video tular yang menyaksikan beberapa orang awam Palestin yang sedang berjalan kaki diletupkan begitu sahaja, dan tidak mustahil serangan terhadap Rafah kelak adalah misi terakhir Israel di bumi Gaza – untuk menguasai Gaza sepenuhnya seratus peratus dan kali ini tanpa saki-baki rakyat Palestin.
Persamaan Konsert Picnic, Festival Muzik Nova
Seperti menyaksikan satu putaran lengkap, tragedi yang berlaku di Dewan Bandaraya Crocus, Moscow ketika konsert rock Picnic itu seperti cuba mengingatkan kembali satu dunia terhadap peristiwa ketika Hamas menyerbu Festival Muzik Nova di Israel pada 7 Okt 2023.
Apakah motifnya? 
Adakah ia (walau siapa atau pertubuhan apa dalang di sebalik serangan hendap konsert rock Picnic di Moscow itu – yang menurut laporan terkini media Barat dalangnya dikaitkan dengan militia ISIS) cuba untuk memperlihatkan semua yang berlaku ini bahawa perang Gaza-Hamas selama lebih enam bulan adalah berpunca daripada serangan Hamas terhadap Israel tanggal 7 Okt 2023 itu?
Jika betul itulah motifnya, ternyata sekali ia adalah motif yang bodoh dan bebal! Satu dunia sudah tahu kenapa Hamas menyerang Israel pada 7 Okt 2023. 
Selain bukti nyata kematian yang berlaku di Festival Muzik Nova itu akibat tembakan helikopter tempur tentera Israel sendiri, serangan Hamas itu adalah atas dasar mendapatkan semula tanah penduduk Palestin yang diceroboh dan dirampas secara haram oleh rejim Zionis Yahudi tajaan Israel itu.
Bukankah Semenanjung Gaza ‘penjara terbesar di dunia’ yang dikuasai Israel?
Sebenarnya niat dan cita-cita jahat Israel untuk memadamkan negara Palestin dari peta dunia sudah tercetus sejak tertubuhnya negara haram Israel pada 1947 melalui perjanjian Balfour.
Jangan lupa penduduk Palestin telah dihalau dan dipisahkan dari negara mereka, serta dibahagkan kepada dua bahagian – Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, manakala kawasan lain telah dirampas Zionis lalu membentuk negara haram Israel.
Gaza ialah umpannya…
Kekal dengan sifat perampas hak orang lain, perjanjian persempadanan yang dimeterai pada 1967 selepas perang Arab-Israel memang tidak pernah dipatuhi Israel. 
Sehingga kini, Israel berterusan menceroboh masuk ke tanah penduduk Palestin, merampas rumah dan harta benda mereka tanpa sebarang sekatan, jadi itulah punca kebangkitan Hamas – dan kini, dunia mengetahui tentang fakta yang cuba diselindungkan selama ini.
Sesungguhnya, mesyuarat Majlis Keselamatan PBB 22 Mac 2024 itu telah dicatat dalam sejarah dunia sebenarnya adalah sebagai suatu ‘konsert’ perang perebutan kuasa dunia yang menakutkan…dan bumi Palestin, khususnya Gaza ialah umpannya.
Sementelah, Perancis dalam kenyataan semalam, Jumaat (22 Mac) berikrar akan mengusahakan resolusi gencatan senjata baharu PBB mengenai Gaza selepas draf resolusi AS itu diveto Rusia dan China.
Justeru, ini bukan penamat tetapi adalah satu permulaan… – HARAKAHDAILY 23/3/2024 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konsert di Rusia, bermula kisah perisikan 007?
Lagi, komen untuk Islam dan rakyat Malaysia. Berita gembira, buat ahli PAS. Al-hamdulillah!

KUALA LUMPUR: Berita gembira kepada seluruh ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bakal mendapat sebuah kompleks di bawah PAS Pusat sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, kompleks yang akan dibina tidak lama lagi di atas tapak seluas lima ekar yang berdekatan dengan kawasan Lembah Kelang bakal menjadi satu mercu tanda kebanggaan kita semua.
“Bagi tanah yang bernilai RM5 juta ini, pihak pengurusan pembinaan telah melunaskan pembayaran RM100,000 dan berbaki RM400,000 perlu dibayar selepas bulan Ramadan kelak.” 
“Di sana juga, kita akan mendirikan dewan untuk melaksanakan program-program parti dan banyak lagi kemudahan-kemudahan yang akan dibina di sana,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di seluruh platform media sosial PAS Pusat.
Sehubungan itu, Idris memohon agar semua ahli PAS tidak berasa keberatan untuk menginfaq bagi menjayakan pembinaan kompleks ini. 
“Bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pembinaan Kompleks Pas Pusat, kita telah memutuskan bagi memastikan setiap ahli PAS dapat menderma RM10 sempena Ramadan al-Mubarak ini,” pesannya.
Beliau juga yakin dan percaya dengan semangat daripada semua ahli PAS, dengan menyasarkan 500,000 orang daripadanya akan mencapai sasaran bagi melunaskan baki bayaran.
“Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan saya menyeru saudara semua cintakan kepada perjuangan bagi menjayakan misi kita ini. 
“Semoga Allah SWT memberikan kemudahan dan keberkatan bagi menjayakan cita-cita kita bersama,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/3/2024


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.






Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/03/konsert-di-rusia-bermula-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Cantik Tak Kisah Jadi Tukang Sapu Tetap Bersolek Walaupun Kerja Di Jalanan

Wanita Cantik Tak Kisah Jadi Tukang Sapu Tetap Bersolek Walaupun Kerja Di Jalanan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 191 hits
Dalam keadaan ekonomi yang bukan sahaja menyerang Malaysia malah seluruh dunia maka ramai tidak memilih kerja dan menyambar segala peluang yang ada Buat wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di Thaland dia tidak menjadikan kerjanya sebaga...
Filem Pendek Mak Elrah Exclusive Kisah Sebenar Perjalanan Kehidupan El Azman

Filem Pendek Mak Elrah Exclusive Kisah Sebenar Perjalanan Kehidupan El Azman

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 185 hits
Semalam butik pakaian Baju Melayu terkemuka Elrah Exclusive telah mengadakan penanyangan filem pendek sebagai tanda meraikan pencapaian luar biasa sepanjang 10 tahun mencipta nama dalam pasaran Muhd Hilmi Che Azman atau mesra disapa El Nazm...
Kisah 2 Beradik Yang Meninggal

Kisah 2 Beradik Yang Meninggal

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 170 hits
Semalam saya kongsikan sebuah kisah dua orang adik beradik yang meninggal Keduanya guru satu cikgu tadika swasta satu lagi guru Tadika pasti Yang swasta dapat manfaat yang Pasti tak dapat Perkeso ni insurans kerajaan yang murah dibawah kuas...
Kisah Cili Hijau Di Bulan Ramadhan

Kisah Cili Hijau Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 276 hits
Alkisahnya cerita ni berlaku Jumaat lepas di bulan Ramadhan Seperti mama cakap sebelum ni mama memang takde idea nak masak apa utk Ramadhan tahun ni Tetiba terasa macam nak buat ikan bilis goreng kicap dan mama suruh en husband belikan cili...
Kisah Haru Siswi Di Sinjai Sekolah Sambil Gendong Adik Setelah Ibu Wafat

Kisah Haru Siswi Di Sinjai Sekolah Sambil Gendong Adik Setelah Ibu Wafat

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 144 hits
Video seorang siswi Madrasah Ibtidaiyah di Sinjai bernama Nuraeni menggendong dan mengasuh adiknya saat berada di dalam kelas viral di media sosial
Foto Mesra Tersebar Agensi Kim Soohyun Jawab Kisah Sebenar Gosip Cinta Dengan Kim Saeron

Foto Mesra Tersebar Agensi Kim Soohyun Jawab Kisah Sebenar Gosip Cinta Dengan Kim Saeron

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 148 hits
Awal pagi tadi peminat K Drama telah digemparkan dengan foto yang tiba tiba dimuat naik oleh Kim Sae ron ARTIKEL BERKAITAN Oleh kerana foto itu memaparkan adegan intim antara Kim Sae ron dan Kim Soo hyun ramai yang menebak mereka sedang ber...
Kisah Pilu Anak Difabel Terbaring Di Samping Jasad Ibu Sudah Meninggal Beberapa Hari

Kisah Pilu Anak Difabel Terbaring Di Samping Jasad Ibu Sudah Meninggal Beberapa Hari

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 193 hits
Peristiwa ini memilukan ini terjadi di sebuah rumah yang ada di Jalan Raung RT 4 RW 3 Kelurahan Singotrunan Banyuwangi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih