Sanusi Mengaku Tak Bersalah Hang Angkat Tangan Macam Bang Non Buat Apa



Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menghasutDiterbitkan:  Jul 18, 2023 11:07 AM⋅Dik1Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.
Muhammad Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
"Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah, Yang Arif," katanya dalam keadaan tenang.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
ADS
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat Kuala Lumpur pada 11 malam, 11 Julai lepas.Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang mengetuai pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya Muhammad Sanusi tidak membuat sebarang komen berhubung kes dihadapinya sehingga kes berkenaan selesai.
Peguam Datuk Shaharudin Ali, yang mewakili Muhammad Sanusi tidak membantah jumlah jaminan itu dan memaklumkan anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.
"Kami bersetuju dengan jumlah jaminan itu dan untuk makluman mahkamah, anak guam saya ialah 'care taker' kerajaan Negeri Kedah dan beliau mengetuai pilihan raya negeri," kata Shaharudin.
Kedua-dua hakim membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan tertuduh tidak membuat sebarang komen berhubung kes sehingga kes berkenaan selesai serta menetapkan 4 Okt untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
Muhammad Sanusi membayar wang jaminan berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu selepas selesai prosiding berkenaan.
Selain Ahmad Terrirudin, pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Manoj Kurup dan Datuk Masri Mohd Daud manakala Shaharudin turut dibantu peguam Wan Rohimi Wan Daud.
- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/sanusi-mengaku-tak-bersalah-hang-angkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agar Isu Kebiadapannya Kepada Raja Tidak Berpanjangan Sanusi Sepatutnya Pilih Mengaku Bersalah

Agar Isu Kebiadapannya Kepada Raja Tidak Berpanjangan Sanusi Sepatutnya Pilih Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 143 hits
Atas kedua dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di bawah Akta Hasutan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor telah membuat pilihan untuk mengaku tidak bersalah di mahkamah Ini bermakna kes beliau yang mempertikaikan kebijaksanaan Sultan Sel...
Terang Terang Hina Sultan Selangor Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

Terang Terang Hina Sultan Selangor Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 213 hits
Terang terang hina Sultan Selangor Sanusi mengaku tidak bersalah Sanusi Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Menteri besa...
Mohon Maaf Tapi Mengaku Tak Bersalah Sultan Kata Tak Selesai Keh Keh

Mohon Maaf Tapi Mengaku Tak Bersalah Sultan Kata Tak Selesai Keh Keh

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 172 hits
Ek eleh Mengaku tak bersalah tapi dah tulis warkah mohon ampun pd Sultan Selangor Tuanku kata BELUM SELESAI Amik hg MBSD Menteri Yg Besaq Sembang Deraih Gari pun tak muat ke Smlm kutip sabun tak Zus Din 18072023
Sanusi Berpotensi Didapati Bersalah Memberinya Kemenangan Suatu Pembaziran

Sanusi Berpotensi Didapati Bersalah Memberinya Kemenangan Suatu Pembaziran

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 235 hits
Walaupun telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan selain bakal disiasat pula oleh SPRM berhubung isu nadir bumi Pas dilaporkan tetap akan meletakkan Sanusi Md Nor sebagai calon pada PRN akan datang ini Timbalan Presiden Pas Tuan Ibra...
Sanusi Harap Cool Alah Hero Hang Bukan Pernah Dok Jel Lagi

Sanusi Harap Cool Alah Hero Hang Bukan Pernah Dok Jel Lagi

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 425 hits
MetroSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esokDatuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor FOTO Arkib NSTPKuala Lumpur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka akan didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang esok Muhammad Sanu...
Anwar Kalau Betul Sanusi Tak Bersalah Kenapa Pas Menghadap Sultan

Anwar Kalau Betul Sanusi Tak Bersalah Kenapa Pas Menghadap Sultan

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 181 hits
Awani GOMBAK Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Namun beliau mempersoalka...
Sanusi Mengaku Tak Salah Tuduhan Menghasut

Sanusi Mengaku Tak Salah Tuduhan Menghasut

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 178 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 18 2023 9 41 AMMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengeluarkan kata kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Se...
Kalau Rakyat Biasa Bukan Mb Macam Sanusi Bukan Cepat Ka Masuk Dalam Ini Tidak Adil

Kalau Rakyat Biasa Bukan Mb Macam Sanusi Bukan Cepat Ka Masuk Dalam Ini Tidak Adil

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 247 hits
Kalau rakyat biasa hina Sultan masuk ke dalam for sure Set pemimpin kalau menghina boleh mintak maaf Dan repeat semula Harap polis ambil tindakan tegas Bagi pengajaran pada yang lain LM
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20