Kongsi Kasih Jejak Jalanan Musim Baharu Yang Lebih Wangi Dengan Perfume Paradise


Kongsi Kasih, rancangan yang menyentuh hati rakyat Malaysia, kini kembali dengan musim baharu bertajuk “Kongsi Kasih Jejak Jalanan”. Dengan kerjasama Perfume Paradise, musim ini membawa makna yang lebih mendalam dalam berkongsi cerita-cerita inspirasi dan keprihatinan, khususnya sempena bulan Ramadan.
Pelancaran rasmi musim baharu ini disambut dengan penuh meriah melalui aktiviti istimewa, Kongsi Kasih Jejak Jalanan, bertempat di Astro Bukit Jalil dan Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan. Acara ini menyaksikan kehadiran rakan media, selebriti, dan pasukan pengurusan daripada Nu Ideaktiv serta Perfume Paradise, bersatu untuk melancarkan musim baharu yang penuh keindahan kasih sayang.
Bermula Di Astro Bukit Jalil Ke Anjung Kembara
Acara bermula dengan majlis perasmian di Astro Bukit Jalil, di mana para VIP termasuk pengurusan tertinggi Perfume Paradise dan Nu Ideaktiv secara simbolik menyembur pewangi Perfume Paradise ke arah kereta rasmi – melambangkan misi menyebarkan “kasih” dan memberikan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.
Konvoi Kongsi Kasih Jejak Jalanan kemudiannya bergerak ke Anjung Kembara, di mana aktiviti utama melibatkan pengagihan pek makanan tengah hari dan kit kebersihan kepada komuniti gelandangan.
Nur Afiqah Amran, Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, bergambar kenangan sebelum memulakan konvoi ke Anjung Kembara Para selebriti dan rakan media turut serta dalam sesi makan bersama komuniti, mendengar kisah-kisah mereka yang penuh perjuangan dan harapan – selari dengan tema rancangan ini untuk menyebarkan kasih dan kebaikan.
Bersiaran Bermula 14 Februari Bersama Hos Hazeman Huzir
Musim terbaharu Kongsi Kasih Jejak Jalanan akan bersiaran di Astro Prima, bermula 14 Februari 2025 jam 7 malam dengan jumlah 7 episod berdurasi 30 minit setiap satu dan 1 episod berdurasi 60 minit bagi menutup musim dengan pengisian istimewa sempena bulan Syawal dan perayaan Aidilfitri.
Hazeman Huzir bergambar bersama team Perfume Paradise dan NU Ideaktiv Sdn Bhd sebelum makanan dan kit kebersihan diagihkan Diterajui oleh hos popular Hazeman Huzir dan disertai oleh Abbe Hae dari Pertubuhan Jejak Jalanan, rancangan ini membawa cerita-cerita inspirasi daripada komuniti yang pelbagai di seluruh Malaysia. Fokus musim ini termasuk membantu gelandangan, ibu tunggal, warga emas, serta keluarga yang terjejas akibat bencana. Setiap episod menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai nilai empati, kebaikan, dan berkongsi kasih, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv berkata, “Sebagai penerbit kandungan dan juara suara komuniti, kami di Nu Ideaktiv berasa bertanggungjawab untuk membawa kisah-kisah mereka yang memerlukan ke ruang yang boleh dilihat dan didengari oleh rakyat Malaysia. Kisah-kisah ini datang daripada pelbagai komuniti yang kami dengar setiap hari melalui interaksi dengan masyarakat. Harapan kami adalah agar cerita-cerita ini membuka mata dan hati rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan”.
Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv “Kehadiran Perfume Paradise sebagai rakan kongsi dalam Kongsi Kasih Jejak Jalanan memberi kami lebih kegembiraan kerana ia melambangkan bagaimana sebuah jenama boleh turut serta mengangkat kisah-kisah ini dan membantu mereka yang memerlukan. Dengan Perfume Paradise, kami melihat harapan baharu untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada komuniti ini.”
Menurut Nur Afiqah Amran, Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, “Bagi Perfume Paradise, adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada program Kongsi Kasih Jejak Jalanan. Melalui program ini, kami berpeluang menyebarkan mesej kasih dan harapan kepada mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah jenama yang berinspirasikan wangian, kami percaya seperti mana pewangi memberikan kesegaran dan keyakinan kepada kehidupan, kasih sayang juga boleh memberikan harapan baharu kepada mereka yang terpinggir.
Nur Afiqah Amran, Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise Program ini selaras dengan misi kami untuk tidak hanya menjadi sebuah jenama, tetapi juga sebagai pencetus perubahan yang membawa kegembiraan kepada masyarakat. Kami berharap melalui program ini, lebih banyak pihak akan terinspirasi untuk menyebarkan kasih dan kebaikan kepada yang memerlukan.”
Spray Sekali, Wangi 3 Hari!
Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh bapa kepada Nur Afiqah Binti Amran, Perfume Paradise bermula sebagai perniagaan keluarga dengan matlamat menghasilkan wangian berkualiti mewah pada harga mampu milik. Selepas beberapa tahun, jenama ini mencapai satu titik perubahan penting apabila Nur Afiqah Binti Amran mengambil alih pengurusan.
Di bawah kepimpinannya, Perfume Paradise berkembang pesat dan berjaya membina reputasi sebagai jenama yang dipercayai di Malaysia. Kini, Perfume Paradise telah menjadi pilihan utama pengguna dengan dua rangkaian produk utama berharga RM10 dan RM40. Dikenali dengan lebih 70 wangian unik yang tahan lama, Perfume Paradise turut dikenali dengan slogan “Spray Sekali, Wangi 3 Hari,” yang terhasil daripada maklum balas pelanggan setia.
Nur Afiqah mengedarkan kit kebersihan kepada komuniti gelandangan Jenama ini memberi tumpuan kepada 80% pengguna wanita dan turut menawarkan pilihan wangian untuk lelaki. Perfume Paradise juga aktif dalam kolaborasi bersama influencer, kempen pengiklanan holistik, dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat seperti Kongsi Kasih, sejajar dengan misi untuk menyebarkan kebahagiaan dan kebaikan melalui wangian.
Bagi Raqim Ahmad, Ketua Kandungan Saluran Astro, program Kongsi kasih adalah usaha Astro untuk menyebarkan kasih sayang dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. “Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik sambil menyemarakkan semangat kemasyarakatan.
“Kami amat berharap program ini mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat dan mampu memberi manfaat yang sedikit sebanyak menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus menyebarkan kebaikan.”
Saksikan tayangan perdana Kongsi Kasih Jejak Jalanan di Astro Prima, setiap Jumaat jam 7 malam bermula 14 Februari ini, dan hayati kisah-kisah penuh inspirasi yang menyentuh hati. Mari bersama kami menyebarkan kasih dan kebaikan kepada komuniti yang memerlukan.
The post Kongsi Kasih Jejak Jalanan Musim Baharu Yang Lebih Wangi Dengan Perfume Paradise appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kongsi-kasih-jejak-jalanan-musim-baharu-yang-lebih-wangi-dengan-perfume-paradise/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Baharu Azam Baharu Ke Arah Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat Lebih Panjang Umur

Tahun Baharu Azam Baharu Ke Arah Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat Lebih Panjang Umur

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 361 hits
Sambil kita mengalu alukan ketibaan tahun baharu kesihatan dan kesejahteraan terus menjadi keutamaan bagi ramai penduduk di Asia Pasifik termasuk rakyat Malaysia Umur yang panjang bukan sahaja bermakna hidup lebih lama tetapi menjalani kehi...
Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar Pm Anwar

Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 107 hits
Kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini yang menumpukan b...
Proton Saga 2025 Baharu Rekaan Lebih Moden Teknologi Canggih Ketahui Perinciannya

Proton Saga 2025 Baharu Rekaan Lebih Moden Teknologi Canggih Ketahui Perinciannya

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 138 hits
Proton sedang giat membangunkan model Proton Saga baharu dengan kerjasama Geely yang dijangka dilancarkan pada tahun 2025 Pembangunan ini dipercepatkan melalui Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton yang baru dibuka di Teluk Hangzhou Chi...
Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 272 hits
Kertas percetakan ramah lingkungan menjadi pilihan utama bagi banyak bisnis yang ingin mengurangi jejak karbon dan meningkatkan keberlanjutan Dengan semakin meningkatnya kesadaran akan dampak lingkungan memilih bahan cetak yang lebih bertan...
Ada 7 Pelatih Berlatih Sekali Jisoo Dedah Blackpink Sepatutnya Ada Lebih Dari 4 Ahli

Ada 7 Pelatih Berlatih Sekali Jisoo Dedah Blackpink Sepatutnya Ada Lebih Dari 4 Ahli

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 113 hits
Siapa sangka kan BLACKPINK sepatutnya debut dengan lebih dari 4 orang ahli Artikel Berkaitan Baru baru ini Ji soo telah muncul sebagai tetamu dalam program Dex s Fridge Interview di YouTube bagi mempromosikan drama terbarunya dan juga berbo...
Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 210 hits
Salah satu momen paling menegangkan saat main Mobile Legends adalah saat harus melawan tim yang lebih kuat di ranked match Tapi tenang ini justru jadi kesempatan emas buat ningkatin skill dan strategi permainan
Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 211 hits
Lirik Lebih Dari Rindu Maulana Andai ku dapat terbang tinggiMenembus awanKu akan datang untuk MenemuimuTakkan pernah ku biarkan kauSendiri disanaTerus menantiHanya berteman sepiAku berjanji kan kembaliKu harap engkau slalu sabar menantiJaga...
Maulana Ardiansyah Alyssa Dezek Lebih Dari Rindu Chord

Maulana Ardiansyah Alyssa Dezek Lebih Dari Rindu Chord

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 202 hits
A E B C m A E Bsus4 Maulana E Andai ku dapat terbang tinggi Am Menembus awan B Ku akan datang untuk E Menemuimu E Takkan pernah ku biarkan kau Am Sendiri disana B Terus menanti E Hanya berteman sepi A E Aku berjanji kan kembali A Ku harap e...
Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 31 2025 2 05 PMMajlis Ulama Umno memperingatkan menteri bukan Islam lebih berhati hati memberi ulasan berkaitan perkara yang berkaitan dengan Islam dan umat Islam Perkara itu kata badan itu bagi mengelakkan p...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri