Tahun Baharu Azam Baharu Ke Arah Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat Lebih Panjang Umur


Sambil kita mengalu-alukan ketibaan tahun baharu, kesihatan dan kesejahteraan terus menjadi keutamaan bagi ramai penduduk di Asia Pasifik, termasuk rakyat Malaysia. Umur yang panjang bukan sahaja bermakna hidup lebih lama tetapi menjalani kehidupan yang cergas dan aktif. Menurut Dr. Vipada Sae-Lao, Ketua Latihan dan Pendidikan Latihan Pemakanan, Asia Pasifik, Herbalife, 


"Anda boleh meningkatkan kesejahteraan keseluruhan anda dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh. Mulakan dengan mengambil langkah-langkah mudah dan praktikal yang akan memulakan perjalanan kesihatan dan kesejahteraan anda dan mendorong anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dalam jangka panjang." 
Berikut ialah lima petua mudah untuk menjaga kesihatan dan memanjang umur

Lebihkan Bilangan Langkah Anda Setiap Hari
Jangan memandang rendah manfaat senaman ringan seperti berjalan kaki untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan. Berjalan kaki bukan sahaja akan meningkatkan kecergasan kardiovaskular, tetapi juga boleh menguatkan tulang dan otot anda, seterusnya meningkatkan ketahanan otot



Kajian* mendapati bahawa senaman ringan seperti berjalan kaki selama sepuluh minit selepas makan boleh membantu penghadaman dan menurunkan paras gula darah. Justeru berjalan kaki selepas makan merupakan senjata rahsia untuk meningkatkan metabolisme dan menguruskan berat badan keseluruhan
Aktiviti berjalan pantas secara berkala digabungkan dengan pemakanan sihat sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan sekiranya penggunaan tenaga keseluruhan melebihi pengambilan kalori. 
Berjalan kaki turut membantu mengurangkan lemak yang mengelilingi organ dalaman pada bahagian abdomen, yang juga dikenali sebagai lemak perut atau lemak abdomen dan amat berbahaya kepada kesihatan kita. Malah, Garis Panduan Pemakanan Malaysia 2020 mengesyorkan aktiviti senaman selama 30 hingga 60 minit pada tahap intensiti sederhana seperti berjalan kaki pantas, lima hingga tujuh hari seminggu untuk kesihatan yang optimum
  Berjalan kaki bersama keluarga dan rakan-rakan lebih bermanfaat daripada berjalan bersendirian

Kelebihan Latihan Rintangan
Semakin banyak kajian, seperti yang diterbitkan di Perpustakaan Perubatan Negara, menekankan betapa pentingnya latihan rintangan untuk meningkatkan kesihatan fizikal keseluruhan dan bagaimana membina dan mengekalkan otot tanpa lemak menjadi kunci kepada umur panjang dan metabolisme yang berfungsi secara berkesan. 


Apabila usia kita semakin meningkat, badan kita mula kehilangan jisim otot. Kesan ini bukan sahaja mengurangkan kekuatan tetapi juga mula mengurangkan ketumpatan tulang kita, kerana otot adalah struktur sokongan untuk tulang kita. Dengan melakukan latihan rintangan, dan seterusnya membina jisim otot tanpa lemak, kita bukan sahaja menyokong tulang kita, tetapi kita juga akan membakar lebih banyak kalori semasa berehat kerana otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak, yang juga merupakan satu lagi faktor yang meningkatkan metabolisme

Kita boleh menerapkan latihan rintangan dalam rutin harian mereka dengan melakukan senaman mudah seperti tekan tubi, bermula dengan tekan tubi dinding dan beransur maju ke lantai apabila kekuatan kita bertambah

Kajian** menunjukkan bahawa latihan rintangan dan tindakan merangsang sintesis protein otot adalah faktor yang berpotensi memanjangkan umur. Para penyelidik mendapati bahawa senaman ini boleh mencegah perubahan fisiologi yang berkaitan dengan usia seperti kemerosotan kekuatan dan jisim otot, meningkatkan ketumpatan tulang, mengurangkan lemak badan, menguatkan sistem imun dan menggalakkan fungsi kognitif

Penggunaan Protein
Salah satu sebab terbesar untuk mengambil protein ialah jisim otot merosot tiga hingga lapan peratus setiap dekad selepas umur 30 tahun dan kadar penurunan ini lebih tinggi selepas mencecah usia 60 tahun



Tidak dinafikan bahawa anda memerlukan protein yang mencukupi untuk membina otot tanpa lemak. Tetapi makan lebih banyak protein sahaja tidak akan merangsang pembinaan otot. Anda perlu melakukan senaman rintangan yang ‘menggerakkan’ otot tersebut

Proses pembaikan dan pertumbuhan otot (juga dikenali sebagai sintesis protein otot) berlaku apabila badan anda pulih daripada senaman. Salah satu cara terbaik untuk menggalakkan pertumbuhan otot ialah pengambilan 20-30 gram protein berkualiti tinggi selepas senaman latihan membina otot dan dalam setiap sajian yang anda makan

Badan yang kurang berlemak atau jisim otot yang baik membantu melindungi tulang kita daripada kemerosotan atau penipisan. Badan kita menggunakan asid amino, yang merupakan blok binaan protein, untuk membaiki dan memulihkan otot. Pengambilan protein berkualiti tinggi diutamakan untuk proses ini. Beberapa sumber protein yang baik termasuk ikan bakar, ayam panggang, tauhu, tempe, dan telur. 
Menjaga Kesihatan Usus Anda
Kesihatan usus adalah salah satu aspek penjagaan badan yang paling jarang dibincangkan walaupun merupakan antara yang paling penting. Istilah "kesihatan usus" berkaitan dengan kewujudan mikrobiom yang berfungsi dengan baik dalam usus kecil dan besar, serta ketiadaan masalah penghadaman yang lampau



Sambil kita menempuh liku-liku kehidupan, tekanan, ketidakseimbangan makan, pengambilan terlalu banyak gula, makanan digoreng dan sangat terproses, dan penggunaan antibiotik adalah faktor utama yang boleh mengganggu mikrobiom kita. Pada hakikatnya, kita perlu membina semula usus yang sihat untuk membantu kita dalam pelbagai cara:• Mengurangkan rintangan insulin• Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat• Meningkatkan kesihatan imun (memandangkan 70-80% sel imun berada dalam usus)• Menyokong pengurusan berat badan
Antara makanan utama yang menggalakkan kesihatan usus optimum ialah:• Pelbagai buah dan sayuran yang kaya dengan sumber fitonutrien dan serat pemakanan
• Makanan yang ditapai seperti tempe, kimchi atau yogurt/dadih•     Suplemen probiotik (untuk manfaat kesihatan imun, semak jenis produk dan bukti keberkesanannya)
Dapatkan Sokongan
Sertai komuniti berkaitan atau dapatkan sokongan dalam usaha anda menjaga kesihatan dan memanjangkan umur akan mendorong anda untuk menyerlahkan kreativiti dan mencapai matlamat anda. Hubungan peribadi sememangnya satu sumber motivasi, meningkatkan kemungkinan anda terus mengamalkan gaya hidup sihat dan menikmati hasilnya. Mengambil bahagian dalam program kecergasan secara berkumpulan seperti inisiatif "Bakar Sejuta Kalori" Herbalife atau berjalan kaki bersama masyarakat setempat boleh memupuk semangat kekitaan sambil memastikan anda hidup aktif. Persekitaran yang menyokong matlamat anda juga memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan memanfaatkan pelbagai perspektif dan boleh membantu anda menentukan aktiviti yang paling sesuai untuk memenuhi matlamat unik anda. 
Umur yang panjang bukan hanya bergantung kepada usaha individu, tetapi juga dipengaruhi hubungan yang dijalin, dorongan masyarakat dan amalan baik yang dilaksanakan demi i kehidupan yang lebih sihat dan bahagia











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/01/tahun-baharu-azam-baharu-ke-arah-amalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahasia Panjang Umur Dan Hidup Berkah Menurut Al Qur An Dan Hadits

Rahasia Panjang Umur Dan Hidup Berkah Menurut Al Qur An Dan Hadits

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 189 hits
Pentingnya memanfaatkan waktu dengan beriman beramal saleh dan saling menasihati dalam kebaikan serta kesabaran Temukan doa doa amalan dan cara meraih umur panjang yang penuh keberkahan sesuai tuntunan Islam
Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 197 hits
Berpuasa bukan perkara asing lagi sekarang Semua orang samada yang percaya atau tidak kepada Tuhan yang ada agama malah yang tak ada agama pun bercakap mengenainya Itu terjadi setelah kajian demi kajian membuktikan yang amalan berpuasa sang...
Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru

Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 203 hits
Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru Alhamdulillah tahun baru dah tiba Rasanya tak sabar untuk mulakan tahun 2025 dengan azam baru yang lebih bermanfaat Tahun lepas banyak memberi pengajaran dan tahun ini saya ingin lebih fokus k...
Papar Kandungan Matang Eksplisit Drama Go Ara Chang Ryul Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

Papar Kandungan Matang Eksplisit Drama Go Ara Chang Ryul Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 83 hits
Memang makin banyak kan K Drama sekarang yang kerap memaparkan adegan provokatif berlebihan Artikel Berkaitan Bermula Februari ini Go A ra dan Chang Ryul akan menemui penonton menerusi drama TVING The Scandal of Chunhwa berkisar pada tema p...
Nippon Paint Lancar Buku Cerita Superguardian Who Inspirasi Kediaman Lebih Sihat Dan Selamat

Nippon Paint Lancar Buku Cerita Superguardian Who Inspirasi Kediaman Lebih Sihat Dan Selamat

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraNippon Paint Malaysia bersama Parenthood Media telah berjaya melancarkan buku cerita baharu yang menarik bertajuk SuperGuardian Who Buku ini dicipta dengan kerjasama pencipta buku terkenal Malaysia Wizard ...
Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 111 hits
Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter Bapa...
Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 510 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraConcorde Hotel Shah Alam menyambut kehadiran Tahun Baru Cina bersempena Tahun Ular dengan penuh meriah melalui pelbagai tawaran istimewa untuk para tetamu Dalam usaha mencipta pengalaman yang bermakna hote...
Kalori Telur Rebus Vs Telur Goreng Mana Lebih Sihat

Kalori Telur Rebus Vs Telur Goreng Mana Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 246 hits
Berapakah kalori telur rebus yang anda makan setiap hari Telur rebus adalah salah satu makanan paling ringkas namun penuh manfaat yang sering menjadi pilihan ramai Selain mudah disediakan telur rebus juga menawarkan pelbagai khasiat kesihat...
Plkn 3 0 Kembali Beroperasi Setelah 7 Tahun Lamanya Lebih 130 Sukarelawan Terlibat

Plkn 3 0 Kembali Beroperasi Setelah 7 Tahun Lamanya Lebih 130 Sukarelawan Terlibat

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 89 hits
Beberapa bulan lalu diumumkan bahawa Program Latihan Khidmat Negara 3 0 akan kembali selepas rehat tujuh tahun Program ini dijadualkan menelan belanja sekitar RM50 juta dan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari 2025 Hari ini P...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen