Kongres Bumiputera Harus Berani Tangani Isu Sebenar


 

Sudah tiba masanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin parti berasaskan Bumiputera, terutama Umno, Bersatu, PAS, dan PKR untuk berani menyatakan isu-isu sebenar berkaitan peranan Bumiputera dalam ekonomi negara.
Mereka perlu memastikan setiap bantuan dan peluang yang diberikan kepada komuniti Bumiputera hanya disasarkan kepada mereka yang tergolong dalam segmen B40, yang hidup di peringkat terendah masyarakat kita.
Bantuan yang dirancang dengan baik sepatutnya tidak terhad kepada Bumiputera sahaja, tetapi harus merangkumi semua rakyat dalam strata tersebut.
Sejarah membuktikan bahawa inisiatif pendidikan yang memberi kelebihan kepada Bumiputera, melalui sekolah berasrama penuh dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan ITM (kini UiTM) berjaya mencipta golongan Bumiputera yang terpelajar.
Namun, peralihan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akhirnya membawa kepada graduan Bumiputera lebih cenderung memilih pekerjaan di dalam kerajaan dan GLC, bertentangan dengan tujuan asal iaitu meningkatkan kaum Bumiputera di sektor swasta.
Dahulu, pekerjaan di dalam kerajaan dan GLC dianggap selamat dan stabil, dengan gaji serta faedah yang cukup memberangsangkan.
Terpesong daripada matlamat
Malangnya, selepas bertahun-tahun lamanya, agensi-agensi yang dikawal oleh Bumiputera dan badan-badan kawal selia telah terpesong daripada matlamat asal.
Sebilangan pihak tertentu secara sembunyi memainkan peranan dalam menyokong kumpulan sektor swasta bukan Bumiputera, mendahulukan faedah lumayan daripada membantu kumpulan perniagaan Bumiputera yang sepatutnya mereka perjuangkan.
Tindakan seperti itu mengundang mudarat. Amalan rasuah dalam agensi kerajaan termasuk GLC telah meluas.
Seringkali, ia melibatkan kakitangan agensi-agensi berkenaan dalam komisen kontrak, perkongsian perniagaan dan usahasama yang memberi kelebihan kepada entiti-entiti swasta berbanding perusahaan-perusahaan milik kerajaan itu sendiri.
Banyak syarikat milik Bumiputera menyertai pelbagai usaha niaga yang dikatakan untuk membantu masyarakat Bumiputera luar bandar.
Contohnya banyak, antara lain termasuk kontrak penjanaan kuasa bebas (IPP), konsesi lebuh raya dan perlombongan, kontrak minyak dan gas, pertukaran tanah kerajaan, pembangunan tanah kereta api, dan tanah ladang yang diperuntukkan oleh negeri-negeri kepada syarikat-syarikat swasta.
Ironinya, sementara kerajaan berhadapan tekanan kewangan yang berterusan, dengan banyak GLC melaporkan kerugian dalam penyata kewangan, rakan kongsi swasta mereka kelihatan berjaya dan kaya-raya.
Tujuan sebenar
Ini menimbulkan persoalan asas mengenai tujuan sebenar dan keberkesanan agensi-agensi yang dikawal oleh kaum Bumiputera.
Daripada membentuk persekitaran ekonomi yang kukuh bagi kaum Bumiputera, entiti-entiti ini kelihatan terlibat dalam amalan yang memberi manfaat kepada kepentingan sektor swasta, yang menyumbang kepada jurang kekayaan yang melebar.
Persoalan sebenar ialah sama ada perlu mengkaji operasi beberapa GLC ini, dan jika terbukti bersalah dengan amalan rasuah, GLC ini harus ditutup dan mereka yang terlibat harus dikenakan tindakan yang wajar.
Sudah tiba masanya pentadbiran Anwar bertegas dengan mendorong ketelusan, kebertanggungjawaban, dan penilaian semula peranan agensi-agensi yang dikawal Bumiputera bagi memastikan ia benar-benar jujur mendukung kepentingan ekonomi kumpulan Bumiputera bawahan.
Ini termasuklah mengkaji semula keberkesanan perusahaan kaum Bumiputra di sektor perbankan, sekuriti, dan keusahawanan yang kelihatan lesu, sementara GLC juga melaporkan kerugian.
Walaupun berdepan pelbagai kegagalan, pengurusan sama masih menduduki jawatan, selamat, dan stabil dalam pekerjaan mereka. Sumbangan sebenar perniagaan mereka tidak pernah diukur, apa lagi diperiksa dari segi pertumbuhan. Pelaku yang curang juga jarang didakwa dan dihukum.
Sementara itu, aktiviti perdagangan sebenar dibiarkan kepada entiti bukan Bumiputera dan ‘Bumiputera kelas bawahan’ iaitu golongan yang tidak dibantu kecuali jika mereka berjaya atas daya usaha sendiri.
Kesimpulannya ialah GLC yang diisi dengan pengurusan Bumiputera, tidak memberi sumbangan kepada perniagaan Bumiputera, lantas tidak membuahkan kejayaan.
Sejak penghujung abad lalu, tidak ada syarikat Bumiputera baharu yang memuncul, terutama dalam bidang digital yang berkembang pesat.
Memang mudah menyalahkan pemimpin terdahulu seperti Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, dan Ismail Sabri Yaakob tetapi ini tidak menawarkan penyelesaian.
Hakikatnya Anwar mewarisi cabaran-cabaran ini, termasuk hutang negara yang signifikan iaitu sebanyak RM1.5 trilion.
Apabila kos sara hidup meningkat, timbul persoalan:
Apakah ahli-ahli perniagaan yang banyak meraih keuntungan sebelum ini membantu rakyat dengan menurunkan harga?
Apakah ahli komuniti Bumiputera benar-benar bersedia merapatkan saf di belakang perdana menteri?
Anwar mempunyai banyak tugas besar di hadapannya.
Bagaimanapun, menetapkan agenda ekonomi Bumiputera yang khusus pada ketika krisis ekonomi ini tidak akan mengisi kelompangan untuk merangsang keusahawanan.
Juga ia tidak dijangka dapat meningkatkan sokongan komuniti Bumiputera terhadap kerajaannya.
Dalam era ketidakpastian ekonomi global, dengan ringgit merosot dan kesulitan kewangan, Anwar seharusnya mengelak daripada mengapi-apikan konflik antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Itu permainan pembangkang dengan motif tersembunyi, dan perdebatan tentangnya hanya sesuatu yang bersifat retorik.
Cabaran sebenar adalah memupuk, membentuk, dan mempersiapkan kaum Bumiputera untuk bekerjasama dengan semua rakyat, agar dapat mengejar perubahan dalam perniagaan global yang terus berkembang.
Bukankah itu sepatutnya menjadi tumpuan Kongres Ekonomi Bumiputera? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/kongres-bumiputera-harus-berani-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Cerminan Kerajaan Madani Zaleha Harus Peka Berani Dan Tegas

Kuala Lumpur Cerminan Kerajaan Madani Zaleha Harus Peka Berani Dan Tegas

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 225 hits
SUSUPAN PAGI Dr Zaleha MustafaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu kota negara ini Ia adalah bayangan pelbagai status yang ada di negara ini sosial politik ekonomi budaya pendidikan hubungan kaum hubungan luar dan sebagainya Inspiras...
On The Podcast Again With Zaid Ibrahim Kongres Ekonomi Bumiputera

On The Podcast Again With Zaid Ibrahim Kongres Ekonomi Bumiputera

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 207 hits
This morning Wednesday 21 Feb 2024 Dato Seri Zaid Ibrahim and I discussed the Bumiputera Economic Congress and related issues on his podcast Here are the links on X Part 1 Part 2 Part 3 By Syed Akbar Ali
Chegubard Atas Isu Meio Dan Jambu Air

Chegubard Atas Isu Meio Dan Jambu Air

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 122 hits
Hidir Reduan Abdul RashidFarhash Wafa Salvador bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim menyaman Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin serta pemimpin Bersatu Afif Bahardin atas alasan memfitnahnya Peguamnya Weera Premananda berkata Farhash me...
Jangan Jadikan Isu Ringgit Lemah Sebagai Senjata Politik Tegas Anwar

Jangan Jadikan Isu Ringgit Lemah Sebagai Senjata Politik Tegas Anwar

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 246 hits
freemalaysiatoday com 24 Feb 2024Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengukuhan dolar AS dapat ditangani memandangkan perdagang...
Beredar Isu Suara Pemilu Di Bali Dimakan Leak Ini Penjelasan Kpu

Beredar Isu Suara Pemilu Di Bali Dimakan Leak Ini Penjelasan Kpu

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 217 hits
Isu ini didasarkan pada data naik turunnya suara dalam portal InfoPemilu dan sistem Sirekap
Bila Dia Kata Nak Jumpa Anak Saya Gembira Shakilla Khoriri Rela Lepaskan Anak Ke Fizi Ali Enggan Panjangkan Isu

Bila Dia Kata Nak Jumpa Anak Saya Gembira Shakilla Khoriri Rela Lepaskan Anak Ke Fizi Ali Enggan Panjangkan Isu

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 119 hits
Enggan melibatkan anak dalam persengketaan rumah tangga antara pelakon Shakilla Khoriri dengan bekas suaminya Fizi Ali ibu kepada seorang cahaya mata ini dengan rela hati membenarkan anaknya berjumpa Fizi Ingin anak segera bertemu ayah Buka...
Sidang Media Tergempar Mengenai Isu Pembinaan Kuil Haram Di Taman Koperasi Cuepacs Batu 12 Kajang Aa Tv News 18 02 2024

Sidang Media Tergempar Mengenai Isu Pembinaan Kuil Haram Di Taman Koperasi Cuepacs Batu 12 Kajang Aa Tv News 18 02 2024

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 210 hits
17 Februari 2024 Sidang Media tergempar oleh PPIM mengenai Isu pembinaan kuil HARAM di Taman Koperasi Cuepacs Batu 12 Kajang Harap MB Selangor turun padang dengar permasalahan rakyat Sumber AA TV News SIDANG MEDIA TERGEMPAR MENGENAI ISU PEM...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls