Kondo Jadi Port Proses Heroin


KONDO JADI PORT PROSES HEROIN
GEORGETOWN: Penahanan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun berjaya membongkar makmal mini digunakan bagi memproses dadah jenis heroin di sebuah kondominium, di Bukit Tengah di daerah Seberang Perai Tengah, di sini.
Pembongkaran kegiatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Pulau Pinang itu turut merampas beberapa jenis dadah bernilai RM587,000.
Ketua JSJN, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pihaknya menahan suspek pertama di kondominium dipercayai disewa bagi menjalankan kegiatan itu, dalam serbuan jam 2.30 malam, pada 23 September lalu.
Katanya, polis merampas 17,155 gram (g) dadah jenis heroin, 8,670 syabu; 15,100 serbuk kafein; 15 botol cecair kimia dan peralatan memproses heroin.
“Suspek penganggur berusia 33 tahun dipercayai mempunyai kepakaran memproses dadah dan menjalankan kegiatan berkenaan sejak tiga bulan lalu.
“Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis CZ 75D Compact berserta kelopak dan sarung pistol, selain 43 butir peluru hidup.
“Polis masih menyiasat kegunaan pistol terbabit sama ada bagi mempertahankan diri atau bagi kegiatan jenayah lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Mustafa Kamal berkata, susulan itu, dua lagi suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti terbabit ditahan di kawasan Perai, jam 2 pagi, 22 September lalu.
Katanya, suspek kedua dan ketiga dipercayai bertindak sebagai pengedar bagi pasaran tempatan dan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah.
“Suspek pertama mempunyai dua rekod berkait dadah, manakala suspek kedua tidak mempunyai rekod lampau serta suspek ketiga ada dua rekod kes dadah dan jenayah.
“Kesemua dadah dirampas boleh digunakan oleh seramai 86,238 penagih,” katanya.
Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Toyota Velfire serta enam barangan kemas dan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan harta ialah sebanyak RM847,895.
Dua daripadanya, kini ditahan reman sehingga 28 September ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, manakala seorang lagi suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1985.
Siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 8 Akta Akta Senjata Api (Penalti lebih Berat 1971) yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan maksimum tidak enam sebatan.
Mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. – BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/kondo-jadi-port-proses-heroin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petugas Spr Laksana Proses Undi Awal Dengan Sop

Petugas Spr Laksana Proses Undi Awal Dengan Sop

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 339 hits
KOTA KINABALU Seawal jam 5 40 pagi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sudah berada di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Sepanggar bagi melaksanakan proses pengundian awal membabitkan anggota tentera hari ini Proses pengundian awal yang b...
Prn Sabah Proses Pengundian Awal Jalan Lancar

Prn Sabah Proses Pengundian Awal Jalan Lancar

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 269 hits
Proses pengundian awal melibatkan anggota polis tentera dan pasangan mereka hari ini berjalan lancar meskipun cuaca di beberapa kawasan pada awal pagi agak mendung Tepat jam 8 pagi kesemua pusat pengundian awal telah dibuka buat para pengun...
Lembaga Putih Muncul Dan Lampu Padam Proses Tangkap Saka Pocong Buat Netizen Seram

Lembaga Putih Muncul Dan Lampu Padam Proses Tangkap Saka Pocong Buat Netizen Seram

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 457 hits
Pocong hantu dan saka bukanlah perkara yang asing dalam masyarakat Melayu Malah kita sering saja mendengar kisah kisah seram dan mistik mengenai kejadian ini Dan kini dengan kemajuan teknologi rakaman dan perkongsian video dalam talian kita...
Gelar Tender Fasilitas Produksi Olefin Pertamina Jamin Proses Transparan

Gelar Tender Fasilitas Produksi Olefin Pertamina Jamin Proses Transparan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 149 hits
PT KPI mengundang secara terbuka perusahaan kelas dunia yang berpengalaman dalam pembangunan olefin dan petrokimia untuk menjadi mitra strategis dalam mewujudkan fasilitas produksi Olefin dan Aromatik di Tanah Air
Notis Tempoh Proses Cek Di Bank Islam

Notis Tempoh Proses Cek Di Bank Islam

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 392 hits
Kepada semua pelanggan Bank Islam yang dihargai Sila pastikan semua maklumat di bawah diisi dengan lengkap dalam slip deposit dan di belakang cek apabila mahu depositkan cek Nama penuhNombor akaun Bank IslamNombor telefon Sumber dana Semua ...
Hero Heroin Yang Saya Suka Foto Aeril Zafrel Dengan Hannah Delisha

Hero Heroin Yang Saya Suka Foto Aeril Zafrel Dengan Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 575 hits
Kedua duanya bergelar pelakon dan bukanlah terlalu baru dalam industri hiburan tanah air Aeril Zafrel yang cukup terkenal dengan watak lakonan serius namun di sosial media boleh tahan kelakar juga orangnya Memiliki perniagaan sendiri namun ...
Polis Pulau Pinang Merampas Heroin Syabu Bernilai Rm587 000

Polis Pulau Pinang Merampas Heroin Syabu Bernilai Rm587 000

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 304 hits
GEORGE TOWN Polis menyerbu sebuah kondominium di Bukit Tengah Seberang Prai Tengah pada hari Selasa dan merampas heroin dan syabu bernilai RM587 000 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdull...
Hiburan Pengikut Ig Tak Ramai Tapi Boleh Jadi Heroin Netizen Pertikai Watak Pelakon Baru Shasha Abedul

Hiburan Pengikut Ig Tak Ramai Tapi Boleh Jadi Heroin Netizen Pertikai Watak Pelakon Baru Shasha Abedul

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 1144 hits
Dipilih untuk membawa watak heroin dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta pelakon baru Shasha Abedul dikritik sesetengah netizen yang beranggapan bahawa dia tidak layak membawa watak berkenaan Ini berikutan bahawa Shasha 23 dikatakan tidak mem...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah