Kompaun Rm50 000 Peniaga Burger Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Chang Lih Kang


 



POSTED BY AMIR WRLR

Tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun RM50,000 ke atas seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan kelmarin atas alasan berniaga melebihi masa amat keterlaluan.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, kompaun seharusnya sebagai usaha mendidik rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bukannya menganiaya rakyat.
Katanya, rakyat jelata sedang bergelut dengan kemerosotan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan kerajaan sepatutnya membantu bukan menambah beban dengan menetapkan nilai kompaun yang tinggi.
"Berapa biji burger yang perlu dijual oleh Wan Mohd Faisal untuk membayar kompaun itu?
"Pada masa sama, menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) dan VIP-VIP yang didapati ingkar SOP sama ada tidak dihukum atau dikenakan denda yang ringan. Layanan dua darjat ini menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.
Lih Kang turut menyamakan kerajaan PN sebagai rejim zalim dan hipokrit apabila kerajaan memberi sumbangan Bantuan Prihatin Rakyat bernilai antara RM300 sehingga RM1800 kepada rakyat B40, lalu menghebohkan seolah-olah jumlah wang yang diberikan itu amat membantu.
Namun katanya, kerajaan PN tidak peduli hidup mati peniaga-peniaga kecil dengan menetapkan nilai kompaun yang tidak masuk akal.
"Apa gunanya kerajaan beri sumbangan RM1000 tetapi kenakan kompaun RM50,000 ke atas rakyat? Tindakan kerajaan PN ini hanya akan membunuh mata pencarian golongan B40.
"Kerajaan sepatutnya kurangkan nilai maksimum kompaun dari RM50,000 ke tahap yang munasabah, misalnya RM5000. Kompaun tidak harus mendenda tetapi mendidik orang awam tentang kepentingan mematuhi SOP.
"Selain itu, kerajaan juga perlu menyelaraskan garis panduan dan peraturan supaya masyarakat di semua peringkat mengikut SOP yang sama. Kerajaan semua peringkat (termasuk Pihak Berkuasa Tempatan) tidak boleh boleh keluarkan peraturan tersendiri yang menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai," katanya lagi.
Kelmarin, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, seorang peniaga burger telah dikompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan.
Kompaun RM50,000 yang dikenakan mendapat kritikan keras warga net yang merasakan hal itu tidak wajar di tengah-tengah kesukaran hidup akibat pandemik Covid 19.
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/kompaun-rm50000-peniaga-burger-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kelantan Mendakwa Kompaun Rm50 000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka Suka

Polis Kelantan Mendakwa Kompaun Rm50 000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka Suka

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 317 hits
KOTA BHARU Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50 000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini yang tular hari ini Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner ...
Tak Mampu Bayar Saya Hanya Jual Burger Peniaga Luah Rasa Kecewa Kena Kompaun Rm50 000

Tak Mampu Bayar Saya Hanya Jual Burger Peniaga Luah Rasa Kecewa Kena Kompaun Rm50 000

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 437 hits
LUAHAN kecewa seorang peniaga menjadi tular di laman sosial apila mendakwa dikenakan kompaun RM50 000 oleh pihak polis bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan Wan Mohd Faisal Wan Kadir 38 yang menjalankan perniagaan itu di hadapan...
Kompaun Rm50 000 Kepada Peniaga Burger Ini Penjelasan Polis

Kompaun Rm50 000 Kepada Peniaga Burger Ini Penjelasan Polis

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 493 hits
KOTA BHARU Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50 000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini yang tular hari ini Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner ...
Muat Naik Gambar Neelofa Nafi Sindir Mahu Tolong Peniaga Burger Di Kompaun Rm50 000

Muat Naik Gambar Neelofa Nafi Sindir Mahu Tolong Peniaga Burger Di Kompaun Rm50 000

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 367 hits
PETALING JAYA Selang beberapa jam selepas dikenakan kompaun sebanyak RM60 000 perbuatan selebriti berniqab Neelofa memuat naik sekeping gambar burger dalam InstaStorynya mengundang kecaman netizen Rata rata netizen mendakwa pemilik nama seb...
Kompaun Rm50 000 Pada Peniaga Burger Mungkin Dikurang Atau Dikecualikan

Kompaun Rm50 000 Pada Peniaga Burger Mungkin Dikurang Atau Dikecualikan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 356 hits
MALAYSIAKINI Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50 000 sama ada diberi pengurangan atau pengecualian kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Beliau be...
Peniaga Burger Berniaga Lebih Masa Sewaktu Pkp Terkilan Di Kompaun Sebanyak Rm50 000

Peniaga Burger Berniaga Lebih Masa Sewaktu Pkp Terkilan Di Kompaun Sebanyak Rm50 000

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 369 hits
KOTA BHARU Seorang peniaga burger terkilan apabila dikenakan kompaun RM50 000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang Jalan Panji di sini pada Ahad Peniaga...
Peniaga Rojak Gagal Ikut Sop Dikompaun Rm50 000 Jangan Hukum Rakyat Secara Zalim

Peniaga Rojak Gagal Ikut Sop Dikompaun Rm50 000 Jangan Hukum Rakyat Secara Zalim

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 389 hits
Tindakan ke atas peniaga kecil kecilan di Kelantan yang dikompaun maksimum RM50 000 kerana gagal mematuhi Prosedur Standard Operasi terus mendapat kecaman rakyat Malaysia Terbaharu rakyat mempertikaikan kompaun yang dikenakan ke atas seoran...
Kena Kompaun Rm50 000 Peniaga Colek Akui Dia Lagi Rela Masuk Penjara

Kena Kompaun Rm50 000 Peniaga Colek Akui Dia Lagi Rela Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 291 hits
nbsp Belum pun reda kisah peniaga burger dikenakan kompaun RM50 000 kerana beroperasi lebih masa malam kelmarin seorang peniaga colek di Kampung Chekok Tengah di sini turut dikenakan kompaun membabitkan jumlah yang sama Mohd Azizi Mohd Nor ...
Kalau Kompaun Dikurangkan Kepada Rm25 000 Pun Kami Tetap Tak Mampu Nak Bayar Peniaga Burger

Kalau Kompaun Dikurangkan Kepada Rm25 000 Pun Kami Tetap Tak Mampu Nak Bayar Peniaga Burger

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 421 hits
Pasangan peniaga burger yang dikenakan kompaun RM50 000 kerana beroperasi melebihi had masa di tempoh PKP mengakui banyak menerima panggilan dari pelbagai pihak yang menawarkan bantuan kepada mereka nbsp Bagaimanapun pasangan itu memilih un...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material