Komitmen Top Untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen Yang Menyingkirkan 99 9 Virus




Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.
Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A2.
 
Pautan di media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettles) telah membanjiri laman media sosial setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.
 


TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.
“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
 
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.
 
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.




Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9% terutamanya COVID-19 & Influenza A.
“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”
 
“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,” jelas Cik Foo.
 
“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”
 
“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,” kata Wenny Soong, ibu kepada dua anak.
 
Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.
 
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.
 
Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.
 


“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.
 
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.
 
Mengenai Pencuci Pakaian TOP
TOP yang merupakan Jenama Pencuci Pakaian No 13 di Malaysia merupakan jenama yang inovatif, memberi tumpuan kepada pengguna oleh Lion Corporation Japan, yang telah menaikkan taraf cara kita mencuci pakaian di Malaysia melalui penyelidikan berterusan, menghasilkan inovasi termaju untuk berkhidmat dan memperbaikkan kehidupan pengguna.
 
Ia terkenal dengan perjuangan konsep kehidupan bersih menyeluruh melalui inovasi teknologi pencuci pakaian yang berterusan. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP yang baharu dengan Anti-Microbial Tech oleh Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2 secara berkesan. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
 
Ia mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua kefungsian TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti-bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan kekal segar.
 
Sebagai sebuah jenama yang memenangi pelbagai anugerah, TOP dipercayai oleh pelanggan dan dikenali oleh industri. Antara anugerah yang dimenangi baru-baru ini: Pemenang Emas People’s Choice di Putra Brand Awards 2020.
 
TOP boleh didapati di seluruh negara melalui pasar raya besar, pasar raya, kedai cucian dan laman atas talian yang dipercayai, TOP boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz paket, bersesuaian dengan keperluan cucian yang berlainan. Untuk maklumat lanjut: layari http://www.southernlion.com.my













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kasihjuju.com/2021/05/komitmen-top-untuk-inovasi-teknologi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KasihJuju+(Kasih+Juju)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Berikan Keluarga Perlindungan Berterusan 24 Jam Daripada Virus Semasa Raya Nanti Pastikan Buat 3 Perkara Ini Dulu

Nak Berikan Keluarga Perlindungan Berterusan 24 Jam Daripada Virus Semasa Raya Nanti Pastikan Buat 3 Perkara Ini Dulu

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 321 hits
Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Mesti masing masing dah sibuk fikir pasal baju dengan duit raya kan hehe Selain duit raya berkumpul beramai ramai semasa hari raya juga merupakan benda wajib pada setiap tahun Tapi sayang...
Tiga Pekerjaan Ini Berpotensi Digantikan Teknologi

Tiga Pekerjaan Ini Berpotensi Digantikan Teknologi

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 234 hits
Riset McKinsey mencatat tiga teratas pekerjaan di Indonesia yang berpotensi diganti dengan teknologi yaitu akuntansi dan pembukuan penginput data dan pencatatan gudang
Cerai Dari Bill Gates Ini Profil Melinda Yang Berkarier Di Teknologi Sampai Jadi Philanthropist

Cerai Dari Bill Gates Ini Profil Melinda Yang Berkarier Di Teknologi Sampai Jadi Philanthropist

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 239 hits
Jangan kira Melinda hanya mendompleng kekayaan suami Punya perjalanan karier yang keren juga
Gunakan Teknologi Reverse Osmosis Air Laut Di Labuan Bajo Disulap Untuk Konsumsi

Gunakan Teknologi Reverse Osmosis Air Laut Di Labuan Bajo Disulap Untuk Konsumsi

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 193 hits
Menurut gubernur Viktor pengolahan air layak konsumsi desalinasi bertenaga surya dengan teknologi reverse osmosis itu menjadi solusi terbaik dalam memenuhi kebutuhan air minum di desa pesisir maupun pulau
Mensos Dorong Upt Adopsi Teknologi Terbaru

Mensos Dorong Upt Adopsi Teknologi Terbaru

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 223 hits
Dia mengatakan transformasi dalam penguasaan teknologi dibutuhkan baik untuk meningkatkan pelayanan kepada penerima manfaat maupun untuk mendukung kemandirian dan produktifitas mereka Risma mencontohkan UPT atau balai selama ini mampu mempr...
Tudia Tak Perlu Risau Dilanggar Kereta Teknologi Mata Ketiga Bantu Anda Berjalan Sambil Guna Telefon

Tudia Tak Perlu Risau Dilanggar Kereta Teknologi Mata Ketiga Bantu Anda Berjalan Sambil Guna Telefon

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 373 hits
Minwook Paeng mencipta gajet itu di Fakulti Rekaan Kejuruteraan di sebuah kolej di London SEIRING perkembangan masa pelbagai gajet teknologi dicipta yang memudahkan hidup kita Terbaharu seorang pelajar rekaan industri tampil dengan ciptaan ...
Masih Ada Kerja Perlu Dibuat Sebelum Tarik Sekatan Ke Atas Top Glove Kata Agensi As

Masih Ada Kerja Perlu Dibuat Sebelum Tarik Sekatan Ke Atas Top Glove Kata Agensi As

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 224 hits
April 30 2021 Top Glove Corp berkata ia memenuhi semua syarat ILO berhubung buruh paksa PETALING JAYA Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat berkata ia belum mengesahkan sama ada Top Glove Corp mengatasi semua 11 petunjuk ...
Top 10 People Who Turned Themselves Into Plastic

Top 10 People Who Turned Themselves Into Plastic

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 312 hits
Top 10 People Who Turned Themselves Into Plastic Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i CHECK OUT LINDSAY S NEW CHANNEL https bit ly 2R4lhwQ Most Recent Videos https www youtube com watch v o2auGYN SV4 list UUBINYCmwE29fBXCpUI...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri