Masih Ada Kerja Perlu Dibuat Sebelum Tarik Sekatan Ke Atas Top Glove Kata Agensi As




Jason Thomas -April 30, 2021 Top Glove Corp berkata, ia memenuhi semua syarat ILO berhubung buruh paksa. (Gambar AP)PETALING JAYA: Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkata, ia belum mengesahkan sama ada Top Glove Corp mengatasi semua 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) berhubung buruh paksa sebelum ia menarik balik perintah sekatan terhadap produk syarikat berkenaan.
Pada Isnin, syarikat pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata, 11 petunjuk ILO telah ditangani.
Katanya, perkara itu ditentusahkan oleh Impactt, sebuah juruperunding bebas yang berpangkalan di United Kingdom dan diupah bagi memantau usahanya untuk menghapuskan buruh paksa.
Pengarah urusan Top Glove Lee Kim Meow sebelum ini berkata, ia akan berhubung dengan CBP untuk menarik balik perintah sekatan terhadap produknya sebaik sahaja isu 11 petunjuk itu diatasi.
Bagaimanapun CBP memberitahu FMT bahawa masih ada kerja yang perlu dilakukan sebelum produk Top Glove dibenar masuk ke AS sekali lagi.
Dengan menyebut bahawa audit pematuhan sosial Impactt dibuat secara berasingan daripada CBP, jurucakap agensi itu berkata, “ia akan terus menilai maklumat yang dikemukakan oleh Top Glove bagi menyokong petisyennya untuk mengubah dapatan berkait buruh paksa bulan lepas yang menyaksikan sarung tangan pakai buang syarikat itu disita di semua pelabuhan masuk AS.”
“CBP secara bebas mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan bagi menyokong petisyen untuk mengubah atau membatalkan perintah sekatan dan dapatan buruh paksa,” kata jurucakap berkenaan dalam emel.
“CBP tidak akan mengubah atau membatalkan perintah sekatan atau dapatan buruh paksa sehingga semua petunjuk buruh paksa yang dikenal pasti oleh agensi itu ditangani.”
Jurucakap itu berkata, semua audit pematuhan sosial “adalah berguna” sekiranya ia dibuat secara bebas dan dengan tujuan mengenal pasti kekurangan dan risiko serta akses kepada kemudahan, rekod dan kakitangan tanpa campur tangan pegawai penyelia adalah penting bagi menjamin taksiran tepat sama ada petunjuk buruh paksa masih wujud.
“Audit pihak ketiga yang tidak dimaklumkan boleh menyediakan keterangan penting bagi menyokong petisyen untuk mengubah atau membatalkan perintah sekatan atau dapatan buruh paksa,” kata emel itu lagi.
“Bagaimanapun CBP akan menyemak semua maklumat yang tersedia apabila menilai petisyen sedemikian.”
Pada Julai tahun lepas, CBP mengeluarkan perintah sekatan ke atas dua anak syarikat Top Glove selepas berkata, ia mempunyai maklumat yang munasabah tetapi tidak konklusif, yang menunjukkan syarikat terbabit mengeluarkan produk dengan menggunakan buruh paksa.
Top Glove melancarkan petisyen terhadap perintah itu.
Bulan lepas, CBP mengarahkan kakitangan di semua pelabuhan masuk AS supaya merampas semua sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan oleh syarikat itu selepas “maklumat yang mencukupi” yang menunjukkan ia menggunakan buruh paksa dalam pengeluaran sarung tangan pakai buang di Malaysia mencetuskan dapatan buruh paksa.
Dalam laporan awal minggu ini, Impactt menyatakan pendapatnya bahawa Top Glove telah menghapuskan “semua petunjuk amalan buruh paksa sistematik” selepas mengatasi lima baki petunjuk itu setakat bulan ini, iaitu memegang dokumen pengenalan diri, tipu daya, ikatan hutang, keganasan seksual dan fizikal serta intimidasi.
Top Glove membayar RM150 juta kepada pekerjanya sebagai rundingan semula fi pengambilan dan melabur kira-kira RM300 untuk tempat penginapan pekerja.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/masih-ada-kerja-perlu-dibuat-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 627 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Jangan Percaya Umno Ni Nak Keluar Masih Main Tarik Tali Ph Perlu Bergerak Terus Lantak Umno La

Jangan Percaya Umno Ni Nak Keluar Masih Main Tarik Tali Ph Perlu Bergerak Terus Lantak Umno La

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 233 hits
Pi tengok dulu kalau nampak banyak gajah berterbangan di angkasa BOLEH LER PERCAYA ZAHID DAN UMNO AKAN TARIKBALIK SOKONGAN KPD MUHYIDDIN
Sprm Tak Siasat Kes Katak Politik Bukti Agensi Kerajaan Jadi Senjata Politik Kata Guan Eng

Sprm Tak Siasat Kes Katak Politik Bukti Agensi Kerajaan Jadi Senjata Politik Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 258 hits
May 3 2021 Lim Guan Eng berkata kegagalan SPRM menjalankan tugas secara profesional dan bertanggungjawab hanya akan menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International terus merosot PETALING JAYA Setiausah...
Us Agency Says Still Work To Be Done Before Lifting Top Glove Ban

Us Agency Says Still Work To Be Done Before Lifting Top Glove Ban

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 303 hits
Top Glove Corp says it has carried out all the requirements by ILO against forced labour PETALING JAYA US Customs and Border Protection says it has yet to verify whether Top Glove Corp has resolved all 11 International Labour Organization i...
Kerja Sambil Belajar Boleh Undang Risiko Psikologi Kata Pakar

Kerja Sambil Belajar Boleh Undang Risiko Psikologi Kata Pakar

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 253 hits
Walaupun ada yang terpaksa melakukannya namun tekanan bekerja sambil belajar boleh mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan mental Pada usia 24 tahun seorang pelajar Adib Abdul Rahman bakal menamatkan ijazah sarjana mudanya akhir tahun ini Na...
Liridon Krasniqi Sanggup Buat Kerja Buruh Sebelum Temui Kehidupan Melalui Bola Sepak

Liridon Krasniqi Sanggup Buat Kerja Buruh Sebelum Temui Kehidupan Melalui Bola Sepak

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 330 hits
Pemain naturalisasi Harimau Malaya Liridon Krasniqi atau turut dikenali sebagai Mat Don di kalangan penyokong bola sepak di dalam negara berkata beliau pernah melakukan kerja buruh kasar sebelum memiliki kerjaya sebagai pemain bola sepak pr...
8 000 Orang Tarik Diri Kerana Takutkan Astrazeneca Kata Khairy

8 000 Orang Tarik Diri Kerana Takutkan Astrazeneca Kata Khairy

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA NOW JKJAV memutuskan untuk membatalkan suntikan vaksin AstraZeneca daripada program imunisasi kebangsaan dan menawarkan vaksin tersebut sebagai pilihan sukarela Vaksin AstraZeneca menjadi pilihan sukarela bagi mereka yang mahu mend...
Ustaz Mana Yang Artis Ini Rujuk Pahala Berganda Ganda Nak Juga Saya Tahu Henti Petik Nama Agamawan Kata Ridhuan Tee

Ustaz Mana Yang Artis Ini Rujuk Pahala Berganda Ganda Nak Juga Saya Tahu Henti Petik Nama Agamawan Kata Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 293 hits
nbsp Pendakwah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengutarakan persoalan sedemikian selepas tindakan seorang selebriti yang juga berstatus penyanyi tersohor negara yang telah memuat naik status berpeluang mengumpul pahala gara gara majlisnya tula...
Sanusi Cari Publisiti Murahan Burukkan Jdt Jangan Api Apikan Penyokong Kata Bekas Pemain

Sanusi Cari Publisiti Murahan Burukkan Jdt Jangan Api Apikan Penyokong Kata Bekas Pemain

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 298 hits
Bekas pemain Johor yang juga penganalis bola sepak Hasnizam Uzir berkata sebagai ketua sebuah organisasi dan seorang profesional Muhammad Sanusi Md Noor sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih adil dan bijaksana berdasarkan apa berlaku dari...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Petua Orang Lama Tentang Percintaan Dan Perkahwinan

Hishamuddin Hashim Controversy And Accountability In The Teoh Beng Hock Case

Lihat Apa Yang Mengejutkan Isi Perut Ikan Ini Setelah Di Potong Dua

Inilah Antara Sebab Mengapa Lelaki Jangan Mudah Percaya Dengan Wanita Cantik

Benda Benda Pelik Dan Berhaga Yang Sering Di Temui Di Tepi Pantai

Kenali Ciri Ciri Rambut Rontok Karena Penyakit Dan Cara Mengatasinya