Kombo Sahur Sempurna Bersama Munchy S Oat Krunch
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
KOMBO SAHUR SEMPURNA BERSAMA MUNCHY"S OAT KRUNCH Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, mestilah ramai yang tengah pening nak fikir hidangan sahur dan berbuka buat keluarga. Bersahur amat penting untuk membantu menambah tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur pula digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu Imsak.
Selalunya menu yang menjadi pilihan ketika bersahur adalah hidangan yang ringkas disediakan, menepati selera seisi keluarga dan paling penting mestilah boleh tahan kenyang ketika berpuasa di siang hari. Bonus tambahan buat jika menu tersebut mampu menurunkan berat badan! Bahagia sungguh.
So hari ini CCL nak kongsi dengan hangpa semua satu kotak kombo sahur daripada Munchy"s Malaysia . Tengok dari segi kotak packagingnya sangat-sangat cantik dan kemas . Tertera disitu saru perkataan " sahur sempurna Ramadhan bertenaga" . Sudah pasti menu dalam kotak kombo sahur ini menu yang sihat berkhasiat .
Apa yang ada dalam kotak kombo sahur ini adalah
Dutch Lady full cream
Oat krunch dark chocolate
Oat krunch Canberry
Kalau hangpa sejenis yang tak makan makanan berat semasa sahur, hangpa boleh la cuba kombo sahur Munchy Oat Krunch ini . Dalam ini tersedia lengkap . Hangpa boleh ja makan oat krunch bersama susu Dutch lady . Ada yang tanya eh makan Oat krunch ni dengan susu sahaja ? Boleh kenyang ke ? Jangan risau, menu ini menang sangat berkhasiat .
Oat adalah antara makanan yang paling ringkas mudah untuk bersahur , malah ianya sangat mengenyangkan dan bertahan lama dalam perut . Bila pilih oat sebagai menu bersahur ianya lebih baik berbanding memilih mee segera . Selain itu oat juga mempunyai kandungan serat yang tinggi serta mempunyai protein yang cukup untuk tubuh badan . Perut pun akan terasa kenyang .
So tak perlu ragu-ragu untuk memilih oat krunch sebagai menu sahur .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/05/kombo-sahur-sempurna-bersama-munchys.html