Koleksi Young Living Essential Oil
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Koleksi Young Living Essential Oil Kak Sue. Sebenarnya Kak Sue dah beli set terbaru koleksi Young Living Essential Oil nie masa bulan puasa hari tu. Biasanya kalau bulan puasa dapat kumpul duit sendiri lebih sikit sebab dapat gaji hari-hari dari Abang Man. Haa.. jangan tak tau ya dengan isteri sendiri pun Abang Man bayar gaji tau, tapi selalunya untuk bulan puasa atau berniaga kiosk stadium aja lah.. jadi lah kan.. hehehe.
Koleksi Young Living Essential OilKoleksi Young Living Essential OilSebenarnya kan dah lama Kak Sue teringin nak ada Koleksi Young Living Essential Oil macam nie. Tu yang Kak Sue pelan-pelan kumpul duit gaji, kadang tu duit dari blog. Campur-campur lah kan. Bila dah cukup duit cecepat lah beli sebab nanti terguna duit buat beli benda lain pula kan. Kak Sue nie kadang pantang ada duit lebih, ada ja nak dibelinya.. huhuhu.
Koleksi Young Living Essential OilKoleksi Young Living Essential OilKoleksi Young Living Essential Oil terbaru Kak Sue nie, satu set EO, ada dalam sepuluh jenis, satu ultrasonic diffunser yang boleh tukar-tukar warna lampu tu, satu set GDM yang kita boleh letak dalam beg, nak bawa ke mana-mana pun boleh sebab kecil dan boleh pegang juga pakai bateri aja korang. Akhir sekali satu set ada tiga botil blend EO pun kita boleh letak dalam beg nak bawa balik kampung atau bercuti.
Lepas tu macam rasa teringin nak cuba NXR pula, Kak Sue beli lah satu juga. Nampak macam sedap ja tengok Rara dok minum. Rupanya memang sedap pun korang, ada rasa masam-masam manis. Memang boleh terima lah tekak Kak Sue nie. Apa yang bestnya, masa bulan puasa Kak Sue tak berapa sihat, asyik nak demam dan tak larat ja. Bila minum NXR nie kan, alhamdullilah dengan izin Allah kebah demam Kak Sue. Lepas tu rasa ada tenaga lah sikit badan Kak Sue masa tu.
Koleksi Young Living Essential OilKoleksi Young Living Essential OilTak rugi pun korang ada set Essential Oil Young Living nie. Selain kita nak guna untuk diffuse, ada yang kita boleh makan dan buat perfume juga. Kira macam-macam fungsi tau. Memang berbaloi dengan harganya. Lagi pun guna bahan semulajadi, jadi tak risau dah lah nak guna pun. Korang kalau berminat juga nak ada set Essential Oil Young Living nie boleh lah lelaju pm Safurara tau. Jumpa lagi di entri lain.. papai
Korang boleh juga baca kat sini Cerita Young Living Essential Oil Lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2019/10/koleksi-young-living-essential-oil.html