Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan


Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan. Ucapan tahniah lambang kebahagiaan kepada pasangan pengantin baru adalah salah satu cara terbaik untuk menzahirkan kegembiraan bersama. Ucapan tahniah berserta doa tulus kadang adalah hadiah terbaik jika kita gagal menghadirkan diri pada majlis istimewa sahabat dan taulan tersebut.

Ucapan perkahwinan boleh saja dilayangkan melalui FB, Whatsapp, email dan sebagainya. Tak susah pun.. ya dak?

Antara ucapan perkahwinan paling popular sewaktu mengetahui rakan taulan selamat bernikah adalah seperti berikut:

"Selamat pengantin baru sahabatku. Semoga kekal hingga ke syurga, dikurniakan zuriat yang comel, soleh dan solehah." 

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan
1. Selamat Pengantin Baru Buat Pasangan Mempelai. Semoga tali perkahwinan terus kukuh mengikat sepakat, setia hingga ke akhir hayat. Dihiasi rahmat Illahi dengan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warohmah.

2. Selamat berbahagia adikku. Walau kakakmu tak dapat menghadirkan diri pada majlis bersejarah ini, dari jauh kami tetap dekat dihati. Hanya doa mendekatkan kita.

3. Sorry for being late but i guess better late than never. Congratulations on your wedding!

4. Tahniah buat Raja Sehari. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam perkahwinan. Jadilah suami soleh dan isteri solehah yang bakal dikurniakan zuriat penyeri rumahtangga. Semoga rumahtangga kalian diberkati.

5. Pernikahan adalah dunia baru dalam kehidupan. Awal dari kebahagiaan dan hidup bersama. Selamat menempuhi alam baru, sahabatku. Happy wedding to a wonderful couple. May love always all around you forever!

6. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan diberikan kebaikan dalam kehidupan. Selamat pengantin baru.

7. Heartfelt wishes on your marriage. May you as rich in life as you rich in love.

8. Happy wedding! I have always had this feeling that you were meant for each other. Congratulations, and i hope you remain this happy for the rest of your life.

9. Barakallah! Selamat membina rumahtangga yang barakah, mawaddah, warohmah. Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.

 
10. Akhir sekali, saya kongsikan pantun pengantin baru yang saya siarkan semula dari blog Zurinah Hassan, semoga bermanfaat.

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami

Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang

Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan

Terima kasih kerana membaca Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan di atas. Anda boleh kongsikan dan sampaikan kepada rakan anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Doakan pasangan pengantin dengan doa yang baik-baik dan kehidupan baru mereka diserikan dengan gurauan berkasih dan saling menghormati

Bahagia selamanya
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2017/08/koleksi-ucapan-perkahwinan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Sahabat Baik Palestin Kata Pertubuhan

Anwar Sahabat Baik Palestin Kata Pertubuhan

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 454 hits
PERTUBUHAN Kebudayaan Palestin Malaysia merakamkan nbsp ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan nbsp sokongan beliau terhadap hak rakyat Palestin sentiasa dihargai Pengerusi PCOM Muslim Imran dalam satu kenyataan berkata per...
Sahabat Di Mata Seorang Guru

Sahabat Di Mata Seorang Guru

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 180 hits
Cikgu BM kata Sahabat untuk selamanya Cikgu BAHASA INGGERIS kata Best Friend Forever Cikgu SEJARAH kata Mengingatkan sahabat adalah kenangan Cikgu MATH kata Nilai persahabatan tidak terkira Cikgu MORAL kata Sahabat adalah teladan Cikgu EKON...
Kagum Sikap Rakan Minat Main Golf

Kagum Sikap Rakan Minat Main Golf

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 249 hits
Ambo memang kagum dengan sikap rakan rakan yang minat bermain golf Mereka ni saing ambo satu ambilan atau skot semasa berkhidmat dalam tentera dahulu Dalam tentera sukan yang biasa dimainkan di kalangan pegawai ialah golf Kebanyakan kem ten...
Sekali Sekala Buka Mata Dan Tidur Semula Rakan Update Keadaan Nad Zainal

Sekali Sekala Buka Mata Dan Tidur Semula Rakan Update Keadaan Nad Zainal

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 166 hits
Sejak berita tentang pelakon Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi disebabkan jankitan kuman pada paru paru ramai rakan artis menguar uarkan tahap kesihatan selebriti itu dan memohon orang ramai supaya dapat sama sama mendoakan kesembu...
Momen Perayaan Ulang Tahun Harris Vriza Digelar Sederhana Di Rumah Bareng Sahabat

Momen Perayaan Ulang Tahun Harris Vriza Digelar Sederhana Di Rumah Bareng Sahabat

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 294 hits
Aktor tampan Harris Vriza baru saja merayakan ulang tahunnya yang ke 29 Perayaan digelar secara sederhana di kediamannya Di momen itu sang kekasih dan para sahabat hadir meramaikan Intip beberapa momennya berikut ini
Kawan Menjadi Sahabat

Kawan Menjadi Sahabat

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 137 hits
KAWAN MENJADI SAHABAT Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbtKawanAdalah rezekiHadiah daripada IlahiAmanah dan tanggungjawabWarna warni yang mewarnaiKawanSelalu menghulur tanganBukan cuma bantuanTerlebih ...
Fattah Amin Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kelima Netizen Usik Ready Untuk Baby Kedua

Fattah Amin Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kelima Netizen Usik Ready Untuk Baby Kedua

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 171 hits
Sungguh cepat masa yang berlalu sudah 5 tahun usia perkahwinan pelakon sama cantik sama padan iaitu Fazura dan suami Fattah Amin Siapa tidak menyangka yang cinta lokasi pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin dan kini bahagia dengan puteri...
Ajaib Kerana Kami Tidak Berpisah Haha Byul Sambut Ulang Tahun Ke 10 Perkahwinan

Ajaib Kerana Kami Tidak Berpisah Haha Byul Sambut Ulang Tahun Ke 10 Perkahwinan

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 141 hits
Pejam celik pejam celik sudah 10 tahun pasangan Haha dan Byul mendirikan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Byul telah memuat naik satu video baru di saluran YouTubenya yang berjudul Raikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10 ...
Kenangan Di Majlis Perkahwinan Diana Shaharin

Kenangan Di Majlis Perkahwinan Diana Shaharin

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 124 hits
Assalamualaikum WBTDoa Untuk Pengantin Baru Dari Abu Hurairah R A beliau berkata Adalah Nabi Muhammad S A W bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah Rasulullah mendoakan Ertinya Semoga Allah melimpahkan keberkahan kep...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel