Kenangan Di Majlis Perkahwinan Diana Shaharin


 Assalamualaikum WBT
Doa Untuk Pengantin Baru 
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).

Sabtu lepas, Sk memenuhi jemputan Walimatul Urus Majlis Perkahwinan Diana dan Shaharin, anaknda bongsu kepada sepupu Sk, Abang Abid dan isterinya Kak Julie. Abang Abid merupakan anak Arwah Pak Besar iaitu abang Arwah Abah Sk. Majlis menggabungkan kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan ini diadakan  di I-City Convention Centre (iCCC), Shah Alam


Bersungguh Pak Inche ajak pergi jemputan. Otak dah tepu terperuk aje di Johor ditambah tugasan membuat liputan perlawanan bolasepak yang melibatkan Pasukan JDT telah berakhir. Lama tak makan nasi kenduri kahwin, kan. Lagi pulak, Kak Julie menghantar whatsapp jemputan kepada Angah agar menyampaikan kepada adik-beradik yang lain. Walaubagaimanapun cuma Sk dan Cikwa yang berkesempatan untuk hadir. 

Ikut perancangan asal, SK akan ke Shah Alam berdua sahaja dengan Pak Inche. Bila sahaja MB Johor mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad tu, Iman nak ikut jugak. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan, hahaha. Dari Concorde Hotel, Iman naik kereta dengan Cikwa. Jarak perjalanan cuma 15 minit sahaja tapi gedebak gedebuk, hampir setengah jam jugak baru jumpa dewannya, hahaha


Setelah sekian lama cuma berkawan di muka buku, akhirnya bertemu juga tuan punya badan, Kak Rozana Abdul Ghaffar. Kak Rozana merupakan sepupu bapa pengantin di sebelah emak dan Sk pulak sepupu di sebelah bapak. Biasalah dulu-dulu, nak ramaikan kawan dalam fb, kan suka add mutual friends. Antara sebab utama nak main farmville laaa, nanti boleh bagi brick laaa, alat bertukang laaa.. hahahaha. Lepas tu, baru tahu pulak, Kak Rozana ni kawan sekolah kepada kawan Sk semasa di Bukit Senyum. Sejak ada fb, rasa kecik sungguh dunia, kan


Masa kenduri-kendara nilah, kan.. nak jumpa sedara-mara. Pakcik yang berbaju kemeja tu mendakwa, beliau pangkat atok kepada kami, heheheh. Yang baju melayu hijau tu, Abang Hasan, suami kepada sepupu Sk (kakak bapa pengantin), tapi sepupu SK tu dah meninggal dunia. 

Yang duduk di sebelah Cikwa tu, Abang Kamil, abang bapa pengantin (anak sulung), isterinya Kak Ramlah. Berdiri di sebelah Sk, adik bongsu bapa pengantin, Kak Munirah. Oh, baru perasan kami bergambar dengan si sulung dan si bongsu, hihi


Depan sekali sebelah Cikwa tu, anak sedara kami (anak Abang Kamil). Tapi umur lagi tua dari kami laa. Di sebelah arwah abah, kami dipanggil aunty


Tengah tunggu giliran nak bergambar dengan pengantin


Kakak pengantin, Nadia. Nadia merupakan penyanyi OST Drama Bersiri Yes Bos, lakonan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong. Sk tak buat pulak entri Majlis Kahwin Nadia tapi ada selit kisahnya DI SINI.

Gambar kenangan bersama sepupu SK, Abang Abid atau dikenali juga sebagai Abid Wheels. Sepupu Sk ni merupakan penyanyi Kumpulan Wheels yang seangkatan dengan kumpulan Heavy Machine. Lagunya yang selalu berputaran di radio ialah Dalam Kenangan dan Sekuntum Cinta. Mereka ni satu keluarga semua boleh menyanyi termasuklah Kak Julie


Tak dinafikan muka buku merapatkan hubungan dengan sepupu dan isteri masing-masing, hehehe. Jarak usia kami semua agak jauh jugak tau. Masa Sk sekolah rendah pun memasing dah berkeluarga


Ad, sepupu yang sebaya dengan Cikwa, baru sampai ketika kami berangkat pulang. Ad meruapakan anak Pak Chu


Berpisah di ruang letak kereta. Cikwa balik ke KL manakala kami singgah ke Melaka


Cenderahati dari keluarga pengantin... madu. Bolehlah nanti minum Honey Lemon panas bercawan-cawan, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/11/kenangan-di-majlis-perkahwinan-diana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejohanan Golf Amal Rmhc Malaysia Kutip Dana Untuk Program Kembali Ke Sekolah Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan

Kejohanan Golf Amal Rmhc Malaysia Kutip Dana Untuk Program Kembali Ke Sekolah Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 355 hits
hai assalalammualaikumKejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Kutip Dana Untuk Program Kembali ke Sekolah Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan RMHC Malaysia yang telah ditubuhkan sejak Februari 1990 sentiasa komited dalam membantu meringankan b...
Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 283 hits
Permohonan Baik Pulih Rumah Untuk Warga Baling Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Baling Kedah kini membuka permohonan bagi baik pulih rumah bagi warga Baling yang menetap dalam kawasan operasi PBT Inisiatif yang dilancarkan di bawah...
Tahniah Iu Son Sukku Berjaya Raih Anugerah Di Majlis 42nd Film Critics Association Awards

Tahniah Iu Son Sukku Berjaya Raih Anugerah Di Majlis 42nd Film Critics Association Awards

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 159 hits
Wah Tahniah buat para pelakon yang berjaya meraih anugerah di 42nd Film Critics Association Award ARTIKEL BERKAITAN Terbaru satu majlis anugerah 42nd Film Critics Association Awards diadakan di Hall of Federation of Small and Medium Busines...
Pm Hadiri Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Esok

Pm Hadiri Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Esok

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 193 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya esok nbsp dengan memfokus kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Faceb...
Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022

Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 522 hits
Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 Assalamualaikum semua Zakat merupakan kewajiban yang dikeluarkan pada harta orang yang memiliki kelebihan Ada beberapa jenis zakat yaitu zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadan ada juga ...
Hawa Rizwana Terima Tepukan Paling Gemuruh Di Majlis Konvokesyen Hasrat Nak Sambung Phd

Hawa Rizwana Terima Tepukan Paling Gemuruh Di Majlis Konvokesyen Hasrat Nak Sambung Phd

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 133 hits
Hari konvokesyen adalah hari paling bermakna dan ditunggu tunggu oleh pelajar di universiti Bahkan pada hari tersebut pasti akan menjadi memori terindah dalam hidup untuk dikenang Berkongsi detik bahagia tersebut Hawa Rizwana Redzuan turut ...
Calisto Vision Care Di Aeon Mall Nilai Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke 3

Calisto Vision Care Di Aeon Mall Nilai Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke 3

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 179 hits
Calisto Vision Care Buka Cawangan ke 3 di AEON Mall Nilai Assalamualaikum holla korang baru baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di majlis perasmian pembukaan cawangan baru Calisto Vision Care di AEON Mall Nilai iaitu cawangan ke 3...
Kos Sara Hidup Pm Beri Masa 2 Minggu Majlis Tindakan Kaji Subsidi Bersasar

Kos Sara Hidup Pm Beri Masa 2 Minggu Majlis Tindakan Kaji Subsidi Bersasar

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 162 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada ahli Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 untuk menganalisis kesan subsidi bersasar berbanding dasar subsidi menyeluruh pada masa ini Anwar berkata semua...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang