Kisah Raya Saya 2023 Dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444h


Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan, kini tiba pula Syawal untuk kita raikan kemenangan. Syukur Alhamdulillah, tahun ini Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari sabtu (22 April 2023) dan raya kali ini tak mengejut macam raya tahun lepas ya haha. Jadi sempatlah kita buat persiapan hari raya dengan meriahnya. Untuk entri kali ini, MOMI nak kongsikan kisah hari raya MOMI pada tahun 2023. Mari MOMI kongsikan

Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Kisah Raya Saya 2023Aidilfitri tahun ini disambut dengan sederhana. Kami sekeluarga beraya di Kuala Lumpur sahaja. Persiapan raya dibuat seperti biasa. Tiga hari sebelum raya, MOMI diserang selsema dan batuk dan masa tu masih lagi bekerja. Selsema dan batuk berlanjutan sehingga malam raya. Kisah malam raya pula, lepas berbuka puasa dengan keluarga tiba-tiba kaki rasa macam tak selesa dan mula rasa sakit. Sebelum tidur dah rasa macam tak sedap hati. 
Pagi Syawal bila bangun dari tidur, rasa kaki sakit. Nak jalan memang susah, terpaksa urut kaki dengan minyak angin dulu. Rasa macam tak boleh keluar kemana-mana ni, memang akan duduk rumah je la. Nak jalan pergi ruang tamu pon seksa, tapi bila lapar keluar juga makan hehe. Sakit kaki ini berlanjutan sehingga ke Raya kedua. Berapa kali juga urut-urut kaki. 
Hari Raya Ketiga pula, kami sekeluarga pulang ke kampung dekat Selangor (kampung belah emak) sebab nak melawat kubur arwah ayah. Walaupun belum pulih sepenuhnya, gigihkan diri juga berjalan. MOMI balik kampung dengan Kak Long, Abadik dan Emi naik KTM sampai stesen Batang Benar. Dah lama tak baik KTM, memang lambat sangat tunggu dalam satu jam juga sebelum keretapi sampai. Sampai dekat kampung dalam 10 lebih juga dan terus makan. 
Esoknya, Hari Raya Keempat, kami melawat kubur arwah ayah sambil bersihkan kubur dan baca Yasin. Sedar tak sedar tahun ini, tahun keenam kami berpuasa tanpa ayah yang pergi meninggalkan kami pada Disember 2017. Kubur pun sudah lama tidak jenguk. Alhamdulillah lepas rindu dekat ayah. Semoga tahun ini dapat jumpa ayah lagi. 
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Lepas pulang dari kubur, plan asalnya nak ambil gambar bersama keluarga sebab hari raya pertama tak sempat nak bergambar. Dalam pukul 6:45 petang macamtu baru semua bersiap sebab nak pergi beraya sekejap, sempat la ambil beberapa keping gambar. Tema baju raya tahun ini adalah Royal Blue. Seperti tahun lepas, kami dapat bergambar bersama pada hari raya keempat. As always, meriah dan kecoh. Bukan senang ya nak kumpul satu keluarga, ambil gambar bersama. Terima kasih Eeya tolong ambil gambar kami sekeluarga. Malam tu, kami (MOMI, Emi dan Kak Long) balik ke rumah sebab esoknya MOMI kerja. hehe 
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H
Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1444HHaa begitulah kisah hari raya MOMI. Walaupun raya tahun ini tak semeriah tahun tahun lepas, seronok dapat berkumpul satu keluarga hehe. Dikesempatan ini, MOMI nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam yang menyambut Aidilfitri. MOMI nak minta maaf sekiranya ada terguris hati, terlanjur kata dan sebagainya. Harap anda semua boleh maafkan ya. Dimana pun anda berada, please jaga diri dan kurang-kurangkan kan ler main mercun tu, bunga api takpe hahaha. 
Selamat Hari Raya guys! 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2023/04/kisah-raya-saya-2023-dan-selamat-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Selamat Hari Raya 2023 1444h Bukan Sekadar Maaf Zahir Dan Batin

Ucapan Selamat Hari Raya 2023 1444h Bukan Sekadar Maaf Zahir Dan Batin

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 592 hits
Umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal 1444H tahun 2023M pada hari Sabtu 22 April Bersempena dengan ketibaan hari Raya Puasa ucapan atau pantun SMS Whatsapp Selamat Hari Raya paling banyak dicari oleh orang ramai untuk dihantar ke r...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2023

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2023

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 556 hits
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2023 dari kami keluarga kecil Hanif Bin Idrus kepada semua rakan rakan kami Tahun ini adalah tahun pertama saya merayakan Hari Raya 2023 ini tanpa ibu disisi Kelainan rasanya kali ini kerana malam raya pertama ...
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 1022 hits
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023 Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan Hari yang istimewa ini melambangkan akhir dari bulan Ramadan dan merup...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023m 1444h

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023m 1444h

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 418 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023M 1444H buat semua umat Islam seluruh dunia Berakhirlah teka teki bila raya tahun ni Kita akan menyambut hari raya pada hari Sabtu 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444H Tahun ni saya team Negeri Sembilan du...
Selamat Hari Raya 2023

Selamat Hari Raya 2023

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 487 hits
Selamat Hari Raya 2023 Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan kita dapat meraikan 1 Syawal dengan gembira bersama ahli keluarga dan sanak saudara Semoga kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu lagi Ramadan di tahun ha...
Hari Raya Jokes 2023

Hari Raya Jokes 2023

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 802 hits
Lemang getting ready for Hari Raya Aidilfitri last night President Joe Sleepy Biden wants the White House painted The Chinese painter quoted 3 million dollars The European painter quoted 7 million dollars The Malaysian painter quoted 10 mil...
Brosur Cuti Hari Pekerja Hari Raya Aidilfitri 2023

Brosur Cuti Hari Pekerja Hari Raya Aidilfitri 2023

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 1172 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apa khabar semua puasa macam mana ok ka Harap semuanya dipermudahkan segala urusan ya Kali ini cikgu jumrah nak kongsikan brosur cuti hari raya aidilfitri dan hari pekerja sy juga ada kongsikan dalam chan...
Selamat Hari Raya Victor Chin

Selamat Hari Raya Victor Chin

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 462 hits
Ruichi Sakamoto s composition for the 1983 movie Merry Christmas Mr Lawrence became a Christmas music in the US Britain and Japan The movie title is pun using the coming Hari Raya celebration to dedicate to the man in pursuit Victor Chin Se...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You