Koleksi Resipi Masakan Sotong Yang Sedap Mudah Cepat Siap


Menu ringkas untuk masakan sotong yang sedap. Hanya guna bahan-bahan yang wajib ada di dapur. Ingat tau masak sotong ni kejap saja tau.
Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat pulak. Jadikan kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar.
 
SOTONG NESTUM

BAHAN-BAHAN:
½ kg sotong | dihiris kecil
5 biji cili padi | dihiris halus – beli online di sini
1 tangkai daun kari
3 sudu makan mentega – beli online di sini
2 sudu makan bijirin Nestum – beli online di sini
3 sudu makan oat
BAHAN PERAPAN:
2 sudu makan tepung jagung – beli online di sini
2 sudu makan tepung beras – beli online di sini
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula- beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Sangai oat bersama nestum hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Gaulkan sotong bersama tepung jagung, tepung beras, lada putih dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan cili padi dan daun kari.
4. Bila daun kari kelihatan sedikit garing, masukkan udang dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Guna minyak yang banyak semasa menggoreng sotong bagi memastikan ia masak secara sekata.
 
SOTONG BAKAR KICAP PEDAS

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis – beli online di sini
1 sudu teh gula perang – beli online di sini
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
5 tangkai cili merah – beli online di sini
2cm kunyit hidup –  beli online di sini
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
4. Tutup api dan tambahkan kicap, gaul rata. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
5. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit. Angkat dan hidangkan panas-panas.
 
SOTONG MASAK NYONYA SIMPLE

BAHAN-BAHAN:
½ kilo sotong putih | cuci dan potong
3 biji limau kasturi | perah dan ambil jusnya – beli online di sini
4 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya – beli online di sini
Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
3 biji cili padi merah
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
Kunyit
Halia
3 helai daun limau purut
2 batang serai – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan jus limau kasturi. Masak selama 5 minit.
3. Masuk sos tomato, gula dan daun pudina. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Sebelum menghidang, hiaskan dengan daun pudina. Sedia untuk dinikmati!
Kredit resipi: Hanan Humairah
 
KANGKUNG GORENG BELACAN RENCAH SOTONG

BAHAN-BAHAN:
1 ikat kangkung
2 ekor sotong sederhana
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
4 biji cili api merah
Belacan sesedap rasa korang
Garam
Gula
1 sudu serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau. (anda rasa nak terbatuk tersedak, maksudnya sedaplah tu).
2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api, Kacau laju-laju sikit.
INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.
Kredit resipi & gambar: Dapur Lazz
 
SOTONG MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:
Sotong | dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia | dihiris halus
3 ulas bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
1 biji bawang besar | dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah | dipotong serong
Asam jawa sebesar ibu jari | dibuat air asam
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih.
2. Bila sudah wangi, boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing,
3. Kemudian masukkn sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
4. Tambah air jika suka berkuah. Kacau sebati hingga mendidih. Angkat dan sedia untuk dihidang.
*INFO: Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi. Boleh juga masukkan daun limau purut untuk bau wangi.
Kredit resipi & gambar: Mona Din
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: 
Olah Ikut Kreativiti, Resipi Mudah Buat Apam Polkadot Versi Kartun

Resipi & Tip Buat Tart Nenas Bebola Naga Yang Lembut & Gebu

Kek Lobak Merah Dengan Cheese Frosting & Sos Karamel

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: 



The post Koleksi Resipi Masakan Sotong Yang Sedap, Mudah & Cepat Siap appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/01/koleksi-resipi-masakan-sotong-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudah Sedap Koleksi Pelbagai Resipi Nasi Goreng Untuk Keluarga

Mudah Sedap Koleksi Pelbagai Resipi Nasi Goreng Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 260 hits
Kadangkala pening kepala memikirkan apa menu untuk disajikan buat anak anak dan suami masa sarapan Apa kata anda cuba pelbagai jenis resipi nasi goreng yang RASA kongsikan ini Lebih mudah kerana menu ni memang ringkas dan sedap Masa dan ten...
Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap Mudah Je Caranya

Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap Mudah Je Caranya

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 203 hits
Anda dan keluarga suka makan ikan bakar Ini dia resipi Sambal Perap Ikan Bakar perkongsian saudari Hazarina Zaini yang anda boleh cuba Masak dan simpan dalam botol atau bekas Boleh dijadikan stok di dalam peti sejuk Bila bila nak masak ting...
Aneka Resipi Kerabu Air Tangan Mak Mak Mudah Comfirm Sedap

Aneka Resipi Kerabu Air Tangan Mak Mak Mudah Comfirm Sedap

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 255 hits
Anda penggemar aneka jenis Kerabu Memang sedap kan kalau dapat makan kerabu yang kena dengan selera Ratah macam tu je dah ok tanpa perlu makan nasi Istimewa buat anda RASA kongsikan pelbagai resipi kerabu mudah yang anda boleh hasilkan send...
Bubur Krong Khreng Resipi Manisan Thailand Yang Sedap Mudah Buat

Bubur Krong Khreng Resipi Manisan Thailand Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 436 hits
Pernah cuba Bubur Krong Khreng Rupanya seakan Kuih Siput tapi dijadikan sebagai manisan dan dimakan bersama kuah seakan manisan Biji Nangka Manisan ini terkenal dikalangan orang Kelantan namun agak sukar dibeli kerana jarang yang menjualnya...
Resipi Pancake Ala Cina Yang Mudah Dan Sedap

Resipi Pancake Ala Cina Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 216 hits
Resipi Pancake Ala Cina yang dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid di Facebook ini pada awalnya beliau nak masak menu lain tapi disebabkan kekurangan bahan terjadilah resipi ini Hasilnya sangat sedap dan paling penting tak renyah nak di...
Mudah Sangat Nak Masak Resipi Bihun Sup Pama Ni Memang Sangat Sedap

Mudah Sangat Nak Masak Resipi Bihun Sup Pama Ni Memang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 302 hits
Ramai yang menggemari Bihun Sup PAMA Supnya yang ringkas namun sangat membuka selera Namun kalau beli yang segera harganya boleh tahan juga Ada resipi ala Bihun PAMA homemade perkongsian saudari Cik Pooja Nak cuba Sesuai dijadikan sajian Ra...
Sedap Betul Resipi Durian Crepe Cheese Leleh Homemade Paling Mudah

Sedap Betul Resipi Durian Crepe Cheese Leleh Homemade Paling Mudah

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 302 hits
Sedapnya Durian Crepe Cheese Leleh ni Kulit crepe yang lembut krim yang gebu dan padat dengan isi durian Ada pula limpahan serta parutan keju Makan pula sejuk sejuk Nikmatnya Masa durian masih ada musim ni bolehlah pakat cuba belajar buat D...
Sedap Cepat Masak Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai

Sedap Cepat Masak Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 218 hits
Suka makan lauk pauk pedas Boleh cuba resipi Sotong Masak Hitam Pedas perkongsian saudari Nurul Ateekah ini Resipinya cukup mudah dan sangat ringkas Malah masa memasaknya juga tidak lama Sesuai sangat bagi anda yang gemar memasak menu yang ...
Resipi Kacang Pedas Bilis Sedap Mudah Makan Pun Tak Jemu

Resipi Kacang Pedas Bilis Sedap Mudah Makan Pun Tak Jemu

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 203 hits
Kacang Pedas Bilis memang sedap dijadikan kudapan Malah ada juga yang menikmatinya dengan nasi roti lempeng dan sebagainya Kombinasi rasa pedas manis dan masin membuatkan kudapan ini digemari ramai Ada yang pernah cuba buat tapi tak menjadi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life