Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Mudah Untuk Sahur Berbuka


Ramadan datang lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Bila tiba bulan puasa, pasti ibu-ibu buntu memikirkan menu untuk sahur lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu yang dimasak haruslah menambat selera mereka. Khas untuk anda, RASA kongsikan 30 resipi aneka lauk pauk mudah yang sesuai disajikan sewaktu sahur dan berbuka di sepanjang bulan puasa nanti. Paling penting, sedap dan mudah dimasak. Selamat mencuba!
 
KOLEKSI RESIPI MENU SAHUR & BERBUKA UNTUK 30 HARI PUASA  
1.AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil  2 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan kicap manis 1 sudu makan sos tiram 2 batang serai | titik 10 biji cili padi | hiris halus 1 biji bawang besar | potong dadu 3 ulas bawang putih | cincang halus 3cm halia muda | hiris halus memanjang 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika. Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air. Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.   Setelah secukup rasa, tutup api. Ayam kicap sedia dihidangkan.  
2. DAGING GORENG MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis  2 sudu makan pes cili kering 1 sudu teh sos cili 1  sudu teh sos tomato 3cm halia muda | hiris halus memanjang 1 biji bawang besar | hiris bulat 3 ulas bawang putih | ketuk Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.  
3. IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang serai CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi. Gaul  rata dan tutup api. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan. INFO CHEF: Disarankan rebus ikan siap-siap sebelum sedia dimasak sambal.
 
4. UDANG GORENG SOS TIRAM 
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit dan kepala dan belah belakang  Sedikit hirisan cili benggala merah Sedikit hirisan cili benggala hijau Sedikit hirisan batang selerri 4 biji cili padi | titik 1/2 biji bawang  Holland  | hiris 2 ulas bawang putih | titik 2 sudu makan sos tiram Minyak masak untuk menumis secukup rasa CARA MEMASAK:
Panaskan  minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang, kacau rata. Masukkan pula hirisan cili benggala dan hirisan batang seleri. Perasakan dengan sos tiram secukup rasa. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api. Udang sedia dihidangkan panas-panas.  
5. PAPRIK SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat 1batang serai | titik 1 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan sos tiram 6 biji cili padi | titik Sedikit hirisan batang seleri 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | titik Garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi. Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri. Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan. INFO CHEF: Jika anda ingin tambah isian lain, boleh tambah lobak merah dan cili Benggala.
 
6. SUP CAMPUR BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN:
20 biji bebola ikan 4 biji tauhu tauhu bulat yang telah digoreng 1 pokok  sawi putih 1 keping tauhu kering | rendam dalam air Sedikit  suhun | rendam dalam air Sedikit hirisan lobak merah 2 ulas bawang merah | hiris 2 ulas bawang putih | titik 1 sudu teh lada sulah 1 sudu teh serbuk perasa ayam Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya. CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk didihkan di atas dapur. Setelah mereneh masukkam bebola ikan, tauhu kering dan suhun yang telah direndam tadi. Setelah bebola ikan timbul, tambah hirisan sawi, lobak merah. Apabila layu masukkan tauhu dan perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan masak tutup api. Sup sayur sedia dihidangkan.  
7. DAGING GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
Daging – hiris nipis
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cili padi
Bawang putih – beli online disini
Bawang merah – beli online disini
1 inci halia – hiris
Sos cili – beli online disini
Kicap pekat – beli online disini
Sos tiram – beli online disini
Kacang Panjang secukupnya – hiris
Hirisan bawang besar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging hingga 80% masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya kisar cili padi, bawang putih dan bawang merah. Jumlahnya bergantung pada jumlah daging yang anda guna.
4. Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan halia. Masak lagi hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat dan juga sos tiram dengan secukupnya.
6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
7. Masukkan juga hirisan kacang panjang.
8. Tambahkan hirisan bawang dan rasa. Jika kurang masin,boleh tambah garam ikut cita rasa.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Mariam Zainon
 
8. AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil 50gm daun bawang Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga 3 biji cili merah | hiris memanjang 1 biji bawang besar | dadu kecil 5ulas bawang putih | cincang 3cm halia mudah | hiris halus 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar 1 sudu makan sos tomato  (beli online disini) 1 sudu makan sos lada hitam (beli online disini) 1 sudu makan kicap pekat manis Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit. Kemudian perasakan dengan garam, gula  secukupnya. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.  
9. SOTONG  MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/2 serbuk lada sulah Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus 1 biji bawang besar | dadu kecil 3cm halia muda | hiris halus memanjang 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat 1 pokok daun ketumbar | hiris halus 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1/2 sudu makan serbuk kunyit 1 sudu teh rempah masala 1 biji tomato | potong dadu 2 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa. 2 sudu makan minyak masak CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata. Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi. Seterusnya masukkan  serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit. Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato.  Kacau seketika. Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.  
10. DAGING GORENG TUMIS 
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos 1/2 sudu teh biji sawi  4 sudu makan minyak masak tangkai daun kari | lurut dari tangkai 4 tangkai cili kering | hiris halus 1sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu teh serbuk kari (beli online disini) Bahan Tumis:
4 biji  bawang besar | buang kulit dan cincang 4cm halia muda | hiris memanjang 6 ulas bawang putih | cincang halus Bahan-bahan lain:
1 biji cili hijau | hiris halus 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 1 sudu makan serbuk cili 1 pokok daun ketumbar | hiris halus 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 sudu teh serbuk kari daging 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan cuka makan Garam & gula secukup rasa Minyak secukupnya CARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain. Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit. Masukkan 1 cawan air dalam daging yang telah diperap dan didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi. Masukkan daun kari dan kacau seketika. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi. Kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga kering tadi. Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau. Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan. Tutup api, dan hidangkan daging bersama nasi putih atau capati.  
11. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan tongkol 45ml kicap manis 20gm serbuk ketumbar 20gm serbuk jintan manis 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 ulas bawang putih|cincang halus 1 labu bawang besar|dibelah empat 1 biji cili merah |dipotong serong Garam secukup rasa Lada sulah secukup rasa CARA MEMASAK:
Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing.  Ketepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap.  Didihkan seminit. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
 
12. SAMBAL SARDIN KENTANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – beli online disini 
2-3 biji bawang merah – kisar / tumbuk – beli online disini
1-2 ulas bawang putih – kisar / tumbuk – beli online disini
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – kisar / tumbuk
1-2 biji cili merah – kisar / tumbuk
1-2 biji ubi kentang – beli online disini
Garam, gula & perasa secukupnya
Limau nipis – jika suka
CARA MEMASAK:
1.Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tumbuk atau kisar.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sardin yang telah diasingkan dari sosnya hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ubi kentang yang telah dihiris kecil.
4. Kemudian tumis bahan kisar tadi namun jangan tumis hingga terlalu garing. Masukkan bersama sedikit air dari balang pengisar. Jika guna lesung, masukkan air dalam lesung sahaja.
5. Jika suka, boleh masukkan juga sedikit sos sardin. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
6. Bila kuah kelihatan sempurna dan pecah minyak, masukkan sardin dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang. Untuk rasa lebih padu, boleh perah sedikit jus limau nipis.
Kredit resipi & foto: Linda Mohd
 
13. TELUR MASAK ROS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur | direbus dan dibuang kulit 200gm bawang merah | dikisar 20gm bawang putih | dikisar 10gm halia | dikisar 50gm serai | dikisar 1 sudu makan cili giling 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 1 tin puri tomato 50gm sos cili 50ml air Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata. Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.  
14. TELUR GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | digoreng mata 1 biji bawang besar | dihiris 100gm lobak merah | dihiris 6 biji kacang pis 1/2 biji lada benggala | dihiris Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, lobak merah, kacang pis dan lada benggala sehingga wangi dan separuh masak. Kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Untuk menghidang, susun telur yang digoreng di dalam pinggan hidangan dan letakkan sayur tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.  
15. NASI GORENG SEAFOOD
BAHAN BAHAN:
175gm nasi putih 2 ulas bawang putih – diketuk 4 biji cili padi ( bahan A ) 1 sudu rempah sup ( bahan A ) 1 sudu rempah kurma ( bahan A ) 1 biji telur 100gm isi ayam – potong nipis 100gm udang – bersihkan 100gm sotong – hiris 100gm kacang hijau   Garam secukupnya Minyak untuk menumis secukupnya  
CARA MEMASAK :-
Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk dan Bahan A yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta kacang hijau. Masukkan nasi gaul hingga rata. Sedia dihidangkan.  
16. SUP IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap | dibersihkan dan dikelar 1 batang kulit kayu manis 1 butir bunga lawang 4 ulas bawang putih | dihiris nipis 4 biji bawang merah | dihiris nipis 1 biji lada merah | dihiris nipis 1/2 biji lobak merah | dihiris 1 biji tomato | dibelah enam 1/2 cawan air asam jawa Bawang goreng secukupnya Air secukupnya Minyak masak untuk menumis Garam secukup rasa  
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang dihiris nipis sehingga naik bau. Tuangkan air secukupnya dan biarkan menggelegak. Kemudian, masukkan pula ikan, lobak merah, air asam jawa dan renehkan sehingga ikan masak sempurna. Seterunya, masukkan pula tomato dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan reneh seketika dan padamkan api. Akhir sekali, masukkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng secukupnya. Sedia untuk dihidangkan. Info Chef: Air asam jawa berfungsi untuk menyeimbangi rasa dan menyedapkan lagi sup.
 
17. AYAM GORENG CILI MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu 1 sudu teh garam masala 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu teh serbuk kunyit 2 ulas bawang putih | kisar halus 2cm halia | kisar  halus Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng 3 batang kacang panjang | potong 3cm 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm 1/2 biji cili Banggala 1/2 biji bawang Holland 1 sudu makan tepung gandum BAHAN SOS CILI:
3 biji cili merah 3 biji cili padi merah 1 ulas bawang putih 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi. Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya. Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih.  
18. PAKCHOY TUMIS TOFU
BAHAN-BAHAN:
5 tangkai sawi hijau | dicuci bersih 1 keping tauhu telur | dipotong tebal dan goreng 1/2 biji lobak merah | dihiris nipis 4 ulas bawang putih | dicencang 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh air 1 sudu makan minyak bijan Air secukupnya Minyak masak untuk menumis secukupnya Garam secukup rasa CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan lobak merah dan tambahkan air. Kacau dan biarkan mendidih. Setelah itu, tambahkan pula minyak bijan dan sawi. kacau dan masak sehingga layu. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sebati. akhir sekali, masukkan tauhu telur yang telah digoreng dan kaup balikkan. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati. Info Chef: Jika ingin menggunakan sos tiram, elakkan penggunaan garam sebagai perasa kerana sos tiram sudah cukup menerbitkan rasa masin yang sempurna.
 
19. AYAM KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos 3 batang serai | titik 12 biji cili padi | hiris memanjang 2 biji bawang besar | hiris bulat 3 ulas bawang putih | titik 3cm halia muda | hiris memanjang 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan kicap manis 1 sudu makan air asam Jawa Garam,gula dan perasa secukupnya 4 sudu makan minyak masak CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air. Biarkan  isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa. Seterusnya masukkan kicap  manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api. Ayam sedia dihidangkan.  
20. AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos 2 batang bunga kantan | hiris 1 biji bawang besar | potong dadu 3 ulas bawang putih | cincang halus 3cm halia muda | hiris halus 2 batang serai | hiris halus 8 biji cili padi | hiris halus Garam, gula dan perasa secukupnya Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata. Tutup api, hidangkan panas-panas.  
21. AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
5 ketul paha ayam 1/2 sudu makan serbuk lada putih 1 sudu makan serbuk paprika 1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Daun pandan secukupnya Minyak untuk menggoreng CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada putih, serbuk paprika, serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya. Perap selama satu jam. Kemudian balut ayam menggunakan daun pandan. Ikat kemas. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.  
22. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk Sedikit hirisan cili Benggala merah Sedikit hirisan cili Benggala hijau 4 biji cili padi | hiris memanjang 3cm halia muda | hiris halus memanjang 1 biji bawang besar | hiris 3 ulas bawang putih | ketuk Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Tutup api dan daging sedia dihidangkan.  
22. HONEY BUTTER CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
800gm ayam (bahagian kepak dan peha) Secubit garam 1 sudu teh lada hitam 2 biji telur 1 cawan tepung ubi 1 sudu teh serbuk penaik ¼ cawan kacang masin Minyak untuk menggoreng BAHAN SOS:
6 sudu makan mentega 2 sudu makan madu 5 ulas bawang putih | ditumbuk halus ½ cawan gula perang 3 sudu makan kicap cair 2 sudu makan serbuk cili CARA MEMASAK:
Gaul ayam bersama lada hitam dan garam. Kemudian pecahkan telur dan tambah tepung ubi serta serbuk penaik. Gaul dengan ayam hingga rata. Panaskan minyak secara sederhana dan goreng ayam hingga masak. Terbalikkan setiap 5 minit. Angkat dan toskan. Kuatkan api dan masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi. Sentiasa terbalikkan dan biarkan sehingga ayam menjadi lebih rangup dan garing. Angkat dan toskan. Panaskan kuali lain dan masukkan mentega, bawang putih dan kacau sehingga bawang putih garing. Tambahkan kicap cair, madu dan gula perang. Kacau sehingga menggelegak. Tutup api dan masukkan kacang serta ayam goreng . Kacau sebati sehingga sos menyaluti ayam dengan rata. Angkat dan taburkan bijan serta serbuk cili. Sedia untuk dinikmati  
24. RENDANG AYAM BERKUAH
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam | dipotong kecil 1 bunjut rempah sup tulang 5 ulas bawang putih | dikisar halus 5 biji bawang merah | dikisar halus 3 batang serai | dikisar halus 5 tangkai cili kering | dikisar halus 2sm halia | dikisar halus 2sm lengkuas | dikisar halus 2 sudu makan serbuk kari daging | dikisar halus 1 helai daun kunyit muda | dimayang halus. 300ml santan pekat 2 sudu makan kerisik Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAK:
Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bunjut sup tulang bersama bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula santan pekat dan kerisik. Masak dan kacau sehingga santan pecah menjadi minyak. Kemudian, masukkan pula ayam, daun kunyit dan kacau sebati. Masak sehingga kuahnya berkurang dan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mesra. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.  
25. SOTONG MASAK KUNYIT 
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong | dibersihkan 5 biji cili merah | ditumbuk halus 4 biji cili api | ditumbuk halus 3 biji bawang merah | ditumbuk halus 3 ulas bawang putih | ditumbuk halus 1sm kunyit hidup | ditumbuk halus 1 batang serai | dititik 1 biji tomato | dibelah enam 5 sudu makan santan Minyak masak untuk menumis secukupnya Garam secukup rasa  
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk halus dan serai sehingga garing dan terbit minyak. Setelah itu, masukkan pula sotong dan juga tomato. Kacau dan masak sehingga empuk. Tuangkan pula santan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan didihkan seketika. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan sebagai menu utama bersama nasi panas.

from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/02/koleksi-resipi-lauk-pauk-sedap-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sambal Telur Hancur Cili Kering Sedap Mudah Masak

Resipi Sambal Telur Hancur Cili Kering Sedap Mudah Masak

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 115 hits
Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan Rasanya yang pedas dan cukup berperisa membuatkan ia ena...
Ikan Rebus Sambal Picit Lauk Mudah Dan Sihat Yang Sedap

Ikan Rebus Sambal Picit Lauk Mudah Dan Sihat Yang Sedap

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 124 hits
Ikan Rebus Sambal Picit Inilah lauk paling mudah dan sihat tapi tak boleh dielak nasi boleh tambahkan berpinggan pinggan Cara Rebus Ikan Rebus ikan dengan asam keping dan garam je Ingat masukkan ikan awal awal sebelum bukak api Kalau tunggu...
Resipi Mudah Masak Sup Siam Sambal Kicap Padu

Resipi Mudah Masak Sup Siam Sambal Kicap Padu

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 127 hits
Bagi peminat lauk berkuah resipi Sup Siam perkongsian saudara Wan LuQman ni antara yang perlu dicuba Sedap mudah dan pastinya membuka selera Resipi ini menggunakan pes Sup Siam segera namun penambahan bahan bahan lain menjadikan rasanya leb...
Resipi Bubur Pulut Hitam Campur Kacang Merah Letak Kepala Santan Jadi Lebih Sedap

Resipi Bubur Pulut Hitam Campur Kacang Merah Letak Kepala Santan Jadi Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 90 hits
Penggemar Bubur Pulut Hitam Kacang Merah boleh cuba resipi ni Bukan setakat Bubur Pulut Hitam biasa I juga dicampur dengan kacang merah dan dinikmati bersama kepala santan Lemak manis memang enak Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila ...
Cara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap Dan Pasti Menjadi Versi Cik Matahariku

Cara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap Dan Pasti Menjadi Versi Cik Matahariku

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 98 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraCara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap dan Pasti Menjadi versi Cik Matahariku Kemain buat tajuk pasal sambal belacan terpaling sedap Kotlah orang lain punya sambal belacan tu tak sedap ke apa haha ...
Buat Sendiri Cheese Corndog Versi Bajet Sedap Dan Mudah

Buat Sendiri Cheese Corndog Versi Bajet Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 87 hits
Teringin nak makan Cheese Corndog tapi alahai harganya kadangkala tak berbaloi terutama bagi rakyat marhaen golongan bawahan gitu Jangan risau bagi yang mempunyai ahli keluarga ramai anda boleh berjimat dengan membuat sendiri menu viral ini...
Bebola Kentang Rangup 3 Bahan Mudah Dan Sedap

Bebola Kentang Rangup 3 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 149 hits
Kalau tengah cari kudapan simple tapi sedap bebola kentang rangup ni memang terbaik Guna 3 bahan je tapi hasilnya memang padu Jom kita buat Bahan bahan 5 biji kentang 5 sudu besar tepung jagung Sedikit garam Bebola kentang rangup 3 bahan Ca...
Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 119 hits
Kalau korang suka lauk pedas beraroma resepi Sotong Goreng Lada ni memang wajib cuba Gabungan lada hitam dengan sotong buat rasa lebih umphh pedas pedas sedap dan berbau wangi Jom kita tengok cara nak buat Bahan bahan Setengah kilo sotong c...
Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 118 hits
Bagi pencinta sambal resipi Sambal Lada Bilis extra pedas perkongsian saudari Sis Siska ni antara yang sangat berbaloi dicuba Padu betul Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi siam cili hijau dan tomato ditambah pula denga...
Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kl Steamboat Grill Menyajikan Pakej Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

338 Postmodern Monologue Home By Giant Design

Ipic Case Anwar Responsible If Najib S Dnaa Turns Into Full Acquittal

Do You Want Urban Malays To Remain Poor Anwar Challenges Urban Renewal Critics

Woman Delivers Baby Safely After Escaping Landslide

Cara Betul Buat Cucur Udang Bagi Ranggup