Koleksi Resipi Kek Lama Paling Popular Digemari Ramai


Bestnya aneka kek lama ni. Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek lama tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI KEK LAMA
1. KEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:
370gm marjerin380gm gula halus500gm tepung gandum2 sudu teh serbuk penaik8 biji telurSedikit pewarna merah, hijau dan kuning2 sudu teh esen vanilaCARA MEMASAK:
 Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih. Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang. Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
280gm cawan marjerin285gm cawan gula halus5 biji telur185gm cawan tepung gandum1 sudu makan serbuk penaik3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya130gm susu pekat1/2 sudu teh pewarna kuning1 sudu teh esen vanillaCARA MEMASAK:
 Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata. Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan. Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan. Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega. Kek lama ini memang sedap.
3. KEK BAHULU

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum285gm gula halus5 biji telur1 sudu teh serbuk penaik90gm minyak masak1 sudu teh esen vanilaSedikit pewarna merah dan kuningCARA MEMASAK:
 Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati. Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN:
250gm tepun gandum | diayak190gm gula perang185gm mentega180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum40gm kulit limau campuran60gm ceri | dipotong kecil5 biji telur | asingkan kuning dan putih1 sudu makan golden syrupCARA MEMASAK:
 Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan. Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan. Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan. Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata. Tambahkan golden syrup dan kaup balikkan lagi hingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C. Sejukkan kek sebelum dipotong.Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS

BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus185gm tepung gandum4 biji telur3/4 sudu teh serbuk penaik1/2 sudu makan ovalette | jika suka1/4 sudu teh garam7 sudu makan susu sejat1 sudu teh esen vanilla60gm minyak jagung3 pewarna makanan pilihanCARA MEMASAK:
 Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan. Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang. Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil. Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN

BAHAN-BAHAN:
310gm tepung gandum | diayak1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung230gm mentega190gm gula halus5 biji telur1 sudu teh esen vanilla260gm susu pekat manis80gm buah prun | dicincang kasarPewarna merah dan hijau secukupnyaCARA MEMASAK:
 Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan. Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun. Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit. Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis. Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum | diayak190gm gula pasir90gm mentega | dicairkan180ml air suam1/2 bungkus yis segera5 biji telur3 biji kuning telurCARA MEMASAK:
 Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang. Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur230gm mentega260gm susu pekat380gm gula375 tepung gandum85gm serbuk koko310gm miloBiskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gmCARA MEMASAK:
 Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati. Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair. Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong. Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN

BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum130gm susu pekat90gm marjerin5 biji telur190gm gula pasir250ml air1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum1 sudu teh esen vanilaCARA MEMASAK:
 Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan. Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata. Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.Info chef: Berhati-hati ketika menyediakan gula hangus kerana ia sangat panas.
10. KEK PERMAISURI

BAHAN-BAHAN:
230gm marjerin190gm gula halus1/4 sudu teh garam halus4 biji telur250gm tepung gandum1 sudu teh serbuk penaik2 sudu makan susu tepung1 sudu teh esen rosSedikit kismis | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata. Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu. Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/08/koleksi-resipi-kek-lama-paling-popular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Butter Chicken Resipi Versi Paling Mudah Dan Jimat Masa

Butter Chicken Resipi Versi Paling Mudah Dan Jimat Masa

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 393 hits
Kalau tak ada idea nak memasak cubalah resipi butter chicken ini Dikongsikan oleh Maisarah Humaira di laman facebook group RASA Share Resepi Memang nampak sangat menyelerakan Bab memasak ni yang paling utama adalah senang nak disediakan dan...
Laki Bini Gaduh Paling Lama 6 Bulan Je Lepas Tu Rujuk Balik

Laki Bini Gaduh Paling Lama 6 Bulan Je Lepas Tu Rujuk Balik

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 336 hits
Sudah beberapa kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga bekas isteri Da i Farhan iaitu Dr Erin menasihati kaum hawa supaya tidak terlalu membangga diri atas pengorbanan isteri dalam rumah tangga Menerusi satu perkongsian di Instagram Dr E...
Resipi Red Velvet Oreo Cheese Cake Paling Mudah Untuk Anak Tak Perlu Oven Hanya Simpan Dalam Peti Sejuk

Resipi Red Velvet Oreo Cheese Cake Paling Mudah Untuk Anak Tak Perlu Oven Hanya Simpan Dalam Peti Sejuk

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 434 hits
Buat sendiri kek hari jadi untuk anak sebenarnya lebih jimat Tapi ramai yang risau kek yang dibuat tak menjadi kerana tak semua oven sesuai untuk membakar kek Ada kalanya kek yang dibakar tak menjadi tak naik dengan cantik Bagi yang tak suk...
Resipi Kek Sarang Semut Guna Sukatan Cawan Tak Perlu Perap Pun Anak Confirm Suka

Resipi Kek Sarang Semut Guna Sukatan Cawan Tak Perlu Perap Pun Anak Confirm Suka

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 351 hits
Tekstur kek gula hangus perlulah kenyal Warnanya yang agak gelap seperti hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip mata memandang Namanya digelar kek sarang semut kerana jaluran halus yang menjalar serta lubang lubang kecil seakan...
Saloma 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Saloma 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 835 hits
GALAKSI VIRAL Arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma mempunyai beratus ratus lagu yang popular sejak beliau mula jadi penyanyi pada awal era 1950 an lagi Kemerduan vokal beliau yang bak buluh perindu itu telah menjadikan beliau sebagai sala...
Resipi Kek Pisang Sedap Mudah

Resipi Kek Pisang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 433 hits
Kek pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai Siapa suka makan kek pisang Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisan...
Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 393 hits
Hujung minggu kita selalunya nak masak yang special sikit untuk famili tapi hidangan itu mesti mudah sebab ada banyak kerja rumah yang nak dibuat waktu cuti ini
Ridwan Kamil Sebut Sektor Pertanian Paling Tangguh Hadapi Pandemi Covid 19

Ridwan Kamil Sebut Sektor Pertanian Paling Tangguh Hadapi Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 208 hits
Untuk itu dia mengharapkan Cirebon bisa terus menciptakan pertanian yang menggunakan sistem industri teknologi 4 0 agar bisa terus bersaing dan tahan terhadap gejolak ekonomi yang disebabkan wabah Covid 19
5 Momen Paling Sulit Dan Bikin Panik Sopir Pemula Rasa Rasanya Udah Di Neraka Banget Ini Mah

5 Momen Paling Sulit Dan Bikin Panik Sopir Pemula Rasa Rasanya Udah Di Neraka Banget Ini Mah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 178 hits
Belajar nyetir mobil itu tantangan dan ujiannya memang ada ada aja kamu juga pasti pernah mengalami hal hal resek ini
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini