Resipi Red Velvet Oreo Cheese Cake Paling Mudah Untuk Anak Tak Perlu Oven Hanya Simpan Dalam Peti Sejuk
Buat sendiri kek hari jadi untuk anak sebenarnya lebih jimat. Tapi ramai yang risau kek yang dibuat tak menjadi kerana tak semua oven sesuai untuk membakar kek. Ada kalanya kek yang dibakar tak menjadi, tak naik dengan cantik.
Bagi yang tak suka menggunakan oven, apakata anda buat Red Velvet Oreo Cheese Cake yang sangat mudah disediakan. Hanya perlu disimpan dalam peti sejuk sahaja.
Resipi Red Velvet Oreo Cheese Cake
Bahan-bahan bes Oreo:
1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
3 sudu besar mentega (dicairkan)
Bahan-bahan krim keju:
500 gram krim keju
200 ml krim putar
Krim putih Oreo
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air
1/2 pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)
Cara-cara:
1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6″ dan tekan sehingga mampat.
5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan.
Next, gabungkan gelatin dengan air suam.
8. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
9. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
10. Masukkan adunan krim keju ke atas bes Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda.
11. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Kredit: Cham Ais
The post Resipi Red Velvet Oreo Cheese Cake Paling Mudah Untuk Anak. Tak Perlu Oven, Hanya Simpan Dalam Peti Sejuk appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-red-velvet-oreo-cheese-cake-paling-mudah-untuk-anak-tak-perlu-oven-hanya-simpan-dalam-peti-sejuk/