Koleksi Resipi Aneka Pencuci Mulut Sedap Menyejukkan Badan
Memang nikmat jika dapat menikmati aneka pencuci mulut yang sedap dan boleh menyejukkan badan. Sesuai dinikmati dikala cuaca panas begini. RASA kongsikan beberapa resipi pencuci mulut sedap dan mudah yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah.
ANEKA RESIPI PENCUCI MULUT SEDAP
1. AIR NANAS RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
NanasGulaAirDaun pandanRambutan/longanSelasihAisCARA MEMASAK:
1. Masak nanas dengan gula, air dan daun pandan
2. Kemudian sejukkan dan masukkan rambutan/longan bersama-sama selasih.
3. Campurkan ais batu. Pencuci mulut enak ini sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: lina.tjoandra
2. CHA BANG ANG
BAHAN-BAHAN:
Cincau manis (beli dalam tube)Gula karamel – gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan.3 sudu makan biji selasih – rendam air panasAisBAHAN SUSU (CAMPUR SEMUA GONCANGKAN):
2 cawan susu segar full cream1 cawan susu cair3 sudu makan susu pekat manis1 sudu teh esen vanillaSecubit garamCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dalam bekas besar. Adun sebati dan siap untuk dinikmati.Kredit resipi & foto : Acik Siti
3. THAI MILK DESSERT VIRAL
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair carnation2 sudu susu pekat1 paket Kristal Jelly Brand Nona ( Perisa Raspberi) – didih, bekukan & potong dadu/panjangikut suka1 sudu biji selasih – rendam hingga kembang dan toskan1 mangkuk aisCARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.NOTA: Susu pekat boleh ubah suai ikut kehendak masing-masing kerana jelly tu sudah memang manis.
Kredit resipi & foto : Eda Harun
4. KOKTEL BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu sejat1/2 tin susu pekat manis2 cawan air panas2 cawan air1 tin buah laici1 biji buah naga2 biji buah manggaCincauAisCARA MEMASAK:
Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air.Campur semua bahan-bahan lain. Sebatikan.Sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto : Zaky Mat Ali
5. SAGU TEMBIKAI SUSU
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan sagu1 tin susu cair1 cawan gula pasir1 cawan air1/2 biji tembikai susuAis secukupnyaCARA MEMASAK:
Rebus sagu hingga jernih. Tapis dan bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Toskan.Potong dadu isi tembikai susu/ gunakan melon scoop. Ketepikan.Dalam periuk, masukkan gula pasir dan sedikit air. Masak hingga gula larut.Masukkan susu cair, sagu ke dalam bekas yang berisi tembikai yang didadu tadi. Masukkan air gula tadi, tahap kemanisan mengikut selera anda.Kemudian masukkan ais dan sedia dihidangkan.Kredit resipi & foto : Fathin Khair
6. CENDOL MANGGA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN:
Cendol gula merahAisMangga Harum Manis (kalau tak ada jenis tu, mangga biasa pun boelh asalkan sedap)CARA MEMASAK:
Beli cendol gula merah dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.Potong dadu Mangga Harum Manis.Campurkan mangga ke dalam cendol bersama ais. Siap!Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
7. AIS AVOKADO CINCAU PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 bahagian avokado berukuran besarCincau – dipotongPisang jenis berangan/cavendish – dipotong6 sudu santan300 ml airGula secukup rasaAisCARA MEMASAK:
Masukkan santan, air, gula dan kacau rata.Masukkan potongan avokado, cincau dan pisang.Tambah ais batuKredit resipi & foto : lina.tjoandra
8. AIS BUAH
BAHAN-BAHAN:
Buah-buahan sitrus seperti strawberi, lemon, nenas dan lain-lain ikut seleraAir gulaSirapAisCARA MEMASAK:
Potong buah-buahan yang telah dipilih.Masukkan air gula secukupnya.Tambah air sirap kegemaran.Masukkan ais batu. Siap!Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
9. AIS LONGAN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
Agar-agar yang telah dimasak dan dibekukanBuah longan atau rambutanAir gula / sirapSelasihAisCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan potong ia dalam bentuk kecil.Campurkan ia dengan buah longan/rambutan dalam bekas.Masukkan air gula/sirap.Masukkan selasih.Campur ais batuKredit resipi & foto : lina.tjoandra
10. PUDING KOKTEL SUMI
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair1 tin mix fruit1 plastik mix jelly (sumi)2 sudu besar susu pekat(optional)Air batu (ais)CARA MEMASAK:
1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan dia atas.
2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam mangkuk.
3. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat. Kacau sebati.
4. Buka setiap bungkusan jelly/sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh)
5. Buka tin buah campuran koktel. Campurkan sekali air mix fruit ke dalam campuran.
6. Akhir sekali, bila sudah cukup manis, boleh terus simpan dalam peti sejuk atau masukkan ais untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : Nora Azni
11. AIS JERUK JELI SELASIH
BAHAN-BAHAN:
Limau kasturi secukupnyaGula secukupnya1 sudu makan serbuk jelly kosong1 sudu makan serbuk agar-agarBiji selasih – rendam air panasAis secukupnyaCARA MEMASAK:
Masak serbuk agar-agar dan serbuk jelly. Biar mengeras.Perah jus limau secukupnya. Jika kurang manis, tambahkan gula secukup rasa.Dalam bekas besar, satukan jus limau, agar-agar yang dipotong halus, selasih dan ais. Kacau sebati.Sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
12. AIS TIMUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus serbuk jelly kosong1/2 bungkus agar-agar kosong100 gm gula450 ml air250 gm timun – kupas kulit dan parut1 sudu makan selasih – rendam air panasPerasa tembikai, tembikai susu atau apa-apa jus bersesuaianAisCARA MEMASAK:
1. Masak serbuk jelly, agar-agar, gula dan air sampai mendidih. Dinginkan, biarkan mengeras kemudian parut.
2. Dalam bekas besar, campurkan semua bahan. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : lina.tjoandra
Nak cari MANGKUK COCKTAIL baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Miang Pla Pao & Sos Hijau Thai. Serius Memang Sedap!
Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk
Untuk Peminat Sambal Kicap Tegar! Nah 3 Tip Sambal Kicap Letop Tahan Lama.
Cara Buat Kuih Lapis Warna-Warni, Cantik dan Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/10/koleksi-resipi-aneka-pencuci-mulut.html