Koleksi Resepi Biskut Raya Sukatan Cawan Yang Mudah Sedap 2022


KOLEKSI RESEPI BISKUT RAYA SUKATAN CAWAN YANG MUDAH SEDAP 2022.| Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Biskut raya memang sinonim dengan perayaan hari raya untuk dihidangkan kepada para tetamu. 






Jika dahulu, biskut raya pelbagai jenis disediakan sendiri oleh mak atau nenek kita. Sudah tentu ianya sedap dan menepati selera seisi keluarga. 


MEMORI BUAT BISKUT RAYA LEPAS SAHUR


Buat sama-sama selepas sahur, meriah suasana tu. Rindunya. Tengok mak buat biskut raya, macam senang je. Resepi pula memang tersimpan rapi dalam buku, hasil tulisan tangan menonton rancangan memasak di televisyen. 


Namun, kini ramai yang memilih untuk membeli sahaja dek kerana kekangan masa dan tenaga. Beli sejenis dua sahaja buat pelengkap juadah, kata orang. 


Ada juga yang masih mengekalkan tradisi untuk membuat biskut raya pilihan hati. Tapi, kebanyakan resepi menggunakan sukatan gram. Perlukan penimbang pula.


Bimbang sangat kalau tak jadi biskut raya. Nak membuatnya bukan mudah. Memerlukan masa yang panjang dari penyediaan bahan hinggalah proses membakar dan menyimpan. 


Eh jangan risau. Masih ada resepi yang menggunakan sukatan cawan. Cik Rose kongsikan dengan semua pembaca di sini. 


3 RESEPI BISKUT RAYA SIMPLE DAN SEDAP HANYA MENGGUNAKAN SUKATAN CAWAN. MUDAHNYA!


Cik Rose buat bersama mak tersayang dan dibantu oleh anak-anak sedara sewaktu raya tahun 2020. Raya PKP! 


3 RESEPI PILIHAN BISKUT RAYA YANG SENANG DAN SEDAP UNTUK DICUBA! 


Biskut Peanut Butter, Biskut Mazola @ Kacang dan BISKUT KOKO. 




Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah.


Walau ramai yang membeli sahaja kuih/biskut raya,  masih ada yang mahu membuat sendiri kuih dan biskut raya. Puas dapat makan air tangan sendiri. Lebih gembira melihat ahli keluarga kita berselera makan. 






Jom kita tengok resepinya. Sesiapa je boleh cuba. Bila lagi nak buat biskut legend ni kan?

Resepi biskut peanut butter 



Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan marjerin ( Cik Rose guna buttercup yang dalam tong).
1 cawan gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum ( kalau rajin  sangai)
2 cawan tepung jagung
1 1/2 botol kecil peanut butter lady choice (200 gm) - Cik Rose guna 2 botol. 
Kismis hitam


Cara-caranya:

1. Satukan marjerin ( 1 cawan dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah marjerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.






Mudah kan? Sedap pula tu. Nak berlemak biskutnya, lebihkan peanut butter. Nyummy sangat tau. Memang puaslah makan. 

Bakar ikut oven masing-masing. Kena try and error juga. Tengok dah masak ke belum kan. Oven kita ni lain-lain. 


Resepi biskut raya old school jadi pilihan 

Apapun, Alhamdulillah menjadi biskut peanut butter ni. Bukan senang nak cari resepi sukatan cawan. Bila dah ada ni, memang kena save dan share lah dengan korang. Perkara yang baik, harus dikongsi bersama gitu! 

Kalau nak buat, kena beli acuan lebih yer. Kalau ada satu jer, bercintalah nak siap. Lama tau. Boleh lenguh bahu dan pinggang nanti. hikhik. 

Ada yang panggil biskut peanut butter ni biskut opah! hihi. Sebab memang dulu-dulu orang rajin nak buat. Biskut ni juga sebenarnya makan modal juga. Peanut butter tu la, menggetarkan hati ni sikit. hahaha. 

Yang penting, resepi ini boleh dipercayainya. Menjadi. Lihatlah kejadian biskut yang Cik Rose buat ni. Alhamdulillah. 

Selamat mencuba!

Resepi kedua adalah Biskut Koko.
Resepi Biskut Koko Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah Untuk Disediakan.  

Alkisahnya,  Cik Rose suka makan biskut dahlia koko yang mak buat. Tapi, acuan samperit tak ada pula. Dah mencari di beberapa buah kedai tak ada. Guna sahaja acuan tekap ni. Nak ke kedai jual bahan kek, memang tak sanggup. Beratur panjang! 

Biskut koko ni mudah sahaja caranya. Sukatan cawan. Jangan risau, Cik Rose memang kongsikan resepi-resepi yang mudah sahaja. Boleh kita sama-sama buat dan makan.





Biskut koko jadi pilihan anak-anak

Korang boleh cuba buat dengan anak -anak.  Seronok buat sama-sama, sambil terap biskut, ada yang tabur coklat rice  dan ada yang tukang bakar. Sekurang-kurangnya terisi masa bersama. Meriah jadinya suasana di dapur! 



BISKUT KOKO SUKATAN CAWAN





Bahan-bahannya:

1 ketul Butter  / marjerin 1 cawan (Cik Rose guna buttercup dalam tong)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko ( Cik Rose guna jenama Van Houten)
1 cawan gula aising@ gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Untuk hiasan

Coklat rice
Putih telur


CARA-CARANYA

Pukul kuning telur,gula aising butter/marjerin,esen vanilla hingga sebati.
Kemudian, masukkan tepung jagung, serbuk koko & tepung gandum sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat di jari.
Agak-agak sahaja, jangan lembik atau keras sangat.
Dah siao, bolehlah guna acuan yang kita nak untuk terap. 
Sapukan putih telur dibahagian atas dan taburkan coklat rice. 
Bakar pada suhu 180 masa 20 minit @ ikut oven masing-masing.







Kalau nak lebih rasa koko tu, bolehlah tambah perisa koko yang cecair tu. Lagi terangkatlah rasa dia.  So nyummy! 
Jangan lupa, tabur coklat rice banyak sikit, barulah sedap. hihi.

Resepi mudah macam ni, korang haruslah cuba. Bukan sahaja mudah, tapi sedap. Biskut ni dapat menambat selera anak-anak tau. 

Seronok je tengok orang buat biskut raya, tu yang Cik Rose pun buat juga. Buat dengan mak dan anak-anak sedara. Tapi,  jujur cakap. Buat biskut raya, kena banyak sabar. Sabar menanti proses nak membakarnya. Sakit pinggang! Kalau nak buat sorang-sorang, memang tak lah. hihi. Buat ramai-ramai baru seronok, tak terasa sangat jemu. hihi. 

Selamat mencuba ya!


Resepi terakhir ialah Biskut Kacang @ Mazola. 

Resepi Biskut Kacang Sukatan Cawan Yang Sedap 



Biskut Kacang ni resepinya sangat mudah. Mak lah yang cakap. Bahan tak banyak, dan kalau buat satu adunan, dapat banyak biji. Dahla sedap, tak muak, dapat banyak pula kan. Memang ekonomi sangat. Biskut kacang ni, memang mak selalu buat time raya. Ramai peminatnya di rumah kami ni. 

Lagi satu,  air tangan mak kan. Buat apa pun, memang sedap sangat di tekak anak-anak. Cik Rose bersyukur dapat rasa air tangan mak. Terima kasih mak. 



Di sini, Cik Rose kongsikan resepi biskut kacang ikut cara mak. Sukatan cawan. Sangat mudah. Tak perlu nak sukat atau nak timbang. 
Jomlah cuba. Mana tahu, ianya juga akan menambat hati korang. 

Resepi Biskut Kacang Sukatan Cawan
Bahan-bahannya

2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak. kemudian, buang kulitnya dan kisar. Cik Rose buat dua jenis. Separuh kisar halus dan separuh lagi kisar kasar.
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula aising - boleh kurangkan jika tak nak manis. 
1 cawan minyak mazola - Cik Rose guna minyak masak biasa sahaja.  
1 sudu kecil baking powder

Untuk hiasan

-kuning telur + pewarna kuning ( campur sedikit esen vanilla
Kacang yag dibelah dua


Cara-cara:

campur semua bahan sekali sampai menjadi doh,dan canai rata, tekap bentuk citarasa masing-masing. sapu kuning telur dan letakkan kacang di atasnya. Bakar pada suhu 130°c dalam 15 minit -  ikut oven masing-masing. 






Pada dulang tu,  Cik Rose sapu marjerin sikit dan taburkan tepung. Tak nak biskut ni melekat. Terpulanglah nak letak atau tidak ya. 


Selamat mencuba!

Tak kira musim raya atau bukan musim raya, biskut ni jadi pilihan ramai. Sebab ada kacang kan, ianya tidak muak. 

Boleh jadikan aktiviti di dapur bersama anak-anak. Bolehlah buat biskut ni dan kirimkan untuk yang tersayang. 


Akhir kata, Selamat mencuba. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2022/04/koleksi-resepi-biskut-raya-sukatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di Mulut

Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di Mulut

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 618 hits
Antara salah satu biskut raya yang menjadi kegemaran ramai adalah biskut makmur susu Bukan orang dewasa saja anak anak pun menggemarinya Rasa lemak susu tu yang buatkan biskut makmur tu sedap sebab ianya cair di mulut Jika teringin untuk cu...
Koleksi Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Sahur

Koleksi Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 259 hits
Mesti ramai yang sedang cari resepi nasi goreng kan Jadi disini saya kongsikan 10 jenis resepi nasi goreng yang mudah dan sedap Klik senarai kandungan di bawah untuk anda dibawa terus kepada resepi nasi goreng yang anda mahu cuba Senarai Ka...
Resepi Biskut Raya 2022 Biskut Florentine

Resepi Biskut Raya 2022 Biskut Florentine

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 227 hits
BISKUT FLORENTINE Biskut Florentine ni famous kan sebab sedak dooh Korang dah boleh buat sendiri Ni resepi biskut florentine Bahan bahan500 gram tepung florentine500 gram almond flakes200 gram biji bunga matahari200 gram biji labu20 gram bi...
Resepi Tart Nenas Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah Nak Buat

Resepi Tart Nenas Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 245 hits
Resepi tart nenas gulung antara kuih raya yang popular dan disukai ramai Tart ini sangat sedap gebu dan cair dalam mulut Kalau nak cuba resepi mudah guna sukatan cawan boleh ikuti resepi ini Resepi Tart Nenas Resepi versi niaga saya tak suk...
Resipi Mudah Buat Biskut Sarang Semut Lejen Guna Sukatan Cawan Je

Resipi Mudah Buat Biskut Sarang Semut Lejen Guna Sukatan Cawan Je

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 250 hits
Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu ...
Resepi Kuih Kaswi Yang Lembut Sedap Hanya Guna Sukatan Cawan

Resepi Kuih Kaswi Yang Lembut Sedap Hanya Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 173 hits
Salah satu kuih yang menjadi kegemaran ramai adalah kuih kaswi Bertambah enak bila dimakan bersama kelapa parut gabungan rasa manis masin yang cukup menyelerakan Namun jika tersalah cara membuatnya kuih kaswi akan menjadi keras berketul dan...
Biskut M M Guna Sukatan Cawan Penuh Taburan Coklat Confirm Anak Suka

Biskut M M Guna Sukatan Cawan Penuh Taburan Coklat Confirm Anak Suka

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 173 hits
Hari Raya jika tak ada biskut raya seolah olah macam tak lengkap Biasanya anak anak yang paling teruja cuma tak semua jenis biskut jadi pilihan anak anak kan Biasanya biskut berasaskan coklat antara yang menjadi pilihan anak Jika ada peranc...
Cara Mudah Tukar Duit Raya Di Mesin Atm 2022

Cara Mudah Tukar Duit Raya Di Mesin Atm 2022

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 455 hits
Hari Raya Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi Pasti ramai yang tidak sabar untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri ini bersama sama dengan keluarga tersayang Bila tiba je Hari Raya yang terlintas dalam fikiran kita kuih raya makanan raya ...
5 Resipi Biskut Raya Berasaskan Coklat Dari Azlina Ina Yang Confirm Sedap Dan Jadi

5 Resipi Biskut Raya Berasaskan Coklat Dari Azlina Ina Yang Confirm Sedap Dan Jadi

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 439 hits
Hi Korang Assalammualaikum Okay lagi berapa hari je nak raya ni Tahun ni tah kena sampuk apa semangat pulak aku nak buat biskut raya sendiri Aku still in confinement dan habis pantang 20 Mei ni Aku rindu sangat nak shopping barang bakery da...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp