Koleksi Resepi Bajet Yang Boleh Masak Dengan Kos Bawah Rm15


Di zaman semua bahan naik harga dan mahal ni, ada baiknya kita berjimat cermat dalam apa-apa urusan seharian. Begitu juga dengan masakan. Jika anda seorang yang gemarkan lauk pauk ringkas, koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba. Walaupun hanya menggunakan ikan sardin, keli, telur dan sayur-sayur kampung, anda masih boleh hasilkan lauk pauk yang hebat dan enak. Jom cuba!
1. SAMBAL KERING IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN
500gm ikan sardin segar – bersihkan dan potong dua 15 tangkai cili kering – kisar 5 ulas bawang merah – kisar 4 ulas bawang putih – kisar 1 batang serai – kisar 1 biji bawang besar hiris Sedikit air asam Jawa Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak, tumis pula bahan kisar. Masukkan gula, garam dan hirisan bawang besar. Bila sambal menjadi garing dan kehitaman, masukkan ikan. Tutup api dan gaul rata dan sekata rasa. Angkat dan hidangkan. INFO CHEF: Selain ikan sardin boleh juga guna ikan lain yang saiznya kecil.
2. IKAN KELI BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan keli – lumur dengan garam dan kunyit 30gm cili api merah 200gm cili merah 100gm bawang besar 2cm belacan 2 keping asam gelugur Garam dan gula secukupnya Minyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan keli yang telah dilumur dengan garam dan kunyit hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kisar kasar cili api, cili merah, bawang besar dan belacan. Ketepikan. Untuk membuat sambal; menggunakan minyak yang sama tadi, tumis bahan kisar bersama asam keping hingga garing dan terbit bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumis sehingga bahan tumisan masak sepenuhnya. Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng. Sedia dinikmati. INFO CHEF: Boleh tambah kuantiti cili padi jika mahu lebih pedas.
3. KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur- rebus & kupas kulit 150gm rempah kurma – bancuh dengan air 1 labu bawang besar – belah 6 1 biji cili merah – belah dua 1 biji kentang – belah 4 500ml santan 3 ulas bawang merah – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 1 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis Garam secukupnya Minyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang yang telah dikisar tadi. Biarkan ia garing seketika. Masukkan pes rempah kurma bersama kentang, kacau sebati. Masukkan santan dan biarkan ia mereneh hingga kentang empuk. Kemudian masukkan hirisan cili merah, bawang yang telah dibelah, kacau dan biar mendidih seketika. Masukkan telur, kacau seketika dan tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan. 4. KARI TELUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur – rebus 150gm rempah kari – bancuh dengan air 5 tangkai cili kering 3 ulas bawang merah – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji terung bulat – belah empat 1 tangkai daun kari 375gm santan Garam secukupnya Minyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah kisar bersama daun kari. Biar hingga naik bau. Masukkan pes rempah kari dan kacau hingga sekata. Masukkan terung dan masak hingga terung layu. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan  telur dan biarkan mendidih. Tutup api dan sedia dinikmati. 5. PUCUK UBI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
500 gm pucuk ubi kayu rebus 150 gm ikan bilis – kisar kasar 7 ulas bawang merah – kisar kasar 4 ulas bawang putih – kisar kasar 10-15 tangkai cili padi – kisar kasar Garam dan gula secukupnya 150ml minyak masak CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan. INFO CHEF: Untuk lebih rasa bilis boleh tambah lebih ikan bilis.
6. PERIA TUMIS IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji peria katak – hiris nipis. 150gm ikan bilis – kopek 150ml santan pekat 4 ulas bawang merah – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 10 tangkai cili padi – kisar 1 sm kunyit hidup – kisar Sedikit air asam Jawa Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis CARA MEMASAK:
Ramas peria bersama garam kasar dan sedikit cuka makan. Cuci dan tos. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan  peria, kacau rata. Akhir sekali masukkan santan pekat, garam gula dan air  asam secukupnya. Kecilkan api kacau rata sehingga timbul minyak. Angkat dan hidang. INFO CHEF: Tujuan peria diramas dengan garam dan cuka adalah untuk mengurangkan rasa pahit.
Sumber: Rasa.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nurulhayati.com/koleksi-resepi-bajet-yang-boleh-masak-dengan-kos-bawah-rm15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencinta Dessert Boleh Buat Sendiri 9 Resepi Mudah Dari Pudding Sensation By Izma Azmira

Pencinta Dessert Boleh Buat Sendiri 9 Resepi Mudah Dari Pudding Sensation By Izma Azmira

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 474 hits
PUDING HITAM PUTIH BAHAN A 8 gm agar agar serbuk 250 gm gula 800 gm air 200 gm susu cair 150 gm coklat masakan potong kecil 2 biji kuning telur BAHAN B 100 gm coklat masakan putih 80 ml susu CARA MEMBAUAT Masukkan serbuk agar agar gula dan ...
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Berempah

Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Berempah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 13785 hits
Resepi Hati Dan Pedal Ayam Masak Berempah Hari kedua berpuasa dan dah selesai masak untuk bersahur Sahur kita orang masak ringkas tapi sedap Menunya tadi adalah telur masak kicap ditabur bawang potong Memang awesome hinggakan bersih periuk ...
Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka

Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 1064 hits
Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka Assalamualaikum Sekejap je kan dah nak masuk pertengahan Ramadan Semoga kita kuat mengutip sebanyak banyaknya pahala dengan baki yang tinggal beberapa minggu lagi Alhamdulillah sehingga se...
Koleksi Resepi Rendang Daging

Koleksi Resepi Rendang Daging

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 1201 hits
Rendang TokRendang TokBahan bahan2 kilo daging potong kiub5 biji kelapa plastik kecil 1 sb jintan putih goreng tanpa minyak dan tumbuk2 plastik kecil 6 sb jintan manis 1 2 senduk cili giling ikut pedas disukaiKerisek 1 biji kelapa1 ketul gu...
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 425 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
Ini Sebabnya Tidak Boleh Panaskan Nasi Berkali Kali Setelah Masak

Ini Sebabnya Tidak Boleh Panaskan Nasi Berkali Kali Setelah Masak

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 400 hits
Ramai di antara kita yang suka memanaskan nasi kembali berulang kali tetapi tahukah anda ia berpotensi meningkatkan keracunan makanan Risiko keracunan makanan sebenarnya adalah berpunca daripada cara penyimpanan sisa nasi sebelum dipanaskan
Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah

Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 550 hits
Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah Tentu ramai yang suka makan asam pedas kan Mama dari kecil sampai sekarang memang suka asam pedas Kalau arwah mak masak asa pedas kuahnya agak cair sebab arwah ayah tak suka pekat sangat Sebab tu dari dulu...
Aneka Lauk Kering Dan Tahan Lama Ini Cocok Buat Stok Sahur Anak Kos Yang Malas Masak

Aneka Lauk Kering Dan Tahan Lama Ini Cocok Buat Stok Sahur Anak Kos Yang Malas Masak

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 383 hits
Penyelamat di kala telat bangun sahur nggak sempat ke warung atau masak padahal udah mepet imsak Langsung sikat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti