Koleksi Resepi Rendang Daging


Rendang Tok
Rendang Tok

Bahan bahan

2 kilo daging - potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil/1 ½ sb  jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil/6 sb  jintan manis        )
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisek - 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit - hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula


Bahan hiris halus

30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm  halia
5 -7 batang serai


Cara cara

Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.  Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. Nota: saya guna pressure cooker untuk mengempukkan daging

Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan

Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit. 
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping.  Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat


Rendang Daging UtaraRendang Daging Utara
Bahan

2 kilo daging
15 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
7 labu bawang besar
7 labu bawang putih
2 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
2 senduk cili kisar
2 peket rempah kari
1 kotak santan 200ml
2 senduk kerisek
1 senduk madu
2 keping asam
gula merah
garam
Daun kunyit Daun limau purut

Cara-caranya

Kisar serai, lengkuas, halia, bawang2, jintan, ketumbar - dan tumis. Dah garing masukkan cili kisar dan serbuk kari. 
Sudah pecah minyak masukkan daging.  Bila dah empuk dagingnya, masukkan santan, kerisek, madu, garam, gula merah, asam keping, daun kunyit dan daun limau purut. Masak hingga pekat dan rasakan. 

Rendang Daging Cili PadiRendang Daging Cili Padi

Bahan

1kg daging dipotong nipis
1 batang serai diketuk
1 cawan santan atau secukupnya
Kerisik secukupnya
Gula melaka atau kalau nak color kuning guna gula pasir
Garam
Air asam jawa
3 helai daun limau purut
Sedikit daun kunyit di potong halus


Bahan Kisar

15 biji cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup


Cara-Cara

Rebuskan daging bersama sedikit air sehingga kering
Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sehingga daging hampir empuk
Masukkan santan, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi
Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi gunakan api perlahan
Masak hingga kuah kering atau ikut selera masing2


Rendang Daging MinangRendang Daging Minang
Bahan

1.5kg daging lembu
500 gram bawang besar – dikisar
300 gram bawang putih – dikisar
200 gram halia – dikisar
200 gram kunyit hidup – dikisar
200 gram lengkuas – dikisar
30 gram daun kunyit – dikisar
200 gram cili padi – dikisar
300 gram cili merah – dikisar
1kg santan
6 batang serai – diketuk
30 gram daun kunyit
500 gram kerisik kelapa
10 gram asam keping
 Gula sesedap rasa
Garam secukup rasa

Bahan Kisar

500 gram bawang besar
300 gram bawang putih
200 gram halia
200 gram kunyit hidup
200 gram lengkuas
30 gram daun kunyit
200 gram cili padi
300 gram cili merah


CARA

Potong daging dan bersihkan, kemudian tos airnya.

Panaskan kuali, selepas itu masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi, bersama dengan daun kunyit dan serai.

Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.

Bila daging empuk, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.

Masukkan kerisik kelapa dan kacau lagi

Biarkan rendang tadi sehingga kering sedikit, kemudian masukkan gula dan garam sesedap rasa.

Kacau perlahan dan biarkan rendang itu kering.

Siap untuk dihidangkan.

Rendang Daging JohorRendang Daging Johor
Bahan-Bahan

200 ml minyak masak
4 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
2.5 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gula


Bahan-bahan dikisar

4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
15 tangkai cili kering(yg tahan pedas)
100 gm buah keras


Cara

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar keluar bau hingga garing.

Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.

Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.

Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.

Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.api jgn terlalu besar..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cucurkembung.blogspot.com/2019/05/koleksi-resepi-rendang-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Bersama Kentang Lazat Dan Secukup Rasa Rencahnya

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Bersama Kentang Lazat Dan Secukup Rasa Rencahnya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1041 hits
Untuk kesekian kakinya aku up lagi lauk kegemaran en suami yang mesti ada dan aku masak lebih kurang 4 5 kali seminggu Susah sangat fikir apa nak masak semestinya masak lemak cili api yang terpacul di mulutnya Cuma tukar rencahnya dari ikan...
Resipi Rendang Kentang Us Potatoes Bersama Daging Cincang

Resipi Rendang Kentang Us Potatoes Bersama Daging Cincang

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 804 hits
Hi Korang Ok panjang sket mukadimahnyer entri ni ek hehehehheheHari raya memang hari istimewa untuk meraikan umat islam yang telah menjalani ibadah puasa selama 30 hari kita di jamukan dengan pelbagai jenis juadah yang enak dan lazat tapi k...
Resepi Begedil Daging Nestum

Resepi Begedil Daging Nestum

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 751 hits
Panduan untuk membuat Begedil Daging NESTUM Ramuan650 g kentang dikupas150 g daging lembu cincang30 g bawang merah dihiris2 tangkai daun bawang dipotong1 tangkai daun sup atau daun ketumbar dipotongsecubit garamsecubit lada sulah1 telur dip...
Resepi Tomyam Pekat

Resepi Tomyam Pekat

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1195 hits
Resepi tomyam pekat Blend1 Tomato sebijik2 Lada merah sebijik3 Bawang putih 2 ulas 4 Bawang besar separuhHiris1 Bawang besar 1 bijik2 Bawang putih 2 ulasKetuk1 Halia 1cm2 Cili 3 bijik3 Serai 2 bijikPotong21 Sayur2 campur22 Tomato belah 43 A...
Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum hai semua Lama Kak Sue tak kongsi resepi kat sini dah kan Kadang tu asyik masak menu yang sama tu yang tak ada menu baru nak kongsi dengan korang tu Jadi hari nie Kak Sue akan kongsi satu resepi yang mudah dan cepat untuk ko...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

Boat Tail Blues Origins Of The Fx Super Glide And Its Infamous Saddle

Sesi Membaja