Pencinta Dessert Boleh Buat Sendiri 9 Resepi Mudah Dari Pudding Sensation By Izma Azmira


PUDING HITAM PUTIH

BAHAN A:
8 gm agar-agar serbuk 250 gm gula 800 gm air 200 gm susu cair 150 gm coklat masakan |potong kecil 2 biji kuning telur BAHAN B:
100 gm coklat masakan putih 80 ml susu CARA MEMBAUAT:
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan semua bahan cair. Ketepikan. Masukkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler sehingga coklat cair. Masukkan kuning telur dan susu. Kacau sehingga rata. Tuangkan adunan coklat masakan ke dalam adunan agar-agar. Sebatikan dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan beku sekurang-kurangnya empat jam. Cairkan coklat masakan putih menggunakan kaedah double boiler sehingga coklat cair. Matikan api, tuangkan susu dan kacau rata. Biarkan sejuk dalam 20 hingga 30 minit. Setelah sejuk, tuangkan campuran coklat putih di atas puding coklat. Taburkan milo di atasnya. Sedia dihidangkan. MESIR YOGURT TRIFLE

BAHAN-BAHAN:
Lebihan kek (kek pelangi lebih menarik) Buah-buahan seperti kiwi, strawberi, pic, anggur BAHAN FILING:
80 gm gula kastor 200 gm yogurt asli 10 gm gelatin 40 gm air 250 gm krim tenusu CARA MEMBUAT FILLING:
Pukul gula dan yogurt. Ketepikan, Cairkan gelatin, caranya gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler. Biarkan sebentar. Masukkan krim tenusu ke dalam campuran yogurt dan gula. Masukkan gelatin. Pukul rata. CARA MELAPIS:
Letak potongan kek, diikuti dengan adunan yogurt. Paipkan filling di bahagian tepi. Seterusnya letak adunan yogurt, lapis dengan buah-buahan dan potongan kek. Lapis lagi dengan yogurt dan paipkan filing. Hiaskan dengan buah-buahan dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan. PUDING LAICI LEMON

BAHAN-BAHAN:
8 gm agar-agar serbuk 250 gm gula 800 gm air 1 tin laici 2 sudu teh perahan lemon Setitik pewarna kuning lemon. CARA MEMBUAT:
Asingkan buah laici dengan airnya. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan air laici dan kacau rata. Matikan api. Masukkan perahan lemon lalu dikacau. Angkat adunan dan tapis sebelum masuk ke dalam acuan atau bekas kecil. Masukkan dua biji buah laici ke dalam setiap bekas sehingga selesai Sejukkan sebelum dihidang. MANGO PANNA COTTA

BAHAN PURI MANGGA:
1 ½ cawan isi mangga – potong kecil 2 sudu besar gula (atau lebih) 1 sudu kecil perahan jus lemon CARA MEMBUAT:
Isi mangga dan gula dikisar halus. Masukkan perahan lemon. Kacau rata. Masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. BAHAN PUDING:
1 ¼ cawan krim segar ¾ cawan susu penuh krim ½ cawan gula 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu kecil agar-agar @ 1 ¼ sudu kecil gelatin 3 hingga 4 sudu besar air CARA MEMBUAT:
Rendamkan gelatin atau agar-agar dengan air. Biarkan seketika. Masukkan susu, krim dan gula ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sambil kacau. Tutup api. Masukkan esen vanila dan kacau. Gelatin dicairkan menggunakan teknik double boiler sehingga larut. Masukkan adunan susu ke dalam adunan gelatin. Kacau sebati. Tuangkan ke atas puri mangga yang telah disiapkan lebih awal. Sejukkan sekurangnya tiga hingga empat jam sebelum makan. PUDING KEJU OREO

Bahan untuk lapisan bawah: 1 paket biskut Oreo hancur ( letak dalam bekas kecil) BAHAN LAPISAN ATAS:
250 gm krim keju 80 gm susu pekat 10 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler) 40 gm air 120 gm biskut Oreo hancur 250 gm krim putar – putar sehingga kembang. CARA MEMBUAT:
Putarkan krim keju bersama dengan susu pekat sehingga sebati dan kembang. Masukkan campuran gelatin. Kacau sebati. Masukkan krim putar yang telah kembang. Asingkan sedikit untuk hiasan. Kaup balik adunan tersebut. Masukkan Oreo hancur dan gaul rata. Masukkan adunan adunan keju ini, dimasukkan ke dalam bekas yang telah mengandungi biskut Oreo hancur tadi. Sejukkan selama empat jam. Selepas empat jam, paipkan krim putar yang diasingkan. Hiaskan dengan Oreo yg telah dipotong dua. PUDING STRAWBERI MOUSSE

BAHAN MOUSSE:
1 bekas yogurt strawberi 3 sudu besar gula 8 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler) 40 gm air 200 gm krim tenusu CARA MEMBUAT:
Putar yogurt dan gula sebati. Masukkan campuran gelatin. Gaul sebati Masukkan krim tenusu. Putar rata sebentar. Masukkan dalam cawan. Sejukkan selama tiga hingga empat jam. PUDING AISKRIM BERI

BAHAN-BAHAN:
100 gm isi strawberi 10 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler) 40 gm air 200 gm aiskrim vanila } dicairkan Beberapa biji strawberi CARA MEMBUAT:
Kisar isi strawberi. Masukkan aiskrim vanila dan gelatin yang telah dilarutkan. Kisar sebentar. Tuangkan ke dalam gelas berkaki. Masukkan buah strawberi ke dalam gelas tadi. Sejukkan selama empat jam sebelum dihidangkan. PUDING ESCLAIR

BAHAN-BAHAN:
Biskut keju 85 gm vanila flan puding segera 500 gm susu 300 gm krim putar CARA MEMBUAT:
Panaskan susu sehingga mendidih. Masukkan vanila flan puding segera. Biarkan sejuk. Putarkan krim sampai kembang. Setelah sejuk, masukkan vanila flan sedikit demi sedikit ke dalam krim. Kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam beg paiping. Sapukan bekas dengan mentega. Susun biskut ke dalam bekas. Patah-patahkan biskut untuk dijadikan lapisan bawah. Paipkan krim vanila flan di atas lapisan biskut. Susunkan biskut di atasnya. Paipkan krim vanila flan di atas lapisan biskut. Susunkan biskut di bahagian atas menutupi lapisan krim vanila flan. BAHAN FROSTING:
3 sudu besar mentega 3 sudu besar susu 3 sudu besar serbuk koko 1 cawan gula aising CARA MEMBUAT:
Mentega dan susu dicairkan di atas api sederhana. Kacau rata dan tutup api apabila mentega telah cair. Masukkan serbuk koko dan gula aising. Kacau sehingga rata dan pekat. Tuangkan di atas lapisan biskut tadi. Biarkan semalaman baru sedap dimakan. PECAN BUTTERSCOTCH MOUSSE


BAHAN-BAHAN:
Buah pic dalam tin –  dihiris nipis 80 gm pes butterscotch ½ sudu kecil vanila 5 gm gelatin (gelatin dan air dibiarkan sebentar sebelum dicairkan menggunakan teknik double boiler) 20 gm air 130 gm krim putar – putar sehingga kembang CARA MEMBUAT:
Campurkan vanila, pes butterscotch dan kacau rata. Masukkan campuran gelatin yang telah dilarutkan. Kacau. Masukkan krim putar yg telah kembang. Kaup balik. Susunkan buah pic. Paipkan puding butterscotch. Selangkan dengan hirisan pic. Paipkan semula puding butterscotch. Sejukkan selama dua jam. Hiaskan dengan krim putar yang telah kembang, sos karamel dan kacang pecan yang dibakar. Sumber: Rasa.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nurulhayati.com/pencinta-dessertboleh-buat-sendiri-9-resepi-mudah-dari-pudding-sensation-by-izma-azmira/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 425 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
Taknak Barista Salah Eja Nama Newbie Boleh Pesan Minuman Starbucks Hanya Dengan 4 Cara Mudah

Taknak Barista Salah Eja Nama Newbie Boleh Pesan Minuman Starbucks Hanya Dengan 4 Cara Mudah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 296 hits
Minuman Starbucks amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia Walaupun harganya mahal namun minuman mereka masih menjadi pilihan orang ramai Media sosial seperti Instagram Twitter dan Facebook juga menjadi platform pelanggan untuk memuat na...
Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah

Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 551 hits
Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah Tentu ramai yang suka makan asam pedas kan Mama dari kecil sampai sekarang memang suka asam pedas Kalau arwah mak masak asa pedas kuahnya agak cair sebab arwah ayah tak suka pekat sangat Sebab tu dari dulu...
11 Langkah Mudah Buat Sendiri Roti Canai Home Made Di Rumah Rangup Dan Lazat

11 Langkah Mudah Buat Sendiri Roti Canai Home Made Di Rumah Rangup Dan Lazat

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 426 hits
Kalau tak nasi lemak mesti Roti canai telah menjadi salah satu menu wajib di Malaysia dan sentiasa dirindui bila keluar melancong ke luar negara Disebabkan itu kita sering mencari roti canai dikedai kedai mahupun restoran yang menyajikannya...
Resepi Mee Hailam Mudah

Resepi Mee Hailam Mudah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 461 hits
Mee hailam merupakan antara menu kegemaran anak bujang CN Kalau Irfan dia akan cakap mee kicap Berbeza dengan mee kicap mee hailam ini rasa lada sulah dan kesat kesat sikit pada lidah Memang sedap dan mudah disediakan Bagi anda yang ingin m...
Cara Mudah Dan Jimat Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah

Cara Mudah Dan Jimat Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 621 hits
Sebenarnya tak susah kalau tahu cara buat nasi impit sendiri Kami tertarik dengan perkongsian super jimat daripada melalui salah satu post Facebook beliau Saja nak share cara saya buat nasi impit super jimat 2 3hari lepas Terjadinya nasi im...
Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 480 hits
Wartawan Watan Online Rakyat kini boleh menilai sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara ujar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata sehingga kini manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke...
Cara Cara Buat Daging Salai Versi Mudah Cepat Boleh Makan

Cara Cara Buat Daging Salai Versi Mudah Cepat Boleh Makan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 1765 hits
Daging salai memang sedap kalau buat Masak Lemak Cili Api Terasa bau asap dalam kuah lagi terangkat Jika tiba tiba teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual cara dibawah ni anda boleh cuba Kaedah ini sesuai d...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation