Bekas penabur garam Vintaj Percival Duffin's berwarna kuning dan bekas penabur lada sulah vintaj Elton Kirby's berwarna hijau tua. Dibuat daripada tin. Warna yang amat bersesuaian dengan diri Master yang menyokong pasukan bola sepak Kedah Darul Aman atau dikenali sebagai skuad Helang Merah.Terjumpa koleksi penabur lada sulah dan garam melalui Bing.com, rasanya menarik untuk dikongsi.
Bekas penabur lada sulah dan garam berbentuk Anjing Mini Schnauzer berwarna hitam dan putih. Tidak sesuai untuk kegunaan keluarga muslim.
Bekas penabur garam dan lada sulah Kaca Turquoise, sangat comel dilihat, tapi lama-lama nampak macam biasa-biasa sahaja.
Botol penabur lada sulah dan garam berbentuk Ayam Betina Vintaj sedang duduk atas pasu.
Bekas penabur lada sulah dan garam inspirasi Buah-buahan Itali. Sebotol tertera perkataan Toscana manakala sebotol lagi tertera perkataan Campania.
Botol lada sulah Walt Disney Worlds
Botol lada sulah dan garam diperbuat daripada seramik bertemakan dua ekor Kucing Hitam dan PutihSelain bekas lada sulah dan garam yang terasing, ada juga botol penabur lada sulah dan garam yang bercantuk seperti tema tukang masak bernama Marcello dan kawannya di bawah ini. Tetapi sebenarnya botol lada sulah dan garam tu asing-asing cuma bekas letaknya sahaja yang bercantum.
Botol penabur lada sulah seramik Marcello dan kawan :)Kiriman ini pertama kali dikarang pada 10/9/12, 11:17 PM.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |