Koleksi Kata Kata Maaf Yang Menyentuh Hati


Koleksi Kata-Kata Maaf Yang Menyentuh Hati - Sebagai manusia biasa yang tidak sempurna tentu sekali kita pernah bergaduh, bertengkar, bermasam muka, kecil hati dan sebagainya dengan orang-orang di sekeliling kita.

Namun begitu, Allah amat menyukai hambaNya yang pemaaf dan suka memaafkan orang lain.




Sebagai membantu anda semua untuk memohon maaf, saya kongsikan koleksi kata kata maaf yang menyentuh hati yang dapat membantu anda memohon maaf kepada seseorang yang mungkin dekat dengan anda. Siapa tahu dengan menggunakan ayat-ayat yang lembut, dapat membuka pintu hati seseorang untuk memaafkan anda.

Mungkin kata-kata maaf tersebut boleh anda sampaikan melalui kad ucapan, SMS, whatsapp, email dan sebagainya.


Koleksi Kata-Kata Maaf Yang Menyentuh Hati
Kata-kata maaf kepada ibu
"Ibu, pengorbananmu terlalu tulus. Kau sembunyikan letihmu dengan senyuman. Siangmu kau derita, namun malammu kau pamer wajah ceria.Maafkan anakmu ibu, yang gagal membalas sejentik pun pengorbananmu. Maafkan anakmu ini kerana sering membuatkan kau menangis. Terima kasih ibu yang sentiasa mendoakan anakmu ini dengan penuh hikmah. Hinggakan kau usap segala kepayahan dengan airmata gembiramu. Maafkan anakmu, ibu. Aku amat sayangkanmu, ibu. Senyumlah...kerana hilang lelahku bila lihat kau tersenyum."

Kata-kata maaf kepada ayah
"Ayah..satu masa dulu wajah garangmu, menakutkan aku. Aku membencimu kerana sering pulang lewat dan tiada masa dengan kami. Tetapi ayah tak pernah gagal melunaskan yuran sekolahku, ayah selalu memandang dari jauh ketika menghantarkan aku ke menara gading. Aku tahu kudratmu telah reput untuk memberikan kami nyawa kehidupan. Maafkan aku ayah, kerana buta menilai keringat dan perasaan seorang lelaki. Ayah tidak berkata-kata bukannya ayah lupa tetapi ayah bangga di hati. Bukannya ayah tidak menangis tetapi airmata mu jatuh ke hati. Maafkan anakmu ayah. Baru kini aku tahu dan mengerti kasih sayang ayah yang penuh dihati. Maafkan aku ayah kerana bertahun-tahun baru mengerti."

Kata-kata maaf kepada sahabat baik
"Duhai sahabat ku....
Aku tahu perasaanmu pernah terluka kerana kelakuanku. Aku juga selalu meninggalkanmu sendirian kerana mengejar kawan yang ramai. Kadangkala aku terlupa menyapa saat kita bersua muka. Maafkan aku sahabat, aku terlupa tentang seribu kebaikan yang kau berikan. Maafkan aku sahabat kerana aku berkasar bahasa disaat kau tinggalkan pesanan. Maafkan aku sahabat kerana aku terleka saat kau mengajak ke arah kebaikan. Setelah aku ditinggalkan kerana kecundang dalam perjuangan, kau datang menghulurkan tangan. Baru aku sedari betapa tulusnya nilai persahabatan ini buatmu.




Yang aku mahu hanyalah kata maaf darimu, meski aku sangat tahu mungkin aku memang tak layak untuk kau maafkan. Tetapi aku amat berharap dan memohon agar kau dapat memaafkan aku. Jangan biarkan aku keseorangan meniti titian usang. Maafkan aku kerana pernah melukakan kamu duhai sahabat. Kini izinkan aku menebus masa lalu dengan menemanimu di sepanjang perjalanan kita. Moga Tuhan merestui persahabatan baik kita."

Kata-kata maaf kepada pasangan/suami/isteri
"Maafkan aku duhai isteriku, aku tidak mampu memberi warna terindah dalam hatimu, kesempurnaan harapan hidup ini hanyalah sebuah ketulusan hati. Hati yang ikhlas untuk memohon kemaafan darimu.

Kasih, maafkan segala kesalahanku, kerana hanya kaulah yang ada di hatiku walau aku sering menyakitimu, mungkin kerana aku tak faham maksud hatimu. Berikan aku peluang untuk menunjukkan perasaanku dan juga cintaku, duhai isteriku berikan aku kesempatan untuk memperbaiki kesalahanku kerana aku tak mahu kehilanganmu kasih.

Isteriku, ku rangkaikan sebuah kata sederhana untuk mendapatkan kata maaf darimu yang tulus. Aku berjanji tak akan mengulangi lagi kesalahan yang ke dua kalinya.

Maafkan aku sayang kerana menoreh luka dihatimu, membuat kamu bersedih, menitiskan air mata lalu membuat diriku merasa bersalah sekali. Maafkanlah diriku ini, kasihku isteriku."

Koleksi Kata-kata maaf yang menyentuh hati di atas adalah koleksi saya sendiri dan juga ada sedikit yang saya ambil dari internet. Sememangnya bila kita rasa bersalah dan ingin meminta maaf, sesungguhnya itu satu perasaan yang amat bagus sekali.

Namun jangan dipermainkan kata-kata maaf yang diucapkan kerana disebalik kata maaf terselit maksud yang tersirat iaitu berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Sebarkan jika suka dan semoga kita semua hidup saling bermaafan dan bahagia selamanya.

P/s; Anda boleh mengubahsuai kata kata maaf di atas bergantung kepada siapa penerimanya. #Sebarkanbahagia...Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2014/11/koleksi-kata-kata-maaf-yang-menyentuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Kata Kalau Rambut Panjang Mesti Cantik Gadis Ala Pengkid Di Ubah Rakan Baik Sampai Jadi Suri Hati

Dia Kata Kalau Rambut Panjang Mesti Cantik Gadis Ala Pengkid Di Ubah Rakan Baik Sampai Jadi Suri Hati

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 386 hits
FOTO transformasi seorang wanita bersama seorang lelaki sehingga mereka disatukan sebagai suami isteri menjadi tular di Twitter Gambar perkongsian Ain Hurhasmiza Hizamuddin yang dimuatnaik sejak Rabu lalu mendapat 9 100 ulang kicau dan 13 3...
Ungkapan Hati Kartika Putri Untuk Habib Usman Romantis Dan Menyentuh

Ungkapan Hati Kartika Putri Untuk Habib Usman Romantis Dan Menyentuh

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 318 hits
Kartika Putri mengungkapkan isi hati untuk sang suami Ungkapan hati Kartika ini begitu romantis dan menyentuh
Asyik Marah Anak Bini Hati Rasa Tak Tenang Suami Kena Periksa Check List Ni

Asyik Marah Anak Bini Hati Rasa Tak Tenang Suami Kena Periksa Check List Ni

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 424 hits
Adakalanya dalam berumah tangga kita selalu rasa seperti tidak mencukupi dalam serba serba Hidup rasa tak tenang dan gelisah Balik ke rumah pula adakalanya rasa rimas dengan anak anak yang masih kecil Ada sahaja yang tidak kena pada pandang...
Kalau Ada Yang Tidak Suka Saya Minta Maaf Nadia Brian

Kalau Ada Yang Tidak Suka Saya Minta Maaf Nadia Brian

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 390 hits
Abang Nara suka dengan ketenangan Nadia Brian menjawab kontroversi fesyennya di KLFW yang dikatakan mempersenda agama Islam Tak ada nak marah marah tak ada nak melenting dan terus memohon maaf jika ada pihak yang tidak menyukai cara pemakai...
Analisa Audusd 17 9 2019 Harga Semasa Telah Pun Menyentuh Paras Sokongan Mingguan

Analisa Audusd 17 9 2019 Harga Semasa Telah Pun Menyentuh Paras Sokongan Mingguan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 359 hits
Pasangan matawang AUDUSD untuk analisa hari ini menunjukkan kepada kita bahawa harga semasa telah pun menyentuh paras sokongan mingguan diparas 0 68339 Ini bakal memberi petunjuk kepada pergerakan seterusnya pasangan matawang ini Dari segi ...
Menteri Susi Sebut Kebijakan Penenggelaman Belum Menyentuh Pemilik Kapal

Menteri Susi Sebut Kebijakan Penenggelaman Belum Menyentuh Pemilik Kapal

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 182 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti meyakini pemusnahan kapal pelaku ilegal fishing merupakan satu satunya cara untuk melawan ilegal unreported unregulated fishing Meski demikian hukuman ini baru menyentuh nahkoda kapal penangka...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi