JEJU ISLAND
NAMI ISLAND NAMINARA REPUBLIC ISLAND
Gambar ini ialah setibanya kami di Jeju Airport dari Malaysia. Kami menaiki MPV menuju ke tempat kereta sewa. Banyak kereta boleh disewa, dan kami memilih Kia Carnival
Pantai Ilchulbong
Setiap kali kami bergerak, kami menaiki teksi atau TADA (seperti Grab). TADA adalah kereta MPV yang muat untuk kami sekeluarga 7 orang. TADA dan teksi di Korea Selatan begitu cekap dan pantas. Tak sampai lima minit setelah kita memanggil, mereka akan muncul di depan kita. Kalau kita terlewat sudah pasti kita malu, kerana semua rakyat Korea kelihatan sangat menepati masa dan bergerak pantas.
Beach near Seongsan Ilchulbong, Jeju Island
Beach at Seongsan Ilchulbong, Jeju Island
Semua happy je walau diancam Corona
Gimpo International Airport
Keindahan Jeju Island
Bunga-bunga kuning ini hidup subur di Jeju walaupun musim sejuk
Bila lagi nak bergambar? Peluang duduk di Jeju selama tiga hari tentu tak dilepaskan
Untuk puas berada di Jeju ni eloknya sekurang-kurangnya seminggu. Baru boleh pergi banyak tempat
Irfan Iman berposing
Jeju Island sejuknya 5 darjah celcius. Kalau di Nami waktu kami ke sana 1 darjah celcius
Mula meronda-ronda bandar Seoul
Kat Korea ni barulah seronok untuk bergambar berdua
Tolong jangan muntah dengan gambar-gambar ini
Di hadapan Korea University
Alhamdulillah Aliff Iskandar tahan dengan cuaca di KoreaSebelum pergi aku sangat risau akan anak aku sorang ini
Majlis rasmi Konvokesyen telah dibatalkan atas arahan kerajaan Korea Selatan, setakat bergambar-gambar depan universiti je lah
Ili Nabilah Antaranya gambar ini
Nak tunduk ke nak mendongak ke asal tak sedut virus Corona yang sedang berterbangan di langit Korea...hahahaha
Kalau takut topeng jangan tanggal
Bergambar bersama En Ismail Busran ayah Fina kawan sebilik Ili Nabilah. En Ismail sentiasa macho dan kacak
En Ismail Busran yang selalu senyum dan ceria
Apa khabar En Ismail...Ok ya...Insha Allah tak kena COVID-19. Orang kampung kita risaukan kita tu
Inilah Fina kawan serumah Ili Nabilah. Orang Rawang. Anak dara En Ismail
Ili Nabilah bersama rakan-rakan sekelasnya di Korea University
Anak bujang En Ismail


Ibu yang banyak memberikan motivasi dan doa sepanjang Ili berjuang di sana
Indahnya Nami Island
Inilah gambar foto yang paling mahal bagi aku daripada banyak gambar lain yang nampak ada anak aku yang menggedik
Aku adalah aku


Pondok rumput di Nami Island, sesuai untuk musim sejuk
Kentang Goreng Di Nami Island
Harga sepinggan nasi di Korea jangan ditanya, nanti kau tak akan selera makan




Inilah lokasi rumah sewa Ili sepanjang dua tahun Ili di Korea. Sebelum tu Ili dan Fina tiga tahun menyewa rumah di tempat lain. Semasa kami datang ke Korea dua hari kami menginap di resort Jeju, dan empat hari kami menginap di sebuah home guest di Seoul dan akhirnya tiga hari di rumah sewa Ili ini
Inilah gajet internet untuk pelancong yang boleh dibeli di airport dan hendaklah dipulangkan di airpot semula sewaktu berangkat pulang. Speed internet di sana sangat laju, bayangkan sepanjang di sana aku dapat upload 20 video youtube. Nak tengok video tu
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |