Koleksi Aneka Resepi Kuih Muih Menu Berbuka Puasa


Koleksi Aneka Resepi Kuih Muih Menu Berbuka Puasa yang saya kongsikan di bawah adalah sekadar mengikut citarasa saya ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan. Mungkin kita mati idea nak makan kuih apa untuk berbuka, jadi boleh rujuk jenis kuih muih yang saya senaraikan dengan resepinya sekali.

Saya sekadar berkongsikan koleksi resepi kuih muih yang ringkas, mudah dan sedap sebagai menu berbuka puasa dalam bulan Ramadhan yang selalu menjadi pilihan. Mungkin ada yang tak sesuai atau tak 'ngam' dengan citarasa anda, jadi bolehlah pilih kuih muih yang beraneka di luar sana.

Baca juga: Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Koleksi Aneka Resepi Kuih Muih Menu Berbuka Puasa

Citarasa setiap orang berbeza, betul kan? Tak semesti menu dan resepi di bawah mengikut citarasa kita, cuma jika ada yang suka.. boleh je dijadikan menu berbuka puasa añda sekeluarga.

1. Resepi Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde (Anggaran hidangan untuk satu keluarga)

Resepi Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde
Bahan-Bahan: 
Satu kampit tepung pulut
5 helai daun pandan - jus pandan secukupnya
Gula melaka - potong kecil, atau gula merah
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit kapur

Cara-cara Membuatnya: 

1) Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.

2) Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.

3) Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi.

4) Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

5) Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.

##sumber resepi


2. Resepi Kuih Karipap Ringkas (Anggaran hidangan untuk sekeluarga..)

Resepi karipap Ringkas
Bahan-bahan:

Untuk kulit:

1 kilo tepung gandum
4 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
Sedikit air
Sedikit garam & gula
6 biji kentang bersaiz besar - di potong dadu

Cara membuat kulit karipap:

Semua bahan dicampur dan ketika minyak masak masih panas, uli tepung terus hingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik, biarlah yang sederhana.

Untuk Inti:
(Semua bahan dikisar)

1 paket kecil kari daging - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Ikan bilis - ikut citarasa - dikisar

5 batang daun sup (dipotong halus)

Cara membuat inti:

1. Semua bahan di atas dikisar kecuali daun sup dimasukkan setelah inti masak.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera sendiri
4. Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
5. Setelah sejuk, barulah digunakan.

Boleh buat karipap menggunakan acuan yang ada dipasaran atau 'klim' sendiri menggunakan jari jemari anda...ikut suka..hihi


Lain-lain resepi kuih-muih? Anda boleh tengok: KAYOOMANIS.COM ~


3. Resepi Kuih Sagu(Anggaran hidangan untuk 4 orang)


Resepi Kuih Sagu
Bahan-Bahan:
2 cawan sagu
5 cawan air
1/2 cawan gula pasir
pewarna merah (pati sirap ros)
daun pandan
kelapa parut


Cara Penyediaan:
Bersihkan sagu dan toskan airnyaMasak air bersama gula, pati sirap ros dan daun pandan sehingga mendidih.Apabila mendidih, keluarkan 1/2 kuantiti air, masukkan sagu dan kacau, tambah air yang kita keluarkan dari periuk tadi sikit-sikit sehingga sagu menjadi jernih.Setelah menjadi pekat dan jernih, kacau selama 5 hingga 10 minit.Letak dalam loyang dan biarkan sejuk dan boleh dipotong.Gaul dengan kelapa parut yang digaul garam.Haa...mudahnya, kan? Mesti bersemangat bila hasilnya nanti kuih Sagu kita merah menyala bersalut kelapa parut.

4. Resepi Kuih Popiah Sayur(Anggaran hidangan untuk sekeluarga) 

Popiah Sayur Ringkas
Popiah sayur pun amat mudah menyediakannya. Saya memang terror dan rajin juga buat popiah sayur. Kadangkala saya tukar sayur taugeh dengan sayur campur frozen yang guna kacang peas tu. Then, pecahkan sebiji telur ketika memasak inti tersebut. Memang sedap juga dan rangup...

Bahan-bahan:1 bungkus kulit popia bersaiz besar - lebih kurang 50 keping
minyak untuk menggoreng
1 biji telur dikacau seketika - sebagai gam kulit popia.

Bahan untuk inti:

2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 mangkuk kobis ~ dimayam / 1/2 dari sebiji kobis pun boleh
1 labu bawang besar ~ dimayam
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan carrot, kacau rata.
3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan telur tadi.
6. Gorengkan dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak.

Nota: Bila ada lebihan popiah, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan setengah jam dan goreng macam biasa.

5. Resepi Kuih Seri Muka @ Pulut Sekaya(Anggaran hidangan 6-10 orang)


Kuih Seri Muka @ Pulut SekayaMengikut orang Kedah, Seri Muka juga dikenali sebagai Pulut Sekaya. Kuih ini sedap rasanya dengan adunan bau pulut dan pandan dan rasa lemak santan. Makan satu ketul pun dah kenyang. Hihi...  
Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah

1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.


Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka

2 cawan santan pekat
150 mL air + 4 helai daun pandan
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau


Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas

1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
10) Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
11) Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.

Tips: Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Buangkan pulut tersebut sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai

##Sumber resepi  
6. Resepi Kuih Koleh Kacang (Anggaran hidangan 4 - 8 orang) - ukuran loyang 10x10x2 inci
Sumber: Kelas Chef Asma

Kuih Koleh Kacang
Bahan-bahan:(A)

400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan
(B)

300gram tepung kacang hijau
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air

Cara-cara menyediakan koleh kacang:
1. Masak bahan-bahan (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jangan sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.

3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk. Jangan terlebih pekat sangat nanti jadi kuih plastik...(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)

4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.

5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

Cara buat Tahi Minyak Koleh Kacang300ml santan pekat + 1/8tsp garam(dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas)

*minyaknya jangan dibuang, guna 1 1/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat

Nota: Boleh juga masak adunan kuih koleh kacang selama 40 minit guna api sederhana sahaja. Sentiasalah di kacau supaya adunan tak bergentel. Bila dah siap, tutupkan api dan tuangkan dalam loyang yang telah di gris dengan minyak/marjerin. Taburkan tahi minyak ketika masih panas lagi.

7. Resepi Kuih Cucur BadakResepi Oleh: Azie Kitchen

Kuih Cucur Badak - gambar sumber googleHmm...kuih cucur badak pun sedap jugak. Intinya daripada serunding menaikkan lagi semangat untuk berbuka puasa..hihi...Kulit luarnya daripada keledek. Kenapa dipanggil cucur badak ekk? Entahlah..

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh:
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara menyediakan cucur badak:-
Untuk inti:

1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hinggamenggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih:
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

8. Resepi Roti Jala Istimewa 
Roti jala istimewa
Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )450g tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 sudu besar mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala
Kuah:Boleh guna kuah kari lebih masak kari ayam atau kari daging

Cara-cara menyediakan roti jala istimewa1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. 2. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus
3. Ketepikan adunan selama 20-30 minit
4. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan
5. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala
6. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan
7. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba

Sebarkan resepi, sebarkan info jika suka

Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/05/koleksi-aneka-resepi-kuih-muih-menu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa Yang Simple Dan Sedap

Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 787 hits
Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa Yang Simple Dan Sedap Setiap kali bulan Ramadhan tiba soalan yang dah biasa keluar nak masak apa menu untuk berbuka puasa Bukan senang nak fikirkan menu hari hari untuk berbuka Kalau macam sis sendiri pun d...
10 Idea Resepi Menu Berkuah Untuk Juadah Berbuka Puasa

10 Idea Resepi Menu Berkuah Untuk Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 812 hits
In Shaa Allah jika dengan izinNya nanti kita akan bertemu semula dengan bulan yang penuh keberkatan Ramadan Kareem Pengumuman pembukaan semula bazar Ramadan buffet Ramadan dan kebenaran untuk solat Tarawih antara yang kita nantikan selepas ...
Aneka Resepi Mudah Diet Atkins

Aneka Resepi Mudah Diet Atkins

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 435 hits
Aynorablogs Com Aneka Resepi Mudah Diet Atkins adalah kompilasi resepi dari internet Facebook majalah resepi dan banyak lagi yang saya kongsikan pula dalam blog ini Selain daripada sebagai input tambahan kepada koleksi resepi sedia ada iany...
Resepi Kuih Abok Abok A K A Tepung Gomak

Resepi Kuih Abok Abok A K A Tepung Gomak

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 477 hits
Perkongsian tentang Resepi Kuih Abok abok a k a Tepung Gomak yang sangat mudah Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat Jom cuba Jangan lupa kongsikan resepi ini Bahan bahan Bahan Inti 2 cawan kelapa parut1 2 cawan gula...
Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadan Jemput Makan Di Hotel Renaissance Jb Pasti Menyelerakan

Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadan Jemput Makan Di Hotel Renaissance Jb Pasti Menyelerakan

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 496 hits
Berbuka Puasa dengan Buffet Jemput Makan di Hotel Renaissance JB Pasti Menyelerakan Alhamdulillah Ramadan bakal tiba Mungkin ada yang ambil peluang untuk lebihkan masa bersama keluarga pada Ramadan nanti betul tak Mesti nak berbuka bersama ...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2021 1442 H

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2021 1442 H

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 1718 hits
Takwim atau jadual waktu berbuka puasa dan imsak Ramadhan 1442H 2022M negeri Johor sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jadual ini membekalkan maklumat yang tepat waktu berbuka puasa dan imsak di sepanjang bulan Rama...
Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 639 hits
Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi Salam semua setiap kali nak masuk bulan ramadhan memang sis akan ulangkaji balik cara lafaz niat puasa ramadhan Niat puasa sebulan ramadhan dan juga niat puasa harian ...
Resipi Ikan Rebus Air Asam Menu Paling Ringkas Tapi Sedap

Resipi Ikan Rebus Air Asam Menu Paling Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 353 hits
Bagi penggemar sajian berasaskan ikan pasti pernah rasa lauk Ikan Rebus Air Asam ni Ada restoran yang menjualnya Lepas ni tak perlulah beli lagi kerana anda pun boleh hasilkan sendiri di rumah Resipinya mudah sahaja Serius memang tak renyah...
7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala

7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 647 hits
7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala Setiap tahun azam kebanyakan orang perempuan ni semua sama terutama yang cepat sungguh naik berat badan almaklumlah kerja memasak dan tambahan dengan perintah berkurung ni memang ke...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator