Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi
Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Arab Dan Rumi| Salam semua, setiap kali nak masuk bulan ramadhan, memang sis akan ulangkaji balik cara lafaz niat puasa ramadhan. Niat puasa sebulan ramadhan dan juga niat puasa harian. Setahun sekali dalam bulan Islam,umat Islam menyambut ramadhan yang penuh suci dan berkat. Apa yang sis cari dari sumber maksud ramadhan adalah panas yang sangat terik. Ini disebabkan kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaannya cuaca adalah panas.
Peristiwa penting pada bulan ramadhan di mana bulan ramadhan juga merupakan bulan penurunan Al - Quran. ( Nuzul Al Quran ). Bila nak ulangkaji balik cara lafaz niat puasa ini kena ingatkan balik perkara - perkara lain yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat di bulan puasa. Bukan senang nak kejar pahala. Sebab selalunya kita lupa kan.
Pengertian Puasa Maksud puasa pada bulan ramadhan adalah menahan diri daripada makan dan minum dan juga segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga lah terbenam matahari. Berpuasa pada bulan ramadhan merupakan salah satu rukun islam. Maka, hukum berpuasa pada bulan Ramadhan adalah wajib untuk semua umat islam.
Dalil Kewajipan Puasa Ramadhan Umat islam diwajibkan berpuasa adalah berdasarkan dalil dari Al Quran Surah Al Baqarah ayat 183
Maksudnya :
Wahai orang - orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat - umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang - orang yang bertakwa.
Hadis Rasulullah SAW adalah seperti berikut :
Diriwayatkan oleh Ahmad, An - Nasa'i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, maksudnya
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan ramadhan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu nerakaserta dibelenggu segala syaitan.
Syarat - Syarat Sah Puasa Syarat - syarat sah puasa ada 4 iaitu :
1. Orang Islam2. Berakal tidak sah jika gila atau kanak - kanak belum mumaiyiz. 3. Suci daripada haid dan nifas4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram berpuasa
Perkara - Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa Puasa boleh terbatal sekiranya melakukan perbuatan - perbuatan seperti berikut :
1. Makan dan minum dengan sengaja2. Muntah dengan sengaja3. Melakukan persetubuhan di siang hari4. Keluar air mani dengan sengaja5. Keluar darah haid atau nifas 6. Hilang akal 7. Pitam atau mabuk sepanjang hari8. Merokok di siang hari termasuk hisap ganja atau dadah9. Murtad 10. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka. Contohnya seperti menyembur pewangi atau penyegar mulut. Perbuatan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga.
Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan ( Bacaan Rumi Dan Arab ) Bacaan niat puasa ramadhan untuk sebulan dalam rumi dan arab
Baca niat ini sekali saja pada malam pertama ramadhan.
Nawaitu souma syahri Ramadhana Kul'lihi Lil'lahi Ta'ala
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan kerana Allah Taala
Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian ( Bacaan Rumi Dan Arab ) Jika berniat untuk harian, kena berniat setiap malam
Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Doa Berbuka Puasa Lengkap Dalam Rumi Dan Arab Ini adalah doa berbuka puasa yang dibaca ketika waktu berbuka puasa dah masuk. Doa ini boleh dibaca untuk sendirian dan juga beramai - ramai.
Bacaan untuk doa berbuka puasa sendirian adalah seperti di bawah :
Doa Berbuka Puasa Sendiri
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya :
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka puasa dengan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan maha pengasih
Doa Berbuka Puasa Ramai
Bacaan untuk doa berbuka puasa beramai - ramai adalah seperti di bawah :
Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya : Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih
7 Kelebihan Ramadhan Yang Perlu Diketahui Bulan ramadhan banyak kelebihan jika betul - betul menghayati bulan yang penuh suci dan barakah. Bulan di mana untuk kita melatih untuk menjadi muslim yang patuh dan taat kepada Allah.
Ini 7 kelebihan bulan ramadhan yang ratanya ramai tak tahu.
1. "Orang yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh harapan maka akan diampuni dosa- dosanya yang lepas" Sabda Nabi Muhammad SAW
Dosa - dosa yang dimaksudkan adalah dosa - dosa kecil. Manakala dosa besar perlu taubat yang khusus. Sekiranya dosa tersebut melibatkan manusia, perlu minta maaf terlebih dahulu dengan mangsa, baru lah Allah akan ampunkan dosa tersebut.
2. Di syurga terdapat sebuah pintu yang bernama al- Rayyan. Orang - orang yang berpuasa akan masuk pintu tersebut.
Bila dah masuk pintu tersebut, maka pintu itu akan dikunci sehingga orang orang selain mereka tidak dapat masuk ke dalamnya
3. Orang yang berpuasa satu hari ketika berjuang pada jalan Allah, wajahnya akan dijauhkan Allah dari neraka sejauh 70 kali musim luruh
4. Malam Lailatul Qadar, yang lebih baik dari seribu bulan Allah anugerahkan kepada manusia
5. Orang yang membuat amalan kebaikan pada bulan ramadhan Allah akan gandakan pahala.
6. Doa ketika waktu berbuka adalah waktu yang mustajab. Jangan lepaskan peluang ini untuk berdoa kepada Allah.
7. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan semua syaitan dirantai. Puasa bukan setakat menahan makan dan minum,
Perkara - Perkara yang Disunatkan Ketika Berpuasa 1. Segera berbuka puasa dan sunat berbuka dengan kurma atau makanan manis atau air2. Makan sahur serta melambatkannya kerana ada berkat3. Solat Tarawih berjemaah pada malam harinya4. Memberi makan orang - orang yang berpuasa5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebajikan6. Pada 10 malam terakhir ramadhan, banyakkan ibadah untuk mendapatkan malam Lalilatulqadar7. Sentiasa bersedekah pada bulan ramadhan 8. Jauhi percakapan yang sia - sia
Golongan Yang Diberi Kelonggaran Berbuka Puasa Sebelum Waktunya Gologan di bawah adalah golongan yang diberi kelonggaran untuk berbuka puasa.
1. Orang sakit 2. Orang bekerja buruh3. Orang yang dalam perjalanan lebih daripada 2 marhalah ( Musafir ) 4. Orang tua yang lemah5. Wanita yang hamil dan menyusukan anak
Baca Juga :
1. Doa Sebelum Memberi Salam Selepas Tahiyat Akhir Dalam Rumi Dan Maksudnya
2. Amalkan Baca Ayat Al-Quran Ini Untuk "Memuntahkan" Penyakit
Kredit
1. https://www.facebook.com/630030347128780/posts/hukum-niat-puasa-sebulan-terlupa-niat-dan-hal-berkaitan-niat-puasa-insyaallah-pe/829471090518037/
2. https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-puasa-ramadhan/
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Puasa_(Islam)#Rukun_puasa
4. http://syariah.perak.gov.my/index.php/blog/314-keutamaan-bulan-ramadan
5. https://www.islamituindah.my/doa-berbuka-puasa-dan-selepas-berbuka/
6. https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/05/05/kelebihan-ramadan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2021/03/cara-lafaz-niat-puasa-ramadhan-dan-doa-berbuka-puasa.html