Koleksi Adryssa Atelier X Serina Rekaan Esklusif Untuk Wanita Plus Size Di Luar Sana


Hi Korang, 

Bila dah dekat nak puasa ni secara automatik dah fikir untuk persiapan raya kan hehehhe. 
Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak puasa balik hehehe eh puasa dah ganti ke tuh.. So yang mana-mana duk usha-usha baju raya untuk 2019 ni, nak kak lily kongsikan koleksi baju raya dari Ardyssa Atelier yang cantik menawan ni. 

Minggu lepas kak lily dan beberapa orang bloggers berkesempatan ke majlis memperkenalkan koleksi pakaian bersempena Lebaran 2019 dari Adryssa Atelier X Serina RTW. Wow hebat sungguh kolaborasinya dengan selebriti terkenal tanah air iaitu Serina Rezduan, paling best rekaan ni dikhususkan kepada wanita yang berbadan ‘plus size’ di luar sana dan kak lily salah sorang daripadanya tau. 
Eh apa nak malu untuk mengaku kita ni wanita ’plus size‘ kan, walaupun comey tapi sihat ye. 
Bila kak lily lihat koleksi-koleksi ini pada mulanya terus membuatkan kak lily jatuh cinta kerana keindahan pakaian yang ditampilkan terutama dari segi rekaan dan fabrik sangat unik dan lain daripada yang lain, meletakkan jenama fesyen ini setaraf dengan jenama gah yang sedia ada di pasaran. 
Kebanyakan koleksi dari Adryssa Atelier diinpirasikan daripada baju melayu tradisional. Biasalah hari raya ni, baju kurung memang akan tetap menjadi pilihan ramai kerana keselesaannya pabila di pakai pada hari raya. Maklumlah dengan nak berjalan beraya sana sini, kita memerlukan sesuatu yang ringkas dan selesa di pakai dan tampak cantik.


Inilah dia pemilik jenama Adryssa Atelier iaitu Encik Norman Anwar. Beliau orang kuat dalam setiap rekaan fesyen, pemilihan fabrik dan juga aksesori hiasan di atas pakaian. Seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu. 
Sepatah dua kata dari Serina Redzuan


Ini merupakan hasrat Serina yang inginkan lebih banyak pilihan pakaian 'ready-to-wear' untuk mereka yang bersaiz besar XL sehinggalah 4XL. Kolaborasi antara pihak Adryssa dan Serina akhirnya dapat menghasilkan koleksi pakaian yang cukup menarik, 'up-to-date' dan paling penting ianya ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. 
Ok ni kak lily perkenalkan 5 koleksi terbaik dari Adryssa Atelier X Serina RTW iaitu:- Sakura FallAndalusiaWarisanAzalea & EridaleaAdryssa Luxe 
Setiap koleksi tersedia eksklusif hanya 14 pasang sahaja dan bermula dari saiz S ke 4XL. Kebanyakan harga pakaian adalah bermula dari RM439 sepasang. 
Koleksi Sakura Fall 
Koleksi ini adalah inspirasi daripada fesyen Asia dan Timur. Ini terutama kita dapat lihat kebanyakan adalah potongan kurung moden dan juga terdapat rekaan leher seperti pakaian cheongsam. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik yang boleh kita pilih. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM199 sehingga RM439.







Sangat lembuk fabriknya dan sebenarnya jika kita menggayakan pakaian ini sudah tidak perlu dipadankan dengan apa-apa aksesori kerana corak di pakaian sudah menyerlah pemakaian si pemakai. 
Koleksi Andalusia 
Koleksi ini adalah inspirasi daripada artifak dari kesenian Islam negara Sepanyol sewaktu zaman kerajaan Moor. Dengan menampilkan rekaan baju bersama taburan manik dan labuci yang diimport khas dari luar negara.





Ianya juga adalah hasil buatan tangan yang direka dari inspirasi keindahan Kota Alhambra. Harga adalah bermula dari RM439 sehingga RM599 
Koleksi Warisan 
Untuk koleksi Warisan, rekaan bajunya lebih kepada klasik seperti potongan pesak gantung. Terdapat 7 warna ditawarkan dan untuk setiap satu warna hanya 12 helai sahaja. Jadi ianya memang esklusif. Harga yang ditawarkan untuk setiap pakaian adalah RM439.






Sejuk mata memandang. Begitu manis dan santun dalam berpakaian. Memang ciri-ciri wanita melayu menjadi idaman. 
Koleksi Azalea dan Eridalea 
Koleksi istimewa yang dibawakan oleh pemilik dan pereka fesyen di Adryssa Atelier. Kurung moden dengan perincian sulaman bunga dan manik di fabrik. Manik yang digunakan lebih berkualiti dan mahal.




Memang cantik bila digayakan terutama di hari raya! Harga yang ditawarkan adalah diantara RM439 sehingga RM699. 
Koleksi Adryssa Luxe 
Ini merupakan koleksi esklusif yang sesuai untuk majlis formal dan keraian tertentu. Setiap perincian di kain adalah manik dan 'feathers'. Untuk menghasilkan setial pakaian didalam koleksi ini sebenarnya memang mengambil masa yang agak lama.





Ini kerana perincian bukan hanya kepada pemilihan manik, bahkan tekstur dan pemilihan warna manik harus menepati aan bersesuaian dengan gabungan warna latar fabrik. Ini bagi memberi impak seri kilauan manik yang mampu menaikkan seri pada wajah pemakai

Untuk koleksi ini kita boleh beli mahupun sewa. 

Harga adalah bermula dari RM1200 ianya bergantung kepada rekaan pakaian. Dan kita boleh membuat ukuran khas untuk mendapatkan potongan yang tepat dalam setiap busana yang dipilih. 
Sepanjang acara pertunjukan fesyen, kami bukan hanya dapat mencuci mata melihat rekaan pakaian terkini dari Adryssa bahkan kami juga telah dihiburkan dengan nyanyian secara live oleh 3 penyanyi jemputan yang hebat.


Penyanyi Ezlynn yang juga merupakan salah seorang rakan baik Serina turut hadir sebagai tetamu jemputan dan beliau juga berbesar hati menyampaikan lagu terbarunya iaitu Goyang. Kemantapan vokal tidak dapat dipertikaikan lagi dan penyanyi genit bersuara lantang ini telah membuat persembahan pembukaan.


Kenalkan Laila Sania yang baru berusia 17 tahun. Saya memang nampak potensi adik ini kerana beliau berjaya membawakan 3 buah lagu dengan baik. Sangat terhibur dengan persembahan dan Laila Sania antara pelapis penyanyi muda yang bakal mewarnai industri seni tanah air.


Finally persembahan yang sangat dinantikan oleh semua iaitu nyanyian dari Sharifah Zarina. Menyampaikan lagu Langit Ke Tujuh, lagu yang cukup 'legend' pastinya sangat ditunggu oleh tetamu yang hadir. Seperti Ezlynn, Puan Sharifah Zarina juga antara artis yang begitu rapat dengan Serina Redzuan. Kiranya mereka hadir ke majlis ini selain untuk menghiburkan tetamu ianya juga sebagai tanda sokongan kepada rakan baik mereka sendiri.


Ini hanyalah sebahagian koleksi yang sempat kak lily kongsikan bersama korang. Ada banyak lagi pilihan koleksi dengan pelbagai warna yang boleh dipilih. Paling penting ianya adalah rekaan esklusif yang hanya menawarkan 14 helai sahaja untuk setiap rekaan. Dan saiznya bermula dari saiz S sehinggalah 4XL.

Cantikkan baju yang Serina pakai ni, sesuai nak pi beraya nanti
Untuk tempahan dan pembelian pakaian ianya akan mengambil masa 3 hari bekerja kecuali untuk koleksi Adryssa Luxe yang memerlukan tempoh masa 3 minggu. Ini adalah disebabkan kerja pengukuran, jahitan manik untuk koleksi ini mengambil masa agak lama kerana ianya memerlukan kerja jahitan yang lebih terperinci. 50% bayaran deposit dikenakan untuk tempahan ini. 
Untuk melihat koleksi menarik boleh juga layari di:-https://www.instagram.com/adryssaatelier/
Lawati ke butik dengan temujanji:-
Perles et Plumes Sdn. Bhd.C-05-13, Colonial Loft, Empire City,Jalan PJU 8/8,Damansara Perdana 

Untuk pembelian dan pertanyaan boleh juga terus hubungi ke no telefon dibawah ya! 
www.wasap.my/60192621708
So yang mana satu pilihan korang ye ermmm 
Semuanya cantik cantik belaka kan hehehhehe seriously rasanya cam nak beli je semua untuk pakai sepanjang bulan raya tuh nanti ek huahauhauhauahua




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/04/koleksi-adryssa-atelier-x-serina-rekaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Baju Raya Plus Size Hingga 4xl Dari Adryssa Atelier X Serina Rtw

Koleksi Baju Raya Plus Size Hingga 4xl Dari Adryssa Atelier X Serina Rtw

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1093 hits
Assalamualaikum Untuk anda yang bersize plus size macam Ayue raya tahun ni anda jangan risau takda baju raya yang menarik untuk anda sebab Adryssa Atelier X Serina RTW ada koleksi baju raya Ready to Wear untuk wanita bersaiz besar Ayue tau ...
Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

Lepas Kandungan Kembar Gugur Wanita Ini Rupanya Masih Hamil Tapi Luar Rahim Kisahnya Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 692 hits
Kandungan gugur tapi ujian air kencing tetap positif ujian darah menunjukkan hormon beta hCG terus meningkat Rupa rupanya masih ada satu janin di tiub fallopian Perkongsian Puan Waheeda dalam rancangan TV Pa Ma episod 5 yang bertajuk Kompli...
Arwah Dah Jumpa Abang Abang Kat Sana 4 Anak Syurga Menanti Wanita Ini

Arwah Dah Jumpa Abang Abang Kat Sana 4 Anak Syurga Menanti Wanita Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 384 hits
Arwah Dah Jumpa Abang Abang Kat Sana 4 Anak Syurga Menanti Wanita Ini Satu realiti kehidupan terpaksa dihadapi oleh seorang wanita ini apabila salah seorang anaknya menemui ajal dalam tempoh tiga bulan selepas dilahirkan Selamat bersalin pa...
Kerap Tukar Tuala Wanita Bersih Keringkan Sapu Antiseptik Bantu Luka Episiotomi Sembuh Lepas Bersalin

Kerap Tukar Tuala Wanita Bersih Keringkan Sapu Antiseptik Bantu Luka Episiotomi Sembuh Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 501 hits
Menukar tuala wanita dengan kerap memastikan luka bersih dan kering serta menyapu larutan antiseptik membantu penyembuhan luka episiotomi Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus Tujua...
Budaya Sambut Bachelorette Party Tema Alat S Lit Lelaki Wanita Ini Sekolahkan Gadis2 Gatal

Budaya Sambut Bachelorette Party Tema Alat S Lit Lelaki Wanita Ini Sekolahkan Gadis2 Gatal

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 771 hits
Budaya sambut bachelorette party tema alat sulit lelaki Wanita ini sekolahkan gadis2 gatal Baru baru ini majlis parti bujang pelakon popular Nelydia Senrose hangat di media sosial apabila beberapa keping foto kek cawan yang bertemakan alat ...
Tak Lalu Makan Nasi Doktor Sarankan Wanita Hamil Gantikan Dengan Minuman Tambahan

Tak Lalu Makan Nasi Doktor Sarankan Wanita Hamil Gantikan Dengan Minuman Tambahan

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 556 hits
Siapa yang mengalami alahan teruk di awal kehamilan pasti tahu berapa seksanya hendak makan Lagi lagi bila tak lalu makan nasi sedangkan perut rasa lapar yang amat Boleh menitis airmata Betul tak Kalau tak lalu makan nasi atau tak sukakan b...
Perghh Wanita Maut Tercekik Biskut Kek Ketika Berlatih Untuk Cabaran Makan

Perghh Wanita Maut Tercekik Biskut Kek Ketika Berlatih Untuk Cabaran Makan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 449 hits
Gaskin meninggal dunia lima hari selepas tercekik makanan SEORANG ibu muda meninggal dunia gara gara ingin mencuba berapa jumlah bilangan biskut kek yang dapat dimakannya Bethan Gaskin 24 rebah dan berhenti bernafas apabila cuba mengeluarka...
7 Punca Penyakit Gout Yang Diabaikan Ikhtiar Guna Mengkujus Plus

7 Punca Penyakit Gout Yang Diabaikan Ikhtiar Guna Mengkujus Plus

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 1066 hits
Sukar Bekerja Bergerak Dan Beribadat Akibat GOUT Rahsia Sejenis Buahan Tempatan Dalam Malaysia Berjaya MELEGAKAN Masalah SAKIT GOUT MerekaSeawal 7 HariSekarang Kaki Dah Tak Kebas Nak Bergerak Pun Senang Cara Amalkannya Mudah Salah Satu Feed...
Wanita Yang Tidak Pakai Mekap Sebenarnya Lebih Disukai Lelaki

Wanita Yang Tidak Pakai Mekap Sebenarnya Lebih Disukai Lelaki

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 731 hits
Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak berso...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti