Koleksi A Bloom Kini Di Althea
Koleksi A'bloom di Althea | Althea’s Angels senyum lebar bila baby baru iaitu koleksi A'bloom kini boleh dibeli di lamanweb Althea! Syok betul ada A'bloom BHA Blackhead Blaster, Giant Meringue Puff and Baby Meringue Puffs yang super puffy ! Lepastu ada pulak 4 mask sheet yang syok habis iaitu A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, Nourishing Avocado Mask Sheet, Brightening Lemon Lime Mask Sheet & Anti-Blemish Peach Mask Sheet. Semua ni best tau!
Antara koleksi A'bloom kegemaran CN sudah tentu A'bloom BHA BLACKHEAD BLASTER
A'bloom BHA Blackhead Blaster, menghilangkan blackhead/whitehead serta merta!
CN paling fall in love dengan BHA BLACKHEAD BLASTER ni, lepas guna terus licin hokay. Habis nyah blackhead & whitehead tau. Anda boleh tengok video CN di bawah ni. Best betul pegang hidung jadi licin je, tak de bintik-bintik kecil blackhead tau.
Video Cara Guna A'bloom BHA BLACKHEAD BLASTER
Cara guna A'bloom BHA BLACKHEAD BLASTER pun senang sangat. Hanya sapu je dalam urutan membulat, biar sekejab dan terus bilas dengan air suam. Kesannya akan kelihatan serta merta. Tak perlu sakit-sakit guna sticker bagai untuk membuang blackhead/whitehead tau.
Rangkaian A'bloom Meringue Puff
A'bloom Meringue Puff, gebu & mudah untuk blend
Bagi kaki makeup, wajib ada rangkaian A'bloom Meringue Puff iaitu A'bloom Giant Meringue Puff untuk blend foundation & A'bloom Baby Meringue Puffs untuk blend bahagian detail seperti kening & mata. Bukan sahaja gebu, malah ianya mudah meresap ke dalam kulit & foundation jadi rata serta nampak natural. CN suka sangat!
4 set A'bloom Mask Sheet yang mesti ada dalam simpanan
Peminat mask sheet macam CN ni memang teruja untuk mencuba A'bloom Mask Sheet. Ada 4 jenis iaitu A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet, A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet dan A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet. Keempat mask sheet ini mempunyai fungsi yang berlainan.
A'bloom Mask Sheet
A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet membantu untuk melembapkan kulit. Musim panas sekarang ini wajib ada mask sheet macam ni tau!
A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit. Avocado antara buah yang mempunyai banyak khasiat untuk membantu mengurangkan masalah kulit tau!
A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet membantu mengurangkan masalah jerawat. Jadi sebelum jerawat subur dengan banyak, cepat-cepat pakai mask ni ye
A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet membantu untuk mencerahkan kulit. Lepas berjemur mandi pantai tau, terus pakai mask ni ye. Item wajib ada kalau anda travel ke pulau atau pantai tau.
A Bloom ReviewHarga 💗💗💗💗💗Bau 💗💗💗💗💗Kesan 💗💗💗💗💗Will buy again? YES
Berminat untuk mencuba produk A Bloom?
Anda boleh dapatkan produk A Bloom ini di << my.althea.kr >>. Best sebab semuanya murah-murah pada kualiti yang superb! Anda boleh dapat harga yang murah kerana kini ada promosi hokay.
Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : AltheaInstagram : @altheakorea
#AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaAbloom
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2019/05/koleksi-abloom-kini-di-althea.html