Jatuh Cinta Dengan A Bloom By Althea




Jatuh Cinta dengan A’bloom by Althea
Syoknya dapat produk terbaru dari jenama A'bloom terus dari Althea Korea! A'bloom adalah jenama sendiri di bawah Althea Exclusives so ia adalah produk yang berasingan daripada semua produk Althea yang lain (Koleksi Althea)

Produk-produk itu juga telah dilancarkan secara rasmi di semua laman Althea pada 23 April yang lepas.. Haaa.. so, jangan lupa lihat promo di website Althea sebab ada promosi best untuk pembeli yang cepat.. kenapa kena cepat? sebab tawaran tersebut sangat terhad.. rugi tak grab tau

TB dah unboxing Box Althea minggu lepas, dan ada produk yang TB dah try..  Best sangat tau.

Ok jom tengok apa ada dalam box ni.. ada produk yang comel sangat tau! iaitu :A'bloom BHA Blackhead BlasterA'bloom Giant Meringue PuffA'bloom Baby Meringue Puffs
Mask Althea A'bloomA'bloom Moisturizing Watermelon Mask SheetA'bloom Nourishing Avocado Mask SheetA'bloom Brightening Lemon Lime Mask SheetA'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
A'Bloom Meringue PuffSangat-sangat la geram TB dengan puff ni.. Harraz pun asik nak main dengan puff ni.. Mana taknya cute sangat.. Haa.. Kalau korang nak tahu.. A'bloom Meringue Sponge Puff ni telah diilhamkan dari baking meringue cookies. Sekali tengok dah macam kuih pau yang berwarna pink kan! Dah la gebu gebas.. geram pulak rasa nak makan.. hahahaha.

Puffs meringue diperbuat daripada span bukan lateks dengan sifat hidrofilik yang akan mengembang 1.5 kali lebih besar apabila direndam dengan air, kegunaan puff ni akan membantu menjadikan solekan kita lebih sempurna pada kulit

Ada 2 cara nak guna  Meringue  Puffs ini:
1. Rendam dalam air, untuk mendapatkan efek solekan kulit lembap dan berkilat2. Tak Perlu Rendam dalam air, untuk mendapatkan efek solekan kulit matte dan sempurna

Kalau TB, TB belum pernah lagi try rendam dalam air.. dan belum pernah tengok efek apabila dah rendam dalam air.. So tak dapat nak cerita macam mana result dia.. Tapi kalau tak rendam dalam air, TB rasa senang juga nak blend kan krim/foundation ke wajah menggunakan meringue puff ni.. rata dan lembut je puff ni.. syok pulak rasa.. hehe.


A'bloom Meringue Puffs datang dalam 2 saiz : Giant and Baby.
A'bloom Giant Meringue PuffsHaaa.. Giant Meringue Puff ni dengan Baby Meringue Puff ni TB dah guna.. memang Best sebab lembut dan gebus.. hahaha.. berapa kali nak ulang daaa.. yess.. memang gebuss.. haha.. Giant Meringue Puff ni TB gunakan untuk meratakan foundation atau concealer di wajah, dengan saiznya yang besar tu, ia membuat kan aplikasi solekan lebih cepat di kawasan luas seperti seluruh wajah dan leher. Dan bahagian ujung runcing tu TB guna untuk kawasan kecil di bawah mata dan dekat hidung

A'bloom Baby Meringue PuffsTB suka yang ni sebab .. alalalala.. cute sangatt weh.. Harraz pun asik sebut Cute.. Cute.. hahaha.. Haa.. TB gunakan yang kecik comel ni untuk ratakan krim/ foundation pada bahagian bawah mata, celah hidung , celah bahagian hujung mata dan juga TB gunakan untuk merahkan pipi juga guna Baby Meringue Puff ni.. Sebab dia comel sangat.. TB rasa lagi sangat-sangat sayang nak guna.. haha.


BHA Blackhead Blaster
Haaa.. bagi sesiapa yang ada masalah blackhead, whitehead, kulit mati dan sebagainya.. korang patut try yang ni sebab magic stick ni berfungsi untuk merawat komedo/blackhead, whiteheads, kulit mati tau,  ia juga amat sesuai untuk pengunaan harian

TB memang suka produk yang macam BHA Blackhead Blaster ni sebab TB pun ada masalah blackhead dan whitehead yang teruk juga.. Almaklumlah jenis kulit yang berliang pori besar la katakan.. haha.. So TB  sentiasa menantikan produk yang benar-benar berfungsi untuk membersihkan atau mengurangkan saiz liang pori TB . Jadi BHA Blackhead Blaster ini sangat TB suka nak cuba kerana apabila kotoran dikeluarkan, TB percaya liang-liang akan mengecut

BHA Blackhead Blaster ini mengandungi bahan BHA Asli untuk membersihkan liang untuk membersihkan kulit mati, jugaa mengandungi Apricot Seed Powder bagi membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan, tekstur dia bewarna hitam apabila disapu di wajah, kerana ia mengandungi Arang yang bertindak menyerap kotoran di liang, Manakala Minyak Daun Pokok Teh yang terdapat didalamnya juga sangat baik untuk menenangkan serta mencegah sebarang kemerahan dan kerengsaan pada kulit

Yang ni pun TB suka tau.. hai.. siapalah yang tak suka benda-benda yang cute dan comel dari Althea kan.. lepas tu so handy nak bawak ke sana kemari.. saiz kecil je, letak dalam beg ke poket ke.. amat mudah kan.

Haa.. cara nak guna pun senang jugak tau.. Apa yang korang perlu lakukan ialah hanya perlu lembapkan muka korang dengan air suam, kemudian lap bagi kering.. lepas tu barulah tenyeh lah benda ni kat bahagian muka, hidung, pipi, dagu dan dahi korang atau tempat-tempat yang korang rasa ada whitehead blackhead tu, Masa tenyeh tu korang tak rasa apa.. tapi lepas beberapa saat akan rasa berangin.. dan korang boleh tengok pada kulit muka korang akan keluar macam putih-putih atau hitam-hitam.. haaa.. itulah balckhead dan whitehead korang.. best kan

Lepas tu korang perlu urut secara rata ke seluruh wajah selama 30 saat dan bila dah selesai 30 saat korang boleh bilas dengan air. Siap

Apa yang TB boleh katakan ialah TB suka sangat produk ni... betapa lembutnya guna produk ni! Masa pakai ni tiada rasa kerengsaan, tiada rasa kemerahan dan tiada rasa kekeringan. Kalau mengikut pengalaman TB sebelum ni menggunakan produk lain yang seakan-akan BHA Blackhead Blaster ni, Produk itu buat kulit TB kering dan pedih. tetapi tidak pada BHA Blackhead Blaster ni.. Mungkin bahan-bahan yang lembut yang terdapat dalam kandungan BHA Blackhead Blaster ni menjadikan kulit TB serasi dengannya dan liang pori TB jadi bersih serta lembut

Kesan guna   BHA Blackhead Blaster  bukanlah 100% boleh hilangkan whitehead atau blackhead kita tau.. kang korang kata teman ni propa je lebih lak, haa.. tapi kesan guna nya memang sangat puas hati sebab ia memang keluarkan whitehead dan blackhead kita pada bahagian tersebut. Korang hanya perlu buang je whitehead blackhead tu.. dah macam petik buah.. geram tengok tauu.. hahahaha.. Macam TB.. TB ada cotton bud untuk cuci blackhead atau whitehead yang keluar tu.. so, amat mudah la nak bersihkannya.

Apa yang pasti.. sesiapa yang ada blackhead sampai hidung pun nampak hitam dengan bintik-bintik blackhead tu.. korang patut try this tau.. sebab ia lansung menjadikan hidup korang bersih terus.. try lah!   

Refreshing Skin Fruit Mask Pack
Sheet Mask A'bloom yang menyegarkan bagi TB kerana ia mempunyai kuasa antioksida yang kuat untuk buah-buahan dan kuasa menenangkan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk menjaga setiap masalah kulit seperti penghidratan, pemakanan, pemutihan dan kecacatan

Sheet Mask A'bloom ini dihasilkan dari fabric mesra alam mesra alam 100% bertindak untuk menjadikan essence meresap terus ke wajah dengan berkesan

Haa.. Untuk pengetahuan korang, Essence pada topeng A'bloom ni diformulasikan dengan mengurangkan kelikatan yang terdapat dalam krim


Sheet Mask A'bloom ada 4 variasi :
1. Avo-Cuddle-Me-Nourishing Avocado Mask Sheet
Mask Ini mengandungi ekstrak Avocado yang kaya dengan protein, dimana ia membantu mencegah anti-penuaan dan antioksidan kuat dengan tocopherol vitamin E

Disyorkan untuk kulit kering, Mask ini juga mengandungi ekstrak hibiscus flower yang mengandungi Antocyanin, antioksidan untuk mengelakkan kulit daripada penuaan

Unsaturated fatty acid / Asid lemak tak tepu pada topeng ini memberikan rasa berseri dan keanjalan pada kulit


2. AC-Me-Peach Anti Blemish Peach Mask Sheet
Kacang kaya dengan kelembapan dan vitamin A retinol membantu mengawal minyak dan mengimbangi keseimbangan keseimbangan air dalam kulit memberi kelembapan, dan membersihkan kulit untuk kejelasan yang lebih baik
Mask ini juga mengandungi ekstrak tea tree untuk membantu pensterilan dan menjaga kawasan yang ada masalah dan berjerawat

Mask ini membantu menormalkan kitaran salin kulit dengan menghalang masalah dan memelihara sel-sel kulit mati, memberikan kulit yang licin dan terhidrat


3. Water-Me-Long Moisturizing Watermelon Mask Sheet
Diformulakan dengan ekstrak tembikai dan lavender, ia menghidrat dan melembapkan kulit.
Tembikai kaya dengan air yang sangat baik untuk melembapkan dan menenangkan kulit semasa cuaca panas

Mask ini mengandungi asid amino asli : Betain dan Citrulin yang membentuk membran pelembab semulajadi pada kulit, menjadikan kulit lembap dan licin

Juga mengandungi ekstrak lavender untuk melegakan kulit sensitif dan memberi kesegaran


4. Sparkle-Me-Bright Brightening Lemon Mask Lime Mask
Lemon dan Lime mempunyai vitamin C yang tinggi untuk membantu membaiki dan melindungi kulit dari kerosakan UV

Vitamin C juga berfungsi dalam penghasilan melanin ihbihiting menyediakan kulit yang jelas dan telus

Mask ini juga mengandungi ekstrak teh hijau yang juga kaya dengan ramuan vitamin C untuk mengawal pengeluaran melanin dan penjagaan kulit

Mencerahkan dan memudarkan masalah kulit kusam dengan dos double Vitamin C dari lemon dan ekstrak kapur. Ia juga membantu menghilangkan bintik gelap juga.

Pengalaman dan Ulasan dari TB sendiri :Dulu TB tak berapa tahu tentang keperluan Mask untuk melengkapkan rejim kecantikan kita, Lepas kenal Althea baru TB ternampak bermacam-macam mask yang dijual di Althea dengan harga yang murah pulak tu.. Dan ternampak kawan-kawan pun rajin review tentang mask.. buat TB tertarik nak mencuba.. Try cuba satu terus suka dan memang terasa keperluan pula untuk ber mask setiap minggu.. hahaha..
Sekarang ni bagi TB Mask adalah satu kemestian di rejim penjagaan kulit TB. TB akan pakai Mask sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kadang-kadang kalau mood free dan rajin, boleh jadi 2-3 kali seminggu bergantung kepada kondisi kulit TB ni la. Kadang rasa muka macam dah kusam sikit ke.. dan nampak kering ke kan, TB akan pakai mask untuk kembalikan kesegaran kulit disamping memelihara dan mencerahkan kulit

Mask ni best sebab kita boleh rasa sejukkk je bila pakai mask ni.. Rasa segar dan tenang je wajah kita bila ber mask .. dan paling TB suka mask ni juga mempunyai penyerapan yang hebat. Mudah menyerap dalam kulit antara kebaikan mask yang TB cari.. 
Setiap Mask ni mengandungi 25gram essence! Macam biasa lah.. seperti selalu.. TB akan gunakan semua essence yang ada hingga kering packet tu.. haha.. Selain pada muka, lebihan essence tu TB akan sapukan pada leher dan juga tangan.. rugi weh kalau buang .. haha.

Dan hasilnya? Kulit TB jadi lembut dan lembap semula.. yeayy.. 
Oh ya.. Kalau korang rasa Mask-Mask ni akan ada bau buah seperti gambar buah yang tertera pada paket mask ni.. haha.. korang jangan terkejut pulak ye bila buka dan pakai takde bau buah tu ye.. Sebab semua mask nya berbau seakan-akan bau masam masam-masam jeruk. Tapi bagi TB ITS OK Jewww.. hehehe.. yang penting khasiat dia sampai ke muka.. 
Haa.. apa kata korang masukkan mask ni dalam ke rezim kecantikan korang sebab TB yang dah merasa ber mask ni rasa macam nak ber mask hari-hari je, takkan korang tak terasa nak try? nak pulak Althea ada buat offer tu.. haa.. cepat-cepat grab! Mask ni penting sebab ia mampu menyuburkan kulit kita tau.. 

Mengenai Promosi Althea dan A'bloom
Althea adalah platform membeli-belah dalam talian di mana kita boleh membeli kosmteik, alat solekan, skincare / set penjagaan kulit dan penjaga badan anda dari pelbagai jenama yang terdapat di Korea, dihantar terus dari Korea ke tempat korang

Nak shopping barang di Althea ni senang sebab Althea dah ada aplikasi untuk IOS dan Android. atau korang juga bolehlawati website Althea di www.myalthea.kr
Rugi korang tak shopping dekat Althea ni, sebab dalam shopping tu pun ada kod promosi untuk korang tebus.. dan ada pelbagai produk dan jenama boleh didapati disitu

Haaa.. Ok lah.. dah puas membebel .. sekarang TB nak bersiap untuk beli barang dapur sempena meraikan bulan ramadhan yang bakal tiba ni.. 
Tapi sebelum terlupa.. TB nak share dengan korang tentang promosi hebat untuk meraikan pelancaran A'bloom, korang boleh menikmati ganjaran beli 1 pek topeng (10) dan anda akan mendapat 10 lagi !! 10 + 10 .. wahhh tak percaya?? jom pi website Althea sekarang.. cepat2 grab nanti kehabisan stok!

Cara nak dapatkan ganjaran 10 mask tu ialah.. korang hanya perlu masukkan kod tersebut: ABMASKS semasa checkout nanti.. jangan lambat-lambat nanti out of stock yeee.. 

#AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaAbloom





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.tengkubutang.com/2019/05/jatuh-cinta-dengan-abloom-by-althea.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi A Bloom Kini Di Althea

Koleksi A Bloom Kini Di Althea

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 336 hits
Althea s Angels senyum lebar bila baby baru iaitu koleksi A bloom kini boleh dibeli di lamanweb Althea Syok betul ada A bloom BHA Blackhead Blaster Giant Meringue Puff and Baby Meringue Puffs yang super puffy Lepastu ada pulak 4 mask sheet ...
A Bloom S Althea Korea My New Collections Makeup Stuff

A Bloom S Althea Korea My New Collections Makeup Stuff

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 482 hits
Althea Korea A bloom s koleksi terbaru yang julia miliki dari website Althea Korea Menariknya pasal A bloom s ialah persediaan wajah sebelum dan selepas makeup Ada 3 versi julia nak ketengahkan tau kelengkapan yang harus di miliki bagi seti...
Althea A Bloom New Collection From Althea

Althea A Bloom New Collection From Althea

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 369 hits
Althea A bloom New Collection From Althea Hi guys Setiap tahun Althea sentiasa memperkenalkan produk produk barunya di website Althea Untuk yang belum mengenali tentang website ni adalah satu laman beli belah produk kecantikan dan kosmetik ...
Teruja Dengan A Bloom Althea

Teruja Dengan A Bloom Althea

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 386 hits
Teruja Dengan A bloom Althea Sejak install aplikasi Althea kat smartphone MF tak kan mudah terlepas dengan produk terbaru dari Althea Yang terkini koleksi A bloom yang kini boleh dibeli di aplikasi atau website Althea Teruja dengan produk b...
Althea Angels A Bloom Launch Private Party

Althea Angels A Bloom Launch Private Party

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 460 hits
Althea Angels A Bloom Launch Private Party Masa dapat jemputan ni teragak agak nak pergi ker tak Fuhh bukan selalu dapat peluang gathering dengan Althea Angels ni Event kali ni merupakan event pertama sempena launching produk terbaru Althea...
A Bloom Set Koleksi Terkini Dari Althea Korea

A Bloom Set Koleksi Terkini Dari Althea Korea

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 456 hits
A Bloom Set dari Althea Korea Review Rasa macam dah lama sangat tak cerita tentang produk kecantikan yang Ina gunakan ni yea Kali ini Ina berpeluang mencuba satu produk Korea terbaru dari koleksi Althea iaitu A Bloom Set A Bloom Products Ko...
Hati Hati 5 Zodiak Ini Gampang Jatuh Cinta Kepada Bad Boy

Hati Hati 5 Zodiak Ini Gampang Jatuh Cinta Kepada Bad Boy

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 270 hits
Hati hati 5 zodiak ini punya kecenderungan buat jatuh cinta kepada bad boy Mereka adalah Sagitarius Aries Aquarius Gemini dan Scorpio
Syahrini Ku Jatuh Cinta Lagi

Syahrini Ku Jatuh Cinta Lagi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 291 hits
Rasa bahagia usai resmi menikah dengan Reino Barack tak bisa ditutupi oleh Syahrini Ia bahkan merasa kini telah jatuh cinta lagi kepada suaminya
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm