Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami


Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami | Salam Ramadan.  Ok hari ni nak kongsi resepi-resepi ikan yang boleh membantu korang yang kebuntuan untuk memasak petang ni yang pasti memikat selera suami apatah untuk selera sendiri tapi kalau yang masih single tu korang boleh la cuba memasak mana tau kot satu hari nanti dah kahwin x perlu nak jengah buku resepi lain dah...singgah jer ke blog saya ni

Tadaaaa...saja nak permudahkan pembaca setia sekelian saya senaraikan kat bawah ni resepi-resepi pilihan sebelum terliur tengok pelbagai resepi yang pasti buat korang terliur nanti.

1. Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri Ala Mamak Bonda Chanteq
2. Resepi Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Nanas
3. Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api
4. Resepi Sambal Tumis Sardin Kegemaran Seisi Keluarga
5. Resepi Ikan Pari Asam Pedas Meletop Sedap
6. Resepi Ikan Sardin Masak Kari
7. Resepi Ikan Patin Steam Ala Minah Koboi
8. Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau
9. Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum
10. Resepi Ikan Masak Kacang Hitam Masin Sedap
11. Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Mama Liez
12. Resepi Siakap Masak Tiga Rasa
13. Resepi Kengsom Siakap
14. Resepi Ikan Salmon Bakar Lemon
15. Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Pedas
16. Resepi Ikan Rebus Goreng Thailand Sedap dan Mudah
17. Resipi Sardin Panggang Daun 'Rosemary', Daun Pudina dan Lemon
18. Resepi Ikan Tongkol Singgang
19. Resepi Sup Ikan Merah
20. Resepi Ikan Mayong Masak Cuka

Dah tau siapa pemilik resepi-resepi ni boleh dapat link kat nama resepi kat bawah tu. Nak cuba? jangan tak cuba sebab lauk-pauk ni kesukaan para pembuatnya dan mungkin akan jadi favorite korang pulak


1. Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri Ala Mamak 

Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera SuamiBahan-Bahannya:-
Halba Campur
Serbuk Kari (dicairkan)
Air Asam Jawa (pekat)
Halia (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Serai (tiadapun tidak mengapa)
Buah Tomato
Sayur Bendi
Santan Pekat
Minyak untuk menumis
Kepala Ikan Tenggiri

Cara-caranya:-
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan alba campur hingga wangi. Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan. Kacau sebati. Tunggu hingga mendidih, masukkan air asam jawa (pastikan air asam jawa jangan terlalu cair) masukkan kepala ikan tenggiri. Kemudian, masukkan pula santan, buah tomato dan sayur bendi, biarkan mendidih hingga masak. Untuk masakan kari mamak ni, penggunaan santan pekat hanya sedikit sahaja tidak sama seperti kari Melayu. Manakala lebihkan penggunaan serbuk kari.


2. Resepi Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Nanas
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera SuamiBahan-Bahannya:-
Ikan Talapia
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Belacan
Kunyit
Serai
Nanas
Cili padi
Santan
Garam + Ajinomoto

Cara-caranya:-
Bersihkan ikan dengan air garam + air basuh beras (jika ada kosek beras) + tepung + garam untuk hilangkan rasa tanah dan hanyir ikan darat. Kemudian goreng ikan dengan garam kunyit seperti biasa. Goreng garing-garing.Blend semua bahan di atas kecuali ikan. Kemudian masukkan dalam periuk/kuali yang telah diisi air mengikut sukatan yang sesuai. Biarkan mendidih. *nak tumis pon boleh. Ikut suka.Masukkan nanas dan santan. Pastikan api sederhana dan lauk dikacau sentiasa supaya santan tidak berkepala/berbuih. Akhir sekali masukkan ikan dan garam serta ajinomoto secukup rasa. 

3. Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan Rebus:-
Ikan tongkol
Bawang putih – Hiriskan
3 keping asam keping
Lengkuas – Hiriskan
Serai – Ketukkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Masukkan ke semua bahan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan tongkol empuk. Air rebusan tu pulak jangan dibuang, sila asingkan dan buang segala bahan tadi tu. Hanya ambil ikan dan air rebusan semata-mata.

Bahan Kuah Kuning:-
Ikan tongkol yang dah di rebus
Air Rebusan Ikan Tongkol
Santan pekat
2 keping Asam keping
Timun
Kacang panjang
Tomato

Bahan Kisar
Bawang merah
Cili Api
Halia
Kunyit

Cara-caranya:-
Ok bab ni senang kerja korang, ambil periuk, masukkan bahan kisar, air rebusan, santan, asam keeping, kacang panjang, timun dan kacau sehingga ianya mendidih. Jaga elok-elok supaya santan tidak berketul-ketul ya. Kemudian masukkan ikan, tomato dan garam secukup rasa.


4. Resepi Sambal Tumis Sardin Sempoi

Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-Bahannya:-
Sardin dalam tin.
Bawang besar
Bawang putih
Cili boh yang ada campuran asam jawa. Kalau tak ada, korang boleh buat air asam jawa ikut kemasaman rasa yang korang inginkan.
Garam
Serbuk perasa (selalu guna sebuk perada Adabi)
Kicap pekat.
Minyak masak

Cara-caranya:-
Panaskan minyakGoreng sardin terlebih dahulu sampai garing.Minyak goreng sardin tadi digunakan separuh untuk menumis cili boh.Bila cili boh dah masak barulah dimasukkan bawang besar dan bawang putih.Kemudian barulah dimasukkan sardin yang telah digoreng, manakala sos sardin dalam tin yang telah diasingkan dimasukkan sedikit demi sedikit. Selalunya mama tak gunakan semua sos dia.Tambah serbuk perasa, garam dan kicap ikut rasa masing-masing.Dah siap masak bolehlah dihidang.

5. Resepi Ikan Pari Asam Pedas Meletop Sedap
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-Bahannya:-
2 potong ikan pari (dipotong kecil seperti gambar dibawah)
5 tangkai daun kesum (dibersihkan dan ambil daunnya)
2 batang bunga kantan (dibelah 4)
2 batang serai (diketuk)
10 batang bendi (dipotong 2)
1 sudu kecil pes asam jawa
2 senduk cili kering (yang telah dikisar)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit minyak masak
sedikit gula melaka
sedikit air limau nipis
sedikit air
garam secukupnya

Cara-caranya:-
Potong ikan pari seperti saiz diatas dan lumurkan dengan air limau nipis kemudian cuci bersih dan toskan.  (Bonde lebih suka potong saiz kecil macam dalam gambar diatas mudah untuk dimakan)Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan cili kering goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia, dan serbuk kunyit dan kacau hingga garing, masukan pes asam jawa bersama air dan biarkan ia mendidih hingga menggelegak kacau pelahan hingga pecah minyak. Lepas tu masukan ikan pari, bendi, daun kesum, bunga kantan, serai garam, gula, air limau nipis dan kacau perlahan dan biarkan hingga mendidih seketika.Dengan menggunakan api perlahan kacau pelahan hingga sayur kelihatan layu atau sayur telah lembut.  Asam pedas siap untuk dihidangankan, jangan lupa.. hidangkan asam pedas bersama nasi panas, telur masin dan juga hirisan timun.

6. Resepi Ikan Sardin Masak Kari
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-Bahannya:-
1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi
1 tangkai daun kari
Sedikit halia
Garam
Asam jawa (aku tukar guna asam keping [1])
Ubi kentang (aku saja tambah)

Cara-caranya:-
Asingkan ikan sardin dan sosnya.  Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng. Panaskan minyak dalam kuali lain.  Masukkan cili padi, bawang merah & bawang putih yang dah dihiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga rempah garing dan wangi.Masukkan santan, ubi kentang dan air secukupnya.  Tunggu sehingga ubi kentang empuk, baru masukkan ikan sardin, asam keping  dan garam.  Kalau suka boleh la tambah sos sardin. Angkat dan sedia dihidangkan. 

7. Resepi Ikan Patin Steam Ala Minah Koboi

Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera SuamiBahan-Bahannya:-
Ikan patin la of cos.. Sila basuh dgn bersih bg menghilangkan bau hanyir/kolah yg boleh potong steam bila na mkn nnt...

**Tips nya boleh dicuci dgn air asam jawa or limau kasturi...
3 batang serai diketuk
5 cili burung diketuk
5cm halia dimayang kasar
3 ulas bawang putih dimayang
1 ulas bawang merah dimayang
3 tbsp sos tiram
1 tbsp minyak ikan
5 ulas limau kasturi di ambil jus nya sahaja
Garam secukup rasa
* Boleh juga ditambah 1 biji tomato dipotong wedges or carrot jika suka...

Cara-caranya:-
Sediakan semua barang di atas.Selepas ikan dicuci bersih gaulkan semua bahan di atas bersama ikan.Steam kan ikan menggunakan pengukus atau na lagi mudah pakai pemanggang ajaib.. Kalo pakai pemanggang ajaib kena add air skit kalo tak hangus ikan tu..jadik ikan bakor pulak nnt... Masak selama 20-35 mins...
8. Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-Bahannya:-
Ikan yang siap digoreng garing

Bahan-bahan sambal:
6 biji Cili hijau
3 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah / 1/2 bawang besar
1 biji tomato
1 sudu air asam jawa
Gula dan garam sebagai perisa

Cara-caranya:-
Kisar cili hijau, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bahan kisar hingga masak dan agak pecah minyak...  Kalau kering boleh letak air sikit. Letakkan air asam jawa dan kacau rata.
Masukkan tomato yang dipotong nipis. Masukkan gula dan garam. Gaul rata dan sebati.

Cara hidangan:- Gaulkan ikan goreng dengan sambal sebelum diangkat, atau Susun ikan dalam pinggan dan tuang sambal hijau di atas.

9. Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera SuamiSumber : DAYANGJACK

Bahan-Bahannya:-
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-caranya:-
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.Kemudian bakar ikan sehingga masak.Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

10. Resepi Ikan Masak Kacang Hitam Masin Sedap

Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan A: Ikan Kerisi atau boleh guna ikan lain yang sesuai
1 ekor ikan jenis kerisi bali bersaiz anggaran 600gram dibuka sisik, perut dan dibersih.
Belah separuh bahagian bawah kepala sehingga hampir ke bahagian ekor dan buang tulang utama sehingga ikan dapat ditiarapkan.
Perap ikan dengan garam, bawang putih, asam jawa dan  sedikit serbuk kunyit.
Gaul dengan 2 sudu makan tepung jagung dan goreng cara deep fried dengan kedudukan ikan bertiarap dan bahagian kepala mendongak ke atas sehingga masak.
Angkat perlahan lahan  dan letak diatas pinggan.

Bahan B: Sayur-sayuran dan bahan-bahan campuran untuk hidangan bersama ikan
Setengah biji lobak dipotong bentuk batang mancis,
4 batang kacang panjang dipotong memanjang mengikut panjang lobak tadi,
setengah biji bawang besar dipotong mayang dan dicarik.
Setengah tin kacang hitam masin (boleh guna sekali isi ikan dalam tin kacang hitam masin).

Cara-caranya:-
Tumis bahan-bahan ini dengan 2 biji bawang merah,1 inci halia dihiris, dan tambah garam dan pati bilis secukup rasa dan gaul sehingga masak.Tambah setengah cawan air yang digaul dengan setengah sudu makan tepung jagung, gaul seketika dan matikan api.Tuang bahan-bahan ini pada ikan yang digoreng tadi mengikut susunan sendiri. Siap.Rasa macam susah pula resipi ni kan, tapi sebenarnya tak susah mana. Kita simplifiedkan resepi ikan masak kacang hitam masin ni ok.
Goreng ikan seperti korang goreng ikan biasa, cuma ikan ni eloklah besar sedikit seekor boleh 3 hingga 4 orang makan at least.Lepas goreng ikan, ketepikan.Kemudian, tumis sayur (lobak dan kacang hijau panjang) bersama kacang hitam masin tu. Korang letaklah perasa secukupnya. Buatlah tumisan sayur tu sedikit berair so nanti bila tuang atas ikan, taklah kering sangat ikan korang kan
11. Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Mama Liez
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-Bahannya:-
Ikan cencaru (dibelah belakang)
Bahan untuk sambal (dimasak seperti buat sambal)
1 ulas bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu cili giling
1 sudu paste asam jawa
2 inci belacan
garam dan gula
bawang besar (dihiris)

Cara-caranya:-
Ikan sencaru tadi di lumur garam kunyit. Kemudian sumbat sambal tadi dalam ikan.Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letak ikan dan bakar hingga masak.Kemudian hidangkan dengan nasi panas.

12. Resepi Siakap Masak Tiga Rasa

Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera SuamiBahan-Bahannya:-
1 ekor ikan siakap
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit tepung jagung
Minyak yang banyak

Bahan Tumis
1 biji bawang hollang (potong dadu)
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji serai diketuk
Cili padi (ikot selera kepedasan, aku pakai 6-10 biji potong kecik-kecik)
2 sudu cili boh

Bahan Sos
2 sudu cili sos
2 sudu sos tomato
2 sudu sos ikan (brand sotong thai - tak payah pun takpe kalau ada lagi sedap alaaa pegi je la beli boleh masuk dalam banyak masakan tau memang sedap kalau pakai sos ikan)
3 sudu sos tiram
Sedikit garam
Sedikit gula

Bahan Lain
1 biji tomato (potong dadu)
Nenas dalam tin - separuh (Potong Dadu)
4 helai daun limau purut

Cara-caranya:-

Ikan siakap dioles dengan garam kunyit dan tepung jagung sehingga rata dan kemudian digoreng.Sambil tunggu ikan masak, hiris barang tumis dan isi sos 3 rasaKeluarkan sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis cili bohLepas sos dah pekat, masuk bahan-bahan lain iaitu tomato, nenas, daun limau purut dan sos tu dicurah atas ikan 

13. Resepi Kengsom Siakap
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera SuamiBahan-Bahannya:-
Ikan siakap 1 ekor
Kangkung 5 pokok - patah2
Serai 1 batang - ketuk
Daun limau purut 5 helai - siat2
Daun kesum - segenggam
Gula melaka - agak2
Garam secukup rasa
Air kosong 2 cawan

Bahan Kisar
Air asam jawa
Lada kering 6 tangkai - rebus
Cili padi 8 tangka
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 3 biji
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Belacan bakar 2 inci

Cara-caranya:-
Satukan bahan kisar dengan Air kosong, gula melaka, serai, daun kesum, daun limau, Biarkan sampai mendidih.Kemudian masukkan ikan..tutup kejap, akhir sekali masukkan kangkung..biarkan kejap...kuah jangan banyak sangat.. sikit je cukup k... okey siap 
14. Resepi Ikan Salmon Bakar Lemon
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera SuamiBahan-Bahannya:-
1 potong Ikan Salmon
1 hiris lemon
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-caranya:-
1. Perah jus lemon pada ikan salmon
2. Kemudian gaul rata lada hitam pada ikan salmon
3. Bakar guna pan grill atau pemanggang ajaib sehingga masak.


Simple sangat nak masak ikan salmon bakar lemon ni. Cuma kalau bakar atas non stick pan tu pastikan bahagian bawah dah masak betul baru terbalikkan ikan. Kalau belum masak, masa terbalikkan mesti bentuk potongan ikan tu rosak lari dari bentuk asal sebab tekstur ikan salmon ni agak lembut. Yang tak pakar masak macam Fiza kena hati-hati masa nak terbalikkan untuk jaga rupa bentuk tu cantik je. Ala, sama je macam goreng ikan tu.

Kebiasaanya yang orang selalu masak ikan salmon ni guna kaedah bakar je la. Kalau rebus agak-agak hancur tak isi ikan tu. Lagipun ikan salmon jenis cepat masak. Rasa pun berlemak sedap sebab ada lemak pada bahagian kulit tu.



15. Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Pedas
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-Bahannya:-
1. Ikan sardin
2. Cili boh 1 1/2 sudu makan
3. Cili padi 4biji
4. Bawang besar 1 biji
5. Bawang putih 4 ulas
6. Halia sebesar ibu jari
7. Kicap manis kipas udang

Cara-caranya:-

Lumurkan ikan sardin dengan garam dan kunyit. Goreng sampai garing. Toskan. Letak tepi.Tumbuk bahan 3,4,5.Masukkan minyak sikit je. Ngam ngam untuk menumis. Tumis bahan 3,4,5 sekejap dan masukkan cili boh. Tumis sampai cili boh warna merah pekat.Masukkan air dan halia. Tunggu sampai mendidih. Masukkan kicap manis kipas udang.Masukkan garam dan gula.Dah mendidih, masukkan ikan goreng sardin.  Takyah masak ikan lama sebab dah goreng tadi. Balik-balik je dah boleh angkat.

16. Resepi Ikan Rebus Goreng Thailand Sedap dan Mudah

Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami

Bahan-Bahannya:-
5 ekor ikan kembung/sardin
3/4 - 1 Ketul nise kerek ( Marsha guna 1/2 ketul Gula Melaka gantikan nise kerek)
2 Batang Serai ( dititik terlebih dahulu )
1/2 sudu garam
2 ulas Bawang Putih ( dititik terlebih dahulu)
5-7 keping Asam Keping
5 helai Daun Limau Purut ( dicarik-carik sedikit)
7-8 biji cili burung
Air secukupnya
** Jika nak buat banyak ikan boleh doublekan atau tripplekan bahan-bahan janji sesuai dengan jumlah ikan.


Cara-caranya:-

Masukkan semua bahan kecuali ikan dan cili burung. Bermula dari serai, bawang putih, asam keping, daun limau purut, garam dan nise kerek / gula melakaKemudian masukkan ikan diatas semua bahan tadi dan cili burung.Masukkan air secukupnya. Sebolehnya air sama paras dengan ikan.Rebus sehingga air sedikit kering dan tak kering sangat.Kemudian, perlahankan api dan cuba rasa air rebusan. Jika 'after taste' atau terlampau masin/manis boleh tambah air panas. Marsha cuba rasa memang air rebusan sedap sangat!Jika dah rasa ok, boleh digoreng atau dimakan terus.

17. Resipi Sardin Panggang Daun 'Rosemary', Daun Pudina dan Lemon
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Resipi ini untuk 2-3 orang ~
Bahan-Bahannya:-
4 size sederhana Ikan Sardin Segar di potong setengah ( Butterfly cut)
Daun "Rosemary' kering (Dried Rosemary)  [Kalau anda guna daun segar rosemary, boleh tumbuh hingga lumat menjadi Pes]
Daun Pudina Segar ( Dicincang halus ) - Jika guna daun pudina kering, secubit dua sudah mencukupi kerana yang kering bau dan rasanya kuat sedikit.
Garam
Buah Lemon
Lada sulah


Cara-caranya:-

Cuci dan siang ikan sardin sehingga bersih. Buang tulang. Keringkan dan letak tepi.Campur kan herba tadi ( Pudina dan Rosemary ) bersama garam secukup rasa.Perah setengah biji Lemon ke dalam adunan pes tadi dan pastikan gaul sebati bersama Ikan Sardin yang disediakan.Panaskan kuali dengan air sederhana ( lebih bagus jika guna non-stick ) , tuang 1-2 sudu minyak zaitun/ minyak canola.Setelah panas sedikit, masuk kan ikan sardin tadi dan biarkan ia garing terlebih dahulu sebelum pusingkan .Dah pusing , garing . Siap untuk diangkat !! Anda boleh hiaskan dengan hirisan lemon atau perahan lemon jika mahu.


18. Resepi Ikan Tongkol Singgang
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-Bahannya:-
Ikan tongkol
Serai [diketuk]
Bawang merah [dihiris]
Halia [dihiris]
Lengkuas [dihiris]
Kunyit hidup [dihiris]
Bawang putih [dihiris]
Asam keping
Cili padi
Kacang bendi

Cara-caranya:-
Rebus air sehingga mendidih sukatan mengikut kesesuaianBila mendidih masukkan bahan-bahan dihiris,serai.Apabila semua nampak layu masukkan kacang bendi kemudian masukkan ikan tongkol,asam keping dan cili padi.Perasakan dengan garam.


19. Resepi Sup Ikan Merah
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami

Bahan-Bahannya:-
2 potong isi ikan merah ( di gaul dengan garam dan di goreng sebentar agar isi ikan kenyal)
1/2 labu bawang besar - di mayang
2 biji bawang putih - di mayang
1 cm halia -  di mayang halus
4 biji cili padi - di belah 2
2 cm kulit kayu manis,
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya
minyak untuk menumis
Segelas air.


Cara-caranya:-
Tumis bawang besar, bawang putih, halia , cili padi, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.Masukkan air, garam dan lada sehingga mendidih. Rasa.. Setelah rasa menepati citarasa, masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
20. Resepi Ikan Mayong Masak Cuka
Koleksi 20 Resepi Masakan Ikan Yang Pasti Memikat Selera Suami
Bahan-bahan:-
Ikan mayong/ikan pelotan/ikan tongkol digoreng, kalau garing lagi sedap)
3 batang serai, dihiris nipis
3 ulas bawang merah, dihiris kasar
3 ulas bawang putih, dihiris kasar
2 inci halia, dihiris
1 sudu kecil halba campur
2 cawan cuka masak
1½ cawan air
sedikit garam,
gula dan
serbuk kunyit
2 sudu minyak masak

Untuk hiasan:
1 biji bawang besar dipotong taji
2 biji cili merah, dibelah tanpa putus
6 biji cili api, dibelah tanpa putus

Cara memasaknya:-

Ikan mayong, dibasuh dengan air campur tepung gandum bagi menghilangkan lendir-lendir dan kemudian dibasuh dengan limau kasturi, ditoskan. Ikan dikelar-kelar  supaya bila goreng nanti tak meletup-letup  dalam kuali, gaulkan garam kunyit dan goreng. Dah habis goreng letak dalam pinggan.
Panaskan minyak dan tumis serai yang dihiris hingga kekuningan, masukkan halba campur hingga naik bau.
Masukkan bawang merah, bawang putih yang dihiris agak kasar tu pun bagi sampai nampak layu.  Masukkan cuka serta 1½ cawan air dan serbuk kunyit.  Biarkan kuah tu mendidih, kemudian masukkan ikan yang  digoreng tu dan reneh dalam lebih kurang 10 min atau mendidih
Masukkan bawang besar, cili api serta cili masak yang dibelah, padam api dan taburkan garam secukup rasa.

Nota: -

Cuka ni kalau siapa tak tahan boleh buat pedih perut, jadi untuk  naturalize masukkan sedikit gula tapi jangan terlalu banyak nanti jadi manis pulak



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/05/koleksi-20-resepi-masakan-ikan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 681 hits
assalamualaikum salam sejahtera dah pun Ramadhan ke 5 alhamdulillah kita semua masih lagi sihat walafiat maintain duduk rumah ye korang semua PKP fasa ke 4 akan bermula maka please la maintain duduk rumah jaga kebersihan hanya ketua keluarg...
Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 761 hits
Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur Tak sangka yang kerabu ni punya daya tarikan yang bila kita tengok pun dah boleh buat rasa terliur apatah lagi kerabu yang menggunakan kerisik buatan sendiri dan beras sangai yang aromanya bua...
Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Rangup

Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Rangup

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 1270 hits
Sudah lama saya nak kongsikan Resepi Rempeyek Kacang Tanah Dengan Ikan Bilis Yang Rangup kepada pembaca blog ini Akhirnya tercapai juga hasrat tersebut sebab saya agak pandai juga buat rempeyek kacang tanah Itukan antara kuih tradisional ma...
Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kuning Dari Sheilainspire

Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kuning Dari Sheilainspire

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 696 hits
Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kuning Alahai baru tengok resepi dah terliur Jom kita tengok Resepi Ikan Tongkol Masak Gulai Kuning dari Sheilainspire Terima kasih Sheila kerana join Segment Resepi Mama Nampak sedap gulai kuning ni Mama tau...
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 597 hits
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Anda tak tahu nak masak apa untuk berbuka bolehlah cuba resepi yang ingin Bonde kongsikan ini This is a content summary only Visit my website for fu...
Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan Bilis

Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 543 hits
Popia samada basah atau digoreng rangup memang sedap apatah lagi dijadikan juadah minum petang mahupun menu berbuka puasa Tradisionalnya popia akan diletakkan inti seperti timun sengkuang taugeh dan juga telur Kerana keenakkan popia ini akh...
Resepi Cekodok Bawang Ikan Bilis Cekodok Legend Sepanjang Zaman

Resepi Cekodok Bawang Ikan Bilis Cekodok Legend Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 369 hits
assalamualaikum semlm da share now turn cekodok bawang pulak cekodok ni lagi legend sarapan boleh minum petang boleh kalau nak makan cekodok bawang time supper pun onzz uolls pendek kata anytime lah Ramadhan apa lagi buat la semangkuk buat ...
Himpunan 20 Resepi Lauk Masak Lemak Selera Kampung Yang Bikin Kecur Air Liur

Himpunan 20 Resepi Lauk Masak Lemak Selera Kampung Yang Bikin Kecur Air Liur

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 601 hits
Himpunan 30 Resepi Lauk Masak Lemak Selera Kampung Yang Bikin Kecur Air Liur Bila bercerita tentang menu masak lemak kalau nak tahu inilah antara masakan yang sangat mudah nak di buat Cara memasak masak lemak ni sangat simple hingga boleh j...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda