Koleksi 20 Aneka Resepi Puding Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba


Koleksi 20 Aneka  Resepi Puding Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba | Salam semua, resepi puding memang ada peminat tersendiri. Bahan utama nak buat puding kena lah ada susu. Tengok lah mana - mana resepi mesti ada susu. Puding di buat tak kira musim, yang pasti kalau bulan puasa ramai yang teringin sangat nak makan puding, Jadi, puding dijadikan pencuci mulut selepas makan nak sejukkan tekak kan. Resepi puding boleh dikatakan ada yang mudah dan ada juga yang susah. Kali ini sis nak kongsi aneka resepi puding yang sedap dan mudah untuk dicuba. 




Koleksi 20 Aneka  Resepi Puding Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba 
Di bawah ini adalah koleksi 20 aneka resepi puding yang boleh dipilih untuk dicuba. Lain kali tak kering idea dah kalau nak buat puding. Macam - macam resepi dah. 
1. Resepi Puding Susu Pandan 
Bahan-Bahan
700 ml air 
120 gram gula pasir
10 gram serbuk agar agar
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
Beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara - Cara 
1. Satukan serbuk agar- agar, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar-agar sebati.

2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan - lahan.

3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.

4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas.

5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .

6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk.
Kredit : Nieza

2. Resepi Puding Oreo MudahBahan - Bahan
1 bungkus serbuk agar-agar (plain)
2 bungkus biskut oreo
2 kotak Susu UHT 200ml
1 sudu makan gula pasir (optional)
Cara - Cara
1. Pecahkan biskut oreo, jangan halus sangat. Kemudian Masukkan ke dalam acuan.
2. Satukan susu uht, gula dan serbuk agar-agar di dalam periuk.
3. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sebati sehingga mendidih.
4. Tuangkan bancuhan susu dan serbuk agar-agar yang telah mendidih ke dalam acuan oreo.
5. Biarkan seketika. Bila dah tak panas, masukkan kedalam peti sejuk. Siap !
Kredit: Hasni Usman3.3. Resepi Puding Jelly Atau Puding Sumi 
Bahan - Bahan
10 gm agar-agar
200 gm gula pasir
1 liter air
4 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya
Pewarna

Nota
Kalau acuan bersaiz besar, gandakan saja bahan - bahan.
Cara- Cara
1. Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.
2.Campurkan tepung kastard bersama susu, kacau sekata.
3.Dalam periuk, masukkan air, agar-agar dan gula. Buka api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih.
4.Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu.
5.Bila dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.
6.Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.
7. Tuang satu lapisan biarkan keras,sekejap.
8. Cakar permukaan sedikit dengan sudu garpu dan tuang lagi. Begitula seterusnya.
7. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti. Sejuk - sejuk baru sedap dimakan.

Kredit : Ain Aina
4. Resepi Puding Roti Jagung
Bahan-Bahan 4 keping roti 2 sudu kecil mentega 2 sudu kecil tepung jagung 1 tin jagung berkrimNanas dalam tin5 sudu besar gula2 cawan susu cair1 biji telur 1 helai daun pandan 
Cara Cara1. Campurkan gula dan tepung jagung di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan susu cair. Gaul rata. 2. Pecahkan telur dan ratakan lagi. Masukkan daun pandan. 3. Sapukan mentega dengan rata ke atas acuan untuk membakar. 4. Letakkan roti di atas acuan dan siramkan campuran susu cair ke atasnya. 5. Kemudian sapukan jagung berkrim di atasnya. Lapiskan lagi roti. 6. Ulang melapiskan roti dengan campuran susu cair dan jagung berkrim sehingga habis. 7. Aturkan nanas di atasnya. 8. Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama 4-6 minit pada suhu sederhana

Kredit : http://armanizan.blogspot.com/2012/08/puding-roti-jagung.html
5. Resepi Puding Cocktail Mudah Dan Sedap 
Untuk puding kastard 
Bahan - Bahan 
1 cawan tepung kastard
4 1/2 cawan air
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Cara - Cara 
1. Campurkan semua bahan di atas.2. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan warna kastard sedikit jernih.3. Sentiasa kacau supaya kastard tidak hangus.
Untuk Kuah Kastard 
Bahan - Bahan 
1 tin susu cair
2 tin air panas
1/4 tin air yang dicampur dengan 1 sudu besar (rata) tepung kastard.
1 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
Cara - Cara 
Campurkan semua bahan di atas dan masak hingga hampir mendidih. 

** Guna air panas yang telah mendidih dan untuk air yang dicampur dengan tepung kastard, guna air masak.
** Kaedah ini supaya kuah puding tahan lebih lama.
Bila puding dan kuah dah sejuk hidangkan bersama fruit cocktail.
Kredit : Busu Rozita
6. Resepi Puding Milo Oreo Sedap 
Bahan - Bahan 
Serbuk agar-agar 10 gm
Air 4 cawan
Gula pasir 1/2 cawan ( kalau suka makan manis letak 1 cawan )
Susu cair 1 tin
Oreo 1 paket ( krim jangan buang )
Milo 1 cawan ( campur serbuk koko sikit)
Cara - Cara 
1) Larutkan agar-agar dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2) Masukkan susu, kacau sampai didih.
3) Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4) Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5) Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk lapisan pertama dalam bekas.
6) Tunggu sehingga lapisan keras, cakar kan pakai garfu di atas lapisan milo yang pertama tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo, dan susun biskut ikut suka banyak mana atas layer putih tu.
7) Dah keras masuk baki lapisan milo, semuanya ada 3 lapisan. Dah suam-suam boleh masuk dalam peti, dah sejuk dan keras boleh potong dan hidangkan.
Kredit : Nurfarleena Shukor dan Fairuz Abu Hassan 
7. Resepi Puding Kastard Jagung 6 Bahan 
Bahan - Bahan 3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin krimer jagung
Sikit garam
Cara - Cara 
1. Campurkan semua sekali dan kacau sampai rata2. Kemudian, naikkan atas dapur. Buka api perlahan dan kacau sampai likat.3. Terus tuang dalam bekas masa panas - panas.4. Masukkan dalam peti untuk sejukkan.
Kredit : Mami Marsya Queen Kitchen
8. Resepi Puding Roti Bakar Mudah
Bahan - Bahan
7 keping roti
2 biji telur
2 cawan susu cair atau susu full cream 
4 sudu besar gula 
2 sudu besar butter atau marjerin cairkan
Esen vanilla
Kismis atau coklat chip atau cheese parut


Cara - Cara
1. Sapukan butter keliling loyang
2. Campurkan susu,telur dan esen vanilla. Kacau hingga adunan sebati3. Koyakkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. 4. Tuang butter atau marjerin yang dah dicairkan.5. Kacau rata dan biarkan sekejap sampai roti serap adunan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu butter.7. Taburkan kismis atau coklat cip atau cheese dan bakar pada suhu 180 C selama  30min atau sehingga masak.
Kredit : Rohimatul Mat Yussuf
9. Resepi Puding Karamel Tanpa Telur, Tanpa Kukus Ikut Sukatan Cawan
Bahan - Bahan : 
Untuk Gula karamelGula - 4 sudu besar Air- 2 atau 3 sudu besar 
Untuk PudingAgar-agar tali/serbuk- 10g Air- 4 cawan Susu pekat- 1/2 cawan Gula- 1/2 cawan Susu cair- 1 tin Vanilla extract- 1 sudu kecil Tepung kastard- 2 sudu besar 
Cara Buat Puding Karamel 1. Dalam loyang atau kuali, masukkan gula 4 sudu bersama 2 atau 3 sudu air. 2. Kemudian, biarkan gula hangus dengan menggunakan api sederhana besar, boleh goyang-gayangkan sedikit loyang/kuali supaya gula hangus sekata. 3. Bila gula dah mula hangus, perlahankan api (takut terlalu hangus nanti pahit). 4. Biarkan gula karamel sejuk dahulu di suhu biasa. Kalau guna kuali, alihkan gula karamel tadi ke dalam loyang/ bekas yang bersesuaian. 5. Sementara itu, sediakan periuk lain dan masukkan agar-agar tali/serbuk bersama air. Biarkan agar-agar larut dan mendidih. 6. Sediakan bancuhan air tepung kastard dengan menggunakan sedikit air yang ditinggalkan tadi. Kacau hingga semua larut.7. Kemudian, masukkan air bancuhan tepung kastard, susu cair, gula, vanilla extract dan susu pekat. 8. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan ke dalam loyang gula karamel tadi. 9. Biarkan puding sejuk di suhu biasa dahulu lebih kurang 1 jam, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang. 
Nota : Sudu besar tu, guna sudu ikut sukatan metrik ya. 
10. Resepi Puding Karamel Telur 
Bahan A:
1 cawan gula
½ cawan air
Bahan B:
5 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
Esen Vanilla
Cara - Cara:
1. Masakkan gula dan air sampai bertukar jadi karamel, warna keperangan. Api kecil sahaja supaya gula tak hangit.
2. Kisar semua bahan B.
3. Tuang bahan B yang dikisar tadi atas karamel.
4. Kukus sampai masak. Tutup loyang guna aluminium foil dulu, supaya air tak menitis jatuh atas puding. Nanti permukaan atas tak cantik.
5. Dah masak biarkan seketika. Nanti masuk dalam peti ais bagi sejuk baru sedap makan. 
11. Resepi Puding Roti Kukus Mudah
Bahan - Bahan
8 keping roti (sapu planta)
4 biji telur
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
Kismis untuk hiasan


Cara - Cara
1. Sapukan loyang dengan marjerin atau mentega. Kemudian, carikkan  roti susun dalam loyang. 2. Dalam bekas lain masukkan telur, susu, gula, esen vanila3. Kacau hingga sebati kemudian baru tuang ke dalam loyang yang dah disusun roti4. Biarkan sekejap untuk roti meresap, kemudian baru tabur dengan kismis atau coklat cip.5. Kukus 30 - 35minit atau permukaan atas hingga keperangan. 


Untuk Sos Kastard

Bahan - Bahan
1 tin susu cair
1/2 (setengah) tin air sukat guna tin susu cair
3 sudu besar gula
Secubit garam
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

Cara - Cara
1. Masukkan semua bahan - bahan dalam periuk. Kacau rata. 2. Kemudian kacau atas dpur dengan api perlahan. 3. Sampai sos kastard mendidih dan pekat. 
Kredit : Aisyah Muhamad 
12. Resepi Puding Biskut Marie 
Bahan-Bahan
200 gram Roti Marie (Roti Marie = Biskut Marie)
10 gm Agar-Agar Serbuk
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
1/2 buku Buttercup
6 sudu besar serbuk koko
8 sudu besar Milo
1/4 sudu kecil esen vanilla
Cara - Cara
1. Kisar susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.
2. Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar - agar dengan air hingga serbuk agar - agar larut dan mendidih.
4. Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
5. Masukkan bahan - bahan yang di"blender" dan kacau hingga sebati. api kena perlahan kerana adunan akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
6. Masukkan serbuk koko dan milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
7. Alas loyang 7" x 7" dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan Puding dr loyang nanti.
8. Masukkan adunan puding (lapisan koko). Ratakan keseluruhan loyang.
9. Susun Roti Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yang kosong.
10. Masukkan adunan puding (lapisan koko) lagi. Susun Roti Marie seperti tadi.
11. Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan di atas sekali, mesti lah lapisan koko.
12. Sejukkan.
13. Bila sudah sejuk, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam. Sedap dimakan sejuk2.


Nota
1. Resepi ini kurang manis dan tak letak gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah susu pekat atau gula.
2. Adunan puding ini cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
3. Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yg lutsinar tu pun boleh guna juga.
4. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar, badam cincang, nestum atau cheese sagat di atas puding jika suka.

Kredit : Hamidah HA
13. Resepi Puding Trifle Mudah Dan Sedap 

Bahan - Bahan 
1 gulung kek swiss roll
4 sudu  besar tepung kastard ( sukat guna sudu sukatan metrik ya ) 
1 tin susu cair
1 tin air
1 paket kristal jelly nona
1 tin fruit koktel
7 sudu besar gula

Cara - Cara 
1. Potong kek swiss roll  dan susun di dalam bekas. Susun rapat - rapat dan pastikan tiada ruang-ruang kosong supaya puding kita akan menjadi cantik.letakkan sedikit sahaja air buahan dalam tin ke atas kek supaya kek sedikit lembab.
2. Masukkan 4 sudu tepung kastard dan 1 tin susu cair dan 1 tin air kedalam periuk. Masukkan gula dan kacau rata.
3. Panaskan di atas dapur sambil menggunakan whisk.kacau sehingga adunan menjadi sedikit likat atau bila dah nampak buih - buih kecil yang comel. Tutup api .
4. Kemudian, curahkan adunan ke atas kek. Kemudian, taburkan fruit koktel keatasnya.
5. Tuangkan jelly nona (ikut step  yang dah di tulis di belakang kotak) yang telah dimasak ke atas kek
6. Sejukkan di dalam peti sebelum makan 
14. Resepi Puding Roti Coklat
Bahan A
20 gm agar agar bertali
5 cawan air
3/4 cawan gula
Cara - Cara 
1. Masak sampai larut dan hancur agar - agar. Kemudian masukkan gula. Kacau hingga larut. 
Bahan B
5 keping roti gardenia. Buang kulit tepi. Potong kecil - kecil
1 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar marjerin. Cairkan dulu atas api perlahan
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar tepung kastard
1 penutup esen vanilla
Secubit garam
1 sudu besar serbuk koko**
1 sudu besar milo**
Cara - Cara 
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender. Kecuali bahan bertanda**. Kisar halus
2. Tuang dalam periuk agar - agar tadi. Masak sampai mendidih. Tutup api.
3. Adunan puding tadi asingkan dalam 1/2 cawan. Selebihnya bahagi dua. Satu yang asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan milo. Kacau dan sebatikan.
4. Tuang adunan puding yangg coklat ke dalam loyang  8x8. Biarkan sederhana beku. Tuang adunan puding yang asal atas coklat tadi perlahan - lahan hingga habis. Biarkan sederhana beku.
5. Agar - agar yang 1/2 cawan tadi panaskan semula dalam periuk. Campur 1 sudu kecil serbuk koko dan 1 sudu kecil milo.6. Kacau dan sebatikan. Tuang dalam piping bag atau botol muncung kecil. Memang panas, pegang piping bag/botol berlapik dengan tuala/kain yang sesuai. Piping corak ikut suka atas permukaan puding. 7. Sejukkan dlm peti sejuk 2 hingga 3 jam.
8. Keluarkan puding dari loyang dan boleh potong. 
Kredit : Zura Zul 

15. Resepi Puding Marble
Bahan A
* 20 gm agar2 tali
* 5 cawan air
* 1 cawan gula
Cara - Cara 1. semua bahan ini masak sampai larut
Bahan B
*4 keping roti..buang kulit tepi dan carikkan
*1 tin susu cair
*1 biji telur
*2 ssudu besar susu pekat
*1 sudu besar tepung kastard
*1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter atau margerin
3 sudu besar serbuk koko atau cokelat emulco
Pewarna pilihan
Cara - Cara 
1. Bahan yang nertanda * dikisar halus.
2. Kemudian masukkan bahan B yg dah blend tadi ke dalam larutan agar - agar. Kecil kan api.
3. Kacau perlahan dan masukkan butter. 
4. Tunggu sehingga didih sedikit.
5. Bila dah didih, bole lah tutup api.
6. Bahagi kepada 3 bahagian. Satu warna asal sebatikan, satu warna pilihan dan satu lagi tambah serbuk koko. 
7. Basahkan acuan dan boleh tuang berselang seli atau ikut kreativiti. 
8. Sejukkan dalam peti sejuk. Hati - hati keluarkan dari acuan dan potong. 

Kredit : Fatimah Ali 
 
16. Resepi Puding Roti Karamel Kukus 
Bahan A
1/2 cawan gula pasir
1/2 @ kurang dari 1/2 cawan air panas ( kalau kurang dari 1/2 cawan air karamel akan jadi pekat )

Cara - Cara
1. Hanguskan gula hingga perang dan  masukkan air panas.2. Kacau segera supaya tak berketul.3. Kemudian masukan dalam bekas atau loyang. Sejukkan suhu bilik dan ketepikan.

Bahan B
4 keping roti carik -carikkan
1 tin susu cair
1/2 cawan air suam
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Garam sikit
Cara - Cara 
1. Blend semua Bahan B sampai sebati.
2. Bahan B dah sebati baru masuk 3 biji telur, kisar sekejap. Kemudian tapis.
3. Masukan Bahan B ke Bahan A.
4. Kukus selama 45minit.
5. Biarkan sekejap untuk sejukkan. Kemudian simpan dalam peti. Sedap makan sejuk - sejuk 

Kredit : Nas MShariff
 
17. Resepi Puding Sirap Selasih
Bahan A
10 gm agar-agar tali
1/2 cawan gula
3 1/2 cawan air
2-3 sudu besar biji selasih - rendam dulu dlm air panas
2 helai daun pandan - simpul
Sedikit sirap rose
Cara - Cara 
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar - agar
2. Masukkan gula dan kacau rata
3. Masuk daun pandan
4. Kemudian sedikit sirap rose
5. Akhir sekali masuk biji selasih dan kacau sebati
6. Tuang dalam loyang atau acuan dan biarkan sederhana beku
Bahan B
10 gm agar-agar tali
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 tin susu cair
Secubit garam
Cara - Cara 
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut
2. Masuk gula dan kacau rata
3. Tuang susu cair dan kacau lagi
4. Masuk secubit garam dan kacau serata
5. Tuang perlahan atas lapisan sirap tadi
6. Bekukan dan baru masuk dalam peti sejuk
7. Potong ikut suka atau keluarkan dari acuan
Kredit : Zura Zul
 
18. Resepi Puding Mangga Bersama Kastard Vanilla
Bahan Untuk Puding
1 paket serbuk agar - agar 10 gm
4 cawan air
1 cawan gula ( kurangkan jadi 1/2 cawan sebab tak suka manis )
1 tin susu cair / 1 cawan susu segar
2 cawan isi mangga blend

*boleh tambah pewarna kuning kalau nak warna kuning cantik

Cara - Cara
1. Satukan serbuk agar - agar, gula dan air masak sampai larut.
2. Satukan mangga blend dan susu sebatikan.
3. Tuang dalam periuk agar - agar tadi dan kacau sebati.
4. Didihkan dengan api perlahan.
5. Tutup api dan tunggu sampai wap hilang.
6. Tapis dan tuang dalam loyang.
7. Sejukkan dalam peti ais.

Bahan Untuk Puding Susu
2 sudu besar serbuk agar - agar
2 cawan susu uht
1/4 cawan gula
1/2 sb esen vanilla
1/2 cawan mangga potong dadu

Cara - Cara
1. Masak semua bahan di atas sampai mendidih kemudian masukkan mangga yang dipotong.
2. Tunggu sejuk tuang diatas puding tadi.
3. Sebelum tuang cakar dulu permukaan puding.
4. Sejukkan dalam peti ais.


Bahan Kuah Kastard
1 tin susu cair / susu segar
1 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar esen vanilla

Cara - Cara
1. Satukan semua bahan sebatikan masak sehingga mendidih dengan api perlahan.
2. Sentiasa kacau sehingga pekat.
3. Sejukkan.
4. Boleh makan bersama puding jika suka. 
19. Resepi Puding Jagung Cincau Tanpa Kastard
Bahan - Bahan
12 gm agar - agar tali
3 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar pes berperisa jagung
Sedikit cincau
Sedikit gula batu ( kalau tak letak pun tak apa )
Secubit garam
Cara - Cara 
1. Blender jagung krim dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
2. Potong cincau kecil - kecil. Ketepikan.
3. Bersihkan agar - agar tali. Masak agar- agar dengan 3 cawan air hingga semua agar - agar larut.
4. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau hingga gula pasir dan gula batu larut.
5. Masukkan susu cair, susu pekat, pes perisa jagung, jagung krim yang telah diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar - agar ke dalam loyang/acuan tadi.
7. Agak dalam 10 hingga 15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan sedikit cincau ke dalam agar - agar. Agak dalam 10 hingga 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar -agar sehingga habis. Tekan - tekan sikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar - agar. Sejukkan.
8. Apabila Puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam..
9. Keluarkan loyang/acuan  dari peti sejuk. Keluarkan puding dr loyang/acuan.
10. Potong ikut suka. Sedia untuk dihidangkan.
Nota
1. Sukatan bahan-bahan bergantung kpd selera atau citarasa masing2.
2. Kalau tak suka jagung, boleh tukar kepada sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.
3. Fungsi gula batu ialah untuk Puding kelihatan berkilat dan tidak berair.

Kredit : Hamidah HA
20. Resepi Puding Biskut Krim Kracker Hanya 3 Bahan 
Bahan - Bahan
1) 24 keping biskut krim kraker
2) 4 biji telur
3) 1/2 cawan susu pekat

Cara - Cara
1. Rendam biskut dalam air panas sampai kembang.

2. Dah kembang kemudian toskan.

3. Masukkan semua bahan dalam blender.

4. Kisar halus

5. Bahagikan adunan kepada beberapa warna. Ikut suka nak letak warna apa. Tapi kali ini ada 3 warna saja sebab itu saja warna yang ada di dapur.

6. Tuang warna pertama (kuning) ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit.
7. Kemudian tuang lagi untuk warna kedua( hijau). Macam biasa kukus lagi 5 minit.

8. Lapiskan sampai habis.
9. Lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit. Nak pastikan semuanya masak dengan cantik.


Kredit : Sabariah Sisa
Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi resepi puding yang sedap dan mudah. Hanya Allah jua yang dapat balas yang sudi berkongsi resepi.  Selamat mencuba.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/01/aneka-resepi-puding-sedap-dan-mudah-untuk-di-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Resepi Begedil Ayam Daging Tauhu Kentang Yang Mudah Dan Sedap

Aneka Resepi Begedil Ayam Daging Tauhu Kentang Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 585 hits
Aneka Resepi Begedil Ayam Daging Tauhu Kentang Yang Mudah Dan Sedap Bagaimana cara nak buat begedil daging ayam kentang dan tauhu Terus terang daku bukan seorang yang pandai buat begedil Mungkin kerana jarang makan dan mungkin juga kerana s...
Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Mudah Masak Tanpa Guna Minyak

Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Mudah Masak Tanpa Guna Minyak

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 331 hits
Tercari cari resipi lauk pauk yang boleh masak tanpa minyak Maklumlah sekarang ramai yang peka terhadap kesihatan Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda koleksi resipi yang RASA kongsikan ini ...
Resepi Daun Kayu Masak Tempoyak Masakan Nogori Sedap Dan Mudah

Resepi Daun Kayu Masak Tempoyak Masakan Nogori Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 510 hits
Resepi Daun Kayu Masak Tempoyak Masakan Nogori Sedap Dan Mudah Lama dah teringin nak makan daun kayu masak tempoyak ni tapi asyik tertangguh Kali terakhir makan tu pun tahun lepas kat rumah kakak waktu dia buat kenduri kecil tapi kalau maka...
Dapat Perkongsian Sampai 21k Resipi Ayam Singgang Kelantan Ni Paling Mudah Sedap

Dapat Perkongsian Sampai 21k Resipi Ayam Singgang Kelantan Ni Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 373 hits
Bukan calang calang resipi ringkas Ayam Singgang Kelantan ini menerima lebih 21K perkongsian di FB Mana tidaknya cara membuatnya cukuplah mudah Hanya gaulkan sahaja semua bahan dan kemudiannya dididihkan Rasanya memang awesome Resipi ringka...
Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 596 hits
Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami Aku baru perasan setiap kali tahun baru mesti aku akan buat Kek Butter Boleh tengok dekat entri lama masa bulan Februari 2018 aku kongsikan resepi Kek Butter Simple dan bulan Januari 2...
Resipi Oreo Red Velvet Cheese Istimewa Mudah Sedap

Resipi Oreo Red Velvet Cheese Istimewa Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 396 hits
Kebiasaan buat kek red velvet dalam portian yang besar kali ini buat dalam saiz mini mudah anak anak nak makan Boleh juga boleh jualan ni pasti laku keras Kalau tiada oreo merah saja saja guna oreo coklat Oreo Red Velvet CheeseBahan bahan 2...
Resipi Daging Palembang Warisan Ibu Mertua Memang Sedap Patut Dicuba

Resipi Daging Palembang Warisan Ibu Mertua Memang Sedap Patut Dicuba

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 525 hits
Daging Palembang adalah menu warisan dari orang tua dulu dulu Ada pelbagai versi dan cara masak namun rasanya tetap sedap Gabungan rasa pedas dan manis kicap menjadikan menu ini salah satu sajian yang wajib dicuba Nak masaknya pun tidak suk...
Resepi Ayam Buttermilk Sungguh Sedap

Resepi Ayam Buttermilk Sungguh Sedap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 765 hits
Saya paling suka makan ayam buttermilk kalau ke kedai makan cina muslim Rasa lemak lemak tambah sikit pedas kalau tergigit cili potong tu perghh Memang bertambah nasi Kalau kat Kulai ni biasa kami suka makan dekat kedai Cina Muslim Lapan Ka...
Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah Ada Keju Memang Sedap

Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah Ada Keju Memang Sedap

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 373 hits
Sedapnya Makaroni Bakar Jika anda penggemar hidangan ini resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan Malah cara penyediaannya juga cukup mudah Sesuai bagi anda yang...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It