Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang Padu Sedapnya Makan Sampai Berpeluh Peluh


Lain daerah lain cita rasa, itulah yang dapat digambarkan untuk masakan tradisional negeri Pahang, menu ikan sungai atau air tawar seperti Patin, Talapia dan  Lampam cukup ‘gu’ dengan tempoyak mahupun asam rom yang hanya ada di Pahang sahaja. Terutamanya daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh. Sementara di Pekan,  Bandar Diraja Pahang, Daging Opor dan Daging Pechok lebih popular, enaknya memang lain dari yang lain. Jika anda ingin mencuba, berikut disertakan 10 masakan tradisional negeri Pahang.

OPOR DAGING PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging3 sudu makan kerisik2 sudu makan rempah opor2 sudu makan pes cili kering1/2 cawan air asam Jawa4 cawan santan3 batang serai | titik100g kerisik6 sudu makan minyak masakGaram dan gula  secukup rasaBAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah6 ulas bawang putih3cm halia2m belacanBAHAN REMPAH PENUMIS:
4sm kayu manis2 kuntum bunga lawang4 kuntum bunga cengkih4 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Tumis bahan rempah penumis hingga naik bau.Seterusnya, masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Tumis sehingga wangi.Masukkan daging bersama sedikit air dan masak hingga mendidih.Setelah air kering, masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dengan sedikit air.Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.Gaul mesra, Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan reneh sebati di atas api kecil.Apabila kuah pekat dan terbit minyak.Tutup api dan opor sedia dihidangkan.
PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | lebih kurang 300gm5 sudu makan tempoyakDaun & aluminium foil secukupnyaGaram dan gula secukupnyaBAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah33cm kunyit hidup10 biji cili padiBAHAN HIRISAN:
2 helai daun kunyit6 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja1 papan petai | buang kulitCARA MEMASAK:
Bersihkan ikan Talapia kemudian toskan.Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan bahan hirisan. Gaul rata.Perasakan dengan garam dan jika terlalu masam tambahkan sedikit gula.Masukkan bahan campuran dalam perut ikan dan salut badannya dengan bahan campuran tempoyak tadi.Balut dengan daun pisang dan kemaskan balutan dengan aluminium foil.Bakar dalam ketuhar atau pemanggang ajaib.
DAGING PECHOK PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinangSedikit garamSedikit halia kisarSedikit bawang merah kisarSedikit bawang putih kisarBAHAN SOS:
1 cawan santan pekat4 sudu makan kerisik1 biji bawang besar | dadu kecil1 sudu makan lada hitam | kisar kasar1 biji cili merah | hiris halus CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian.Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar.Panaskan ketuhar dan bakar daging hingga masak.Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.Pechok Daging sedia dihidangkan.
 GULAI AYAM KAMPUNG PAHANG
1 ekor ayam | potong kecil, cuci dan tos3 cawan santan | 1cawan santan cair + 2 cawan santan pekat2 keping asam gelugor1 helai daun kunyit | carik-carik2 batang serai | titik1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar1 sudu teh jintan manis | kisar kasar1 sudu teh jintan putih | kisar kasarBAHAN KISAR:
12 biji cili padi | boleh tambah jika ingin lebih pedas6 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3cm kunyit hidup | boleh juga guna serbuk kunyit3cm lengkuas | hiris nipisCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama bahan kisar. Perapkan lebih kurang 10 minit.Kemudian tambahkan santan cair dan masukkan ketumbar, jintan manis dan jintan putih.Gaul rata dan renehkan di atas api sederhana.Setelah mendidih dan isi ayam empuk.Masukkan santan pekat, asam gelugor,daun kunyit dan serai.Terus renehkan, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan terus mereneh dalam 2-3 minit lagi baru tutup api.Gulai ayam sedia dihidangkan.
IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskanSedikit serbuk kunyitSedikit garam galus2 sudu makan tepung gandum2 sudu makan air asam Jawa1 sudu makan sos tiramGaram dan gula secukup rasa3 batang serai | hiris halusMinyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumisBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih10 biji cili padi2 biji cili merahCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.Panaskan minyak  dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.Gaul rata dan tutup api.Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
SIPUT SEDUT GULAI ASAM ROM
BAHAN-BAHAN:
1 kg siput sendut | buang ekor, bersih dan tos.1 cawan terung pipit | buang tangkai dan belah sedikitSedikit daun pucuk paku | ambil pucuk dan daun sahaja3 sudu makan Asam RomGaram dan gula secukup rasaAir secukupnyaBAHAN KISAR:
20 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Masukkan siput sedut yang telah dibesihkan dalam periuk.Tambahkan bahan kisar, terung pipit, pucuk paku dan air menutup paras siput sedut.Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup.Setelah masak dan cukup rasa. Tutup api.Sedia dihidangkan.
ASAM  TEMPOYAK KELADI KEMAHANG DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
3-4  pokok Keladi Kemahang muda3 sudu makan tempoyak6 pucuk daun kesum1 kuntum bunga kantanAir secukupnyaGaram dan gula secukupnya1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masamSedikit ikan bilisBAHAN KISAR:
10 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
GULAI KULAT SISIR CAMPUR DAGING  TETEL
BAHAN-BAHAN:
300gm kulat sisir | celur dan toskan150gm daging tetel | celur dan hiris kecil300ml santan3 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air2 sudu makan pes cili kering1 sudu makan air asam Jawa1 batang serai | titikGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah4 ulas bawang putih2cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga naik bau.Masukkan pes cili dan serai yang telah dititik tadi.Setelah pecah minyak masukkan rempah kari, kacau rata.Setelah garing masukkan kulat sisir dan daging cincang, diikuti santan dan air asam Jawa.Kacau dan biarkan mereneh atas api sederhana.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah masak dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam  | potong kecil, cuci dan tos2 sudu makan tempoyak2 batang serai | titik5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja1 kuntum bunga kantan | jika suka1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masamGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
15 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.Gaul rata dan tambahkan sedikit air.Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
RENDANG  PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis lebar1liter santan pekat1/2 cawan air asam Jawa1 helai daun kunyit | siat-siatkan4 helai daun limau purut | siat-siatkan3 batang serai | titik3 sudu makan kicap pekat manisGaram dan gula secukup rasa1/2 cawan minyak masakBAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah4 ulas bawang putihBAHAN KISAR:
10 tanagkai cili kering8 ulas bawang merah4 ulas bawang putih3cm lengkuas3cm kunyit hidup2cm halia4biji buah kerasCARA MEMASAK:
Cuci daging kemudian tos dan ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih.Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai.Kacau lagi dan masukkan daging. Gaul rata dan biarkan mereneh hingga air kering.Masukkan santan dan air asam Jawa, biarkan hingga daging empuk dan kuah pekat.Perasakan dengan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api apabila kuah pekat dan sentiasa kacau hingga rendang sedikit garing.Tutup api, rendang sedia dihidangkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/03/koleksi-10-resipi-tradisi-pahang-padu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajak Anak Makan Nasi Dengan Cara Tersembunyi Resipi Bebola Nasi Paling Ringkas Dan Mudah Dibuat

Ajak Anak Makan Nasi Dengan Cara Tersembunyi Resipi Bebola Nasi Paling Ringkas Dan Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 646 hits
Dek kerana susah hati kerana anaknya tidak mahu makan nasi ibu ini berusaha untuk memancing selera anaknya dengan resipi bebola nasi Tidaklah sukar untuk dibuat dan boleh disediakan dengan menggunakan bahan asas di dapur Jika anda juga memp...
Resipi Popia Carbonara Yang Power Makan Satu Tak Cukup

Resipi Popia Carbonara Yang Power Makan Satu Tak Cukup

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 1033 hits
Nak sarapan atau minum petang tak tahu nak makan apa jom try buat popia carbonara ni Senang je Bahan pun tak banyak Sedap pulak tu POPIA CARBONARA KEJUBahan BahanMinyak masakLada banggala Bawang holand Sosej Isi ayam Lobak merah Sos carbona...
Koleksi Resipi Solok Lada Kelantan

Koleksi Resipi Solok Lada Kelantan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 594 hits
Resipi Solok Lada Kelantan cara Aishah Toke KekBahan Bahan 20biji Lada solok Ikan selayang 12 ekor 5 ulas bawang merah 1inci halia Kelapa parut putih rm3 150ml Santan untuk merebus solok lada Cara Membuat 1 Ambil isi ikan mentah yang di bua...
Foto Buruh Asing Makan Nasi Berkuahkan Air Mineral Cetus Perhatian Netizan

Foto Buruh Asing Makan Nasi Berkuahkan Air Mineral Cetus Perhatian Netizan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 638 hits
Kadangkala kita mempunyai pandangan yang skeptikal mengenai kebanjiran pekerja asing di negara kita Namun salah satu perkara positif yang tidak dinafikan wujud dalam warga asing adalah kesungguhan mereka untuk mencari rezeki dan mengubah na...
Ini Penyebab Mengapa Nafsu Makan Cenderung Meningkat Ketika Sedang Pms

Ini Penyebab Mengapa Nafsu Makan Cenderung Meningkat Ketika Sedang Pms

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 251 hits
Disebut oleh sebuah penelitian dalam jurnal Nutrifood Research Center fluktuasi hormon menjadi penyebab kenapa wanita banyak makan saat PMS Menariknya banyak wanita yang tidak menyadari mengenai hal ini
Kena Makan 6 Kali Sehari Barulah Korang Akan Cepat Kurus

Kena Makan 6 Kali Sehari Barulah Korang Akan Cepat Kurus

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 356 hits
Jika anda rasa cara terbaik untuk kurus adalah dengan tidak makan maka anda sebenarnya dah menyimpang jauh dari landasan yang betul Sebenarnya untuk kuruskan badan anda perlu makan 6 kali sehari Paling penting jangan langgar 5 pantang laran...
Makan Keong Haram Benarkah

Makan Keong Haram Benarkah

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 394 hits
Indonesia adalah kawasan tropis yang dihuni oleh jutaan jenis binatang dan tumbuh tumbuhan Kondisi tanah yang subur dimanfaatkan oleh para petani untuk bercocok tanam Di antara binatang yang sering berada di sekeliling para petani di lahan ...
Bagi Anak Gajet Waktu Makan Sebab Anak Tak Duduk Diam Sebenarnya Salah Ada 7 Cara Atasinya

Bagi Anak Gajet Waktu Makan Sebab Anak Tak Duduk Diam Sebenarnya Salah Ada 7 Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 372 hits
Menjadi kebiasaan sesetengah ibu bapa sekarang memberikan anak anak gajet tidak kira masa asalkan dapat menenangkan anak anak dari tantrum Ada juga yang memberikan gajet dan bangga anak dapat menggunakan gajet di usia yang sangat muda Bila ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda