Kolej Harvard Sampai 20 Kali Semak E Mel Untuk Yakinkan Ia Adalah Benar


ZAD tidak menyangka permohonannya menyambung pengajiann di Kolej Harvard diterima
"SAYA bersyukur kerana terpilih dan teruja untuk belajar di bawah bimbingan profesor terkemuka dan kelompok individu pintar dari seluruh dunia," kata Mohamed Aqil Azmi.
Mohamed Aqil, 20, adalah salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang terpilih menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Harvard, Cambridge, Amerika Syarikat (AS) bagi sesi 2020-2024.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpilih mengikuti pengajian dalam jurusan Matematik dan Falsafah.


Berkongsi kisah di sebalik pencapaiannya itu, Mohamed Aqil yang menetap di Shah Alam, Selangor mengakui tidak menyangka permohonannya untuk menyambung pengajian di Kolej Harvard diterima.

"Saya ada menghantar permohonan menyambung pengajian di universiti lain, tetapi pilihan pertama adalah Kolej Harvard."Permohonan itu dihantar pada November tahun lalu dan rasa tidak percaya, tetapi gembira apabila menerima kiriman e-mel pada 12 Disember lalu memaklumkan terpilih sebagai penuntut."Ini kerana ramai yang menghantar permohonan, tetapi rezeki berpihak kepada saya, syukur Alhamdulillah," katanya ketika dihubungi.
Menurut Mohamed Aqil, dia sepatutnya mendaftar masuk di kampus pada 31 Ogos depan.

Bagaimanapun, belum ada kata putus daripada universiti sama ada pengajian diteruskan atau ditangguhkan kerana Covid-19.

"Sementara menunggu pemberitahuan daripada pihak kolej, saya cuba berhubung dengan penuntut Malaysia yang pernah dan kini menuntut di Kolej Harvard bagi mendapatkan gambaran mengenai suasana pembelajaran serta cara hidup sebagai persediaan sebelum menjejakkan kaki ke sana."Urusan permohonan visa belum dilakukan dan buat masa ini, saya hanya menghabiskan masa di rumah dengan keluarga, " katanya yang mendapat tajaan biasiswa oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak 2018.
Seorang lagi rakyat Malaysia, Zad Chin Qi Qi, 20, turut ditawarkan menyambung pengajian ke Kolej Harvard di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan sains komputer dan pengajian sosial.

Menurut Zad, tawaran yang datang itu seperti mimpi jadi kenyataan kerana tidak meletakkan harapan yang tinggi biarpun memasang impian menyambung pengajian di kolej terkemuka berkenaan.

"Sehingga hari ini, saya masih rasa tidak percaya dipilih menjadi salah seorang daripada rakyat Malaysia yang diterima masuk ke Kolej Harvard."Ini kerana sejak di tingkatan empat lagi, saya sudah memasang impian menyambung pengajian di situ (Kolej Harvard) kerana reputasinya yang baik dan tertarik dengan ruang makannya selepas menonton filem Harry Potter.
MOHAMED Aqil (kanan) dan Zad terpilih menyambung pengajian ke Kolej Harvard.
"Namun, saya rasakan perkara itu adalah mustahil. Disebabkan terkejut, saya semak semula kiriman e-mel yang diterima pada 13 Disember laluhingga 20 kali," katanya ketika dihubungi.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, berdasarkan kiriman e-mel diterima, dia sepatutnya mendaftar masuk di kampus pada Ogos depan, tetapi belum menerima pengesahan daripada pihak pengurusan kolej sama ada pengajian ditangguhkan atau sebaliknya berikutan pandemik Covid-19.

Sementara menerima maklumat pemberitahuan itu, Zad mahu menghabiskan masa dengan keluarga.

Mengenai ucapan tahniah diterima, Zad berterima kasih kepada semua khasnya rakyat Malaysia walaupun mereka tidak mengenalinya secara peribadi.

"Saya rasa terharu dengan kiriman ucapan yang diterima. Saya bukan datang daripada keluarga senang dan diharap kisah saya memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai cita-cita untuk menyambung pengajian di Kolej Harvard atau di mana saja."Tiada yang mustahil untuk rakyat Malaysia melakukannya. Terima kasih juga kepada Yayasan Khazanah kerana tanpa pembiayaan diberi, belum tentu saya berpeluang ke sana," katanya yang berhasrat menceburi bidang realiti maya (VR) dan kecerdasan buatan (AI) selepas tamat pengajian kelak.
Kelab Harvard Malaysia, menerusi satu kenyataan Khamis lalu memaklumkan Zad dan Mohamed Aqil akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi 2024 (sesi 2020-2024).

Untuk rekod, kali terakhir pelajar Malaysia diterima masuk ke Kolej Harvard adalah pada 2017.


MOHAMED Aqil menunjukkan kiriman e-mel tawaran diterima daripada Kolej Harvard.
-myMetro
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/06/kolej-harvard-sampai-20-kali-semak-e.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono Peguam

Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono Peguam

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 313 hits
TINDAKAN seorang peguam Shaharuddin Ali menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak semula keputusan kes Riza Aziz yang dilepaskan tetapi tidak dibebaskan adalah perbuatan tidak masuk akal dan bersifat semb...
Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Melanjutkan Pengajian Sarjana Di Kolej Harvard Tahniah

Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Melanjutkan Pengajian Sarjana Di Kolej Harvard Tahniah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 542 hits
Aqil dan Zad akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi universiti ternama itu bagi tahun 2024 small Cover image via Twitter lapetitemaligne span span amp Bloomberg span span small Dua orang pelajar Malaysia bakal menuju ke Harvard...
Dakwaan Terdapat Kes Baharu Covid 19 Di Kuala Pilah Adalah Tidak Benar

Dakwaan Terdapat Kes Baharu Covid 19 Di Kuala Pilah Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 299 hits
SEBENARNYA Video berdurasi enam saat yang kini tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan kes terbaru positif Covid 19 di Kuala Pilah adalah tidak benar Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah
Sifat Riyak Adalah Tanda Buruknya Amalan

Sifat Riyak Adalah Tanda Buruknya Amalan

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 458 hits
Adalah lebih baik jika ibadat yang kita lakukan disembunyikan namun jika kita berbuat sesuatu bukan untuk menunjuk nunjuk kemungkinan ia menjadi ikutan kepada orang lain Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan riyak Firman Allah SWT yang ber...
Takwim Sekolah Tular Di Whatsapp Adalah Palsu Kpm

Takwim Sekolah Tular Di Whatsapp Adalah Palsu Kpm

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 466 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Twitter rasmi menjelaskan bahawa info berkenaan Takwim Sekolah yang sedang tersebar melalui WhatsApp adalah palsu Menurut Kementerian tarikh pembukaan semula sesi persekolahan akan diumumkan secara r...
Hamzah Zainuddin Dedah Yang Minta Dan Desak Mencari Jalan Meninggalkan Ph Adalah Mahathir Sendiri

Hamzah Zainuddin Dedah Yang Minta Dan Desak Mencari Jalan Meninggalkan Ph Adalah Mahathir Sendiri

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 460 hits
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang memihak kepada Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harap...
Usaha Dan Gerakan Menjatuhkan Muhyiddin Adalah Gerakan Yang Harus Disokong

Usaha Dan Gerakan Menjatuhkan Muhyiddin Adalah Gerakan Yang Harus Disokong

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 327 hits
Ternampak ramai yang masih berbelah bagi tentang usaha untuk mengembalikan PH sebagai kerajaan tidak kira sama ada melalui usul undi tidak percaya atau penyerahan Akuan Bersumpah atau SD kepada Yang Dipertuan Agong Bagi penyokong Perikatan ...
Viral Foto Pria Tua Tampak Kumal Dan Kusam Ternyata Adalah Kiai

Viral Foto Pria Tua Tampak Kumal Dan Kusam Ternyata Adalah Kiai

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 264 hits
Bagaimana gambaranmu ketika mendengar kata Kiai Tentu gelar tersebut disematkan pada seorang ulama atau tokoh penting yang disegani oleh masyarakat Biasanya seorang Kiai akan tampil penuh karisma lengkap dengan baju koko dan pecinya serta j...
Omelettebot Adalah Robot Yang Boleh Goreng Telur Dadar Dengan Sempurna

Omelettebot Adalah Robot Yang Boleh Goreng Telur Dadar Dengan Sempurna

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 420 hits
Pernah atau tidak anda idamkan untuk memiliki sebuah robot yang boleh menurut perintah anda Arahkan buat A ia akan buat A dan kalau arahkan B ia akan buat B dan tidak akan katakan tidak Kemudian segala perkara yang ia buat adalah sempurna d...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation