Kod Qr Apa Dan Bagaimana Sebenarnya Ia Berfungsi


Kod QR (quick response) atau QR Code, adalah kod bar generasi kedua, merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994.


Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar.

Berbanding Barcode yang hanya boleh menyimpan nombor dan huruf dan akan mengambil ruang selaras dengan panjang kod tersebut, kod QR sangat fleksible dengan keupayaan storan yang besar.

Hanya sekali imbas menggunakan aplikasi yang disediakan, anda dapat maklumat yang ingin dikongsikan.

Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih dan penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.

Penggunaan kod QR bebas daripada sebarang lesen dan kini diterbitkan sebagai piawai ISO.

Sejarah Kod QR

Penggunaan Kod QR telah lama diamalkan di negara-negara lain khususnya Jepun. Rakyat United Kingdom pula merupakan pengguna kod QR yang ketujuh di dunia.

Pada tahun 1994, syarikat Denso Wave menggunakan kod QR untuk mengesan dan menjejak komponen yang digunakan dalam pengilangan kenderaan.

Malah, di Jepun, kod QR digunakan untuk mengesan pinggan sushi di kaiten belt (kabel yang membawa pinggan sushi) sama ada sushi tersebut sudah tidak sesuai untuk dimakan.

Pinggan yang melalui terminal pengimbas akan diasingkan dari kaiten belt dan memastikan hanya sushi segar yang dihidang.

Evolusi Kod Bar (Barcode)

Barcode kini telah melalui evolusi dan berkembang menjadi bentuk 2 dimensi. Data-datanya kini dikenali dengan geometri persegi, titik, heksagon dan bentuk-bentuk geometri lain.

Barcode 2 dimensi inilah yang lebih dikenali sebagai QR (Quick Response) code yang jauh lebih canggih berbanding barcode terdahulu.

Ini kerana ia mampu menyimpan semua jenis dan bentuk data seperti data numerik, data alphabet, data-data tulisan Jepun seperti Kanji, Kana dan Hiragana.

Selain itu ia juga mampu menyimpan data berbentuk simbol dan kod binari.

Lebih dari itu, kod QR ini juga mampu menampung data dalam bentuk horizontal dan vertikal, hinggakan ukuran gambar kod QR lebih kecil dan bersaiz satu persepuluh berbanding barcode jenis terdahulu.

Kod QR juga tahan rosak kerana ia mampu membetulkan kesilapan sehingga 30% meskipun sebahagian kod QR ini rosak atau kotor dan data tetap tersimpan di dalamnya dan boleh dibaca semula.

Kod QR dapat digunakan menggunakan telefon pintar yang memiliki apps pembaca kod QR, akses internet GPRS atau wi-fi atau 3G untuk menghubungkan telefon pintar dengan portal/website yang dituju.

Di Jepun, kod QR digunakan untuk produk-produk sandwich menyimpan data-data gizi makanan dan informasi alergi dari sandwich tersebut.

Kod QR juga diletakkan di perhentian bas untuk mengetahui kedudukan bas yang sedang ditunggu dengan membuat sambungan ke CCTV di setiap jalan dengan sambungan rangkaian internet di telefon bimbit.

Fungsi

Sesebuah kod QR dikesan pengimbas imej digital 2 dimensi yang kemudiannya dianalisakan oleh suatu pemproses yang diprogramkan.

Pemproses ini menentukan tiga segi empat yang unik pada penjuru imej kod QR menggunakan (satu atau lebih segi empat yang lebih kecil pada penjuru keempat untuk menentukan saiz, orientasi serta sudut pandang.

Titik-titik kecil sepanjang kod QR ditukarkan kepada nombor binari serta disahkan dengan algoritma pembetul ralat.

Kegunaan

Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama.

Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.

Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay dan PayTM.)

Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.

Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien:
Alamat laman web/URL.Kandungan Teks (250 aksara).Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon).Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara).
CARA MEMBUAT KOD BAR

Caranya sangat mudah bagi anda untuk membuat sendiri BAR CODE atau QR Code yang boleh dihasilkan secara online sahaja.

Cara caranya ialah;

1. Pergi ke url: https://www.the-qrcode-generator.com

2. Kemudian, anda boleh meletakkan teks, boleh ke tab FREE TEXT dan jika anda ingin memasukkan URL, boleh masukkan url address yang anda mahukan.

3. Selepas anda memasukkan maklumat di ruangan yang anda mahu, tekan butang SAVE, image boleh disimpan dalam bentuk format PNG, SVG, EPS. Biasanya dalam format PNG dan namakan (rename) fail imej anda di FILENAME.

4. Dan seterusnya, tekan butang SAVE.

Anda boleh meletakkan imej ini di mana-mana yang anda mahukan seperti di surat, business card, letterhead, blog atau website.

Dan orang yang ingin mendapatkan maklumat dalam QR CODE ini boleh scan (imbas) menggunakan aplikasi scan code versi android yang terdapat di Play Store seperti QR Code Reader, QR Code Scanner dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Siapa Pencipta Kod Bar?Rahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?
sumber: 1 | 2 | 3



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/apa-itu-kod-qr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Lemah Jantung Ini Alasan Sebenarnya Tangan Anda Selalu Berkeringat Dan Basah

Bukan Lemah Jantung Ini Alasan Sebenarnya Tangan Anda Selalu Berkeringat Dan Basah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 282 hits
Apakah telapak tangan Anda selalu basah karena berkeringat Atau apakah Anda pernah mengenal orang dengan kondisi serupa Kebanyakan orang menganggap bahwa telapak tangan yang selalu basah dan berkeringat merupakan salah satu tanda adanya sak...
Jarang Diketahui Publik Ini 6 Fakta Reino Barack Yang Sebenarnya Tajirnya Melintir

Jarang Diketahui Publik Ini 6 Fakta Reino Barack Yang Sebenarnya Tajirnya Melintir

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 231 hits
Ada beberapa fakta yang mungkin belum kamu tahu selain kekayaan Mas Reino yang nggak habis 7 turunan
Kenyataan Kor Ming Bukti Siapa Sebenarnya Bersifat Rasis Mahdzir

Kenyataan Kor Ming Bukti Siapa Sebenarnya Bersifat Rasis Mahdzir

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 301 hits
ALOR SETAR 10 Mac 8211 Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang meniupkan api kebencian serta menakutkan masyarakat bukan Islam dengan mengambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Tal...
Lelaki Ini Beri Penjelasan Tentang Curang Ianya Bukan Satu Kesilapan Tetapi Sebenarnya Pilihan Anda Wahai Lelaki

Lelaki Ini Beri Penjelasan Tentang Curang Ianya Bukan Satu Kesilapan Tetapi Sebenarnya Pilihan Anda Wahai Lelaki

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 784 hits
Awas Artikel ini sangat panjang dan memerlukan masa lima 10 minit untuk dihabiskan heheDipetik dari fb tuan yang menulis tentang isu curang yang sebenarnya banyak berlaku dalam masyarakat kita curang bukan terjadi pada kaum adam sahaja teta...
Debat Cawapres Sandiaga Akan Beberkan Fakta Sebenarnya Bpjs Kesehatan

Debat Cawapres Sandiaga Akan Beberkan Fakta Sebenarnya Bpjs Kesehatan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 224 hits
Sandi tidak akan menyerang tapi Sandi akan membeberkan ini faktanya kata Mardani di Kompleks Parlemen Senayan Jakarta Senin
Bagi Anak Gajet Waktu Makan Sebab Anak Tak Duduk Diam Sebenarnya Salah Ada 7 Cara Atasinya

Bagi Anak Gajet Waktu Makan Sebab Anak Tak Duduk Diam Sebenarnya Salah Ada 7 Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 392 hits
Menjadi kebiasaan sesetengah ibu bapa sekarang memberikan anak anak gajet tidak kira masa asalkan dapat menenangkan anak anak dari tantrum Ada juga yang memberikan gajet dan bangga anak dapat menggunakan gajet di usia yang sangat muda Bila ...
Rupa Paras Yang Menawan Siapa Sangka Wanita Ini Sebenarnya Ketua Gengster

Rupa Paras Yang Menawan Siapa Sangka Wanita Ini Sebenarnya Ketua Gengster

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 523 hits
Kebiasaannya bila nampak wanita cantik dan menawan mesti kita anggap dia seorang model Anda pasti terkejut kerana wanita yang mendapat gelaran Kim Kardashian Mexico ini adalah ketua kumpulan gangster paling popular di Mexico Los ntrax iaitu...
Menulis Sebenarnya Boleh Kurangkan Berat Badan Tidak Percaya Lihat Inilah Caranya

Menulis Sebenarnya Boleh Kurangkan Berat Badan Tidak Percaya Lihat Inilah Caranya

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 303 hits
Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari University of Vermont dan University of South Carolina telah mengumpulkan sebanyak 142 dewasa dan meminta mereka terlibat dalam satu ujian mingguan kajian terbaru buktikan tulis apa kita makan bole...
Tak Sedap Hati Bila Kelopak Mata Bergerak Gerak Dan Berdenyut Ini Petanda Sebenarnya

Tak Sedap Hati Bila Kelopak Mata Bergerak Gerak Dan Berdenyut Ini Petanda Sebenarnya

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 662 hits
Mesti Rasa Rimas Kan Tiba tiba Kelopak Mata Kita Asyik Bergerak Gerak Mula Rasa Risau Dan Tidak Sedap Hati Apakah Makna Atau Petanda Disebalik Kelopak Mata Kiri Begerak gerak Orang Tua tua Kata kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan ada ...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Panduan Pintar Menguruskan Wang Simpanan Untuk Masa Hadapan

Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik