Kluster Kilang Bukan Punca Utama Jangkitan Tengku Zafrul


BH ONLINE
Sebahagian pekerja menunggu giliran pada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di sebuah kilang di Sungai Petani, kelmarin. - NSTP/Luqman Hakim Zubir PUTRAJAYA: Tanggapan bahawa kilang menjadi punca utama jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat sebenarnya jauh tersasar, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau yang yang juga Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkata berdasarkan data Kementerian Kewangan (KKM), kes penularan COVID-19 membabitkan sektor pembuatan hanya lima hingga 10 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19.
Katanya, apa yang lebih kritikal ialah jumlah mutlak kes di mana kes sporadik dalam komuniti menyumbang kepada 70 peratus dari kes keseluruhan COVID-19, manakala hanya 30 peratus membabitkan kes kluster, termasuk kluster dari sektor pembuatan.
"Walaupun, penularan melalui sektor pembuatan bukan punca utama penularan COVID-19, kerajaan tidak mengambil mudah langkah untuk mengurangkan kadar jangkitan di tempat kerja.
"Kerajaan telah melancarkan Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 yang bertujuan membantu mempercepat vaksinasi khususnya bagi golongan pekerja di mana kerajaan akan menyediakan bekalan vaksin, manakala pihak syarikat atau kilang akan memudahcara urusan logistik yang berkaitan," katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-63, hari ini.
Tengku Zafrul menjelaskan, penutupan sepenuhnya kilang hanya akan memberi impak minimum kepada kawalan penularan COVID-19, tetapi kesannya sangat besar kepada pekerja yang kehilangan mata pencarian dan rantaian bekalan terutamanya bekalan asas.
"Ya, memang benar mengesan kluster itu penting bagi mengenalpasti lokasi atau lokaliti di mana tindakan bersasar bagi kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh KKM," katanya.
Selain daripada PIKAS, beliau berkata, kerajaan telah mengumumkan inisiatif seperti Safe@Work dan insentif potongan cukai bagi ujian saringan.
"Kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) oleh majikan.
"Selain itu, potongan cukai ke atas sumbangan COVID-19 melalui projek komuniti atau amal juga diperluaskan meliputi sumbangan kepada PPV," katanya.
Setakat 23 Julai lalu, sejumlah 16,697 syarikat membabitkan lebih dari 1.2 juta pekerja telah berdaftar dengan PIKAS.
Daripada jumlah itu, seramai 255,705 orang pekerja telah menerima dos pertama dan sebanyak 20,832 telah menerima dos kedua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/kluster-kilang-bukan-punca-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Says Tapped Dr Mahathir Guan Eng Others In Opposition For Views On Malaysia S Covid 19 Recovery

Tengku Zafrul Says Tapped Dr Mahathir Guan Eng Others In Opposition For Views On Malaysia S Covid 19 Recovery

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 403 hits
Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz said it is important that the government take an inclusive and consultative stance by working with the Opposition as well as other societal stakeholders in overcoming the Covid 19 pandemi...
Kluster Aidiladha Punca Kes Meningkat Di Kelantan

Kluster Aidiladha Punca Kes Meningkat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 359 hits
Peningkatan kes Covid 19 di Kelantan sejak beberapa hari ini disebabkan oleh Kluster Hari Raya Aidiladha dan juga kluster pasar pasar lama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kewujudan kluster kluster it...
Kluster Kilang

Kluster Kilang

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 209 hits
KLUSTER KILANG 1 Pagi tadi di Dewan Rakyat Menteri MITI menyatakan kes yang banyak bukan sebab kluster kilang Dalam 400 000 sampling kes yang diambil hanya 8 saja yang kilang sumbangkan Beliau siap tunjuk playcard dengan chart Dia juga kata...
Tiada Rancangan Ceburi Politik Tanding Pru15 Kata Tengku Zafrul

Tiada Rancangan Ceburi Politik Tanding Pru15 Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 408 hits
agendadaily com19 7 2021Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul AzizMenteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan beliau tidak bersedia untuk bertanding mana mana kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke 15 m...
We Don T Need A Political Crisis Says Tengku Zafrul

We Don T Need A Political Crisis Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 364 hits
Finance minister Tengku Zafrul Aziz has admitted to a less than ideal political situation in Malaysia PETALING JAYA Malaysia does not need a political crisis as it is already facing a dual economic and health crisis says finance minister Te...
Lucu Kata Tengku Zafrul Kononnya Beliau Order Nasi Ganja Guna Helikopter

Lucu Kata Tengku Zafrul Kononnya Beliau Order Nasi Ganja Guna Helikopter

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 381 hits
GAMBAR yang dimuat naik dalam Facebook Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi menafikan beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh Perak menggunakan penghantaran helikopter Oleh UTUSAN ONLINE23 Julai 20...
Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 407 hits
Anggota keselamatan Penjara berkawal di pintu utama laluan keluar masuk di Penjara Kepayan Kota Kinabalu Kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu dilaporkan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif COVID 19 di negeri Sabah Perkara ...
Sektor Kilang Bukan Punca Covid 19 Azmin Ali

Sektor Kilang Bukan Punca Covid 19 Azmin Ali

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 248 hits
MOHAMED Azmin Ali menunjukkan data kluster kilang dalam sesi Sidang Khas Dewan Rakyat PETALING JAYA Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik