Kluster Bali Kkm Perlu Umum Pusat Perubatan Swasta Mana
KUANTAN - Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) hari ini menafikan dakwaan yag tular di media sosial bahawa ada kakitangannya dijangiki wabak Covid-19.
Malah UIAM turut menegaskan adalah palsu semata-mata, maka hari ini NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat kenyataan rasmi tentang perkara itu.
Penyelaras NGO terbabit, Mohd Shukri Mohd Ramli, 48, berkata penafian kononnya maklumat yang tular itu adalah palsu wajar diredakan. Hanya KKM sahaja yang boleh mengesahkan perkara ini.
Kata Shukri, beliau tidak mahu orang ramai keliru dan panik dengan situasi yang berlaku sekarang ini. Orang ramai akan membuat kenyataan selagi tiada makluman rasmi daripada pihak yang bertanggung jawab (KKM). Tiba masanya umumkan, pusat perubatan yang menjadi lokasi tersebarnya virus Covid-19, Kluster Bali di Kuantan.
Jika tidak pasti bermacam-macam persepsi hingga boleh menjuruskan fitnah akan terus melanda kerana orang ramai tida mendapat info tepat tentang senari ini sebenarnya.
"Awal bulan ini, seorang mangsa Covid-19 meninggal dunia dan beliau dipercayai telah mendapatkan rawatan awal di sebuah pusat perubatan swasta sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Mangsa yang mengidap kencing manis meninggal dunia akibat wabak tersebut yang dipercayai dijangkiti daripada ahli keluarga di Kota Bharu yang bercuti ke Bali, Indonesia. Di sinilah bermulanya menular Kluster Bali", dakwa Shukri.
"Beberapa hari lalu seorang lagi lelaki berbangsa Cina meninggal dunia akibat positif Covid-19. Beliau juga dipercayai mendapatkan rawatan awal di pusat perubatan swasta terbabit sebelum dirujuk ke HTAA. Malah Ketua Pengarah Kesihatan juga ada memaklumkan ratusan kakitangan sebuah pusat perubatan swasta disaring dan lebih 20 orang didapati positif, tiga lagi berada di ICU", tambanya.
Menurut Shukri, orang ramai terutamanya para penduduk di sekitar kawasan berhampiran pusat perubatan swasta itu juga mula membicarakan perkara ini. Walau pun dinafikan, namun terdapat banyak maklumat yang menjurus ke arah itu sebenarnya.
"Misalnya pusat perubatan swasta itu mula menolak pesakit mendapatkan rawatan, kawasan sekitar pula mula di tutup kepada orang ramai dan ada kakitangan pusat perubatan terbabit yang telah menyebarkan info ini kepada ahli keluarga dan saudara mara masing-masing. Makanya, maklumat ini sudah pun tersebar meluas", kata Shukri lagi.
Shukri juga berharap perkara ini dapat disahkan dan diumumkan segera demi keselamatan penduduk setempat. Kini penduduk panik terutamanya jika ada anak-anak, rakan dan jiran-jiran mereka yang bekerja di pusat perubatan itu.
Sebelum ini NGO Angkara telah menyertakan bukti serta berbagai persoalan tentang isu ini di blog rasmi mereka. Baca Kluster "Bali" Di Kuantan, KKM Di Minta Nyatakan Lokasi Sebenar Dengan Jelas.
"Kenapa takut umumkan kepada umum? Sedangkan Istana Negara sendiri pun boleh umumkan petugas mereka positif Covid-19. Demi keselamatan penduduk setempat, maka perkara ini perlu di dedahkan untuk elakkan fitnah yang berterusan. Jika bukan Pusat Perubatan UIAM, pusat perubatan manakah yang menyebabkan tersebarnya wabak Covid-19 dari Kluster Bali seperti yang dinyatakan", kata beliau.
Sebagai pengamal media sosial, dan NGO Pro-Rakyat kami amatlah berharap 'kontroversi' ini dapat diselesaikan segera. Ini kerana hari ini saja (19/4) ada penambahan empat lagi positif Covid-19 Kluster Bali lapor Ketua Pengarah Kesihatan petang tadi. #PDOhttp://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2020/04/kluster-bali-kkm-perlu-umum-pusat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29