Kluster Atok Ok Pulak Kah


 


PH tak patut kerjasama dengan ‘kluster mahkamah’ UMNO, kata ShazniMarch 11, 2021 Ketika PKR dan kumpulan tertentu dalam Umno terus melontarkan idea kemungkinan kerjasama menjelang PRU15, seorang pemimpin Pakatan Harapan memberikan amarannya.
Ketua Pemuda PH yang baru, Shazni Munir berkata langkah ini boleh menyebabkan gabungan itu kehilangan penyokong teras mereka.
Katanya, sebarang kerjasama dengan Umno, sebelum atau selepas PRU15, tidak boleh melibatkan pemimpin “kluster mahkamah” yang menghadapi tuduhan rasuah.
“Kluster mahkamah ni PH tak sepatutnya kerjasama
“Sepatutnya tidak boleh. Kalau kita pergi ke arah itu, kerisauan paling besar macam mana kita nak jawab kepada rakyat bila perkara itu berlaku.
“Apa kita nak justify? Bertahun-tahun kita lawan rasuah. Bertahun-tahun kita lawan penyalahgunaan kuasa.
“Tiba-tiba bila kita berdepan PRU atau selepas PRU, kita kerjasama dengan pihak-pihak macam ini.
“Kita hendak jawab apa balik dengan rakyat yang selama ini menyokong dan percaya dengan agenda reformasi yang kita nak buat,” kata Shazni kepada Malaysiakini ketika wawancara pada Selasa.
Pemimpin Umno “kluster mahkamah” termasuklah presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agungnya Ahmad Maslan.
 
Pemimpin Umno ini digambarkan lawan mereka sebagai ‘terdesak dan sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan diri daripada sabitan bersalah di mahkamah.
Antara pemimpin kluster ini, bekas perdana menteri Najib Razak yang pernah melobi Uno dan BN untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Pun begitu, pengkritik “kluster mahkamah” mendakwa langkah menjalinkan kerjasama antara Umno dan PKR masih berjalan.
PH perlu terbuka bincang pembangkang lain
Pemerhati politik percaya “kluster mahkamah” yang memutuskan menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional pada PRU15.
Penganalisis juga mendakwa kluster politik Umno inilah yang dimaksudkan Anwar sebagai sokongan “kukuh dan meyakinkan” yang diterimanya bagi membentuk kerajaan baru pada tahun lalu.
Presiden PKR tidak menolak kerjasama dengan Umno pada PRU15, mengulangi pendapatnya PH akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menyokong agenda reformasi.
 
Bagaimanapun, meneroka hubungan dengan Umno secara umumnya tidak bertentangan dengan dasar PH.
Menurut Shazni, pendirian terkini Majlis Presiden PH menyatakan gabungan itu perlu terbuka untuk perbincangan dengan parti pembangkang lain dan parti-parti yang menentang pemerintahan PN sekarang.
Katanya lagi, selain mengecualikan pemimpin Umno yang disabit serta dituduh melakukan rasuah, sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti mesti dilakukan dengan PH sebagai satu gabungan.
“Sama juga dengan Umno, perbincangan Umno tidak boeh menjadi perbincangan Umno dan satu pihak saja dalam PH,” katanya.
Menurutnya, hal ini juga perlu dilaksanakan dalam perbincangan dengan parti-parti pecahan PH, sekiranya Pejuang dan Muda boleh bertanding pada PRU15 menggunakan logo PH atau parti komponen.
 
Parti Shazni, Amanah dan komponen PH, DAP dilihat lebih terbuka untuk bekerjasama dengan Pejuang – parti pimpinan ‘seteru’ Anwar, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pun begitu, hal ini menjadi hadangan dalam PKR, yang memandang kerjasama dengan Mahathir sebagai pengkhianatan kepada Anwar – yang seharusnya mengambil alih jawatan perdana menteri sebelum pentadbiran PH runtuh tahun lalu.
Itu antara alasan yang dibangkitkan Pemuda PKR dalam mengkritik pelantikan Shazni sebagai ketua Pemuda PH.
Untuk itu, Shazni mengulangi pendirian Anwar dan majlis presiden PH yang tidak melarang keterlibatan dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda reformasi.
Dia juga berkata kritikan terhadapnya hanya masalah kecil, menjelaskan kerjasama antara sayap pemuda Amanah, DAP,dan PKR masih baik dan utuh.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kluster-atok-ok-pulak-kah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Pkr Nak Bertanding Berapa Kerusi Kalau Macam Ini

Kah Pkr Nak Bertanding Berapa Kerusi Kalau Macam Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 287 hits
MUHD MUFIZ IIUMNO nak bertanding 96 kerusi kat Semenanjung ni ader 116 kerusi MAJORITI MELAYU PH KENA BERTANDING 20 KERUSI JE KE YANG LAIN UMNO BOLOT wakakakaKalau PH TERUTAMANYA PKR BODOH SILA BERPAKAT LAH DENGAN UMNO TU wakakakaka KHAIRUD...
Kah Dulu Bukan Pas Nak Lantik Ku Li Ni Jadi Pm Langkah Sailang Pakatan Rakyat

Kah Dulu Bukan Pas Nak Lantik Ku Li Ni Jadi Pm Langkah Sailang Pakatan Rakyat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 451 hits
Kesal dilabel pelacur politik PAS hantar surat pada Ku LiMarch 15 2021 PAS dalam masa terdekat akan menghantar surat kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li bagi menzahirkan kekesalan berhubung tindakan veteran Umno itu melabelkan parti i...
Kah Lebai Senik Kata Ku Li Tak Waras Aku Raasa Dia Lagi Tak Waras Bila 2 Kali Pecah Tembelang

Kah Lebai Senik Kata Ku Li Tak Waras Aku Raasa Dia Lagi Tak Waras Bila 2 Kali Pecah Tembelang

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 200 hits
Ulamak Pas kata Ku Li dah hilang kewarasan March 14 2021 Keinginan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk melihat Muafakat Nasional berpecah dan membawa Umno bersama PH begitu ketara menurut bekas Ketua Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik Mo...
Kah Pelacur Pun Pelacur Lah Janji Ada Jawatan Yang Nak Dipegang Dan Ditunggang Kah

Kah Pelacur Pun Pelacur Lah Janji Ada Jawatan Yang Nak Dipegang Dan Ditunggang Kah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 399 hits
Terkini Pas rela dituduh pelacurMarch 13 2021 Kami rela dituduh pelacur dan parti kecil demi mempertahankan perpaduan ummah kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar Beliau berkata pihaknya rela dituduh demikian daripada me...
Kah Kajian Pala Bana Apa La Puak Nih

Kah Kajian Pala Bana Apa La Puak Nih

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 195 hits
MOHD SHAH RIMBerapa jumlah responden yang ambil bahagian 465 orang 70 wanita 30 lelaki265 Melayu144 Cina55 India1 lain lain
Biasanya Kelebihan Daging Arnab Ni Untuk Kekuatan Kejantanan Gamaknya Itulah Kempen Kah

Biasanya Kelebihan Daging Arnab Ni Untuk Kekuatan Kejantanan Gamaknya Itulah Kempen Kah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 313 hits
Ketika dikecam isu kalimah Allah Pas share kelebihan makan daging arnabMarch 11 2021 Bagaimana saya tidak berasa kagum dengan Pemuda PAS barisan mujahidin badar al merboki Ketika berkocak isu Kalimah Allah Murtad dan gelak ketawa Mufti maka...
Ini Mamat Ni P Lena Tang Mana Diam Ja Pun Islam Terancam Kah Masuk Bertanding La Mualaf

Ini Mamat Ni P Lena Tang Mana Diam Ja Pun Islam Terancam Kah Masuk Bertanding La Mualaf

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 256 hits
Mereka semakin berani Ramai betul yang murtad zaman kerajaan Melayu Isle tapi Firdaus Wong Wai Hung tak berbunyipun islam terancam Itu belum masuk bab makin ramai orang susah kena buang kerja dengan denda menggila sampai 100k semua pakat bi...
Hiburan Ni Dah Nak Bagi Ubat Penawar Bising Pulak Michael Ang Tempelak Golongan Tidak Mahu Ambil Vaksin

Hiburan Ni Dah Nak Bagi Ubat Penawar Bising Pulak Michael Ang Tempelak Golongan Tidak Mahu Ambil Vaksin

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 266 hits
Ketibaan vaksin yang dianggap sebagai penawar wabak COVID 19 sudah pasti dinanti nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengakhiri krisis yang melanda seluruh pelusuk dunia ini Sumber Instagram Michael Ang Namun isu pemberian vaksin kin...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul