Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka


Sime Darby Property Berhad hari ini meraikan pembukaan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC Mall), mercu tanda runcit terbaharu yang direka untuk menjadi nadi sosial dan budaya kepada KLGCC Resort



KLGCC Mall menggabungkan penglibatan komuniti, penemuan kulinari serta aktiviti kreatif, dengan penyewa utama seperti Jaya Grocer Signature, The Grounds of Serai dan Serai Hall oleh Serai Group, ACE Hardware, Asia Ballet Academy, dan taman permainan kanak-kanak HarborLand pertama di Malaysia

Terletak secara strategik dalam pelan induk KLGCC Resort seluas 360 ekar, dan dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti Bukit Damansara, Mont Kiara, Sri Hartamas, Bangsar dan Taman Tun Dr. Ismail, pusat beli-belah ini melengkapkan ekosistem sedia ada yang turut merangkumi Menara KLGCC dan Pusat Konvensyen Sime Darby, sekali gus mengukuhkan kedudukan KLGCC Resort sebagai destinasi gaya hidup bersepadu terkemuka

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli lembaga pengarah dan barisan pengurusan Sime Darby Property, rakan kongsi perniagaan, penyewa, dan tetamu jemputan, dengan persembahan pelbagai budaya yang melambangkan perpaduan dan permulaan era baharu peruncitan untuk perbandaran ini. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai promosi menarik dan hadiah istimewa sempena sambutan pembukaan soft opening pusat beli-belah ini



Dato’ Seri Azmir Merican, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, berkata, “KLGCC Mall mencerminkan pendekatan Sime Darby Property dalam memperkukuh sumber pendapatan berulang melalui pembangunan aset berkualiti yang berteraskan komuniti. Ia dibina khusus untuk memenuhi keperluan lebih 300,000 penduduk di kawasan sekitarnya, menawarkan kemudahan dan gaya hidup di satu destinasi

Dengan 90% ruang runcit telah disewa, ini membuktikan keyakinan penyewa terhadap kemampuan kami untuk menyampaikan pengalaman runcit yang terancang dan memberi tumpuan kepada komuniti serta mewujudkan nilai jangka panjang dalam pasaran yang sentiasa berkembang.”
Tambah beliau, “Sebagai syarikat hartanah yang berteraskan tujuan, fokus kami melangkaui pembangunan fizikal. Melalui KLGCC Mall, kami ingin mewujudkan ruang mesra dan mengalu-alukan semua – tempat di mana perdagangan, budaya dan komuniti bersatu.”
KLGCC Mall bertujuan untuk meningkatkan pengalaman runcit kejiranan dengan gabungan jenama gaya hidup dan jenama baharu di pasaran, meliputi lima aras dengan keluasan runcit 240,000 kaki persegi untuk memenuhi keperluan komuniti setempat, menjadikannya destinasi ideal untuk aktiviti keluarga dan keperluan harian



Jaya Grocer Signature memperkenalkan konsep gourmet pertamanya dengan pilihan produk artisanal dan barangan import premium yang lebih meluas. HarborLand, pengendali taman permainan dalaman terkemuka Thailand, membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan pengalaman permainan bertaraf dunia untuk kanak-kanak. Serai Group memperkenalkan “The Grounds of Serai,” ruang eksklusif yang menempatkan restoran utama Serai bersama Super Blonde, Taffy Gelato dan Brotani Juice Bar. Di Aras Tiga, ruang acara serba guna Serai Hall pula sesuai untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan aktiviti gaya hidup. Pusat beli-belah ini juga menempatkan Asia Ballet Academy, yang membimbing penghibur generasi akan datang, serta MORPH, pusat kecergasan berkonsepkan moden yang menggabungkan latihan Hyrox, reformer pilates, parkour dan zon terapi pemulihan. ACE Hardware menyediakan penyelesaian bagi keperluan rumah dan gaya hidup

KLGCC Mall turut menjadi lokasi pelancaran untuk beberapa jenama pertama di Malaysia termasuk Coast & Roast by Fish & Co., Fiel Charcoal Grillhouse by Kay’s Steak & Lobster, salon inspirasi Jeju Goyo, Dara Gogi, Ristorante Al Pacino, Kuih & Kopi, Eden Social Club, dan Seiko Vision. Pusat beli-belah ini juga akan menjadi lokasi fizikal pertama untuk jenama popular seperti Smiths Breads & Café, hétam Go meets chef kecik x ijo, Kualesa, Bad Scones, EM’s Cookies, Hebe Clinic, dan Inari Jewellery
Jenama kulinari kegemaran ramai seperti Siti Li Dining & Foodhall, Pasta Zanmai, dan The Third Serving (sebelum ini dikenali sebagai Oriental Cravings) turut kembali. Melengkapkan senarai penyewa ialah jenama hiburan dan gaya hidup seperti Toys’ R Us dan VR Live

Gabungan jenama perintis dan klasik yang kembali ini memastikan pengalaman yang segar dan tersendiri untuk setiap pengunjung

Antara tarikan utama ialah amfiteater atas bumbung dengan pemandangan padang golf KLGCC, dan direka untuk menganjurkan pameran kreatif, persembahan muzik secara langsung dan aktiviti komuniti. Sebagai sebahagian daripada program pembukaannya, pusat beli-belah ini akan menjadi tuan rumah bersama “State of Mind: Art-Tech-Wellness Exhibition Experience”, kolaborasi dinamik dengan Galeri MahsuriShark yang berlangsung sehingga 6 November. Acara imersif ini mengajak pengunjung menerokai persimpangan antara seni dan teknologi melalui pelbagai pengalaman interaktif. Ini termasuk pameran seni Augmented Reality (“AR”), galeri seni maya, pemburuan koleksi digital, arca maya binaan komuniti, studio pergerakan (motion studio), pertandingan seni, serta siri bengkel dan ceramah seni-teknologi, menawarkan pendedahan mendalam ke masa depan kreativiti



Keseronokan akan diteruskan sepanjang November dengan festival kebudayaan dan sambutan warisan Malaysia yang menampilkan artis tempatan serta persembahan tradisional. Menjelang akhir tahun, suasana akan diteruskan dengan sambutan Krismas yang mempesonakan, penuh dengan hiburan keluarga termasuk nyanyian koir dan persembahan silap mata yang menarik

KLGCC Mall merupakan tambahan terbaharu dalam portfolio runcit Sime Darby Property yang semakin berkembang dan menekankan kekuatannya dalam membangunkan destinasi yang dipacu komuniti. Sebagai aset runcit ketiga milik penuh Syarikat, ia menyertai barisan seperti Elmina Lakeside Mall dan KL East Mall, kedua-duanya telah mencapai kadar sewaan penuh

Pusat beli-belah ini mudah diakses dengan sambungan strategik ke Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Damansara–Puchong (“LDP”), Lebuhraya Persekutuan dan New Klang Valley Expressway (“NKVE”). Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) harian turut disediakan, menghubungkan KLGCC Mall ke stesen MRT Semantan dan kawasan kejiranan berdekatan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mahateknologi.blogspot.com/2025/10/klgcc-mall-milik-sime-darby-property.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Kek Muslim Friendly Jepun Kotsu Kotsu Kini Dibuka Di Kuala Lumpur

Kedai Kek Muslim Friendly Jepun Kotsu Kotsu Kini Dibuka Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 149 hits
Bagi peminat pencuci mulut gaya Jepun kini ada satu lagi lokasi baharu yang wajib dicuba kotsu kotsu Japanese Patisserie Bake Shop dibuka di Desa Sri Hartamas Diasaskan oleh pasukan di sebalik restoran Jepun terkenal seperti Kyomo minamo As...
Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 174 hits
Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Kini Akademi Bolasepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismail Kelab Bola Sepak Sarajevo mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini secara rasmi dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismai...
Wan Rosdy Sifatkan Progam Hogoh Jelai Anjuran Perikatan Nasional Pahang Seminggu Lalu Kini Jadi Senjata Makan Tuan

Wan Rosdy Sifatkan Progam Hogoh Jelai Anjuran Perikatan Nasional Pahang Seminggu Lalu Kini Jadi Senjata Makan Tuan

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan program Hogoh Jelai anjuran Perikatan Nasional Pahang kira kira seminggu lalu menjadi senjata makan tuan Katanya kerajaan negeri langsung tidak terjejas sebaliknya PN...
Mae Kini Ada 10 7 Juta Pengguna Tawar Pulangan 5 P A Sempena Ulang Tahun Ke 5

Mae Kini Ada 10 7 Juta Pengguna Tawar Pulangan 5 P A Sempena Ulang Tahun Ke 5

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 229 hits
Sejak dilancarkan pada 2020 MAE kini mempunyai 10 7 juta pengguna dan telah memproses lebih RM4 trilion transaksi digital Ia juga menguasai 48 pasaran bagi bilangan transaksi perbankan mudah alih di Malaysia Ketua Pegawai Teknologi dan Digi...
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 234 hits
Di Malaysia status Halal bukan sekadar suatu label malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal Luckin C...
China Kini Wajibkan Influencer Ada Kelayakan Untuk Ulas Topik Sensitif

China Kini Wajibkan Influencer Ada Kelayakan Untuk Ulas Topik Sensitif

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 157 hits
Undang undang baharu untuk 8216 influencer 8216 atau pempengaruh di China yang mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 2025 mewajibkan sesiapa yang menghasilkan kandungan mengenai topik sensitif seperti perubatan undang undang pendidikan atau ke...
Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis

Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 203 hits
Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis Bekas pemain legenda Liverpool Jamie Carragher menyifatkan pasukan lamanya kini berada dalam krisis selepas tewas empat kali berturut turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris Ini termasuk kekalahan te...
Mejar Fikry Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga

Mejar Fikry Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 157 hits
Mejar Fikry Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga Setahun yang lalu pasangan suami isteri Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini ditimpa ujian yang memilukan apabila anak mereka yang berusia lapan bulan maut akibat lemas ...
Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Fam Boleh Pergi Mampus

Yeay Dapat Free Gift Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Gulai Ikan Tongkol

Pokok Pandan

10 Peralatan Wajib Ada Untuk Cari Emas Di Sungai Tanah Tinggi

Pengalaman Setup Printer Canon G2010 Untuk Mac Dalam Jaringan

Jika Cinta Itu Buta

Istanbul Aku Datang Day 1