Klasifikasikan Buli Siber Sebagai Jenayah Berat Thiban




Kematian seorang pempengaruh media sosial, Rajeswary Appahu dipercayai akibat buli siber sewajarnya ditanggapi oleh pihak berkuasa dengan serius.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Thiban Subbramaniam, gejala buli siber yang dihadapi oleh Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha dalam platform TikTok, tidak sepatutnya berlaku ke atas beliau di dalam negara yang bebas menyatakan pandangan secara terbuka seperti Malaysia.
Katanya, Esha menjadi popular setelah mula bersuara menangkis dakwaan Zamri Vinoth dan Ustaz Sophian dalam isu berkaitan agama Hindu.
Namun kata Thiban, perbalahan berterusan di TikTok live menjadi masalah besar di kemudian hari apabila Esha dijadikan sasaran buli siber beberapa kumpulan lain yang tidak bertanggungjawab.
“Saya dimaklumkan beberapa pempengaruh yang lain dengan nama panggilan “Dulal”, “Alpha Queen” dan beberapa akaun palsu terus membuat live TikTok dan membuli saudari Esha sehingga mengalami tekanan mental yang serius.
“Perkara ini amat menyedihkan kerana tindakan segelintir pengguna media sosial yang tidak tanggungjawab menyebabkan kehilangan nyawa seorang anak muda.
“Laporan Polis telah pun dibuat dan saudari Esha juga pernah menghadiri siasatan polis berhubung isu sebelum ini.
“Saya mengesa pihak PDRM dalam kes ini mengambil tindakan yang tegas terhadap kesemua mereka yang didakwa telah berkongsi video TikTok dan mencemarkan nama serta reputasi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi Thiban, tidak sepatutnya Esha menerima kritikan melampau sehingga beliau bertindak membunuh diri.
Sehubungan itu, Thiban menyokong penuh arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Kementerian Komunikasi membentangkan laporan berhubung insiden buli tersebut dalam mesyuarat kabinet, Jumaat depan.
Beliau juga memuji Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memulakan siasatan berhubung jenayah buli siber.
“YBM Fahmi memaklumkan beliau memandang serius isu ini dan akan mengkaji pindaan akta supaya Kerajaan tegas menangani gejala buli siber. Saya menyambut baik usaha Kerajaan dalam menangani gejala ini dan mengklasifikasikan ia sebagai jenayah berat.
“Gejala ‘Cyberbully’ yang berleluasa di kalangan warga maya memberi impak negatif kepada kesihatan mental. Kini ia menjadi trend di kalangan anak-anak muda India yang majoritinya terpengaruh dan melibatkan diri dalam live TikTok, menghimpunkan pelbagai watak menggunakan kata-kata kesat, dan buat pembunuhan karakter individu.
“Demi “like” dan populariti, mereka sanggup buat apa sahaja. Ramai terjebak dalam trend ini yang semakin meningkat dan ia amat merisaukan khususnya di kalangan anak-anak muda India. Saya akan berjumpa dengan wakil SKMM untuk menyalurkan maklumat tambahan tentang trend ini supaya ia dapat dikekang,” katanya.
Tegas Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor itu, masyarakat umum sepatutnya mengambil iktibar dalam kes mendiang saudari Esha bahawa kebertanggungjawaban bersama adalah penting bagi membendung gejala buli siber.
“Saya gesa orang ramai jangan buat sebarang spekulasi dan salurkan segala bukti tentang kes ini jika ada, kepada pihak polis dan SKMM supaya penjenayah yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.
“Saya kesal semua ini hanya berlaku setelah kita kehilangan seorang lagi nyawa anak muda. Biarlah ia menjadi kes terakhir,” katanya lagi.
The post Klasifikasikan buli siber sebagai jenayah berat – Thiban first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37168?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=klasifikasikan-buli-siber-sebagai-jenayah-berat-thiban

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Wanita Didakwa Buli Siber Pempengaruh Tiktok

Polis Tahan Wanita Didakwa Buli Siber Pempengaruh Tiktok

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 187 hits
SEORANG wanita berusia 35 tahun ditahan untuk siasatan berkaitan bunuh diri pempengaruh Rajeswary Appahu akibat buli siber di TikTok Ketua Polis Sentul Sukarno Zahari berkata seorang lelaki berusia 39 tahun membuat laporan pada Sabtu berhub...
Polis Siasat Kes Pempengaruh Tiktok Didakwa Bunuh Diri Akibat Buli Siber

Polis Siasat Kes Pempengaruh Tiktok Didakwa Bunuh Diri Akibat Buli Siber

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 248 hits
Ili AqilahMenteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan kes seorang pempengaruh TikTok yang didakwa mati bunuh diri selepas dibuli siber telah dirujuk kepada polis untuk siasatan Jelas Fahmi walaupun mangsa sebelum ini membuat aduan kepada Su...
Menko Polhukam Csirt Jangan Hanya Sebagai Ikon Semata Harus Siap Tangani Masalah Siber

Menko Polhukam Csirt Jangan Hanya Sebagai Ikon Semata Harus Siap Tangani Masalah Siber

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 182 hits
CSIRT pada seluruh kementerian dan lembaga harus berperan aktif dalam memperkuat sistem pengamanan data
Kes Buli Siber Pm Sangat Tidak Berpuas Hati Fahmi

Kes Buli Siber Pm Sangat Tidak Berpuas Hati Fahmi

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 210 hits
Pada sidang media petang tadi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa sangat tidak berpuas hati dengan cara agensi agensi terlibat dalam menangani isu buli siber Ekoran itu PM tel...
Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 162 hits
Beberapa tahun lalu saya pernah menulis mengenai kisah seorang pemuda berlainan kepercayaan yang didedahkan identitinya itu oleh seorang rakan sekolah di Facebook Bekas rakan sekolahnya itu turut memaparkan wajah tunangnya dan status terseb...
Bekas Polis Antara 3 Dipanggil Bantu Siasatan Kes Buli Siber Esha

Bekas Polis Antara 3 Dipanggil Bantu Siasatan Kes Buli Siber Esha

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 330 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tiga individu termasuk seorang bekas polis akan dipanggil bagi membantu siasatan kes buli siber pempengaruh TikTok A Rajeswary atau Esha Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata tiga individu itu akan ...
Buli Siber Mcmc Pdrm Teliti Prosedur Permudah Laksana Aduan

Buli Siber Mcmc Pdrm Teliti Prosedur Permudah Laksana Aduan

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 116 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Polis Diraja Malaysia akan meneliti prosedur operasi standard untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber di negara ini MCMC dalam kenyataan berkata pihaknya menyambut baik pengumuman...
Awie Dedah Pernah Buang Tumor Di Pinggang Anggap Persembahan Sebagai Terapi Minda

Awie Dedah Pernah Buang Tumor Di Pinggang Anggap Persembahan Sebagai Terapi Minda

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 298 hits
Umum tahu mereka yang menjalani pembedahan buang tumor akan mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya Begitu juga dengan penyanyi rock legenda Datuk Awie yang memaklumkan dia belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan membuang tum...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun