Polemik Politik Pandemik Raja Bersama Rakyat


Suasana resah dan gelisah di kalangan masyarakat umum pada ketika ini tidak sukar untuk ditafsir. Himpitan meneruskan kelangsungan hidup akibat kesan ancaman musuh tidak dijangka telah hampir memasuki bulan ke sepuluh. Ekonomi menguncup. Perniagaan banyak yang tutup. Yang bekerja telah ramai hilang sumber pendapatan. Lulusan pusat pengajian masih ramai belum menemui sinar peluang bekerja. Perintah Kawalan Pergerakan baik yang Bersyarat, Diperketat ataupun Pemulihan yang dikenakan di seluruh pelusuk negara seboleh mungkin untuk memberi keseimbangan diantara keperluan ekonomi dan memelihara nyawa rakyat. Kini di lembah ekonomi Malaysia yang menyumbang 40% keluaran dalam negara juga sedang bergelumang untuk meneruskan aktiviti pembuatan dan perdagangan. Negeri di bawah bayu masih dibawah cengkaman ancaman yang masih belum dihapuskan. Kehidupan masih terjejas teruk. Periuk-periuk nasi masih banyak yang tidak cukup berasnya, baik di kota mahupun di desa.
 Disebalik hambatan ini, hakikatnya suasana politik Malaysia tidak pernah suram. Gelagat dan perilaku ahli, penyokong dan peminatnya seakan-akan sengaja tidak mahu ambil pusing tentang kendala dihadapi rakyat. Gejolak nafsu ingin berkuasa atau semangat ingin  mengekalkannya dicerminkan dengan tingkah laku yang melangkau adab dan susila. Demokrasi di Malaysia memberi jaminan akan betapa ruang dan peluang untuk ahli parti politik bergerak diatas landasan kebebasan bersuara. Sangat besar ruang diberi, hingga seakan-akan gelagat dan perilaku ini tidak membatasi kelakuan yang telah banyak menghiris perasaan rakyat. Garis sempadan keghairahan berpolitik ini sepatutnya bertepian. Apabila ia dilanggar, mangsa pertama adalah jelata yang hanya mampu menadah tangan agar nasib mereka sentiasa terpelihara oleh yang maha Esa. Adakah nasib dan masa depan rakyat hanya bergantung harap kepada elitis politikus yang berkuasa dan cuba berkuasa? Di negara lain mungkin, tetapi tidak di Malaysia.
 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah institusi negara yang tanpa gagal telah sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan negara di kala sukar mahupun di kala jaya. Keluh kesah rakyat, tiada yang tidak sampai kepada pengetahuan Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta seluruh Sultan dan Raja Melayu. Tidak kecil amanah memelihara kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia. Institusi ini terus dihormati kerana ia sentiasa memayungi Panji-panjinya kepada segenap rakyat Malaysia tanpa mengenal latarbelakang sejak tertubuhnya Persekutuan ini. Ia telah dibuktikan sebelum ini malahan peristiwa yang sedang berlaku ketika ini mengukuhkan kedudukan Institusi Raja-raja Melayu ini sebagai suatu institusi yang amat dihormati. Peranan Raja Berpelembagaan selaku kuasa semak dan imbang demi memayungi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia amat lah dihargai sepanjang zaman. 
 Di sinilah, keluh kesah dan kegusaran rakyat di dengar di ruang-ruang istana. Kasih dan sayang Raja dan Sultan-Sultan terhadap seluruh rakyat Malaysia ini lah yang membatasi tingkah laku sekelompok kecil elitis politik yang rakus ingin berkuasa dalam sistem demokrasi yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan. Politik jika terlalu ekstrim adalah ancaman kepada demokrasi itu sendiri. Rasional dan toleransi dalam mentadbir negara adalah kunci kepada kestabilan sesebuah kerajaan melaksana amanahnya. Jika sebuah kerajaan terganggu-gugat sewaktu mentadbir negara yang sedang bergelumang dengan gelombang wabak, yang terancam adalah rakyat. Institusi Raja Berpelembagaan di Malaysia sentiasa sedar bahawa, berhadapan gelombang wabak ini rakyatlah yang terkesan langsung. Disebalik itu Rakyat juga yang bertarung mempertahankan sesama sendiri. Dan Kerajaan dilantik Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga berperanan melaksana tanggungjawab tadbir urus negara untuk berhadapan cabaran getir ini. Kebersamaan seluruh Malaysia untuk bersama memulihkan negara adalah kunci untuk berhadapan situasi yang suram lagi mencengkam ini.
 Akhirnya, berdiri teguh Yang Di-Pertuan Agong bersama Majlis Raja-Raja selaku Institusi yang mempertahankan rakyat agar politicking yang berlebihan ini dihentikan. Fokus dikembalikan memulihkan keamananan dan kesejahteraan rakyat. Polemik Politik di waktu Pandemik ini perlu diredakan. Kestabilan kerajaan dan jenteranya untuk berhadapan penularan wabak perlu dibantu dan disokong sepenuhnya. Kepercayaan harus di beri kepada seluruh jentera kerajaan yang sehingga kini terus diiktiraf antara terbaik di dunia. Pihak Istana sentiasa sedar, jentera kerajaan itu sendiri adalah dari kalangan rakyat. Petugas Barisan Hadapan adalah rakyat. Petugas Perubatan itu rakyat. Pasukan Keselamatan itu rakyat. Pegawai dan Kakitangan di Kementerian dan Jabatan juga rakyat. Pekerja Swasta dan Peniaga itu juga adalah rakyat yang turut bertanggungjawab menjaga rakyat. 
Kebersamaan Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja bersama rakyat ini adalah mesej jelas, bahawa Malaysia ini ada penjaganya. Tingkah laku yang menghiris jiwa dan kehidupan rakyat harus diperbetulkan. Amanah yang diberi harus di pikul dengan ikhlas dan jujur, bukan dengan bongkak dan takbur.  Ini kerana, seperti juga rakyat jelata, tindak tanduk ahli, penyokong dan peminat politik sentiasa diperhati oleh Istana. Demokrasi di Malaysia ini terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun over-politcking yang menggugat keamanan dan kesejahteraan rakyat juga boleh menjadi api dalam sekam kepada demokrasi itu sendiri. Berpada-pada lah dalam apa jua kelakuan dalam ruang demokrasi yang telah dijamin oleh perundangan negara. Pecah belah, ganggu gugat dan api persengketaan perlu di tamatkan. Apabila suara dari Istana senada dengan rakyat di lorong kota dan desa maka, resolusi sepakat untuk memelihara keamanan dan kemakmuran tanah yang bertuah ini adalah manifestasi bahawa di Malaysia Raja dan Rakyat berpisah tiada.
Menjunjung Kasih. Daulat Tuanku.
Ibnu Muhsin
29 Oktober 2020
The post POLEMIK POLITIK PANDEMIK: RAJA BERSAMA RAKYAT appeared first on M-Update.


source : M-Update

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/10/polemik-politik-pandemik-raja-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insaflah Ahli Politik Jangan Sampai Rakyat Putus Asa

Insaflah Ahli Politik Jangan Sampai Rakyat Putus Asa

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 345 hits
Betul kita pernah bebas dan menang dengan Covid 19 tapi nafsu ahli politik ni tiada siapa dapat bendung
Orang Politik Berebut Sabah Rakyat Jelata Mendapat Musibah

Orang Politik Berebut Sabah Rakyat Jelata Mendapat Musibah

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 301 hits
IKHTIBAR MALAPETAKA DARI SABAH KETIKA DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI DI SABAHRasa sangat kecewa dan sedih dengan sebilangan gelagat orang politik ketika ada pilihanraya di Sabah seperti Zombi lapar Lepas habis pilihanraya balik penyakit Sepatu...
Sultan Mahu Pemimpin Utamakan Rakyat Akhiri Kemelut Politik

Sultan Mahu Pemimpin Utamakan Rakyat Akhiri Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 246 hits
SHAH ALAM 20 OKT Duli Yang Maha Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bimbang dengan kemelut politik negara yang dilihat tiada kesudahan selain menimbulkan keresahan rakyat Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Lela Ba...
Muhyiddin Mulakan Krisis Kenapa Bebankan Raja Rakyat

Muhyiddin Mulakan Krisis Kenapa Bebankan Raja Rakyat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 257 hits
Datuk A Kadir Jasin Pada 23 Februari Muhyiddin Mohd Yassin bawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan Muhyiddin berpakat dengan PKR feksyen Azmin Umno Pas dan Gabungan Parti parti Sarawak menubuhkan Perikatan Nasional Muhyiddin beritahu S...
Rakyat Telah Bersatu Perangi Covid 19 Bila Giliran Ahli Politik Pula

Rakyat Telah Bersatu Perangi Covid 19 Bila Giliran Ahli Politik Pula

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang pernah dipamerkan tatakala menangani gelombang pertama dan kedua penularan COVID 19 perlu ditampilkan sekali lagi Itu seruan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayat...
Daulat Tuanku Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

Daulat Tuanku Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 499 hits
kredit Majlis Keselamatan NegaraAssalamualaikum dan selamat petang semua Kita sedia maklum YDP Agong kita telah memberi titah baginda Tiada status darurat yang di laksanakan di Malaysia pasca Covid 19 ini Dan waktu yang sama Agong menasihat...
Hentikan Percaturan Politik Tunggu Pandemik Covid 19 Reda Penganalisis

Hentikan Percaturan Politik Tunggu Pandemik Covid 19 Reda Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 193 hits
Bernama Bagi geostrategis Prof Dr Azmi Hassan nasihat Seri Paduka itu ialah kerana pada ketika ini pandemik COVID 19 yang melanda negara agak menggerunkan serta mengejutkan dan kerajaan perlu diberi ruang untuk menanganinya Bernama KUALA LU...
Ronnie Liu Didakwa Hasut Rakyat Benci Raja Melayu Secara Halus

Ronnie Liu Didakwa Hasut Rakyat Benci Raja Melayu Secara Halus

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 299 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Ismaweb Tidak keterlaluan jika didakwa tindakan pemimpin DAP Ronnie Liu memuat naik gambar berkenaan demonstrasi di Thailand merupakan cara halus untuk menghasut rakyat supaya membenci sistem beraja di negara i...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na