Kkm Teliti Kuarantin Wajib Terhadap Individu Pulang Dari Prn Sabah


Bernama Dr. Adham Baba PORT DICKSON – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti keperluan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas urusan pilihan raya negeri (PRN).
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.
“Sekarang ini belum ada keputusan (untuk kuarantin wajib).
“Kita akan buat kajian risiko setiap hari dan akan dibincangkan di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai COVID-19 juga bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wellness Hub Bagan Pinang, Port Dickson, di sini hari ini.
Sabah yang sedang mengadakan pilihan raya negeri turut merekodkan peningkatan kes COVID-19 khususnya melalui Kluster Benteng Lahad Datu.
Semalam, kes baharu wabak itu kembali melonjak ke tiga angka dengan 182 kes yang melibatkan 181 penularan tempatan dan satu kes import, iaitu tertinggi setakat ini dalam tempoh beberapa bulan selepas mencatatkan 100 kes pada Selasa lepas.
Kes COVID-19 di Sabah yang membabitkan Kluster Benteng LD merekodkan  250 kes dengan 167 kes baharu direkodkan setakat semalam.
Mengenai PRN Sabah, Dr Adham berkata, pihaknya akan mengguna pakai garis panduan pencegahan COVID-19 yang digunakan pada dua pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini, iaitu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang dan PRK DUN Slim, Perak.
SPR menetapkan 26 September sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah manakala hari mengundi awal pada 22 September dengan pencalonan selesai hari ini.
Sementara itu, Dr Adham berkata, tiada keperluan untuk kerajaan melaksanakan semula sekatan perjalanan antara negeri-negeri setakat ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran yang dilakukan di beberapa kawasan berjaya membendung penularan lebih besar.
“Kita lihat trend COVID-19  berlaku di beberapa tempat sahaja. Kes tidak menyeluruh seperti peringkat awal, misalnya di Kota Setar dan Amanjaya di Kedah kita buat PKPD pentadbiran, dan kita berjaya bendungnya. Ia juga untuk memastikan kita dapat saring kira-kira 15,000 orang di daerah Kota Setar,” katanya.
Mengenai Wellness Hub, Dr Adham berkata, fasiliti itu adalah pusat sehenti yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan promosi kesihatan kepada komuniti setempat, iaitu antara hala tuju baharu KKM di bawah pelan ‘Tawaran Baharu KKM’.
Sehingga kini, KKM telah mewujudkan 28 Wellness Hub di seluruh negara dengan kos hampir RM500,000 setiap satu. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/kkm-teliti-kuarantin-wajib-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Pulang Dari Sabah Tak Dikuarantin Kata Ismail

Individu Pulang Dari Sabah Tak Dikuarantin Kata Ismail

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 759 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menafikan laporan palsu mendakwa individu pulang dari Sabah akan dikuarantin 14 hari Beliau berkata kluster Benteng Lahad Datu hanya membabitkan pendatang asing tanpa izin dan banduan di penjara Tawau Merek...
Prn Sabah Bn Pn Terus Berantakan

Prn Sabah Bn Pn Terus Berantakan

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 430 hits
Oleh Mohd Azuan Ab RahmanGabungan kerjasama antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dilihat tidak padu seperti digembar gemburkan Hal ini terbukti di Sabah apabila kedua dua gabungan itu dilihat ada kemahuan sendiri dan sukar beralah...
Kempen Prn Sabah Yang Menghina Bangsa Melayu

Kempen Prn Sabah Yang Menghina Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 508 hits
Adakah ini poster Pilihanraya di negara China nbsp Kalau di Malaysia tindakan ini sangat tidak Demokratik dan seolah olah memperkecilkan bahasa Melayu bahasa Kebangsaan nbsp
Prn Sabah Zizie Ezette Turun Padang Bantu Suami Berkempen

Prn Sabah Zizie Ezette Turun Padang Bantu Suami Berkempen

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 936 hits
Sejuk hati Datuk Seri Bung Moktar Radin bila isteri tercinta yang juga aktres ternama Datin Seri Zizie Ezette meninggalkan seketika dunia hiburan semata mata menemaninya berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Kelibat Zizie setidak tida...
Enam Kegagalan Muhyiddin Di Hari Pertama Prn Sabah

Enam Kegagalan Muhyiddin Di Hari Pertama Prn Sabah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 496 hits
PRN Sabah yang hari penamaan calonnnya berlangsung semalam menyaksikan beberapa kegagalan ketara Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan peneraju PN yanf merupakan kerajaan di pusat Pertama Muhyiddin gagal untuk menunjukkan kepada umum ...
Pn Belum Didaftarkan Bagaimana Nasib Calon Prn Sabah

Pn Belum Didaftarkan Bagaimana Nasib Calon Prn Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 376 hits
KEADILAN menyasarkan satu kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 16 Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Christina Liew berkata sasaran itu adalah realistik berdasarkan keupayaan parti di kesemua tujuh kerusi Dewan Un...
Prn Sabah Tiada Kerusi Untuk Pas Game Ppbm Atau Game Umno

Prn Sabah Tiada Kerusi Untuk Pas Game Ppbm Atau Game Umno

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 591 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir pada 12 September jam pukul 10 pagi Menurut Penger...
Mahathir Wajar Kempen Prn Sabah

Mahathir Wajar Kempen Prn Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 513 hits
Peluang UTK Mahathir melalui warisan lenyapkan pengaruh saki baki UMNO dan bersatu sekali gus tampal mulut penyamun
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest